tag:blogger.com,1999:blog-90118894519980127052024-03-14T12:53:21.061+08:00KEPAIMKesatuan Pekerja-Pekerja AIM SemenanjungUnknownnoreply@blogger.comBlogger250125tag:blogger.com,1999:blog-9011889451998012705.post-61057782640468692462011-11-21T15:37:00.000+08:002011-11-21T15:38:46.971+08:00Berita Semasa KepaimKuala Lumpur - 21hb November 2011 (Isnin)
Satu Kursus "ERGONOMIC AND MANUAL HANDLING IN THE WORKPLACE
anjuran MTUC dan NIOSH pada 29-30/11/2011 di Port Dickson.
Kepaim akan diwakili oleh Presiden, Timbalan Presiden dan
Setiausaha Agong Kepaim.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-9011889451998012705.post-78342328083472207082011-11-21T15:36:00.001+08:002011-11-21T15:37:40.693+08:00Berita Terkini KakitanganKes mantan Penolong Pengurus Cawnangan AIM Gua Musang Rosli
Ibrahim akan di dengar esok di Mahkamah Perusahaan Alor
Setar , Kedah Darul Aman..Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-9011889451998012705.post-9916518838539205662011-11-15T10:04:00.003+08:002011-11-15T10:13:02.170+08:00Berita Terkini Kes mantan presidenPutrajaya (15/11/2011) - Kes mantan presiden Kepaim
Saudara Mohd Nohi Omar telahpun dirujuk oleh menteri ke
mahkamah perusahaan. Tarikh dan bila sebutan akan dimaklumkan
semula. Untuk makluman semua ahli mantan presiden telah
menfailkan kes tiada kenaikan gaji tahunan beliau ke
pihak yang JHEKS.
Sekian untuk makluman kakitanganUnknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-9011889451998012705.post-55433466489231951092011-11-15T09:51:00.004+08:002011-11-15T10:03:00.477+08:00KURSUS PENGURUSAN KESATUAN SEKERJA ANJURAN JHEKS MELAKASeremban 15/11/2011 - Kepaim akan menghantar dua orang Ahli
Jawatankuasa baru Kepaim 2011/2013 Encik Md Radzhi bin Mahamud
dan Mohd Rizal bin Abdullah pada kursus pengurusan kesatuan
sekerja anjuran JHEKS di Melaka pada hari ini dan esok.
Kursus ini penting dalam memberikan ilmu pengetahuan dan
pendedahan kepada AJK kepaim tentang pengurusan kesatuan
sekerja dan di harap ianya dapat disebarkan lagi kepada
semua ahli dan kakitangan AIM untuk terus memperkasakan AIM.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-9011889451998012705.post-26901753222328458312011-11-03T22:49:00.000+08:002011-11-03T22:50:44.275+08:00Manfaat Solat Dari Sudut KesihatanManfaat Solat Dari Sudut Kesihatan
"Sahabat, Pada asasnya jika kita sudah meninggal, perkara pertama yang akan dihisab adalah solat.
Ternyata dalam setiap pergerakan solat mengandung kebaikan bagi kita semua. Jika anda tidak lupa dengan artikel Satu Platun Askar Korea memeluk Islam kerana mengikuti pergerakan dalam solat (baca di sini).Berikut adalah penjelasannya.
TAKBIRATUL IHRAM
Berdiri tegak, mengangkat kedua tangan selari dengan telinga, lalu melipatnya di depan perut atau dada bahagian bawah.
Manfaat:
Pergerakan ini melancarkan aliran darah dan kekuatan otot lengan. Posisi jantung di bawah otak memungkinkan darah mengalir lancar ke seluruh tubuh. Semasa mengangkat kedua tangan, otot bahu meregang sehingga aliran darah yang banyak oksigen menjadi lancar. Kemudian kedua tangan didakapkan di depan perut atau dada bahagian bawah. Sikap ini menghindarkan dari pelbagai gangguan persendian, khasnya pada tubuh bahagian atas.
RUKUK
Rukuk yang sempurna ialah tulang belakang yang lurus sehingga bila diletakkan segelas air di atas punggung tersebut tidak akan tumpah. Posisi kepala lurus dengan tulang belakang.
Manfaat:
Gerakan ini menjaga kesempurnaan posisi dan fungsi tulang belakang (corpus vertebrae) sebagai penyangga tubuh dan pusat syaraf. Posisi jantung selari dengan otak, maka aliran darah maksima pada tubuh bahagian tengah. Tangan yang bertumpu di lutut berfungsi meregangkan otot-otot bahu hingga ke bawah. Selain itu, rukuk adalah latihan untuk mencegah gangguan prostat.
IKTIDAL
Bangun dari rukuk, tubuh kembali tegak setelah, mengangkat kedua tangan setinggi telinga.
Manfaat:
Iktidal adalah variasi setelah rukuk dan sebelum sujud. Gerak berdiri bongkok berdiri sujud merupakan latihan pencernaan yang baik. Organ-organ pencernaan di dalam perut mengalami kesempitan dan pelonggaran secara bergilir. Kesannya, pencernaan menjadi lebih lancar.
SUJUD
Meletakkan kedua tangan, lutut, ujung kaki dan dahi pada lantai.
Manfaat:
Aliran darah dipam ke bahagian leher dan ketiak. Posisi jantung di atas otak menyebabkan darah yang banyak oksigen boleh mengalir secara maksima ke otak. Aliran ini berpengaruh pada daya fikir seseorang. Oleh itu,semasa bersujud,jangan tergesa-gesa supaya darah mencukupi kapasitinya di otak. Gerakan ini juga menghindarkan gangguan buasir. Khas kepada wanita, rukuk dan sujud memiliki manfaat luar biasa bagi kesuburan dan kesihatan organ kewanitaan.
DUDUK
Duduk ada dua , iaitu iftirasy (tahiyyat awal) dan tawarruk (tahiyyat akhir). Perbezaan terletak pada posisi tapak kaki.
Manfaat:
Semasa tahiyat awal, kita bertumpu pada pangkal paha yang berhubung dengan syaraf nervus Ischiadius. Posisi ini menghindarkan sakit pada pangkal paha yang sering menyebabkan penderitanya tidak mampu berjalan. Duduk tawarruk sangat baik kepada lelaki kerana tumit menekan aliran pundi air kencing (urethra), kelenjar kelamin lelaki(prostat) dan saluran vas deferens. Jika dilakukan. dengan betul, Posisi ini mencegah mati pucuk. Variasi posisi telapak kaki pada iftirasy dan tawarruk menyebabkan seluruh otot kaki turut meregang dan kemudian relaks kembali. Gerak dan tekanan harmonis inilah yang menjaga kelenturan dan kekuatan organ-organ gerak kita.
SALAM
Pergerakan:
Memutar kepala ke kanan dan ke kiri secara maksima.
Manfaat:
Kelonggaran otot sekitar leher dan kepala menyempurnakan aliran darah di kepala. Pergerakan ini mencegah sakit kepala dan menjaga ketegangan kulit wajah.
Jadi selepas ini, jom kita sempurnakan solat kita jika sebelum ini kita sering melakukan gerakan solat dengan tergesa-gesa. Selain dari untuk mendapatkan khusyuk dalam solat, Insya Allah kita juga akan mendapatkan kesihatan & menambah kecerdasan
Semoga Bermanfaat.
Posted @ www.isuhangat.net.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-9011889451998012705.post-3798995760773809982011-11-03T18:25:00.001+08:002011-11-03T18:25:34.619+08:00Piket seluruh negara bantah pindaan Akta Kerja bermulaPiket besar-besaran anjuran Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bagi membantah pindaan Akta Kerja 1955 bermula di seluruh negara bermula petang tadi.
Di Kuala Lumpur, kira-kira 150 pekerja daripada pelbagai kesatuan sekerja dan juga parti-parti politik berhimpun di hadapan bangunan KWSP di Jalan Raja Laut.
Sejak kira-kira jam 5 petang, ahli kesatuan mula berhimpun.
Turut hadir, adalah beberapa pemimpin Pakatan dan PSM. Antara mereka ialah ahli parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang, ahli parlimen Sibu Wong Ho Leng dan setiausaha agung PSM S Arutchelvan serta ahli parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Ramli.
Mereka membentangkan hampir 10 kain rentang membantah pindaan akta kerja itu.
Pekerja itu juga membawa plakad yang tertulis "Jangan Gadai Hak Pekerja" dan "Menteri Tipu Pekerja".
Mereka melaungkan "Henti Pindaan", "Turun Menteri", Tarik Balik Pindaan Akta" dan "Hidup MTUC" beberapa kali.
Tindakan itu menarik perhatian orang ramai yang memerhatikan piket itu dari kawasan yang berdekatan.
Lokasi-Lokasi Piket Seluruh negara
Bil Bahagian/Tempat
1. Selangor - Shah Alam (Seksyen 15)
Teluk Panglima Garang
Lebuhraya Persekutuan
PJ, Jalan Barat
Bukit Rajah Industrial Area, Klang
Sg Choh, Rawang
2. Pulau Pinang -Depan Pearl View Hotel Prai
3. Melaka - Air Terjun, Air Keroh, Jalan Bukit Beruang (Dekat Majlis
Perbandaraan Melaka & Jusco)
4. Negeri Sembilan -Padang Majlis Perbandaraan Seremban
5. Perak - Depan Bangunan MTUC Negeri Perak
6. Pahang -Padang Masjid Negeri Kuantan
7. Kelantan - Depan Kota Bharu Trade Center (KTC)
8. Johor - Batu 5, Jalan Skudai Depan Masjid Jamek Kg. Pasir
9. WPKL - Jalan Raja Laut,(Berdekatan Bangunan KWSP)
10. Sabah - Di tepi jalan diantara lampu traffic depan Hotel Tang Dynasty dan
lampu traffic Centre Point (Jalan menuju ke Wisma Merdeka)
11. Kedah - Depan Sime Tyres International,Mergong, KedahUnknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-9011889451998012705.post-3898436220003752932011-11-01T00:34:00.000+08:002011-11-01T00:49:35.222+08:00MTUC piket di seluruh negara 3 NovemberAkta Kerja: MTUC piket di seluruh negara 3 November
Posted on Oktober 11, 2011 by wanazizah
The Malaysian Insider
SUBANG JAYA, 11 Okt — Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) sebulat suara memutuskan untuk mengadakan piket di seluruh negara pada 3 November ini bagi membantah tindakan Putrajaya meneruskan bacaan kali kedua Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2011 di Dewan Rakyat, Khamis lalu.
Ia akan diadakan serentak di seluruh negara.
Pendirian tegas ini, susulan piket di kawasan Parlimen pada 3 Oktober lalu, diputuskan oleh mesyuarat majlis am khas petang semalam. Lebih 100 kesatuan gabungan menghadiri mesyuarat semalam.
Kali terakhir MTUC mengadakan piket nasional adalah pada 2007 berkaitan dengan dasar minimum.
“Kami memutuskan untuk mengadakan piket bagi melahirkan pendirian tidak puas hati kami dengan tindakan kerajaan khususnya Kementerian Sumber Manusia meneruskan bacaan kali kedua rang undang-undang ini meskipun kami telah menghantar surat kepada Menteri Sumber Manusia (Datuk Dr S Subramaniam) agar ia ditangguhkan,” katanya.
Surat itu dipanjangkan kepada Subramaniam ketika mesyuarat Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan (NLAC) kira-kira sejam sebelum piket 3 Oktober lalu.
Perkembangan semasa dijangka membawa kesan dari segi sokongan pekerja kepada parti pemerintah pada pilihan raya umum ke-13.
Sejurus selepas mesyuarat majlis am berakhir beberapa pemimpin kesatuan gabungan meluahkan perasaan kecewa mereka dengan berkata jika kerajaan tidak mahu mendengar suara piket, para pekerja akan mengambil pendirian semasa pilihan raya — dilihat merujuk kepada pilihan raya umum ke-13 yang disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat ini.
“Kami ingin menyampaikan mesej bahawa MTUC tidak gembira dengan keputusan Kementerian Sumber Manusia,” kata Presiden MTUC Khalid Atan kepada The Malaysian Insider ketika ditemui selepas mesyuarat am khas yang berlangsung lebih dua jam di sini petang semalam.
Selain piket, kata beliau, MTUC akan menulis surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar mendengar alasan-alasan mengapa MTUC membantah Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2011.
“Surat ini akan dihantar dalam waktu terdekat,” kata Setiausaha Agung MTUC Abdul Halim Mansor yang mengiringi Khalid ketika ditemui The Malaysian Insider semalam.
Selain itu katanya, MTUC akan cuba mendapatkan sokongan ahli-ahli Dewan Negara, yang bakal membahaskan Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2011 dalam waktu terdekat ini, agar mendengar rintihan kongres.
“Jadi, kami akan meminta ahli-ahli Dewan Negara mendengar alasan kami, sebenarnya kami tidak membantah kesemua peruntukan Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2011 tetapi beberapa peruntukan sahaja… jadi, kami berharap akan mendapat sokongan Dewan Negara dan berharap mereka akan menghantar balik kepada Dewan Rakyat,” katanya.
Halim berkata ada juga cadangan agar MTUC menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong jika Dewan Negara meluluskan Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2011.
“Mereka mahu mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong juga,” kata beliau.
Mengulas lanjut, Khalid berkata, piket awal bulan depan akan diadakan di setiap ibu negeri di seluruh negara antara pukul 5 hingga 6.30 petang secara serentak.
“Mekanisme dan strategi berpiket akan diuruskan kemudian… kami berharap usaha ini akan disertai oleh kesemua pekerja dan juga orang ramai… kerana ia membabitkan setiap pekerja negara ini,” kata Khalid dengan merujuk kepada MTUC yang mempunyai bahagian di setiap negeri.
Mesyuarat Jawatankuasa kerja MTUC Jumaat lalu yang kecewa dengan pendirian kerajaan khususnya Kementerian Sumber Manusia yang enggan bertolak ansur, sebaliknya meneruskan bacaan kali kedua pindaan Akta Kerja, membawa usul mengadakan piket di seluruh negara ke pertemuan petang semalam.
Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2011 malam Khamis lalu setelah membahaskannya selama lima jam.
Perkembangan itu mencetuskan rasa tidak senang di kalangan sebahagian pemimpin MTUC.
MTUC telah meminta Kementerian Sumber Manusia agar Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2011 ditarik balik dan ditangguhkan, serta diadakan perbincangan susulan di peringkat NLAC.
Bagaimanapun kementerian bertegas mahu meneruskan bacaan kali kedua di Parlimen sehingga mengejutkan sebahagian besar kepimpinan MTUC.
Antara peruntukan yang dibantah MTUC ialah sistem kontraktor bagi tenaga kerja atas ia akan menjejaskan kebajikan pekerja dan kedudukan kesatuan sekerja dalam jangka panjang.
MTUC mendakwa sistem itu membawa negara kepada persekitaran perburuhan sebelum negara merdeka.
Di samping itu MTUC mahu cuti bersalin pekerja dinaikkan daripada 60 kepada 90 hari dan peruntukan perlindungan gangguan seksual tetapi ia tidak dimasukkan ke dalam pindaan semasa.
Kementerian Sumber Manusia mendakwa pindaan akta itu akan membolehkan pemantauan dan pengawalan agensi pembekal tenaga buruh yang lebih sistematik, terutama di kawasan terpencil.
Selain itu, kementerian juga akan mempunyai rekod komprehensif pekerja bagi memudahkan urusan pemantauan.
Rang undang-undang itu dibentangkan bagi bacaan kali pertama pada sesi Parlimen 8 Julai 2010, namun ditarik balik pada sesi Parlimen 12 Oktober 2010.
Subramaniam berkata, “kita dah bincang perkara ini sudah 18 kali, bukan sekali dua dan pandangan mereka diterima, sekarang di saat-saat akhir mereka membuat demikian (piket), tapi niat kita ialah untuk memberi perlindungan kepada pekerja bukan untuk buka ruang ‘outsourcing’ seperti yang dituduh mereka.”Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-9011889451998012705.post-72639451249769272682011-10-31T10:27:00.001+08:002011-10-31T10:30:25.735+08:00MAKLUMAT AHLI KEPAIM DI CAWANGANRuj. Kami : KEPAIM / SuratDalaman /2011 / 27
Ruj. Tuan :
Tarikh : 13hb. Oktober, 2011
Kepada:
Ahli-Ahli KEPAIM
Melalui :
Pengerusi Perhubungan Wilayah KEPAIM
Saudara/i,
MAKLUMAT AHLI KEPAIM DI CAWANGAN
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. KEPAIM melalui Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat Kali 1 Sessi 2011/2013 pada 08/10/2011 telah memutuskan bagi mengumpul maklumat Ahli Semenanjung Malaysia.
3. KEPAIM memerlukan maklumat kakitangan yang diklasfikasikan Layak Menjadi Ahli KEPAIM iaitu berjawatan Penolong Pengurus Cawangan dan ke bawah.
Tindakan bagi Perundingan Bersama KEPAIM 2011/2013.
daripada Pelarasan Gaji AIM Ogos 2011.
4. Saudara/i diminta memberikan maklumat tersebut dengan menggunakan format yang dilampirkan dan dihantar kepada KEPAIM melalui email : kepaim@yahoo.com
sebelum 30/10/2011
5. Segala bentuk kerjasama dan keperihatinan pihak saudara
Sekian terima kasih.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-9011889451998012705.post-21881651570534985992011-10-30T09:59:00.002+08:002011-10-30T10:16:20.021+08:00Borang Analisa Pelarasan Gaji 2011Kuala Lumpur - Kepaim sedang mengedarkan Borang Analisa
Pelarasan Gaji 2011 kepada Ahli. Sila isikan borang tersebut
dan hantarkan ke pihak-pihak yang berkenaan.
Analisa ini penting dalam meneruskan kerja-kerja CA baru
dan rundingan antara Kepaim dan Majikan nanti. Harap ambil
tindakan yang sewajarnya.
Terima KasihUnknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-9011889451998012705.post-5270786363583347242011-10-30T09:55:00.001+08:002011-10-30T09:55:41.295+08:00Solat Dalam KenderaanSolat Dalam Kenderaan
Hadith:
DIRIWAYATKAN daripada Jabir r.a: "Nabi Muhammad SAW pernah mengerjakan solat (sunat) sambil menunggang haiwan tunggangannya (rahilah) ke mana pun baginda menghadap dan ketika Nabi SAW hendak mengerjakan solat wajib Nabi SAW turun dari tunggangannya dan solat menghadap kiblat (Kaabah di Mekah)."
Riwayat: Al-Bukhari
Huraian Hadith:
Islam mewajibkan kita melakukan solat malah haram ke atas kita meninggalkannya tanpa sebarang keuzuran yang dibenarkan syarak.
Sekiranya kita berada dalam musafir sekalipun kita juga diwajibkan solat. Terdapat berbagai-bagai kaedah dan pilihan yang telah digariskan termasuklah tata cara solat di dalam kenderaan sama ada kereta, perahu, kapal selam, kapal terbang mahupun dalam kapal angkasa.
Dalil yang membolehkannya selain daripada hadis di atas ialah hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah ibnu Umar r.a.
Seorang sahabat telah bertanya kepada Nabi SAW :"Bagaimanakah cara untuk saya bersolat dalam perahu ? Nabi SAW menjawab: Solatlah di dalamnya dengan berdiri kecuali jika engkau takut tenggelam.
"Hadith di atas adalah sebagai dalil keharusan bersolat di atas kenderaan tanpa mengira apa jua jenis tersebut kerana ia bukanlah berkenaan hukum perahu tetapi ialah keharusan melaksanakan solat di atas kenderaan seperti mana Nabi SAW dan para sahabat yang pernah bersolat secara duduk di atas binatang tunggangan mereka. Baginda memberi isyarat yang sujud lebih rendah daripada rukuk. Solat sebegini adalah sah jikalau benar-benar menghadapi kesukaran."
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam MalaysiaUnknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-9011889451998012705.post-60705375128589823932011-10-22T00:09:00.001+08:002011-10-22T00:13:45.340+08:00Khasiat Kurma Yang Perlu Kita KetahuiKhasiat Kurma
Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah SAW kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0%, serat 2.0 hingga 4.0% manakala kandungan gulanya 50 hingga 57% glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi.
Diserap Serta-merta
Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.
Tenaga Serta-merta
Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang Maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk.
Kulit Mengandungi Serat, Sumber Utama Potassium
Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi pada peringkat khalal atau rotab dan menurun sedikit pada peringkat tamar. Selain itu ia mengandungi pelbagai zat galian dan yang paling banyak ialah potassium. Potassium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf. Kurma adalah sumber terbaik potassium. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potassium tetapi jumlahnya sedikit.
Menguatkan Ingatan
Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga setanding. Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur telah menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya.
Penawar Racun
Diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. "Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan."
Meredakan Tekanan Darah
Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.
Menambah Tenaga Seksual
Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin. Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.
Kandungan Kurma
Kurma sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A dan C dan juga niasin. Ia lazimnya dimakan semasa bulan Ramadhan dan mempunyai khasiat serta nilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional.
Dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus yang kronik, dimana ketidakserasian dengan gluten, menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna.
Kurma mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil. Tindakbalas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan.
Jus Kurma
Selain daripada gangguan usus, jus kurma berkesan untuk mengatasi masalah sembelit. Bagaimanapun minuman ini tidak sesuai di amalkan oleh mereka yang mengidap penyakit diabetes, kerana ia boleh mendatangkan kesan yang lebih serius.
Jus kurma juga merupakan penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia. Bagi mereka yang mengalami masalah batuk, jus kurma sesuai untuk diamalkan kerana kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong sekaligus menghentikan batuk.
Kurma Dalam al-Qur'an
Kurma dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang banyak kerana telah terbukti, dalam al-Qur'an terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma.
Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium yang sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan selepas bersalin. Hal ini berasaskan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-9011889451998012705.post-1034202065012376272011-10-11T23:30:00.000+08:002011-10-11T23:31:52.504+08:00Bantah Akta Pekerjaan: MTUC piket lagi - 3 NovKongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) akan berpiket di seluruh negara pada 3 Nov untuk membantah cadangan pindaan Akta Pekerjaan yang diluluskan Dewan Rakyat minggu lalu, kata presidennya Mohd Khalid Atan.
Beliau berkata keputusan untuk berpiket di seluruh negara diputuskan malam semalam pada mesyuarat yang dihadiri wakil-wakil dari lebih 100 kesatuan.
"Kita putuskan untuk berpiket di seluruh negara kerana Kementerian Sumber Manusia berkeras untuk meneruskan pindaan itu walaupun kita minta ditangguhkan agar lebih banyak perbincangan boleh dibuat mengenai perkara itu," katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya MTUC membantah dengan kerasnya pindaan itu dan telah menghantar surat meminta menangguhkan pindaan tersebut kepada Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam pada mesyuarat Majlis Penasihat Buruh Negara (NLAC) 3 Okt sebelum kira-kira 200 anggota MTUC berpiket di luar Parlimen hari itu.
"Ramai pekerja dan pemimpin kesatuan tidak berpuas hati dengan kementerian itu yang tidak menghiraukan bantahan kita terhadap cadangan pindaan tersebut dan meneruskan pembentangan. Sehubungan itu, kita putuskan untuk mengadakan piket bagi menunjukkan betapa kita tidak puas hati," tambah beliau.
Mohd Khalid berkata MTUC akan juga menulis surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menyatakan alasan mereka menolak pindaan itu.
Antara bantahan ialah kesatuan sekerja mendakwa pindaan itu membenarkan penggunaan syarikat menyumberan.
Selain itu, MTUC juga mahu cuti bersalin dinaikkan dari 60 hari ke 90 hari dan peraturan mengenai gangguan seksual tidak terdapat dalam pindaan terkini.
Bagaimanapun, Dr Subramanian ketika membentangkan pindaan itu minggu lalu, menerangkan pendirian kerajaan dalam memasukkan peruntukan yang menghendaki pendaftaran kontraktor buruh.
Beliau berkata memasukkannya bukan untuk menggalakkan penyumberan buruh seperti yang dikhuatiri MTUC, tetapi bagi memastikan perlindungan bagi hak-hak pekerja yang dibekalkan oleh kontraktor khasnya dalam sektor perladangan.
Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang Pekerjaan (Pindaan), yang mengandungi 22 pindaan dan 17 peruntukan baru dengan dua seksyen dimansuhkan pada 6 Okt. Rang Undang-undang itu dijadual dibentangkan di Dewan Negara pada persidangan Disember ini.
Kali terakhir MTUC berpiket ialah pada 2007 mengenai isi gaji minimum di sektor swasta.
- BernamaUnknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-9011889451998012705.post-56770558754442126582011-10-08T23:12:00.002+08:002011-10-08T23:22:31.027+08:00Mesyuarat kali Pertama Exco Kepaim Selepas AGMSeremban - Bertempat di Pejabat Kepaim di Seremban. 12 Exco
yang dipilih semula di dalam AGM tempohari telah bersidang
buat kali pertama untuk meneruskan kelangsungan perjuangan
kakitangan ini.
Mesyuarat juga telah memperincikan semua usul yang diterima
dari AGM yang berlangsung baru-baru ini dan akan meneruskan
CA yang telah terlewat.
Mesyuarat juga bersetuju untuk melantik AJK tambahan dan AJK
peringkat negeri untuk membuat pelarasan kerja-kerja Kesatuan
dan juga memperkasakan lagi Kepaim di kalangan ahli dan
Kakitangan AIM.
InsyaALLAH surat akan diedar kepada AJK Tambahan dalam masa
terdekat ini dan marilah sama-sama kita memperkasakan lagi
kepaim demi kelangsungan perjuangan kakitangan untuk
kakitangan dan juga memacu kejayaan yang gemilang buat AIM.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-9011889451998012705.post-10181165622350449292011-10-08T23:05:00.000+08:002011-10-08T23:06:08.258+08:00INFO - Tanda-Tanda Awal KanserTanda-tanda Awal Kanser
(1) Kanser pangkal rahim - sebarang lelehan atau pendarahan yang luarbiasa, sakit selepas bersama dengan pasangan dan turun berat badan.
(2) Kanser payudara - bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.
(3) Kanser usus besar - perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.
(4) Kanser paru-paru - batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.
(5) Kanser perut - hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yang tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.
(6) Kanser limpa - sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.
(7) Kanser ovari - haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yang melampau, suara menjadi lebih mendalam.
(8) Kanser otak - sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.
(9) Kanser prostat - sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.
(10) Kanser darah (leukimia) -letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).
(11) Kanser tekak - suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.
10 Penyebab Utama Kanser
1. Makanan.
2. Tembakau.
3. Alkohol.
4. Radiasi.
5. Sinaran cahaya matahari.
6. Pekerjaan.
7. Pengambilan ubat.
8. Pencemaran air dan udara.
9. Perokok yang tidak aktif.
10. KeturunanUnknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-9011889451998012705.post-75847139494413526462011-10-03T22:30:00.002+08:002011-10-03T22:34:11.569+08:00Mesyuarat Kali Pertama AJK Kepaim Seisi 2011/2012Kuala Lumpur - Kepaim akan mengadakan mesyuarat pertama
selepas pemilihan Agong Kepaim baru-baru. Mesyuarat
akan di adakan di Pejabat Kepaim, Seremban, Negeri Sembilan.
InsyaALLAH mesyuarat akan berlangsung pada 22hb Oktober.
Bagi Kakitangan yang mempunyai sebarang persoalan, isu
mahupun hal-hal yang berkaitan dengan Kesatuan bolehlah
menghubungi AJK Kepaim untuk mengutarakan sebarang
Hampir 200 aktivis buruh hari ini mengadakan piket di hadapan parlimen membantah pindaan undang-undang terhadap Akta Pekerjaan 1955.
Mereka mendakwa pindaan akta tersebut "tidak menyebelahi pekerja", "menghakis" hak mereka dan dibuat tanpa rundingan dengan kesatuan sekerja, seperti Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).
Piket tersebut bermula jam 10.55 pagi dengan pesertanya mempamerkan beberapa kain rentang mendesak Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam supya menarik balik pindaan itu.
Mereka berbaris di luar pintu parlimen sambil melaung "tarik balik undang-undang buruh", "lawan tetap lawan" dan "hidup MTUC".
Laungan tersebut diselang seli dengan nyanyian lagu yang sinomin dengan perjuangan buruh, antaranya "Barisan Union" dan "The Voice of Unity, Strenght and Justice".
Selain aktivis MTUC, wakil kesatuan sekerja lain, seperti Kesatuan sekerja Perusahaan Otomobil Dua (Perodua) dan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (Nube) turut hadir.
Bercakap kepada pemberita sewaktu piket tersebut, Presiden MTUC Khalid Atan (bawah) berkata beliau juga menyerahkan surat bantahan kepada Subramaniam dalam pertemuan melibatkan beberapa majikan di Kampung Baru, Kuala Lumpur awal pagi ini.
"Kita juga mahu rundingan diadakan seterusnya," katanya sambil merayu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak campurtangan dalam isu itu.
Khalid berkata, buat masa ini pihaknya mengambil sikap "tunggu dan lihat" dan enggan membuat sebarang spekulasi atau memutuskan tindakan lanjutnya jika pindaan itu terus dibentangkan.
Khalid berharap menteri berkenaan memberi maklum balas berhubung tuntutan mereka secepat mungkin.
Piket tersebut berakhir kira-kira setengah jam kemudian tanpa sebarang kekecohan. Kelihatan kira-kira 50 anggota polis mengawal keselamatan sewaktu piket berlangsung.
Sumber http://www.malaysiakini.com/bmUnknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-9011889451998012705.post-56030645118276212132011-09-27T18:38:00.002+08:002011-09-27T18:44:54.231+08:00Perkembangan Kes Mantan PPC PKMB MelakaMelaka Bandaraya Bersejarah - Kes Mohd Yusrizal Jusoh telah dibincangkan dalam Runding Damai kali Pertama di Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP)Melaka. Perayu
( Yusrizai ) diwakili Oleh Setiausaha Bahagiam MTUC serta Setiausaha Agung KEPAIM manakala Pihak Majikan di Wakili Pen. Pengarah Perjawatan, En. Saad Ishak. Runding Damai berlansung selama 1 jam. Hasil Perundingan Pihak JPP akan memanggil semula kedua-dua pihak bagi mencari penyelesaian.
Kes Mohd Yusrizal Jusoh telah dibincangkan untuk sebutan Kes di Labour Court Melaka. Dalam Sebutan kali pertama kedua-dua pihak telah dimaklumkan mengenai Saman Perayu kepada Majikan. Perayu telah menuntut Pembayaran Gaji ogos, Tunggakan Pelarasan Gaji dan Bonus Tahun2010.
Tuntutan Gaji telah dijelaskan oleh pihak Majikan pada 22/09/2011
Terdapat 2 Kes.
1. JPP melaka
2. JTK melaka
Kes 1...JPP bagi 3 cadangan untuk Pihak Majikan Pertimbangkan Semula
1. Ambil balik kerja
2. Ambil Balik kerja dengan jawatan lain
3. Cadangan Pampasan
Kes akan disebut di Makamah Buruh sebulan dari tarikh sebutan 1 bagi 2 tuntutan yang belum selesai bonus dan tunggakan pelarasanUnknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-9011889451998012705.post-50450897476358481332011-09-22T13:56:00.000+08:002011-09-22T13:57:29.222+08:00Berita Terkini Kes KakitanganMuar, Johor - Suhaimi bin Mat Zain yang sebelum ini telah dikenakan Domestic Inqueri Pada 02/06/2011 telah dipindahkan ke Cawangan Raub berkuatkuasa 01/10/2011. Dalam permohonannya semasa D.I beliau turut mohon dipindahkan ke Johor Bahru tetapi permohonannya telah ditolak.
Alhamdulillah. Beliau hanya menerima Surat Amaran berhubung kes D.I tersebut. Bagi pemulihan kerja, beliau juga telah bersetuju dipindahkan agar dapat membentuk cara kerja yang baru.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-9011889451998012705.post-29891370502554656062011-09-22T12:16:00.002+08:002011-09-22T12:26:09.375+08:00MAKLUMAN POTONGAN KEPAIM/ ETIQA MUTIARA PLUSMAKLUMAN PENTING
Pihak Kepaim ingin memaklumkan Potongan Kepaim/Etiqa Mutiara Plus
belum memulakan potongan sebab KDS Healthy n Care perlu
mendapat kelulusan Etiqa sebelum di hantar ke AIM untuk potongan gaji.
Untuk makluman semua, ianya perlu kelulusan Etiqa sebab pencarum
dikalangan kakitangan kita tak mencapai 1000 borang. (Kalau dapat
1000 terus boleh buat potongan .
Setakat ini kepaim hanya dapat menerima sekitar 700 borang termasuk
sabah n sarawak. Maka ianya amat memerlukan kelulusan etiqa.
Semua ahli dan kakitangan yang ingin menghantar borang, bolehlah terus
menghantar ke pejabat KDS. Sebarang pertanyaan dan perlukan borang
bolehlah berhubung dengan mana-mana wakil kepaim.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-9011889451998012705.post-48999186207339903152011-09-21T09:20:00.002+08:002011-09-21T09:26:24.160+08:00BERITA TERKINI PEMBELAAN DAN PERUNDINGAN KES KAKITANGANKuala Lumpur - Pihak Kepaim akan mengadakan perundingan
bersama Majikan (AIM) bagi penyelesaian kes kakitangan
mengikut ketetapan berikut:
1. Kes mantan PPC Melaka Yusrizal pada 26hb September di JPP melaka
2. Kes SetiaUsaha Agong pada 27hb September di Seremban
3. Kes mantan PPC Gua Musang mention kes hari ni 21hb September
di Mahkamah Perusahan Alor Setar, untuk dapatkan tarikh baru.
Kemungkinan 19hb Oktober 2011.
Doakan kejayaan dan doa anda semua sentiasa mengiringi perjuangan
kakitangan untuk kakitangan ini.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-9011889451998012705.post-65665587699436267222011-09-16T10:45:00.001+08:002011-09-16T10:48:35.751+08:006 kelebihan Hari Jumaat6 kelebihan hari Jumaat yang patut kita tahu.
1. Berlakunya hari kiamat.
Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”
2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga.
Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini nabi Adam diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”
3. Penghulu segala hari.
Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain.
Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari)".
4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat. Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”
Jadi, sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah ini.
5. Kebaikan dengan memotong kuku.
Peliharalah kebersihan anda. Kalau boleh, Jumaat ni bagi lebih-lebih lagi. Mana yang dah lama tak potong rambut, maka potonglah. Kasi kemas. Kalau kuku dah rasa mula nak panjang, hah potonglah.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”
6. Makbulnya doa di antara dua khutbah.
Yang ini pun kita dah selalu dengar. Daripada zaman sekolah lagi mungkin ramai yang telah diberitahu akan perkara ini. Baca doa ketika imam sedang duduk antara dua khutbah selalunya makbul doanya tu. Ya, kan?
Banyak ulamak yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.
Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-9011889451998012705.post-22579656484377749212011-09-16T10:33:00.004+08:002011-09-16T10:43:41.183+08:00TRAGEDI DI LARUT MATANG SELAMATaiping - Seorang kakitangan AIM Caw Larut Matang Selama
telah di rompak sekembali dari bertugas. Beliau
telah dirompak dikhalayak ramai dengan menggunakan parang
dan dikhabarkan dari sumber disana dilakukan oleh 2 orang
dengan menggunakan "kereta mewah".
Pihak Polis selalu mempersoalkan tentang keselamatan
kakitangan kita namun isu ini masih lagi tidak mampu
ditangani oleh pihak yang berwajib. Mujurlah kakitangan
tersebut selamat dan tidak di apa-apakan walaupun
cermin kereta beliau telah dipecahkan dan mengalami
gangguan emosional dan trauma.
Semoga semua kakitangan mengambil langkah keselamatan yang
sewajarnya walaupun ianya sukar dilakukan kerana tragedi
malang sebegini sukar diramalkan apatah lagi tragedi kali ini
berlaku di khalayak ramai dan ada orang awam yang menyaksikannya.
Apa yang paling penting pengurusan atasan hendaklah
memikirkan langkah keselamatan yang paling wajar untuk
melindungi kakitangan sendiri sebelum sesuatu yang lebih buruk
berlaku kepada kakitangan semasa bertugas.
Nauzubillahiminzalik... Amin Ya Rabbil AlaminUnknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-9011889451998012705.post-8384314210775066722011-09-13T09:53:00.000+08:002011-09-13T09:54:20.872+08:00Selamat Menghadapai Peperiksaan UPSRKuala Lumpur - Kepaim mengucapkan Selamat menghadapi
peperiksaan UPSR untuk anak-anak ahli dan semua
kakitangan AIM. Semoga mencapai kejayaan yang cemerlang
dan menjadi anak-anak yang berjaya didunia dan akhirat.
Amin Ya Rabbil AlaminUnknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-9011889451998012705.post-23318829638792154392011-09-07T09:49:00.002+08:002011-09-07T09:51:44.356+08:00Perundingan Kes Kepaim vs majikanKuala Lumpur - Berikut adalah kes perundingan dan pembelaan
ahli kesatuan dan kakitangan yang akan Kepaim lakukan pada bulan
ini :
1.Runding damai Antara Kepaim vs Pengurusan AIM Kes SU Agong
Fakururazzi Idris di JPP Seramban pada 08/09/2011
2.Runding damai Antara Kepaim vs Pengurusan AIM Kes mantan PPC
PKMB Melaka Yusrizal Jusoh di JPP Melaka pada 12/09/2011
Semoga semua ahli kepaim dapat mendoakan kejayaan kami.Unknownnoreply@blogger.com0