Tuesday, September 27, 2011

Perkembangan Kes Mantan PPC PKMB Melaka

Melaka Bandaraya Bersejarah - Kes Mohd Yusrizal Jusoh telah dibincangkan dalam Runding Damai kali Pertama di Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP)Melaka. Perayu
( Yusrizai ) diwakili Oleh Setiausaha Bahagiam MTUC serta Setiausaha Agung KEPAIM manakala Pihak Majikan di Wakili Pen. Pengarah Perjawatan, En. Saad Ishak. Runding Damai berlansung selama 1 jam. Hasil Perundingan Pihak JPP akan memanggil semula kedua-dua pihak bagi mencari penyelesaian.

Kes Mohd Yusrizal Jusoh telah dibincangkan untuk sebutan Kes di Labour Court Melaka. Dalam Sebutan kali pertama kedua-dua pihak telah dimaklumkan mengenai Saman Perayu kepada Majikan. Perayu telah menuntut Pembayaran Gaji ogos, Tunggakan Pelarasan Gaji dan Bonus Tahun2010.

Tuntutan Gaji telah dijelaskan oleh pihak Majikan pada 22/09/2011

Terdapat 2 Kes.
1. JPP melaka
2. JTK melaka

Kes 1...JPP bagi 3 cadangan untuk Pihak Majikan Pertimbangkan Semula

1. Ambil balik kerja
2. Ambil Balik kerja dengan jawatan lain
3. Cadangan Pampasan

Kes akan disebut di Makamah Buruh sebulan dari tarikh sebutan 1 bagi 2 tuntutan yang belum selesai bonus dan tunggakan pelarasan

Thursday, September 22, 2011

Berita Terkini Kes Kakitangan

Muar, Johor - Suhaimi bin Mat Zain yang sebelum ini telah dikenakan Domestic Inqueri Pada 02/06/2011 telah dipindahkan ke Cawangan Raub berkuatkuasa 01/10/2011. Dalam permohonannya semasa D.I beliau turut mohon dipindahkan ke Johor Bahru tetapi permohonannya telah ditolak.

Alhamdulillah. Beliau hanya menerima Surat Amaran berhubung kes D.I tersebut. Bagi pemulihan kerja, beliau juga telah bersetuju dipindahkan agar dapat membentuk cara kerja yang baru.

MAKLUMAN POTONGAN KEPAIM/ ETIQA MUTIARA PLUS

MAKLUMAN PENTING

Pihak Kepaim ingin memaklumkan Potongan Kepaim/Etiqa Mutiara Plus
belum memulakan potongan sebab KDS Healthy n Care perlu
mendapat kelulusan Etiqa sebelum di hantar ke AIM untuk potongan gaji.

Untuk makluman semua, ianya perlu kelulusan Etiqa sebab pencarum
dikalangan kakitangan kita tak mencapai 1000 borang. (Kalau dapat
1000 terus boleh buat potongan .

Setakat ini kepaim hanya dapat menerima sekitar 700 borang termasuk
sabah n sarawak. Maka ianya amat memerlukan kelulusan etiqa.

Semua ahli dan kakitangan yang ingin menghantar borang, bolehlah terus
menghantar ke pejabat KDS. Sebarang pertanyaan dan perlukan borang
bolehlah berhubung dengan mana-mana wakil kepaim.

Wednesday, September 21, 2011

BERITA TERKINI PEMBELAAN DAN PERUNDINGAN KES KAKITANGAN

Kuala Lumpur - Pihak Kepaim akan mengadakan perundingan
bersama Majikan (AIM) bagi penyelesaian kes kakitangan
mengikut ketetapan berikut:

1. Kes mantan PPC Melaka Yusrizal pada 26hb September di JPP melaka
2. Kes SetiaUsaha Agong pada 27hb September di Seremban
3. Kes mantan PPC Gua Musang mention kes hari ni 21hb September
di Mahkamah Perusahan Alor Setar, untuk dapatkan tarikh baru.
Kemungkinan 19hb Oktober 2011.

Doakan kejayaan dan doa anda semua sentiasa mengiringi perjuangan
kakitangan untuk kakitangan ini.

Friday, September 16, 2011

6 kelebihan Hari Jumaat

6 kelebihan hari Jumaat yang patut kita tahu.

1. Berlakunya hari kiamat.
Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”

2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga.
Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini nabi Adam diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”

3. Penghulu segala hari.
Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain.
Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari)".

4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat. Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”
Jadi, sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah ini.

5. Kebaikan dengan memotong kuku.
Peliharalah kebersihan anda. Kalau boleh, Jumaat ni bagi lebih-lebih lagi. Mana yang dah lama tak potong rambut, maka potonglah. Kasi kemas. Kalau kuku dah rasa mula nak panjang, hah potonglah.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”

6. Makbulnya doa di antara dua khutbah.
Yang ini pun kita dah selalu dengar. Daripada zaman sekolah lagi mungkin ramai yang telah diberitahu akan perkara ini. Baca doa ketika imam sedang duduk antara dua khutbah selalunya makbul doanya tu. Ya, kan?
Banyak ulamak yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.
Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.

TRAGEDI DI LARUT MATANG SELAMA

Taiping - Seorang kakitangan AIM Caw Larut Matang Selama
telah di rompak sekembali dari bertugas. Beliau
telah dirompak dikhalayak ramai dengan menggunakan parang
dan dikhabarkan dari sumber disana dilakukan oleh 2 orang
dengan menggunakan "kereta mewah".

Pihak Polis selalu mempersoalkan tentang keselamatan
kakitangan kita namun isu ini masih lagi tidak mampu
ditangani oleh pihak yang berwajib. Mujurlah kakitangan
tersebut selamat dan tidak di apa-apakan walaupun
cermin kereta beliau telah dipecahkan dan mengalami
gangguan emosional dan trauma.

Semoga semua kakitangan mengambil langkah keselamatan yang
sewajarnya walaupun ianya sukar dilakukan kerana tragedi
malang sebegini sukar diramalkan apatah lagi tragedi kali ini
berlaku di khalayak ramai dan ada orang awam yang menyaksikannya.

Apa yang paling penting pengurusan atasan hendaklah
memikirkan langkah keselamatan yang paling wajar untuk
melindungi kakitangan sendiri sebelum sesuatu yang lebih buruk
berlaku kepada kakitangan semasa bertugas.
Nauzubillahiminzalik... Amin Ya Rabbil Alamin

Tuesday, September 13, 2011

Selamat Menghadapai Peperiksaan UPSR

Kuala Lumpur - Kepaim mengucapkan Selamat menghadapi
peperiksaan UPSR untuk anak-anak ahli dan semua
kakitangan AIM. Semoga mencapai kejayaan yang cemerlang
dan menjadi anak-anak yang berjaya didunia dan akhirat.
Amin Ya Rabbil Alamin

Wednesday, September 7, 2011

Perundingan Kes Kepaim vs majikan

Kuala Lumpur - Berikut adalah kes perundingan dan pembelaan
ahli kesatuan dan kakitangan yang akan Kepaim lakukan pada bulan
ini :

1.Runding damai Antara Kepaim vs Pengurusan AIM Kes SU Agong
Fakururazzi Idris di JPP Seramban pada 08/09/2011

2.Runding damai Antara Kepaim vs Pengurusan AIM Kes mantan PPC
PKMB Melaka Yusrizal Jusoh di JPP Melaka pada 12/09/2011

Semoga semua ahli kepaim dapat mendoakan kejayaan kami.

Friday, September 2, 2011

AIM sedia pinjaman RM1.5 bilion bagi golongan miskin

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) memperuntukkan RM1.5 bilion bagi pinjaman kepada golongan miskin menjalankan perniagaan pada tahun ini, kata Pengerusinya, Datuk Amihamzah Ahmad.

Beliau berkata jumlah itu meningkat berbanding peruntukan RM800 juta yang memberi manfaat kepada lebih 100,000 peminjam pada tahun lalu.

Katanya pinjaman serendah RM2,000 sehingga maksimum RM50,000 itu diberikan terutamanya kepada mereka yang berpendapatan RM720 ke bawah sebulan tanpa mengira kaum.

"Pinjaman mudah tanpa cagaran ini bertujuan mengurangkan kadar kemiskinan tegar dan miskin di kalangan rakyat terutamanya penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman," katanya kepada Bernama, hari ini.

Amihamzah berkata sejak ditubuhkan pada 1987, AIM telah mengeluarkan pinjaman berjumlah lebih RM5 bilion kepada 257,000 peminjam di seluruh negara.

Katanya 99.8 peratus daripada peminjam terbabit berjaya melunaskan bayaran masing-masing mengikut jadual.

- Bernama

Sumber http://www.malaysiakini.com/bm