Tuesday, September 21, 2010

PENGHIJRAHAN KAKITANGAN AIM KE AMANAH IKHTIAR SELANGOR

Kuala Lumpur - Berita mengejutkan selepas bercuti panjang menyambut
Hari lebaran dengan penghijrahan kakitangan AIM Ke Skim Mikrokredit
Selangor (AIS). Sehingga kini sudah 10 orang kakitangan yang mula
bekhidmat dengan Mikrokredit Selangor tersebut.

Kepaim amat sedih dengan perkembangan terkini namun mengucapkan
selamat berkhidmat di sana dan berikan yang terbaik walau di mana
kita berada. InsyaALLAH selaku hamba ALLAH dan mukmin sejati AMANAH
tetap akan kita julang dan pertahankan.

Penghijrahan besar-besaran kakitangan ini amat merugikan Organisasi,
kerana sebilangan mereka adalah aset AIM. Namun apakan daya. Kita
merancang, mereka juga merancang dan ALLAH juga merancang. Dan
semestinya perancangan ALLAH yang terbaik.

Semoga ianya menjadi iktibar kepada semua. Semoga kakitangan tetap
diutamakan dan Organisasi didahulukan. Apa yang setiap manusia impikan
di dalam sektor perkhdmatan diberikan keutamaan:

1. Pendapatan yang setimpal dengan perkhidmatan diberikan.
2. Keselesaan dalam perkhidmatan.
3. Pengiktirafan oleh majikan diatas perkhidmatan dan kelayakan mereka.
4. Kebebasan memberikan idea dan kreativiti dalam kerjaya.
5. Profesionalisma dalam perkhidmatan.
6. Kemahiran di dalam bidang masing-masing diutamakan.

Moga ianya menjadi renungan dan iktibar untuk semua. Apa yang sudah berlaku
sudah berlaku dan pandanglah ke depan. Nun di sana banyak lagi cabaran
dan rintangan yang perlu di harungi. Alaf ini sektor perkhidmatan sudah
menuju ke era globalisasi dan tahap keprofesionalannya yang tinggi.
Mereka yang masih kebelakang corak pemikiran dan tindakan akan terus
kebelakang dan ketinggalan zaman.

SELAMAT HARI RAYA UNTUK SEMUA WARGA AIM

KEPAIM MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN
SYAWAL 1431HIJRAH KEPADA SEMUA KAKITANGAN AIM DAN
KELUARGA.

MOGA ANDA SEMUA TERUS DIBERIKAN KESIHATAN YANG SEMPURNA
IMAN YANG ETGUH DAN BERBAHAGIA HENDAKNYA