Thursday, October 1, 2009

PA NorZuraidah Ahmad PKMB Ipoh Kemalangan Jalan Raya

Serdang 18hb.sept 2009,Kakitangan PKMB Ipoh Nor Zuraidah Ahmad telah mengalami kemalangan semasa hendak pulang berhari raya di kampungnya di Baling Kedah.Kemalangan berlaku di Jalan Serdang - Kulim pada jam 5:00 petang.Motorsikal yg ditunggangi oleh beliau bertembung dengan sebuah van dari arah bertentangan.Beliau yang mengalami kecederaan parah dihantar ke Hospital Parit Buntar dan seterusnya di rujuk ke Hospital Taiping.

Sehingga kini beliau masih koma dan dirawat di ICU Hospital Taiping,Perak.Pihak blogger dan PKMB Induk ingin mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga beliau diatas musibah yg melanda Nor Zuraidah.Didoakan agar cepat sembuh.Kepada kakitangan yang ingin menghulurkan derma sila berhubung terus dengan PKMB Induk.

Marilah kita kakitangan AIM bersama-sama Mendoakan kesihatan dan kesejahteraan untuknya. Semoga beliau sihat kembali dan dapat bertugas dengan AIM. Amin

No comments:

Post a Comment