Sunday, August 30, 2009

Tiga jenis puasa (kitab Sirrul Asror oleh As syaikh abd al Qadir al Jilani rah)

Puasa syar’iat adalah menahan diri daripada makan, minum dan bersetubuh daripada terbit fajar hingga terbenam matahari.

Puasa rohani ditambah lagi dengan memelihara pancaindera dan fikiran daripada perkara-perkara yang dikeji. Ia adalah melepaskan segala yang tidak sesuai, zahir atau batin. Rosak sedikit sahaja niat mengenainya, rosaklah puasa rohaniah.

Puasa syari'at terikat pada masa, sementara puasa rohani akan kekal di akhirat. Inilah puasa yang sebenar. Nabi saw bersabda,
"Ramai yang berpuasa tetapi tidak mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali lapar dan dahaga."

Puasa syari'at ada waktu berbuka tetapi puasa rohani terus berkekalan walaupun mulut sudah merasakan makanan. Mereka adalah yang menjaga pancaindera dan pemikiran bebas daripada kejahatan dan yang menyakitkan orang lain.

Untuk itu, Allah telah berjanji, "Puasa adalah untuk-KU dan Aku yang membalasnya."

Mengenai dua jenis puasa ini, Nabi saw bersabda,

"Orang yang berpuasa mendapat dua kesukaan. Pertama bila dia berbuka dan kedua bila dia melihat."

Orang yang hanya kenal zahir agama mengatakan kesukaan pada yang pertama, itu apabila berbuka puasa dan kedua itu, apabila tibanya anak bulan Syawwal menandakan Hari Raya.

Orang yang mengenal arti batin bagi puasa mengatakan kesukaan yang pertama itu adalah apabila orang beriman berjaya memasuki dan meni'mati syurga, sementara yang kedua adalah ketika orang beriman melihat wajah Allah di syurga.

Lebih berharga daripada kedua-dua puasa adalah puasa yang sebenarnya (puasa hakikat), iaitu mengelakkan hati daripada melihat daripada sesuatu yang lain daripada Zat Allah. Ia dilakukan dengan membutakan diri terhadap segala kewujudan, sama ada di alam rahsia luar atau di dalam dunia ini, melainkan kecintaan kepada Allah.

Walaupun Allah menjadikan segala-galanya untuk manusia, Dia jadikan manusia untukNya, sebagaimana Dia berfirman,

"Insan adalah rahsia-Ku dan Akulah rahsianya."

Rahsia itu adalah cahaya daripada cahaya Allah yang qudus. Ia adalah pusat atau jantung hati yang dijadikan daripada jisim yang amat seni.

Ia adalah ruh yang mengetahui segala rahsia-rahsia yang hak. Ia adalah hubungan yang rahsia di antara yang dicipta dengan Pencipta.

Rahsia itu tidak cenderung dan tidak mencintai sesuatu yang selain daripada Allah. Tiada perkara yang berharga untuk diingini, tiada yang dikasihi di dalam dunia dan akhirat, melainkan Allah.

Jika satu zarrah sahaja daripada sesuatu memasuki hati selain kecintaan kepada Allah, maka batallah puasa hakikat.

Seseorang perlu memperbaharuinya, mengadapkan segala kehendak dan niat kembali kepada kecintaanNya, di sini dan di akhirat.

Firman Allah,

"Puasa adalah untuk-Ku dan hanya Aku yang membalasnya."

Friday, August 28, 2009

BERDOALAH DI BULAN MULIA INI

Kuala Lumpur - Kami warga exco Kepaim dengan merendah diri dan tawadhuk memohon semua ahli dan kakitangan dapat menggunakan peluang terhidang di bulan penuh kemulian Ramadhan AlMubarak ini untuk bermunajat serta berdoa kepada ALLAH Subhanahuwataala agar segala urusan kita dipermudahkan.

Ingatlah Pesan Rasulullah s.a.w

"DOA Adalah Senjata Orang Mukmin" AlHadis

Semoga semua kakitangan dapat berdoa dengan ikhlas dan khusyuk agar segala tuntutan kita (CA) di luluskan oleh Pengurusan tertinggi AIM, Semua kakitangan selamat dari Wabak dan penyakit, Keselamatan yang berpanjangan dan Sentiasa bekerja di dalam Iman.

BAGAIMANA NASIB KITA?

BAGAIMANA NASIB KITA KETIKA JASAD KITA DI TANAM DI DALAM
LIANG KUBUR DAN DI TINGGALKAN SORANG-SORANG DI DALAMNYA???

BAGAIMANA NASIB KITA?

APA YANG DAPAT MENOLONG KITA?

HARTA BENDA KITA?,
ANAK-ANAK KITA?,
DUIT KITA?
PANGKAT BESAR KITA?
KELULUSAN IJAZAH KITA?,
EGO KITA?
SOMBONG KITA?,
KUASA KITA?
RAKAN-RAKAN KITA?
SAUDARA MARA KITA?

BERFIKIRLAH !!!
SELAGI MASIH ADA KESEMPATAN YANG ALLAH BERIKAN

KERANA KITA SEMUA WAJIB MENGHUNI LIANG LAHAT
DAN KUBUR TERSEBUT.

Wednesday, August 26, 2009

SELAMAT MENJALANI KURSUS SAHSIAH

Kuala Lumpur - AIM Akan mengadakan kursus Sahsiah Kakitangan pada 10,11 dan 12 September bagi Semua kakitangan AIM. Kursus tersebut akan dikendalikan oleh Pejabat Wilayah Masing-masing dan juga Ibupejabat serta PKMB Induk.

Kursus ini penting dalam mengajak kakitangan menghayati sebenar-benarnya Bulan penuh kemulian Ramadhan yang telah didatangkan khusus untuk umat islam. Pada bulan ini AL Quran diturunkan, terjadinya Perang Pertama dalam Islam yakni perang badar dan juga peritiwa penting Malam lailatul Qadar. Satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan.

Sayugia kami warga kepaim mengucapkan selamat berkursus kepada semua ahli dan juga kakitangan AIM. Ikhlaskan hati bertaut pada ALLAH dalam peluang kursus penghayatan Ramadhan yang terhidang dan bukan sekadar paksaan dan mencari nama dimata manusia. Rebutlah ganjaran yang ALLAH sediakan dalam bulan ini. Jangan sama-sekali melepaskan peluang yang terhidang ini. Kerana tiada jaminan untuk kita berjumpa lagi dengan Ramadhan pada tahun hadapan.

Kami Warga Kepaim juga mengharapkan Ramadhan ini menginsafkan kita sebagai insan yang amat kerdil di dunia yang teramat sementara ini. Disisi ALLAH kita adalah sama sahaja tanpa pangkat dan kedudukan kecuali TAQWA. Ingatlah dan bawalah bekalan TAQWA sebanyak-banyaknya untuk menuju negeri kekal AKHIRAT.

KURSUS KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA

SP INN,SG.PETANI,22-23 JUL 09,Satu kursus keselamatan pekerja telah di anjurkan oleh pihak MTUC. Pihak KEPAIM telah menghantar 2 wakil iaitu En.Fadzani Fadzil dan En.Shafiron G.Haidar bagi mewakilinya.Sebanyak 15 kesatuan gabungan yang terdiri dari 30 perwakilan menghadiri kursus tersebut.
Kursus selama 2 hari itu banyak menyentuh isu berkaitan Akta 514 keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Selain itu pihak perkeso juga telah dijemput bagi memberi penerangan berkaitan soal-soal caruman dan tuntutan.Selain itu pihak JPJ juga dijemput memberi penerangan berkaitan keselamatan jalanraya

A(H1N1): Wanita korban terbaru, angka kematian kini 71

PUTRAJAYA: Seorang wanita obes berusia 24 tahun menjadi mangsa ke-71 akibat wabak berkenaan setelah punca kematian disahkan adalah disebabkan oleh Influenza A (H1N1) dengan Sindrom Pernafasan Teruk Sistem Respiratori Strok (ARDS).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Mercian, seramai 1,446 pesakit ILI sedang menerima rawatan di 98 buah hospital termasuk dua hospital swasta di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, hanya 217 pesakit (15 peratus) yang disahkan positif H1N1.
"Dari 217 kes yang disahkan H1N1, 51 kes berada di ICU (Unit Rawatan Rapi) di mana sembilan kes merupakan kemasukan baru, sementara dua lagi kes dipindah keluar dari ICU," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Dr Mohd Ismail berkata, daripada 51 kes yang sedang dirawat di ICU, 39 kes (76 peratus) mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (21), obesiti (sembilan), kanakkanak/bayi (enam), selepas bersalin (satu) dan Sindrom Down (dua).

Mengenai situasi global, Dr Mohd Ismail berkata, laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan jumlah kes sehingga 26 Ogos adalah 239,985 dengan 2,601 kematian dan ini menunjukkan penularan pandemik H1N1 di dunia masih lagi aktif dengan jumlah negara sebanyak 182. WHO dalam laporannya juga mengingatkan bahawa angkaangka yang ditunjukkan tidak menunjukkan gambaran situasi sebenar memandangkan WHO kini tidak lagi mewajibkan kes dilaporkan, katanya.

Sementara itu, Dr Mohd Ismail berkata dialog antara Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan pengamal perubatan swasta mengenai pengendalian kes influenza A(H1N1) akan diadakan esok di kementerian berkenaan. Menurutnya, semua pengamal perubatan swasta amat digalakkan untuk hadir ke taklimat bagi memperjelas mengenai pengendalian kes penyakit serupa influenza (ILI) yang disyaki influenza A(H1N1).

Dialog berkenaan dijadual diadakan pada pukul 3 petang di Bilik Gerakan Kementerian Kesihatan, Aras 4, Blok E7, Parcel E, Putrajaya, katanya dalam kenyataan media mengenai situasi semasa H1N1 di negara ini. BERNAMA

Tuesday, August 25, 2009

HADIS RENUNGAN AKHIR ZAMAN

Sabda Nabi s.a.w. :
“Akan berlaku selepasku pemimpin yang mengeluarkan kenyataan dan tiada seorang pun yang akan membantahnya , mereka itu akan dihalau di dalam neraka seperti dihalaunya kera “,
-Riwayat hadith-

PENERANGAN HADIS

Hadith ini menerangkan bagaimana keaadaanya di akhir zaman di mana Allah swt akan hina sesuatu kaum itu dengan muncul di kalangan mereka pemimpin yang zalim(Menggunakan Kekuasaan sesuka hati). Rasullullah saw juga telah meletakkan tanggungjawab terhadap kemungkaran yang berlaku di atas para pemerintah yang zalim lagi kejam yang mengimami manusia dengan tongkat kekerasan. Apabila meraka mengeluarkan kata-kata maka tiadalah yang berani membantah. Inilah suasana yang Rasullullah saw gambarkan terhadap apa yang berlaku pada umatnya di akhir zaman. Para pemimpin inilah yang akan jatuh ke dalam api neraka seperti gugurnya kalakatu .

Sunday, August 23, 2009

MARI MENGEJAR FADHILAT RAMADHAN

Jangan Lepaskan Peluang Ramadhan yang datang ini
KERANA
Tiada ketentuan untuk kita berjumpa lagi dengan
Ramadhan pada tahun Hadapan.

Saturday, August 22, 2009

RAMADHAN - BONUS HEBAT TERBENTANG

1 Jauhilah Dosa. Tinggalkan perkataan dan perbuatan buruk –jika tidak pahala puasa terhapus. (Rujuk- Riwayat Al-Bukhari, 4/1903 – Fath al-Bari).
2 Berniat dalam hati untuk berpuasa di malam hari.
3 Sahur adalah penting. Malaikat sentiasa meminta ampun bagi orang yang bersahur.Besahur di akhir malam (yang terbaik adalah jaraknya dengan azan subuh selama bacaan 50 ayat al-Quran secara sederhana). (Rujuk- Muslim, 2/770, Al-Bukhari, 4/1923 ; Muslim , Riwayat Ahmad, 3/12 ; Hadith Hasan).).
4 Tahajud. Sekurang-kurangnya bangun lebih awal sebelum Sahur untuk mendirikan solat sunat tahajjud, witr dan beristifghar dan lain-lain amalan sebelum menunaikan solat subuh berjemaah(bagi lelaki).
5 Solat. Berjemaah khususnya solat subuh
6 Al-Quran. Memperbanyakkan bacaan Al-Quran dengan tenang
7 Doa Sebelum dan hingga Semasa Berbuka. Banyakkan & panjangkan.
(Rujuk Riwayat Ibn Majah; Sohih)
8 Doa sepanjang waktu berpuasa.
(Rujuk- Riwayat At-Tirmizi, Ibn Majah dll)
9 Segera Berbuka. Bila masuk waktunya.
(Rujuk- Riwayat Al-Bukhari, 4/1957).
10 Berbuka dahulu sebelum solat . (Rujuk- Abu Ya’la dan al-Bazzar : hadith Hasan).
11 Berbuka cara terbaik. (1) beberapa biji Kurma Rutab (Basah), jika tiada, beberapa biji Tamar (Kurma Kering), jika tiada, Air (air kosong ).
( Riwayat Abu Daud, Ahmad & At-Tirmidzi)
12 Sediakan Juadah Berbuka Untuk Orang Lain. Khususnya orang miskin. (Barangsiapa yang memberikan juadah berbuka buat orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa kurang sedikit pun” ( Riwayat At-Tirmidzi, 3/807; Hadith Hasan menurut Imam At-Tirmidzi).
13 Solat Terawih. (1) berjemaah (2) sendirian (3) masjid atau rumah.
14 Siwak-Sugi. Perbanyakkan bersiwak. (Menggunakan kayu sugi tanpa air dan ubat gigi). (Hadis Sohih –riwayat al-Bukhari).
15 Amaran bagi berbuka di siang ramadhan tanpa uzur (Nabi SAW bersabda dalam hadith sohih ancaman berat dengan digantung di dagunya dengan terbalik hingga darah mengalir bagi individu cuai).
16 Solat witir. Waktu terbaik ditunaikan adalah bagi menutup segala solat sunat. Lebih baik dilewatkan diakhir malam, jika mampu.
17 Menjaga Aurat Sentiasa. Termasuk Semasa Solat Terawih, Isyak dan Subuh. Khusus untuk kaum wanita kerana didapati ramai yang terdedah aurat dan kakinya seperti semasa menaiki tangga masjid dll.
18 Mandi atau Menjirus Air Kepada Kepala dan Badan. Tidak dilarang, bahkan Nabi ada menjirus air keatas kepala baginda disebabkan dahaga dan panas.
19 Alakadar. Makan dan minum dengan kadar yang tidak berlebihan.
(Rujuk Surah al-Araf :31)
20 Doakan Juga Orang Yang Menjamu Kita Berbuka.
(Riwayat Abu Daud)
21 Sunat dhuha. Jgn dilupa.
22 Batalkan Pahala Puasa. Jauhi daripada perkara yang membatalkan atau menjejaskan pahala puasa seperti mengumpat, berbohong, menghasut, menjaga syahwat, jaga pandangan, dan lain-lain.
23 Jgn Banyak Tidur Siang Hari. Imam Assayuti menegaskan bahawa hadis –tidur orang berpuasa adalah ibadah adalah lemah.
(al Jami-as Soghir, Faidul Qadir-al Munawi)
24 Halalan & Toyyiban. Jika terpaksa dan nak juga beli, pastikan makanan dibeli daripada syarikat bukan muslim, halal dan baik.Rujuk http://www.halal.gov.my/maklumat_persijilan.php.
25 Mohon Ampun Sentiasa. Bertaubat dan mohon ampun kepada Allah sesungguh-sungguhnya kerana terdapat riwayat Hadis di mana Malaikat jibril mendoakan kecelakaan kepada orang yang, Ramadannya berlalu tanpa mendapatkan keampunan daripada Allah.

Ihsan Info Dari Laman Web Ustaz Zaharuddin dan Dr Asri dll. Sila kunjungi untuk pendetailan dan maklumat lebih tepat serta rujukan nas. Abu-dubeishttp://abu-dubeis.blogspot.com/

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK

Thursday, August 20, 2009

Ubat H1N1 maksimum RM80

Orang ramai boleh mendapatkan ubat antivirus bagi merawat influenza A (H1N1) dengan harga tidak melebihi RM80 sekotak di semua rangkaian klinik atau hospital yang menyertai kempen klinik cegah dan rawat wabak tersebut.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata setakat ini, sebanyak 85 klinik dan hospital swasta di seluruh negara telah mengesahkan penyertaan mereka dalam kempen berkenaan.Beliau berkata di bawah kempen itu, klinik atau hospital swasta yang
menyertainya akan diberikan harga istimewa bagi membeli ubat antivirus FluHalt (Oseltamivir Phospate) keluaran Syarikat Ranbaxy (Malaysia) Sdn Bhd.

"Apabila kita beri kata putus, iaitu klinik jangan jual harga antivirus
ini lebih tinggi daripada RM80. "Saya rasa dengan jelas orang ramai
boleh mendapat antivirus ini dengan lebih murah. Satu ketika dulu
harganya meningkat sehingga RM180.

"Kita rasa ini adalah musim pandemik dan dengan sokongan pembekal ubatan farmasi, kita dapat mengurangkan harga ini. "Saya harap klinik-klinik mendapatkan bekalan dan memberi rawatan dengan cepat kepada pesakit H1N1," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen klinik cegah dan rawat influenza A (H1N1) di Kuala Lumpur hari ini.

Selain itu tawaran harga rendah, klinik atau hospital swasta di bawah kempen ini juga digalakkan untuk mengenakan caj yang minimum bagi konsultasi kes-kes penyakit seakan-akan influenza (ILI) bagi membantu mengurangkan bebanan kewangan kepada pesakit.

Liow turut menegaskan bahawa tindakan akan dikenakan terhadap mana-mana klinik atau hospital swasta yang enggan memberikan rawatan kepada pesakit H1N1 sebaliknya meminta pesakit dirujuk di klinik atau hospital kerajaan.

"Sebelum ini, ramai pesakit yang pergi ke klinik dan hospital swasta diminta merujuk kepada hospital kerajaan. "Saya harap ini tidak berlaku lagi. Sudah tiba masanya semua klinik dan hospital swasta memainkan peranan masing-masing untuk membantu kerajaan dalam menangani wabak H1N1," katanya.

Alriz, sebuah syarikat bumiputera, dan Ranbaxy (Malaysia) Sdn Bhd melancarkan kempen bagi membantu rakyat Malaysia mendapatkan rawatan bagi influenza A(H1N1) dengan lebih mudah dan pada bayaran lebih rendah, di klinik-klinik peserta swasta di seluruh negara.

Sebuah laman web pelbagai bahasa www.h1n1.net.my telah disediakan bagi memberi maklumat kepada orang ramai mengenai H1N1 serta membolehkan mereka mengesan klinik peserta yang terdekat dengan kawasan mereka.

Liow berkata Malaysia telah pun membuat tempahan awal bagi vaksin H1N1 dan bekalan pertama 400,000 dos akan tiba pada Oktober sementara yang kedua pada Januari.

Terdahulu, di Hospital Ampang, Liow menggesa syarikat insurans menawarkan perlindungan untuk mangsa influenza A (H1N1) yang membeli insurans dengan mereka terutamanya jika pelanggan meninggal dunia akibat wabak itu.

"Ia adalah tanggungjawab sosial yang perlu mereka jalankan memandangkan ketika ini tidak semua syarikat insurans menawarkan perlindungan untuk mangsa H1N1," katanya. BERNAMA

Umat Islam berpuasa mulai Sabtu ini

Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa mulai Sabtu ini,
kata Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia
Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah melalui siaran langsung
di TV1 malam ini.
-----------------------------------------------------------------------
Kami Warga Exco Kepaim Mengucapkan Selamat Menyambut
Ketibaan Ramadhan AlMubarak dan Selamat Menjalani
Ibadat Puasa dan Fadhilat Besar Ramdhan
Sedang menanti kita semua.
Tambahkan Amalan -
Upgrade Iman -
Jangan lepaskan Peluang
Yang Terhidang ini

CEGAH H1N1

Klik imej untuk lebih jelas

INFO Tentang Tabung Kebajikan KEPAIM

Tabung Kebajikan KEPAIM

Tabung ini dikenali sebagai Tabung Kebajikan Kesatuan Pekerja-Pekerja Amanah Ikhtiar Malaysia ( Tabung Kebajikan KEPAIM). Tabung Kebajikan ini hendaklah disebut sebagai “Tabung” dan Kesatuan Pekerja-Pekerja Amanah Ikhtiar Malaysia sebagai “Kesatuan” sahaja.

TUJUAN
Tabung ini ditubuhkan adalah bagi tujuan-tujuan berikut :-
(i) Untuk membolehkan penama ahli atau waris ahli yang sah mendapat bantuan apabila berlaku kematian ahli itu ;
(ii) Untuk memberikan bantuan kepada ahli-ahli semasa ahli-ahli ditimpa musibbah, kemalangan, bencana, sakit ; dan
(iii) Untuk memberikan bantuan kepada ahli-ahli yang diberhentikan kerja dengan sebab kesihatan.

Bagi kes-kes yang tidak disenaraikan (rujuk peraturan tabung kumpulan). Keputusan sumbangan akan dibuat oleh Mesyuarat Majlis Jawatankuasa Kerja Pusat

Sunday, August 16, 2009

Kematian H1N1 meningkat kepada 62

Ogos 16, 09 12:03pm
Tiga lagi kematian dicatatkan akibat influenza A(H1N1) - termasuk dua kanak-kanak - menjadikan jumlah korban penyakit tersebut meningkatkan kepada 62 orang.Dua kanak-kanak lelaki itu berusia enam dan tiga tahun. Manakala seorang lagi korban ialah seorang lelaki berusia 50 tahun.Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata 283 lagi kes baru dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan sehingga ini sebanyak 3,857 kes.

Tuesday, August 11, 2009

SOLAWAT SYIFAT HINDAR H1N1


Terjemahan:

Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkatbaginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan jugamemberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda.Wahai sahabat sekalian di waktu kita di serang penyakit yang berwabak pada ketika ini….
Marilah kita sama-sama amalkan selawat syifa’ diatas moga2 allah melindungi kita darinya.Doa akan dimakbulkan kerana selawat, inilah yg menaikkan doa itu ke langit.
Doa juga akan diterima dgn berkat berselawat.
Sebab itu selawat ada dlm doa

BONUS UNTUK KAKITANGAN

Kuala Lumpur - Pihak kepaim dengan sukacitanya amat mengalu
-alukan langkah pihak Cuepacs yang akan Memohon 2 Bulan
Bonus ataupun Saguhati Kepada semua Kakitangan Kerajaan.

Sejajar dengan itu pihak Kepaim juga akan memohon
Saguhati Penghargaan 2 Bulan gaji ataupun minima RM2000
kepada pihak Pengurusan AIM.

Semoga kakitangan dan ahli kepaim dapat bersama-sama kepaim
agar hasrat ini dipermudahkan dan dimakbulkan oleh ALLAH.

Amin Ya Rabbil Alamin

DOA DARI H1N1

Assalamualaikum

Amalkan doa ini yang menghindar dari sebarang penyakit
Termasuklah H1N1..

http://www.muftins.gov.my/files/doa.jpg

HATI-HATI DARI H1N1

KEPAIM amat mengharapkan dan berdoa agar semua kakitangan
mengambil langkah-langkah wajar dari terkena wabak dan BALA
H1N1 yang sedang melanda dunia kini.

Langkah-langkah pencegahan penting apatah lagi semua
kakitangan terlibat dengan urusan kerja luar dan selalu terdedah
dengan ancaman wabak ini.

Semua negeri telah merebaknya wabak ini dan marilah kita berdoa
agar kita semua sihat dan bebas dari ancaman H1N1.
Amin Ya Rabbil Alamin

Friday, August 7, 2009

H1N1 dan bahaya menanti kakitangan

Situasi semasa Influenza A(H1N1)(Setakat 6 Ogos 2009, jam 8.00 pagi)

Jumlah Kes di Malaysia: 1,492 dengan jumlah kematian 14 orang.
574 (38%) merupakan kes import dan 918 (62%) kes jangkitan tempatan. Daripada jumlah ini, 1,421 kes (95%) telah sembuh. Bilangan kes jangkitan influenza A(H1N1) yang masih berada di Unit Rawatan Rapi adalah 11 orang. Manakala 43 kes sedang menerima rawatan antiviral di wad isolasi.
Daripada 11 kes yang berada di Unit Rawatan Rapi, 5 daripada mereka mempunyai faktor risiko iaitu obesiti (2), post -delivery (1) dan bayi (2).
Daripada 16 kes baru yang dilaporkan, sembilan (9) kes dirawat di wad dan 7 orang menerima rawatan pesakit luar.

---------------------------------------------------------------------------
Kami pihak Jawatankuasa Kepaim amat memohon kepada Pengurusan mengambil langkah-langkah pencegahan kepada kakitangan dari wabak H1N1 ini. Apatah lagi kakitangan semua terdedah dalam kerjanya hari-hari berurusan dengan orang ramai. Pihak pengurusan kena mengambil langkah sesuatu.

Sekurang-kurangnya pihak pengurusan boleh menyediakan dan membekalkan topeng pencegahan H1N1 kepada kakitangan yang berhadapan situasi kerjanya dengan orang ramai serta boleh mengedarkan maklumat tentang H1N1 dan juga memberikan taklimat H1N1 dari semasa ke semasa kepada kakitangan.

BONUS Awal ???

Kuala Lumpur - Jawatankuasa Tertinggi Kepaim telah mengadakan rundingan dan memohon kepada pihak pengurusan tertinggi AIM agar bonus dapat dibahagikan awal kepada kakitangan sebelum Hari Raya AidilFitri ini yang berkemungkinan akan di sambut pada 22 hb September 2009.

Jawatankuasa Kepaim juga telah memohon bonus ini diberikan sebulan gaji ataupun minimanya RM1000 bagi setiap pekerja. Pemberian bonus ini penting, apatah lagi boleh dikatakan keseluruhan kakitangan AIM berkhidmat di luar negeri masing-masing. Di zaman yang serba memerlukan duit ini kos untuk balik kampung (Service Kereta, Minyak Kenderaan, TOL dan banyak lagi) maka pihak Jawatankuasa merasakan amat penting bagi semua kakitangan dibayar bonus sebelum Hari Raya Aidilfitri ini. Ini tidak termasuk lagi soal menyediakan peralatan Hari Raya untuk anak-anak dan keluarga dan juga sambutan pada hari Raya itu lagi sendiri.

Umum mengetahui dan memang di sahkan oleh semua pihak, kakitangan bawahan tidak mampu untuk menabung dek kerana desakan hidup kini yang amat tinggi kini. Semua kakitangan tidak terlepas dari berhutang untuk meneruskan kehidupan yang semakin mendesak di alaf ini. Sayugia itu pemberian bonus ini sangat penting kepada kakitangan dan semoga pengurusan tertinggi AIM dapat menyelami hati kakitangan.

MAKLUMAT TERKINI C.A KEPAIM

Kuala Lumpur - Pihak Jawatankuasa Tertinggi kepaim sedang memantau dan melihat proses C.A yang diusulkan oleh pihak Kepaim kepada Pengurusan AIM. Proses ini masih berterusan dan sedang dalam proses akhirnya. InsyaALLAH Akhir bulan Ogos ini proses ini akan masuk ke mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif AIM.

Kepada semua kakitangan AIM dan juga sebagai ahli kepaim di minta bermunajatlah berdoa pada ALLAH semoga kita semua kakitangan semoga proses ini dan segala urusannya di permudahkan oleh ALLAH. Apatah lagi di bulan yang berkat nanti RAMADHAN insyaALLAH segala-galanya ALLAH mudahkan setiap urusan apatah lagi ianya membawa kebaikan untuk semua pihak.

Klik Web Site ini untuk melihat C.A Kepaim yang dibawa ke pengurusan AIM.
http://kepaimselatan.blogspot.com

KARNIVAL USAHAWAN IKHTIAR 2009

Kuala Terengganu - Pada 30hb Julai hingga 1 Ogos 2009 telah berlangsung Karnival Usahawan Ikhtiar 2009 yang berlangsung di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu. Karnival kali ini bertemakan " Keusahawan Menerajui Kecemerlangan".

Karnival kali ini menampakkan kemeriahan pengunjung yang berkunjung ke tapak karnival dan juga kecerian wajah bagi para peniaga yang berniaga di tapak Karnival Usahawan Ikhtiar 2009. Alhamdulillah berkat kesabaran dan komitmen yang tidak berbelah bagi kakitangan, Karnival Usahawan Ikhtiar 2009 boleh di anggap sesuatu yang membanggakan bagi penganjurnya.

Tahniah kepada Kakitangan AIM Wilayah Terengganu yang menunjukkan sikap kerja keras dan amanah yang tinggi walaupun tanpa penyelian yang minima. Kakitangan memberikan komitmen tahap tertinggi dan pengurusan meraih hasil dan yang mendapat pujiannya. Kecemerlangan tetap mampu diteruskan walaupun sesiapa sahaja yang menerajui pengurusannya. Ini lah gambaran kakitangan yang dikehendaki di alaf ini. Keredhaan ALLAH dan Amanah yang di galas lebih di cari dari mencari keredhaan manusia.
Kesatuan amat berbangga dan berterimakasih kepada kalian semua.