Monday, August 29, 2011

TIP Menyambut Idul Fitri

Ummat ISLAM menyambut `Eidul-Fitri setelah sebulan menghadapi ujian dan ibadah berpuasa di bulan Ramadhan. Ia disambut pada 1 Syawwal dengan perasaan syukur kepada ALLAH `Azza wa Jalla yang banyak memberikan keampunan dan ganjaran yang besar sepanjang sebulan Ramadhan tersebut kepada hamba-hambaNYA.

Bagaimanakah cara terbaik kita menyambut `Eidul-fitri?

1. Bertakbir

ALLAH Ta`ala berfirman: “Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadhan) dan bertakbir atau membesarkan ALLAH atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.” (Surah al-Baqarah, 2:185)

Disunnatkan bertakbir pada malam hari raya sehinggalah Imam datang untuk memulakan solat sunnat `Eidulfitri pada hari raya. Dituntut untuk meninggikan suara ketika bertakbir. Wanita tidak dibenarkan meninggikan suara ketika bertakbir.

2. Mandi Sunat Idul Fitri, memakai wangi-wangian dan mengenakan pakaian yang terbaik.

Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam diriwayatkan memakai pakaian yang paling cantik ketika Hari Raya. Malah Baginda mempunyai pakaian khusus untuk dipakai pada hari Jumaat dan Hari Raya.

Walau bagaimanapun, wanita tidak dibenarkan untuk memakai wangi-wangian dan berhias apabila keluar dari rumah bagi mengelakkan fitnah.

3. Makan dahulu sebelum solat `Eidulfitri.

Anas bin Malik r.a berkata: “Rasulullah s.a.w tidak keluar pada hari `Eidul-fitri sehingga Baginda makan beberapa biji tamar (dan Baginda makan dalam jumlah yang ganjil)” (HR al-Bukhari)

4. Berjalan kaki ke tempat solat.

Ibnu Umar r.a berkata: “Rasulullah s.a.w keluar untuk menunaikan solat sunnat Hari Raya dalam keadaan berjalan dan pulang dalam keadaan berjalan.” (HR Ibnu Majah. Dikategorikan hasan oleh al-Albani)

5. Ikut serta wanita dan anak-anak.

Ummu `Atthiyyah berkata: “Kami diperintahkan untuk mengeluarkan semua gadis dan wanita haid pada kedua-dua Hari Raya (iaitu `Eidul-Fitri dan `Eidul-Adha) agar mereka menyaksikan kebaikan pada hari itu, juga doa dari kaum Muslimin. Hanya sahaja supaya wanita-wanita yang haid menjauhi tempat solat.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

6. Mengerjakan solat `Eidulfitri.

Hukum mengerjakan solat `Eidul-fitri ialah sunnat muakkad. Pada zaman Rasulullah s.a.w, Baginda melakukan solat `Eidul-fitri secara berjamaah di musolla iaitu satu kawasan lapang di luar. Nabi s.a.w tidak pernah melakukan solat Hari Raya di masjid melainkan hanya sekali kerana hujan turun.

Walau bagaimanapun, jika masjid itu besar dan boleh menampung jumlah jamaah yang banyak, maka bolehlah dilakukan di dalam masjid.

7. Mendengar khutbah Hari Raya.

8. Pulang dari solat Hari Raya dengan menggunakan jalan yang berbeza.

Apabila pulang dari solat `Eidul-Fitri, disunnatkan kita menggunakan jalan yang berbeza dari jalan yang digunakan untuk ke tempat solat. Hal ini pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.

9. Mengucapkan tahniah

Terdapat riwayat yang menceritakan bahawa para sahabat r.a saling memberikan ucapan: “TaqabbalAllahu minna wa minkum” yang bermaksud“Semoga ALLAH menerima dari kami dan kalian”

Lain-lain ucapan tertentu juga dibolehkan. Sebarang bentuk ucapan dibenarkan selagi ia tidak membawa kepada dosa.

HARI RAYA IDUL FITRI 1432 Hijrah

Kuala Lumpur - Hari yang ditunggu oleh seluruh warga AIM
khususnya dan umat islam amnya tiba jua pada esok hari
Selasa 30hb Ogos 2011 bersamaan 1 Syawal 1432 Hijrah.
Alhamdulillah segala puji bagi ALLAH kerana menganugerahkan
kita usia dan kesihatan yang baik untuk mengharungi hari yang
sangat mulia ini.

Kalangan warga AIM khususnya amat bertuah dapat menyambut
hari lebaran ini apatah lagi setelah menerima bonus KPI, Bonus
Syawal dan juga tunggakan gaji untuk 2011. Namun jangan kita
melupakan di sana ada insan-insan yang ALLAH uji dengan
kehilangan ahli keluarga, kehilangan harta benda, kehilangan
pekerjaan dan pelbagai ujian lagi sebagai Hamba ALLAH di atas
muka bumi ini. Perjuangan untuk membela golongan "mustadaffin"
ini adalah satu tuntutan dan memerlukan roh yang kuat.
InsyaALLAH tarbiah madrasah ramadhan akan memudahkan kepaim
melalui pahit maung dan mehnah dalam berjuang.

Sebagai orang yang beriman, ujian dan diuji adalah lumrah dan
ketetapan sebagai seorang muslim. Sebagaimana ayat AlQuran
mafhumnya yang berbunyi" Dan tanda aku sayang kepada hambaku itu,
maka akan ku uji dan terus mengujinya". Ujian akan mematangkan,
mengangkat darjat iman dan tahap tawakalnya pada ALLAH dan apa
yang lebih penting ianya akan mendekatkan lagi kita hamba
dengan penciptanya.

1 Syawal disambut meriah diseluruh negara menandakan kemenangan
umat islam mengekang nafsu dan mengabdikan diri pada pencipta.
Ianya juga adalah bulan penting dalam sejarah umat islam, jangan
sama sekali lupa apalagi tak tahu apa yang berlaku dalam bulan
ramadhan dan syawal antaranya:

1.Peristiwa peperangan badar alkubra.
2.Peristiwa peperangan Ahzab.
3.Pembukaan dan merdekanya Kota Mekah.
4.Turunnya ALQuran.

Akhir kata marilah sama-sama kita bersyukur dan sujud pada
pencipta pada hari lebaran ini. Sesungguhnya tidak akan mampu
kita hitung nikmat-nikmat yang ALLAH kurniakan ke pada kita
sebagai hambanya, apa lagi hendak kita membalasnya.

Sebagaimana kalimah AlRahman yakni pemurah ALLAH pada hambanya.
Paling penting janji ALLAH pada kalimah AlRahim yang bermakna
pengasihani yang akan terus-terusan mencurahkan rahmatnya
kepada kita orang yang beriman di akhirat kelak. Pastikan kita
tergolong di dalam golongan tersebut.

Thursday, August 25, 2011

KES ROMPAKAN PA AIM GUA MUSANG

Kota Bharu, Kelantan - Mohd Faridudin Md Hussain,
Pembantu Amanah AIM Cawangan Gua Musang, Kelantan
dilaporkan di rompak semalam ketika pulang dari
Mesyuarat Pusat. Dikabarkan beliau di rompak sebanyak
RM16,000.00.
Ketika Membuat laporan di balai polis terdekat, beliau
telah direman di balai polis tersebut untuk siasatan
kehilangan duit mesyuarat pusat tersebut dan masih ditahan
hingga kini.
Berita Lain akan menyusul - jejakinfokepaim

AJK KEPAIM SEISI 2011 - 2013


Wednesday, August 24, 2011

Perutusan AidilFitri 1432H Presiden Kepaim

Assalamualaikum warahmatullah…

Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah berpuasa kepada semua ahli-ahli KEPAIM. Dalam menjalani kehidupan seharian disamping meneruskan kerja-kerja hakiki sebagai kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia. Saya juga berharap dan sentiasa mendoakan semoga semua ahli-ahli KEPAIM akan sentiasa beroleh kesihatan yang berkekalan hendaknya.

Kepada mereka yang ditimpa musibah marilah kita sama-sama mendoakan agar kesihatan rakan-rakan kita akan cepat sembuh agar dapat meneruskan kehidupan seharian bersama keluarga.

Dalam menjalani kehidupan seharian sebagai kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia, saya berharap kepada semua ahli KEPAIM marilah kita sama-sama memastikan tugas seharian dapat dijalankan dengan sempurna disamping menjalani ibadah berpuasa. Jangan jadikan berpuasa sebagai alasan untuk mengabaikan tugas sebagai kakitangan seharian.

Saya berharap semua ahli KEPAIM dapat memanfaat di dalam bulan yang mulia ini dengan menambahkan lagi ibadah seharian yang mana bulan yang mulia ini segala amal ibadat berlipat kali ganda pahala yang dijanjikan oleh Allah SWT. Sama-samalah kita doakan semoga kita semua akan dapat menemui lagi Ramadhan yang akan datang.

Sempena hari raya yang akan menjelma saya mengambil kesempatan ini untuk memohon kemaafan kepada semua ahli-ahli KEPAIM andai terdapat sebarang kesilapan. Dalam kita bergembira menyambut hari raya jangan kita lupa kepada mereka yang memerlukan. Saya juga berharap kepada semua yang akan pulang ke kampung masing-masing, berhati-hatilah semasa memandu di jalan raya.

Akhir sekali, saya mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua ahli-ahli KEPAIM khasnya dan juga semua kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia. Sama-samalah kita bermaafan semoga segala salah dan silap kita yang lalu dapat diampunkan. Semoga hari raya kali ini akan menambahkan lagi keberkatan kita semua dan akan lebih bekerja dengan lebih gigih lagi.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin.

Ikhlas dari saya,
ISMAIL YAHYA
Presiden KEPAIM

Tuesday, August 23, 2011

PUAN ROSNANI DAN SUAMI DI HOSPITAL

Taiping. Suami Puan Rosnani Pegawai PLAT kini dalam keadaan
kritikal, Pn Rosnani pun dimasukkan ke wad kecemasan
(Darah tinggi 220.)

Kepaim memohon semua kakitangan n ahli solat hajat dan berdoa
untuk keselamatan dan kesihatan beliau. Semoga kedua duanya
cepat sembuh dan sihat seperti sedia ada.

Wassalam....

Monday, August 22, 2011

RAYUAN DERMA EHSAN UNTUK YUSRIZAL

Tanggungjawab Sesama Muslim membantu Saudara Kita
yang Di dalam kesusahan. Lebih-Lebih lagi Menjelang
Syawal yang tidak lama lagi akan berkunjung tiba.



Klik Imej Untuk Paparan lebih Jelas.

KES SALAH KAKITANGAN TERKINI

Kuala Lumpur - PPC PKMB Melaka, Yusrizal bin Jusoh telah
ditamatkan perkhidmatan oleh Pengarah Urusan AIM berkuatkuasa
hari ini kerana salah laku kewangan. Kes D.I beliau telah
diadakan pada 04/08/2011.

Kepaim amat berharap pihak pengurusan yakni Majikan dapat
kiranya mempertimbangkan membayar segera Gaji beliau serta
tunggakan gaji beliau Atas dasar Ehsan sesama manusia dan
kemanusiaan sempena menjelang syawal yang akan tiba tidak
berapa hari lagi.

Kepaim juga amat mengharapkan kakitangan dah ahli berhati-
hati didalam sebarang urusan kewangan di dalam organisasi
dan tidak sesekali melakukan kesilapan yang akan menyusahkan
keseluruhan kehidupan anda. Berbelanjalah cara berhemah dan
paling penting anda kena uruskan kewangan anda dengan bijak
dan penuh "Qanaah".

KENAIKAN KOS HIDUP BEBANKAN PEKERJA BAWAHAN.

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan melakukan pelarasan gaji tahun ini, berikutan kenaikan harga barangan yang semakin membebankan penjawat awam.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kenaikan harga barang itu menyebabkan perbelanjaan penjawat awam bertambah lebih RM500 setiap bulan sedangkan pendapatan bulanan tidak berubah.
Penyelarasan yang boleh dibuat dengan mengambil kira purata perbelanjaan tambahan penjawat awam itu sekurang-kurangnya boleh meringankan beban mereka, kata Omar kepada pemberita, di sini hari ini.
Beliau yang ditemui selepas merasmikan mesyuarat agung Kesatuan Pembantu Tadbir Pelajaran (Keptan) Perlis, berkata, Cuepacs juga mencadangkan agar bantuan sara hidup (Cola) semua penjawat awam diselaraskan kepada RM300 sebulan.
Ini kerana katanya, kos sara hidup di luar bandar juga semakin meningkat seperti di bandar.
Omar berkata, Cuepacs juga mencadangkan elaun tetap perumahan untuk penjawat awam yang bergred 40 dan ke bawah dinaikkan kepada RM350 sebulan berbanding RM180 sekarang.
“Mana ada rumah yang boleh disewa RM180 sebulan di kawasan bandar malah di luar bandar juga sewa rumah telah meningkat,” katanya. — Bernama

Saturday, August 20, 2011

PEKELILING CUTI HARI RAYA AIM 2011

PEKELILING CUTI RAYA AIDILFITRI AIM 2011
26hb Ogos Hingga 3hb September 2011 - Bagi Kelantan & Terenggan
27hb Ogos Hingga 4hb September 2011 - Bagi Negeri lain
Sila Isi Sistem HR ( Cuti Khas Hari Raya)

AD DIN ANNASIHAH - AGAMA ITU NASIHAT - MUNAJAT AKHIR RAMADHAN

"Ya ALLAH Kami Memohon Padamu Ya ALLAH, Kurniakan kami kakitangan AIM yang
lemah ini Pengurusan yang Adil, Warak,Berlaku Ehsan, Memberikan Hak kepada
yang sepatutnya dan Bertaqwa Kepadamu Ya ALLAH" Hanya Kepadamu Ya ALLAH
Kami Bermunajat dan bermohon" Amin Ya Rabbil Alamin.

Marilah Sama-Sama kita bermunajat sempena di 10 akhir Ramadhan ini untuk
memohon kebaikan dari ALLAH terhadap organisasi yang kita dukungi ini.
Mutakhir ini semakin banyak kecelaruan dan kepelikan yang berlaku, yang
mengimbau kembali kenangan dan mungkinkah mengulangi sejarah lama.

Beratus-ratus Pegawai Eksekutif baru boleh di ambil untuk mengisi
kekosongan atas nama Transformasi AIM namun tergamak mengabaikan hanya
sedikit bilangan kakitangan sedia ada yang telah pun mempunyai kelayakan
dan ijazah namun amat menyedihkan tidak pernah di pandang dan langsung
tiada nilai disisi pengurusan yang bahagia ini. Itu lah kera dihutan
disusukan namun anak sendiri mati kelaparan.

Terlalu ramai kakitangan yang mempunyai iltizam yang tinggi yang terus-
terusan belajar untuk mengapai impian dan segenggam ijazah namun tepaksa
lari ke SKIMSEL, BSN, Bank Rakyat dan banyak lagi ke sektor-sektor lain
demi mencapai pengiktirafan yang tidak pernah diberi oleh organisasi
sendiri.

Itu baru satu kes pengiktirafan dan banyak lagi kes lain yang pihak
pengurusan semakin terlepas pandang. Semoga Ramadhan ini menginsafkan
manusia-manusia yang mengabaikan hak orang lain dan melakukan kezaliman.
Bertaubatlah pada ALLAH sementara masih diberi kesempatan masa oleh ALLAH.
Masih banyak ruang perbetulkan kesilapan sebelum tubuh kita di tutupi kain
kafan.

Ingatlah kata-kata Saidina Abu Bakar AlSiddiq ketika beliau mula- mula di
angkat menjadi khalifah yang pertama selepas Rasulullah s.a.w.:

“ Wahai semua orang yang hadir, saya dilantik menjadi pemimpin kamu, pada
hal saya bukannya orang yang terbaik dikalangan kamu. Sekiranya saya seorang
yang berlaku baik, tolonglah saya. Sekiranya saya berlaku buruk, perbetulkan
saya. Benar itu amanah dan bohong itu khianat. Orang yang lemah kalangan kamu
menjadi kuat disisku sehingga aku mengembalikan haknya. Orang yang kuat pula
menjadi lemah disisiku sehingga aku bertindak keatasnya dengan cara yang
benar ( adil )"

Monday, August 15, 2011

Sunday, August 14, 2011

BONUS PRESTASI AIM 2010

Memo AIM/UJAW/700-03/04(22)
Pekeliling Unit Perjawatan Bil 6, Tahun 2011

PEMBAYARAN BONUS PRESTASI AIM 2010

Bayaran Sebulan Gaji (Gaji tahun 2010)

Bagi Kakitangan yang berkhidmat sehingga 31 Disember 2010

Wednesday, August 10, 2011

Keperluan Menyertai Koperasi AIM Bagi Ahli Kepaim

Kuala Lumpur - Kepaim amat mengalu-alukan serta
mengesyorkan semua ahli kepaim menyertai dan menjadi
ahli kepada Koperasi AIM Berhad. Ini penting di mana
anda semua menyediakan tabungan bagi pendapatan anda
setiap bulan dan tabungan itu amat besar ertinya di
masa depan anda kelak. Ianya bukan sahaja tabungan
bahkan anda mendapat banyak peluang dan insentif dari
Saham simpanan anda tersebut.

Bayangkan dari sekadar simpanan biasa anda, tiba-tiba
anda mendapat peluang membuat Pinjaman peribadi,
diberi pula ganjaran Perkahwinan Ahli, Kemalangan,
a.Insentif Kecemerlangan Pelajaran Anak Ahli,
Kelahiran Anak dan macam-macam lagi. Apa yang penting
kadar bagi pembiayaan peribadi adalah terendah dan
keuntungan yang diberikan oleh Koperasi AIM berhad
antara yang tertinggi di dalam negara.

Apa yang lebih penting sebagai ahli kepaim kita mesti
berusaha memperteguhkan bilangan ahli di dalam Koperasi
AIM dan bisa menentukan hala tuju Koperasi AIM di masa
hadapan. Zaman mengangkat "Boss", mencadang nama "Boss",
mengundi "Boss" dan membodek "Boss" sudah berlalu kerana
bodek untuk "Boss" pun kenaikan gaji tahunan kini di dalam
AIM adalah sama sahaja. Apa yang lebih penting semua kita
mesti menanamkan didalam diri masing-masing bahawa
Koperasi AIM Berhad adalah satu entiti lain dari
Amanah Ikhtiar Malaysia.

Zaman kini sudah jauh berubah. Dulu kapitalisma dan
Komunisma menguasai keseluruhan sistem dunia dengan orang
atasan sentiasa memandu dan sentiasa di pandang betul.
Zaman batu itu semakin ketinggalan zaman. Ke seluruhan
dunia kini makin akur dan menerima konsep suara ramai,
suara majoriti dan suara rakyat, suara keramat.

Kini zaman alaf baru, pengguna dan hak orang bawahan
lebih diiktiraf dan di takuti dalam menentukan dasar
sesuatu Organisasi. Begitu juga iklim politik di Tanahair
menyaksikan akan berlakunya suatu perubahan ketara politik
tanahair, apabila kuasa rakyat kuasa keramat ini akan
menentukan dasar kepimpinan yang rakyat mahukan.

Berbalik kepada persoalan kaimb memerlukan tenaga kerja
yang istiqamah dan ikhlas didalam memperjuangankan nasib
koperasi dan ahli. Bukan membiarkan koperasi menjadi hak
mana-mana individu yang mempunyai saham besar untuk mengaut
keuntungan peribadi.

Apa guna menjadi orang yang bijak pandai namun akhirnya
merugikan koperasi berjuta-juta RM setiap tahun. Apa yang
lebih menyedihkan ada kalangan yang hanya menjadi
"sleeping partner" koperasi hanya kerana mengharapkan
Honorium yang lumayan. Itulah kesilapan dan padah perwakilan
yang mengundi manusia hanya kerana malu dan terlalu takjub
dengan Pangkat dan Kuasa yang sementara waktu didunia ini.

Kita tahu ramai di kalangan kakitangan, yang adakalanya lebih
layak untuk mengisi jawatan tersebut. Ramai usahawan di
kalangan kakitangan yang berdaya saing, ada juga yang mempunyai
rangkaian ahli perniagaan yang hebat di sekeliling
mereka, ada juga yang berkebolehan di dalam membuat pelaburan,
adanya ramai aktivis sukarela yang aktif di dalam masyarakat
dan pelbagai bidang kemahiran yang mampu meningkatkan tarafkan
koperasi AIM dari hanya bergantung sepenuhnya urusan Takaful AIM.

langit tak selalunya cerah. AIM pun begitu. Tiada kerajaan dan
organisasi yang selama-lamanya akan kekal dan stabil. Akan tibanya
hari ujian, kejatuhan dan tenggelamnya sesebuah kerajaan tersebut.

Ayuh semua ahli kepaim dan semua kakitangan kita bersama-sama
menyertai Koperasi AIM dan berganding bahu bersama-sama
membangunkan Koperasi demi masa depan kita dan generasi akan datang.
Koperasi bukannya benda yang asing bagi kita semua kerana dari zaman
sekolah lagi kita sudah dibiasakan dengan koperasi dan orang tua kita
di kampung pun hebat membangunkan koperasi baik di kampung, Daerah dan
Negeri yang lagi luas sumber pelaburannya dan lagi tinggi cabaran untuk
bersaing di peringkat global tanpa ada talian tetap untuk mengaut
keuntungan dan projek tetap.

Duit Raya Dari Koperasi AIM Berhad

Kuala Lumpur - Koperasi AIM Berhad mengumumkan Kepada
Semua Ahli Koperasi. Esok 11/Ogos/2011 anda akan mendapat
"Duit Raya" yakni pemberian 15% keuntungan dari Saham
pelaburan anda.

Tahniah kepada penerima "Duit Raya Koperasi".
Yang belum menjadi ahli fikir-fikirkanlah.
"Menabung satu keperluan masa depan anda"

Perkembangan Terkini PA Roslan Yahya

Kota Bharu - Saudara Roslan Bin Yahya PA Pengurusan AIM
Dungun Dilaporkan telah selesai menjalani rawatan awal
"KIMO" diHUSM , Kubang Kerian, Kota Bharu dan akan dibawa
pulang ke rumah beliau di Dungun pada petang ini.

Kepaim mengucapkan ribuan Terima kasih Kepada Semua Rakan
dan taulan yang telah menziarahi beliau. Kepada yang belum
berkesempatan masih boleh menziarahi beliau dikediaman beliau
esok di kampung Sura, Dungun (Khamis 11/Ogos/2011).

Monday, August 8, 2011

Rundingan KEPAIM VS AIM Berkenaan Kes SU Agong

Kuala Lumpur - IbuPejabat AIM telah menghantar notis
kepada kepaim untuk berunding tentang Kes Notis arahan
Perpindahan tempat bertugas dari Pejabat AIM Wilayah
Tengah/Selatan dahulu ke Unit Teknologi Maklumat,
IbuPejabat AIM.

Kepaim akan diwakili oleh Presiden, Timbalan Presiden,
SU Agong dan Penolog Setiausaha Agong. Rundingan tersebut
akan di adakan di Ibupejabat AIM hari Rabu 10hb Ogos 2011.

Bersama-sama kita doakan rundingan ini berjaya menghasilkan
sesuatu dan menguntungkan kedua-dua pihak.

Keadaan Terkini Saudara Roslan Bin Yahya

Kota Bharu -Encik Roslan Yahya (PA Pengurusan AIM Caw Dungun)
Dulu PAS AIM Caw Kemaman, telah disahkan oleh DR Pakar HUSM,
Kubang Kerian, Kota Bharu mengidap Kanser Darah dan Kanser
itu telah sampai ke Paru-paru. (Tahap Serius)

Beliau kini masih menjalani rawatan Kimo di HUSM dan
berkemungkinan akan pulang ke Dungun sehari dua lagi dan
akan berterusan menjalani rawatan Kimo selepas ini.

Justeru itu kepaim memohon semua kakitangan menggunakan
sepenuhnya ruang dlm Ramadhan ini untuk memohon ALLAH
memberikan keselamatan dan Kesihatan yang Baik dan Beliau
Sembuh dari penyakit yang beliau hadapi.

Amin Ya Rabbil Alamin...

Wednesday, August 3, 2011

Berita Terkini Kakitangan!!!.

Kuala Terengganu - PA Pengurusan AIM Caw DUNGUN (dulu PAS
AIM Caw Kemaman)Saudara Roslan Bin Yahya, Kini berada dan
di rawat di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian,
Kota bharu, Kelantan.
Saudara Roslan juga menyatakan, hari Ahad ini beliau akan mula
menjalani rawatan KIMO dan Doktor mengatakan penyakitnya semakin
kritikal.
Jawatankuasa KEPAIM Mengharapkan agar semua ahli dan kakitangan
KEPAIM dapat berdoa n melakukan solat hajat untuk kesejahteraan dan
kesihatan beliau pulih seperti sediakala. Terutama mengambil
kesempatan di bulan mulia dan penuh berkat ini.
Amin Ya Rabbil Alamin

Tuesday, August 2, 2011

Bas dan kereta bertembung

KARAI – Tiga penumpang dan seorang pemandu sebuah bas berhadapan detik cemas apabila pengangkutan awam itu bertembung dengan sebuah kereta jenis Perodua Kancil berhampiran simpang Karai, di sini, semalam.

Bas berkenaan dikatakan sedang dalam perjalanan dari arah Kuala Kangsar menuju ke Ipoh ketka kejadian berlaku pada jam lebih kurang 2.15 petang.

Seorang penumpang bas, Fiona Mohd Ariffin, 36 berkata, dalam kejadian berkenaan, kereta kancil itu dilihat seperti hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh sebelah kiri bahagian hadapan bas berkenaan.

“Sebelum kereta itu bertembung dengan bas yang kami naiki, saya nampak ia berada dalam keadaan terhuyung-hayang sebelum masuk ke laluan bas.

“Saya terkejut ketika itu lantas menjerit sekuat hati, sementara pemandu bas berusaha sedaya upaya untuk mengelak daripada bertembung dengan kereta itu, tetapi gagal,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam,

Mengaku takut dan cemas, Fiona berkata, seluruh badannya menggeletar saat berhadapan dengan situasi berkenaan.

Menurutnya, selepas berlaku pelanggaran berkenaan, bas yang mereka naiki telah tersadai di sebelah kanan jalan, manakala kereta berkenaan di sebelah kiri.

“Ada lima orang penumpang berada dalam bas ketika itu termasuk kelendan serta pemandu bas, dan kami bersyukur kerana terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Semantara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Siput, Mohamad Idris berkata, bomba menerima panggilan pada jam 2.36 petang dan seramai tujuh anggota bersama dua buah jentera bergegas ke tempat kejadian.

“Sampai di tempat kejadian kami dapati pemandu kereta kancil terbabit tersepit dalam kenderaan dan kami mengambil masa lima minit untuk mengeluarkannya dengan selamat sebelum dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk dirawat.

“Punca sebenar kejadian masih lagi dalam siasatan dan berkemungkinan pemandu bas telah cuba mengelak kereta kancil yang dipandu seorang lelaki berusia 40 tahun itu,” katanya.

AIM Yakin Salur RM1.3 Bilion Modal Pembiayaan

AMANAH Ikhtiar Malaysia (AIM) yakin untuk menyalurkan RM1.3 bilion pembiayaan kepada Sahabat AIM (peminjam) terutama mereka yang berpotensi menjalankan perniagaan berskala kecil dan mikro menjelang akhir tahun ini.

Pengarah Urusannya, Datuk Zabidah Ismail berkata, sehingga 30 Jun 2011 terdapat 267,794 Sahabat yang mendapat manfaat dan lebih 50 peratus daripada RM1.3 bilion terbabit sudah disalurkan kepada peminjam.

Katanya, jumlah pembiayaan yang diperuntukkan pada tahun ini meningkat sebanyak RM400 juta berbanding tahun lalu dan AIM komited membantu lebih ramai penduduk luar bandar melepasi garis kemiskinan menerusi skim pinjaman yang ditawarkan secara menyeluruh.

“Sejak ditubuhkan, AIM menyalurkan RM5.48 bilion jumlah pembiayaan dan kami mencatatkan pembayaran balik sebanyak 99.5 peratus, sekali gus merekodkan prestasi terbaik menerusi pemantauan AIM serta komitmen Sahabat.

“Selain itu, bagi memberi pelaksanaan yang lebih efisien kami meluaskan wilayah pentadbiran dengan membuka lebih banyak cawangan pada tahun ini, sekali gus menjadikan Sabah dan Sarawak fokus utama AIM melebarkan sayap serta membuka peluang kepada masyarakat di sana untuk memperoleh kemudahan yang disediakan AIM,” katanya kepada Bisnes Metro.

Menurutnya, antara sektor yang banyak mendapatkan pembiayaan AIM adalah peruncitan, perikanan, pertanian dan perkhidmatan dengan pinjaman bermula dari RM3,000 hingga RM50,000.

Zabidah berkata, majoriti Sahabat AIM adalah golongan wanita iaitu lebih 90 peratus dan pihaknya memfokus kepada ibu tunggal serta suri rumah yang tidak mempunyai pekerjaan tetap. Selain itu, pihaknya bukan saja memberi latihan dan bimbingan kepada Sahabat, malah mengadakan kelas penggunaan komputer termasuk kursus perakaunan berkomputer.

Beliau berkata, AIM juga komited melahirkan 1,000 usahawan wanita setahun selaras peranan kerajaan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) sejak 2009.

Sementara itu, Zabidah berkata, pihaknya terus melebarkan sayap apabila menambah 19 cawangan AIM di seluruh negara terutama di Sabah, Sarawak, Johor dan Negeri Sembilan menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 106 berbanding 87 cawangan sebelum ini.

Zabidah berkata, menjelang 2015 pihaknya menyasarkan untuk membuka sekurang-kurangnya 132 cawangan dan ia akan berkembang setiap tahun bagi memastikan lebih ramai masyarakat dapat dibantu, sekali gus mewujudkan usahawan berjaya.

Ehsan http://hmetro.com.my

Monday, August 1, 2011

Pak Lah Mengalami Kemalangan !!!

Kuala kangsar - Berita terkini yang di terima.
Pengarah SPR AGM Kepaim Ke 6 di Kota Bharu,
kelantan Tempohari Encik Abdullah Bin Abdul Rahman
Pembantu Amanah AIM Caw Kuala Kangsar di
laporkan mengalami kemalangan dan sedang di rawat
di Hospital Taiping.
Beliau di laporkan mengalami patah kaki dan terpaksa
dihantar Ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut.
Berita Selanjutnya akan menyusul