Tuesday, May 31, 2011

TARIF ELEKTRIK NAIK 7%

Kerajaan persekutuan menaikkan tarif elektrik dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun ini sebagai sebahagian daripada pengurangan subsidi.

Sementara gas asli pula dinaikkan RM3 setiap mmBtu setiap enam bulan sehingga mencecah harga pasaran pada 2016, apabila harganya diapung sepenuhnya.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui berkata, seramai 44.4 juta atau 75 peratus dariapada keseluruhan 5.94 juta isi rumah tidak akan terjejas dengan tarif baru ini.

Bagi yang menggunakan 301kW hingga 1000kW, tarif dinaikkan daripada 0.1 peratus hingga 10 peratus, atau RM0.07 kepada RM30.30.

Pelepasan bil elektrik untuk pengguna yang menggunakan kurang daripada RM20 sebulan akan tamat pada Disember 2011.

Sementara itu, Bernama melaporkan, dalam pengumuman bersama Peter dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, mereka berkata kenaikan itu disebabkan oleh peningkatan harga gas asli untuk sektor tenaga.

Saturday, May 28, 2011

TERIMA KASIH PEMBERIAN BONUS KPI

Kuala Lumpur - Kepaim mengucapkan ribuan terima kasih
yang tak terhingga kepada pengurusan di atas pemberian
bonus kpi kepada kakitangan tempohari. Walaupun pelbagai
suara-suara masih bercakap tentang bonus kpi tersebut.
Kepaim mengharapkan sebarang ketidak-puashati dan
kekecewaan gunakan saluran yang betul.

Kepaim juga mengharapkan pihak pengurusan telus dalam
pemberian bonus kpi tersebut dengan menyediakan hitam
putih yang jelas agar semua pihak berpushati dan
dapat merujuk hitam putih tersebut.

Kepaim juga mengharapkan kakitangan dapat menggunakan
pemberian bonus kpi tersebut untuk di gunakan ke tempat
yang terbaik. Amalkan gaya hidup yang sihat dengan
menabung dan meminimakan berhutang.

Thursday, May 26, 2011

PENCALONAN JAWTANKUASA KEPAIM SEISI 2011-2013

SUKACITA DIPERINGATKAN SEMULA DAN DI MAKLUMKAN
SEMUA BORANG PENCALONAN SERTA USUL-USUL UNTUK
PERBAHASAN YANG LENGKAP HENDAKLAH
DI HANTAR DAN DISERAHKAN PADA ATAU SEBELUM:

3hb JUN 2011

Berita Terkini

Kuala Lumpur - Kepaim di maklumkan Pihak Sosco telah
mula membayar Pencen Arwah Mohd Fauzi Abdul Rahman
yang meninggal baru-baru ini.
Pencen tersebut telag di terima oleh waris beliau.

AJK KEPAIM TERKINI



AJK KEPAIM SEBELUM PEMILIHAN
MESYUARAT AGONG KEPAIM 2011

Wednesday, May 18, 2011

RAYUAN SUMBANGAN KEPADA SITI HAMINAH BINTI SULAIMAN

Adalah dimaklumkan bahawa Saudari Siti Haminah Binti Sulaiman yang bertugas sebagai Pembantu Amanah Sistem di Cawangan Pasir Mas Kelantan, kini dirawat di Hospital Pakar Perdana Kota Bharu Kelantan. Beliau telah menerima rawatan kerana mengidap Sakit Jantung.

Beliau telah menjalani rawatan dinogsic dan perlu menjalani pembedahan segera bagi memulihkan salur darah ke jantung dengan kos dianggarkan sekitar RM 30,000.00.

4. Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa KEPAIM berharap agar saudara/saudari dapat bersama menghulurkan sumbangan kepada beliau bagi membantu meringankan beban beliau dan keluarga. Sumbangan saudara/saudari bolehlah didepositkan ke akaun berikut :

Nama Akaun : Siti Haminah Binti Sulaiman
No. Akaun : 0302 7020 4958 65 ( BANK ISLAM MALAYSIA BHD)

5. KEPAIM juga berharap saudara-saudari dapat bersama-sama mendoakan kesejahteraan beliau agar beliau segera pulih. Segala bentuk kerjasama, sumbangan dan doa dari seluruh Ahli KEPAIM dan warga kerja AIM amat diharapkan dan didahului dengan jutaan terima kasih.

INFO TERKINI ! ! !

INFO Terkini Kepaim Untuk Ahli Kepaim:

1. KES Representasi Di Bawah Seksyen 20 Akta Perhubungan
Perusahaan. Kes Bekas Pemandu HQ Mohd Sharulniza
Zakariya pada 24/05/2011 jam 2.30 petang bertempat di
Jabatan Perhubungan Perusahaan Kuala Lumpur.
( Wisma Perkeso Jalan Ampang, Wilayah Persekutuan )

2. Pertikaian perusahaan kes Mohd Nohi Omar 25/05/2011
jam 11.30 pagi bertempat di Jabatan Perhubungan Perusahaan
Kuala Lumpur.(Wisma Perkeso Jalan Ampang, Wilayah Persekutuan)

4. Kes mantan Penolong Pengurus, AIM Caw Gua Musang akan
disebut pada 25/05/2011 jam 09.30 pagi bertempat di mahkamah
perusahaan Alor Setar, Kedah Darul Aman.

5.Perjumpaan AJK KEPAIM dan Pengurusan AIM Kes Perpindahan
En.Khairul Mohd Khori, PA AIM Caw Hulu Perak dan En.Fakururrazi
Idris,PPKS AIM Wilayah Selatan. ( TerKini Wilayah Tengah)

Tuesday, May 17, 2011

ROADSHOW PENERANGAN KEPAIM

Kuala Lumpur - Ahli Jawatankuasa KEPAIM Akan
mengadakan Roadshow Penerangan Ahli untuk ahli-ahli
kepaim seperti penerangan berikut :

21hb Mei 2011 - Seminar di Kedah
Ahli Kepaim Kedah Sila hadir beramai-ramai

22hb Mei 2011 - Seminar di Perak
Ahli Kepaim Perak Sila hadir beramai-ramai

Ini juga adalah RoadShow terakhir sebelum Pemilihan
Ahli Jawatankuasa Baru Kepaim akan di pilih pada
mesyuarat Agong Kepaim di Kelantan yang di jadualkan
akan berlangsung pada bulan Julai 2011 nanti.

PERUNDINGAN KEPAIM vs AIM

Kuala Lumpur - Pada Hari Jumaat 20hb Mei 2011 ini
Kepaim akan memulakan rundingan tentang CA Baru Kepaim
2011 - 2013. Rundingan tersebut akan berlangsung di
Bilik Mesyuarat AIM, Ibu Pejabat AIM Bukit Damansara.
Sebelum IbuPejabat akan berpindah ke Bangunan sendiri
dan baru yang telah dibeli baru-baru ini.

Pihak KEPAIM akan menghantar seramai 7 orang perunding
dikalangan Ahli Jawatankuasa KEPAIM untuk memulakan
rundingan CA Baru tersebut. Untuk makluman semua ahli
kepaim, CA Kita telah berakhir pada tanggal 31hb Disember
2010 tempohari maka genaplah 3 tahun CA tersebut.

Justeru itu KEPAIM amat mengharapkan restu dan DOA ahli-
ahli semua agar rundingan ini dipermudahkan oleh ALLAH
dan cepat menemui jalan kejayaannya. Sesungguhnya jika
kamu memudahkan urusan sesama manusia, ALLAH akan
mempermudahkan urusan kamu didunia dan akhirat.
InsyaALLAH.

Saturday, May 14, 2011

KES MANTAN PPC GUA MUSANG

Alor Setar - Kes Rosli Ibrahim, Mantan PPC Gua Musang
akan di sebut Mahkamah Perusahaan Alor Setar, Kedah Darul
Aman pada 25/05/2011.

Thursday, May 12, 2011

PERUNDINGAN CA BARU 2011 - 2013

Runding Damai berhubung pertikaian memulakan rundingan antara
KEPAIM dan AIM diselesaikan di Jabatan Perhubungan Perusahaan
(JPP) Seremban pada 28/04/2011. Hasil Runding Damai tersebut,
Pihak majikan telah menyatakan persetujuan dengan disaksikan
oleh Penolong Pengarah JPP Seremban. Pihak Majikan telah
bersetuju bagi memulakan Perundingan Bersama pada ketetapan
berikut :

Tarikh : 20hb. May, 2011 (Jumaat)
Masa : 09.30 Pagi
Tempat : Ibupejabat AIM, Kuala Lumpur.

InsyaALLAH Kepaim akan menghantar 7 orang Ahli Jawatankuasa
untuk perundingan tersebut manakala pihak majikan juga
seramai 7 orang.

Kami di Kepaim amat mengharapkan semua ahli kepaim berdoa dan
bermunajat untuk kejayaan di perundingan tersebut. Sekaligus
semua pihak dapat menerima manfaatnya.

NOTIS MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN KALI KE 6

Ruj. Kami : KEPAIM / SuratDalaman
Ruj. Tuan :

Tarikh : 02hb. May, 2011

Kepada:-
AJK KEPAIM PUSAT
AHLI – AHLI KEPAIM

Saudara/Saudari ,

NOTIS MESYUARAT AGUNG DWITAHUNAN KALI KE 6
- PENCALONAN AHLI JAWATANKUASA PUSAT SESSI 2011
- USUL-USUL DALAM MESYUARAT AGUNG DWITAHUNAN KALI KE 6

Tarikh : 23hb. Julai
Hari : Sabtu
Masa : 09.00 Pagi hingga 02
Tempat : Kota Bharu, Kelantan.
(Tempat Akan Dimaklumkan)

Tarikh Tutup Sebelum atau Pada 3hb Jun 2011.

Sila Dapatkan Surat dan Borang Pencalonan serta Borang usul
dari semua Pengerusi Perhubungan Negeri ataupun Setiausaha
Agong Kepaim.

TAHNIAH UNTIK SEMUA

Kuala Lumpur - Kami Jawatankuasa Kepaim mengucapkan terimakasih
yang tak terhingga kepada semua AJK dan kakitangan yang terlibat
dengan Perhimpunan Hari pekerja Kebangsaan di Stadium Putra,
Bukit Jalil Tempohari.

Alhamdulillah di usia penubuhan awal kesatuan sehinggalah
sekarang banyak dugaan, cabaran dan onak serta ranjau yang
terpaksa di tempuh untuk dapat berdiri sebagaimana hari ini.
Semuanya adalah kerana satu matlamat, satu tujuan untuk
kakitangan.

Justeru itu kepaim amat berbangga dan mengucapkan ribuan
malahan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada AJK Awal
dari penubuhan Kepaim sehinggalah sekarang. Terlalu banyak
jasa kalian kepada kesatuan dan tak mampu pihak kami
membalasnya. Hanya ALLAH Yang maha kuasa untuk membalasnya dan
insyaALLAH akan mengurniakan anda semua kesihatan yang baik
dan kebahagian yang hakiki dunia dan akhirat.

Begitu juga kepada semua ahli yang setia dan teguh bersama
dan menyokong kepaim. Kepaim amat terharu dengan sokongan
dan pen"CAKNA"an terhadap kesatuan mutakhir ini. Tanpa anda
semua siapalah dan tiada lah kami.

Monday, May 9, 2011

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR HARI PEKERJA KEBANGSAAN 2011





KEPAIM MENERIMA ANUGERAHNYA

Kuala Lumpur - Kepaim telah memenangi Anugerah Kesatuan
Sekerja Contoh (Sektor Swasta)2011. Anugerah tersebut
telah di sampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia
YAB Tan Sri Dato' Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin.

Kepaim telah di wakili oleh Setiausaha Agong Kepaim
En Fakururrazi Idris dan di temani oleh En Mohd Zakri
Bin Abd Halim untuk menerima trofi di atas pentas.
Manakala Presiden En Ismail Bin Yahya serta mantan
presiden En Muhamad Nohi Bin Omar telah diberikan
pengiktirafan sebagai tetamu VIP di majlis tersebut.

Kepaim mengucapkan terima kasih kepada semua yang
menjayakan himpunan ini terutama semua AJK dan ahli
yang datang dan tak lupa juga warga Ibupejabat dan
PKMB yang turut serta bersama membentuk Warga AIM di
Himpunan Hari Pekerja Kebangsaan 2011.

Sunday, May 8, 2011

HARI PEKERJA KEBANGSAAN

Kuala Lumpur 7hb Mei 2011 - Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan
telah di sambut dengan meriah dan penuh warna-warni di
Stadium Putra, Kompleks Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Kira-Kira Hampir 10,000 ribu pekerja telah berhimpun untuk
merayakan hari besar kepada golongan pekerja di Seluruh Negara.

Timbalan Perdana Menteri Malaysia YAB Tan Sri Dato' Muhyiddin
bin Hj Mohd Yassin telah merasmikan perhimpuan pada tahun ini
menggantikan Perdana Menteri yang berada di luar negara.






.

Thursday, May 5, 2011

Perutusan Hari Pekerja 2011

Thursday, May 6, 2010
PERUTUSAN HARI PEKERJA
Perutusan Hari Pekerja 2011

Assalamualaikum!

Selamat menyambut Hari Pekerja 2011. Pada tahun ini semua ahli KEPAIM menyambut hari pekerja dengan penuh bermakna ekoran dari kejayaan KEPAIM memenangi anugerah Kesatuan Sekerja Contoh (Sektor Swasta) Peringkat Kebangsaan. Kemenangan ini bukan semudah yang disangka. KEPAIM telah dicalonkan oleh Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) Melaka/Negeri Sembilan ke Peringkat Kebangsaan bersama 10 kesatuan sekerja terbaik di bawah seliaan JHEKS Melaka/Negeri Sembilan. Di Peringkat Kebangsaan pula KEPAIM terpaksa bersaing dengan lebih 150 Kesatuan terbaik di Malaysia. Namun dengan berkat sokongan padu dan doa ahli-ahli serta komitmen AJK, KEPAIM dan dengan keizinan Allah s.w.t telah terpilih memenangi anugerah tersebut. Terima kasih tidak terhingga kepada aktivis-aktivis KEPAIM yang telah bekerja keras demi memastikan keupayaan dan kejayaan KEPAIM.

Tanggal 1 Mei atau dikenali sebagai ”Mayday” mungkin telah sinonim dengan kita, golongan pekerja samada sektor swasta atau awam. Namun dicelah pengertian itu masih terdapat golongan marhain ini yang tiada apa-apa makna pada hari tersebut walau dilintasi pada saban tahun. Lebih dimengertikan hanya cuti umum. Jauh untuk kita perhatikan dan mengertikan adalah tentang hari untuk kita mengimbau tentang perjuangan golongan pekerja pada masa lalu untuk kita menikmati keharmonian pekerjaan pada masa ini.

Revolusi Industri pada abad ke 19 dan 20 telah melahirkan golongan pekerja yang memahami hak tentang pekerjaan mereka. Apa yang dinikmati hari ini adalah dari apa yang telah diperjuangkan mereka pada masa-masa lalu. Kita mungkin tidak sedar bahawa kita bekerja selama 8 jam sehari pada hari ini adalah sememangnya apa yang telah diperjuangkan dari dahulu. Sebelum masa kerja yang dinikmati hari ini, tempoh masa bekerja pada masa lalu ada yang selama 24 jam tanpa henti, kemudiannya 20 jam sehari dan ada yang 16 jam sehari kemudiannya 12 jam sehari.

Perjuangan golongan pekerja sejak awal kurun ke 20 telah banyak merubah tempoh masa pekerja di mana kita berupaya bekerja dalam tempoh masa 8 jam sehari disamping kita dapat mewujudkan keharmonian perusahaan.Golongan kapitalis terus mengekploitasi golongan pekerja dengan tempoh masa kerja yang panjang tetapi dengan upah yang kecil. Gerakan-gerakan pekerja telah memperjuangkan masa depan golongan pekerja sejak dahulu sehingga ada yang terkorban dan ada yang dipenjarakan. Perjuangan untuk memastikan suasana kerja yang harmoni terus diperjuangkan kerana keadaan sesuatu pekerjaan dan keperluan semasa turut berubah dari masa ke semasa.

Soal keselamatan dan jaminan keluarga iaitu kebajikan anak, isteri atau suami turut diketengahkan oleh pejuang pekerja. Dalam kajian wang KWSP 2003 melibat golongan pekerja swasta berpendapatan sederhana yang dinyatakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Johori Abdul Muid, 70 % ahli KWSP akan menghabiskan caruman dalan tempoh 1 tahun hingga 10 tahun sahaja. Tahun lalu sahaja, 131,276 atau 53% daripada 248,298 pencarum mengeluarkan satu pertiga daripada caruman mereka pada usaha 50 hinggan 54. Semasa umur pencen para pekerja mesti mempunyai simpanan minima tidak kurang RM 173,000 dalam akaun satu . Ini baru menyamai pencen minima RM 720 sebulan bagi menjalani kehidupan sehingga umur jangka hayat penduduk Malaysia adalah 72 tahun lelaki dan 77 tahun perempuan. Jika keadaan ini berterusan pekerja bawahan AIM (Pemandu, PA dan PPK) akan mengalami masa depan yang gelap terutamanya selepas pencen nanti. Pekerja ini akan gagal dengan hasrat menjalani kehidupan selepas besara tanpa diganggu oleh isu kewangan.

Sesetengah golongan yang sememangnya berpendapatan ”tak habis nak makan” selalu mempertikaikan soal ini. Pada anggapan mereka ialah kena menabung. Biasanya orang sebegini tidak berada pada realiti yang sebenar. Bagaimana hendak menabung jika gaji rendah lebih kurang RM 1000 hingga RM 2000 sebulan iaitu sama dengan indek layak sahabat kita. Kajian MTUC (Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia) untuk hidup di bandar besar memerlukan RM 4000 sebulan serta kawasan separa bandar dan luar bandar adalah RM 3000 sebulan.

Menurut CIMB Research, pinjaman isi rumah di Malaysia meningkat dari 11.1% dalam tempoh lima tahun iaitu 2004-2009. Pinjaman isi rumah dalam tempoh 9 bulan dari 2009 ke Ogos 2010 telah meningkat sebanyak 8.4% iaitu dari RM 516.6 bilion ke RM560.1 bilion.Tambahan pula, pinjaman isi rumah berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK) telah melambung dari 66.7% pada tahun 2004 kepada RM 76% tahun 2009. Pinjaman adalah pinjaman kereta , rumah dan kad kredit. Keadaan ini menyebabkan golongan pekerja bawahan dan sederhana terpaksa berhutang untuk memperolehi kehidupan yang selesa.

Sejak beberapa bulan yang lalu khususnya bulan September dan Oktober 2010 sehingga Febuari 2011 harga barang asas dan keperluan harian seperti makanan , pengangkutan ,makanan bayi dan pakaian sekolah naik mendadak . Consumer Research and Resource Centre (CRRC) telah memantau dan membuat kajian tentang kenaikan harga barangan , mendapati kebanyakkan barangan mengalami peningkatan yang ketara , antaranya Bawang Putih 400% begitu dengan minyak , gas dan gula.Kedadaan sangat membebankan golongan yang pendapatan bawah RM3000 sebulan iaitu 100% pekerja bawahan(Pemandu ,PA dan PPK) terutamanya di bandar besar HQ, PKMB KL, Ipoh , Johor Bharu dan Pulau Pinang.

Fokus kita selepas ini, selain gaji kita perlu pertahankan jaminan pekerjaan iaitu kesihatan dan keselamatan serta pencen untuk mereka yang bersara atau dana yang mencukupi untuk hari bersara. Begitu juga imbuhan kepada mereka yang bersara awal kerana sakit serta imbuhan yang behenti sukarela setelah berkhidmat lebih 15 tahun .Begitu juga rawatan bagi mereka yang sakit yang meliputi keluarga iaitu anak , suami atau isteri. Kebajikan yang dinikmati oleh kakitangan Perkhidmatan Awam serta sektor swasta lain akan dijadikan rujukan dalam tuntutan KEPAIM.

Akhir sekali lagi tahniah kepada semua ahli-ahli KEPAIM yang setia yang sentiasa mendoakan kejayaan KEPAIM sehingga terbukti peranan yang telah dimainkan oleh KEPAIM samada saudara/saudari sedar atau tidak. Sehingga kini KEPAIM telah diiktiraf peranannya sehingga dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Kesatuan Sekerja Swasta Contoh oleh Perdana Menteri Malaysia di Stadium Putra Bukit Jalil pada Sabtu 7 Mei 2011. Terima Kasih juga kepada Pihak Pengurusan AIM yang mengitiraf KEPAIM dan sentiasa terbuka untuk KEPAIM dan mengiktiraf KEPAIM sebagai Perunding Tunggal dalam menyampaikan tuntutan. Anugerah ini menaikan imej pekerja serta organisasi AIM . Moga hubungan yang hormoni antara pekerja (KEPAIM) dengan majikan (AIM) akan terus terjalin.

Semoga kita marayakan sambutan Hari Pekerja ini dengan tekad untuk terus berusaha memajukan organisasi dan diri dengan penuh keredhaan ALLAH. Tekad bekerja dengan jujur tanpa mengharap anugerah supaya kita tidak kecewa kerana mengharap dan memastikan tekad kita bekerja untuk mendapat keredhaan ALLAH.


”Dari Pekerja Untuk Pekerja”
”Kebajikan Cemerlang, Gagasan Malaysia Terbilang”
”Pekerja Merealisasikan Transformasi Negara:”

Sekian.

Ikhlas dari,
Mantan Presiden KEPAIM
Setiausaha Agung KEPAIM
Presiden KEPAIM

Monday, May 2, 2011

Aturcara Perhimpunan Hari Pekerja 2011

Aturcara Perhimpunan Hari Pekerja 2011

7.30 pagi Ketibaan Kontinjen – Kontinjen
8.00 pagi Persembahan Badan Kesenian Tentera Darat dan Artis residen
8.30 pagi Ketibaan Dif-Dif Jemputan
9.00 pagi Ketibaan Y.B Senator Dato’ Maznah bt Mazlan
Timbalan Menteri Sumber Manusia.
9.15 pagi Ketibaan Y.B Datuk Dr. S. Subramaniam
Menteri Sumber Manusia.
9.20 pagi Taklimat Keselamatan / Safety Briefing.
9.30 pagi Ketibaan YAB Tan Sri Dato' Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Nyanyian Lagu Negaraku Diketuai Oleh
Koir Kementerian Sumber Manusia (KSM)
Bacaan Doa'
Persembahan Kumpulan Koir KSM
9.50 pagi Ucapan Alu-Aluan oleh YB Menteri Sumber Manusia
Amanat Khas Hari Pekerja oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Lafaz Ikrar Hari Pekerja.
Persembahan Khas Badan Kesenian (Grand Finale).
Penyampaian Anugerah Hari Pekerja Oleh
YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Persembahan Koir KSM.
11.30 pagi Sidang Media dan Jamuan
12.00 tgh Bersurai

SISTEM GANTI PTK BERMULA 1 JULAI

KUALA LUMPUR 30 April – Kerajaan dijangka melaksanakan sistem penilaian baru terhadap penjawat awam menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) berkuat kuasa Julai ini.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, sistem itu akan menilai tahap kompetensi golongan itu berdasarkan penguasaan pengetahuan, kemahiran dan tingkah laku mereka dalam pekerjaan.

“Pada 2 Mei ini, Jabatan Perkhidmatan awam (JPA) dan CUEPACS akan membuat persidangan bagi membentangkan beberapa cadangan terhadap penambahbaikan sistem penilaian baru itu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Persidangan Pegawai Kesihatan Persekitaran dan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran sempena ulang tahun ke-50 penubuhan Kesatuan Inspektor Kesihatan Malaysia di sini hari ini.

Pemansuhan PTK yang berkuatkuasa 1 Januari lalu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2011 pada Oktober tahun lalu.

Menurut Omar, sistem penilaian baru itu akan melihat tahap keupayaan kerja bagi tujuan kenaikan pangkat berbanding hanya bergantung kepada keputusan peperiksaan PTK sebelum ini.

CUEPACS MINTA KERAJAAN SELARAS GAJI UNTUK IMBANGI KENAIKAN HARGA BARANG

KANGAR, 27 April (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan melakukan pelarasan gaji tahun ini, berikutan kenaikan harga barangan yang semakin membebankan penjawat awam.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata kenaikan harga barang itu menyebabkan perbelanjaan penjawat awam bertambah lebih RM500 setiap bulan sedangkan pendapatan bulanan tidak berubah.

Penyelarasan yang boleh dibuat dengan mengambil kira purata perbelanjaan tambahan penjawat awam itu sekurang-kurangnya boleh meringankan beban mereka, kata Omar kepada pemberita, di sini Rabu.

Beliau yang ditemui selepas merasmikan mesyuarat agung Kesatuan Pembantu Tadbir Pelajaran (Keptan) Perlis, berkata Cuepacs juga mencadangkan agar bantuan sara hidup (Cola) semua penjawat awam diselaraskan kepada RM300 sebulan.

Ini kerana katanya, kos sara hidup di luar bandar juga semakin meningkat seperti di bandar.

Omar berkata Cuepacs juga mencadangkan elaun tetap perumahan untuk penjawat awam yang bergred 40 dan ke bawah dinaikkan kepada RM350 sebulan berbanding RM180 sekarang.

"Mana ada rumah yang boleh disewa RM180 sebulan di kawasan bandar malah di luar bandar juga sewa rumah telah meningkat," katanya.

Selain itu, kesatuan tersebut juga menyarankan had umur persaraan dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.

MTUC minta laksana 6 tuntutan

PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) semalam mengulangi permintaan supaya kerajaan segera melaksanakan enam tuntutan yang diperjuangkannya mereka selama ini.

Enam tuntutan itu ialah penetapan gaji minimum RM900 sebulan, mengurangkan waktu bekerja kepada 40 jam daripada 48 jam seminggu, usia persaraan kepada 60 tahun.
MTUC juga mahu supaya kerajaan memberikan faedah persaraan yang dikira berdasarkan kepada sebulan gaji bagi setiap tahun perkhidmatan pekerja, menghapuskan sistem kerja kontrak dan mewujudkan persekitaran kerja yang selamat termasuk menyediakan pusat penjagaan kanak-kanak di tempat kerja.
Naib Presiden MTUC, A Balasubramaniam, berkata sempena sambutan Hari Pekerja ini, MTUC berharap kerajaan dapat mengambil tindakan segera untuk melaksanakan permintaannya, khususnya pelaksanaan gaji minimum.

“Berdasarkan statistik kerajaan, masih ada 34 peratus daripada pekerja menerima gaji rendah iaitu di bawah garis kemiskinan,” katanya kepada pemberita pada perhimpunan Hari Pekerja anjuran MTUC bahagian Selangor dan Wilayah Persekutuan di sini, semalam.

Turut hadir bekas Presiden MTUC, Syed Shahir Syed Mohamud dan Pengerusi MTUC Selangor dan Wilayah Persekutuan, N Gopal Kishnam.

Balasubramaniam berkata, MTUC juga meminta kerajaan mengurangkan pengambilan pekerja asing sebaliknya memberi peluang kepada pekerja tempatan untuk menceburi sektor swasta terutama dalam sektor perkilangan.
“Kita (MTUC) ada terima aduan daripada kesatuan yang menyifatkan majikan mengamalkan diskriminasi terhadap pekerja tempatan dan mengutamakan pekerja asing,” katanya.

Beliau juga berkata hanya sembilan peratus daripada pekerja di negara ini yang menyertai kesatuan pekerja.

“Setakat ini jumlah ahli adalah seramai 620,000 orang yang diwakili 272 kesatuan, namun yang aktif hanya 530,000 orang,” katanya yang turut meminta majikan menganggap kesatuan sebagai rakan syarikat dan bukannya sebagai beban. – BERNAMA