Tuesday, June 22, 2010

RAYUAN DERMA KEPADA SAUDARI NURSURIATY BINTI HASHIM

Setiausaha Agung
20-3A-11 Dahlia F, Jalan S2 G5
Garden Avenue, Seremban 2,
70300 Seremban, Negeri Sembilan.
Tel: 013-2515860 (s/u) 012-6944560 (P’den)
--------------------------------------------------------------------------------
Ruj. Kami : KEPAIM/DALAMAN/2010/01
Ruj. Tuan :
Tarikh : 21hb. June, 2010
Kepada :
Pengerusi Perhubungan Wilayah /
Wakil KEPAIM Cawangan /
Ahli-ahli KEPAIM
Saudara/i

RAYUAN DERMA KEPADA SAUDARI NURSURIATY BINTI HASHIM

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Saudari Nursuriaty binti Hashim
No. K/p : 861004-02-5884 yang beralamat di Kg. Panchur, 06400
Pokok Sena, Alor Setar, Kedah, yang juga merupakan kakitangan
AIM di Cawangan PKMB Kota Bharu kini terlantar sakit misteri dan
mendapat rawatan di kampung halaman beliau.

3. Sebelum ini beliau mendapat rawatan di hospital namun
setelah tidak dapat dipulihkan kerana tidak dapat mengenalpasti
penyakit yang dialami beliau, keluarga beliau telah membawa
pulang ke rumah bagi mendapatkan rawatan secara tradisional.
Melalaui rawatan tradisional keadaannya beransur pulih namun
masih memerlukan rawatan lanjut. Pengerusi Perhubungan KEPAIM
Wilayah Kedah, Saudara Mohd Fadzani Fazil telah mengadakan
lawatan ke rumah beliau dan mendapati keadaan beliau amat
menyedihkan walaupun dikhabarkan telah beransur pulih.
Buat masa ini bantuan kewangan amat diperlukan untuk
perbelanjaan mengurus diri memandangkan Saudari Nursuriaty
tidak dapat berfikir dengan baik bagi mengurus diri sendiri.
Keluarga beliau juga sentiasa mendapatkan rawatan susulan
secara tradisional dan ini juga memerlukan perbelanjaan.

4. Sumbangan saudara saudari bolehlah dikumpulkan mengikut
cawangan, seterusnya menyerahkan kepada Pengerusi Perhubungan
Wilayah masing-masing sebelum diserahkan kepada Bendahari
KEPAIM Pusat.

5. Segala bentuk kerjasama dan keperihatinan saudara /
saudari didahului dengan jutaan terima kasih. Bersama ini
disertakan senarai Pengerusi Perhubungan Wilayah KEPAIM.

Sekian, Terima Kasih.
Yang diamanahkan,
………………………………….
( FAKURURRAZI BIN IDRIS )
Setiausaha Agung KEPAIM


SENARAI PENGERUSI PERHUBUNGAN WILAYAH

KEDAH - MOHD FADZANI BIN FADZIL
PERAK - MD. RADZHI BIN MAHAMUD
SELATAN - MOHD SAID BIN ABD RAHMAN
KELANTAN - MOHD YUSOF BIN SEMAN
TERENGGANU - AHMAD FAUZI BIN ABDULLAH

Monday, June 21, 2010

MAKLUMAN CA BARU 2011/2013

SEMUA KAKITANGAN ADALAH DI PELAWA UNTUK MEMBERIKAN IDEA
DAN CADANGAN TERHADAP CA BARU YANG AKAN DI BAWA KE
PERUNDINGAN BARU KEPAIM DAN MAJIKAN KELAK.

SETIAP CADANGAN DAN PANDANGAN ITU BOLEH LAH DI AJUKAN
KEPADA PENGERUSI WILAYAH KEPAIM SETIAP WILAYAH.

CADANGAN ANDA AMAT DI ALU-ALUKAN.

TERIMA KASIH

Monday, June 7, 2010

Kesatuan Pekerja Dan Perkhidmatan Awam Sokong Kerajaan Kecam Kekejaman Israel

PETALING JAYA: Kesatuan pekerja dan perkhidmatan awam di negara ini yang merangkumi keanggotaan 1.8 juta orang menyuarakan sokongan padu terhadap tindakan kerajaan mengecam serangan Israel ke atas flotila bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Masing-masing menyambut baik usul yang dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat hari ini yang mengutuk serangan itu serta mendesak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu agar merujuk Israel kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), G. Rajasegaran berkata Amerika Syarikat (AS) harus campur tangan dan memaksa Israel membenarkan bantuan kemanusiaan dihantar kepada penduduk Gaza.

"MTUC sangat kecewa dengan pentadbiran (Presiden AS Barack) Obama kerana tidak dapat mengawal Israel yang terkenal sebagai negara pengganas dunia.

"Amerika Syarikat sibuk mengawal Korea Utara dan Iran tetapi tidak mengendahkan Israel yang merupakan negara penyangak paling teruk di dunia," katanya kepada Bernama.

Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-Pekerja Pengangkutan Kebangsaan, Datuk Zainal Rampak pula menyeru anggotanya agar memboikot barangan Amerika sebagai bantahan dan juga desakan kepada AS untuk mendisiplinkan Israel.

Sementara Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Pekerja-Pekreja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Ahmad Shah Mohd Zin pula menggesa masyarakat dunia agar segera mengenakan sekatan terhadap Israel dan AS bagi menghalang rejim Zionis daripada terus menyeksa rakyat Palestin.

Beliau juga melahirkan rasa kecewa kerana Pertubuhan Persidangan Islam tidak mengambil pendirian tegas bagi menekan AS agar bertindak terhadap sekutunya itu.- BERNAMA