Monday, November 21, 2011

Berita Semasa Kepaim

Kuala Lumpur - 21hb November 2011 (Isnin)
Satu Kursus "ERGONOMIC AND MANUAL HANDLING IN THE WORKPLACE
anjuran MTUC dan NIOSH pada 29-30/11/2011 di Port Dickson.
Kepaim akan diwakili oleh Presiden, Timbalan Presiden dan
Setiausaha Agong Kepaim.

Berita Terkini Kakitangan

Kes mantan Penolong Pengurus Cawnangan AIM Gua Musang Rosli
Ibrahim akan di dengar esok di Mahkamah Perusahaan Alor
Setar , Kedah Darul Aman..

Tuesday, November 15, 2011

Berita Terkini Kes mantan presiden

Putrajaya (15/11/2011) - Kes mantan presiden Kepaim
Saudara Mohd Nohi Omar telahpun dirujuk oleh menteri ke
mahkamah perusahaan. Tarikh dan bila sebutan akan dimaklumkan
semula. Untuk makluman semua ahli mantan presiden telah
menfailkan kes tiada kenaikan gaji tahunan beliau ke
pihak yang JHEKS.
Sekian untuk makluman kakitangan

KURSUS PENGURUSAN KESATUAN SEKERJA ANJURAN JHEKS MELAKA

Seremban 15/11/2011 - Kepaim akan menghantar dua orang Ahli
Jawatankuasa baru Kepaim 2011/2013 Encik Md Radzhi bin Mahamud
dan Mohd Rizal bin Abdullah pada kursus pengurusan kesatuan
sekerja anjuran JHEKS di Melaka pada hari ini dan esok.

Kursus ini penting dalam memberikan ilmu pengetahuan dan
pendedahan kepada AJK kepaim tentang pengurusan kesatuan
sekerja dan di harap ianya dapat disebarkan lagi kepada
semua ahli dan kakitangan AIM untuk terus memperkasakan AIM.

Thursday, November 3, 2011

Manfaat Solat Dari Sudut Kesihatan

Manfaat Solat Dari Sudut Kesihatan

"Sahabat, Pada asasnya jika kita sudah meninggal, perkara pertama yang akan dihisab adalah solat.

Ternyata dalam setiap pergerakan solat mengandung kebaikan bagi kita semua. Jika anda tidak lupa dengan artikel Satu Platun Askar Korea memeluk Islam kerana mengikuti pergerakan dalam solat (baca di sini).Berikut adalah penjelasannya.

TAKBIRATUL IHRAM

Berdiri tegak, mengangkat kedua tangan selari dengan telinga, lalu melipatnya di depan perut atau dada bahagian bawah.

Manfaat:

Pergerakan ini melancarkan aliran darah dan kekuatan otot lengan. Posisi jantung di bawah otak memungkinkan darah mengalir lancar ke seluruh tubuh. Semasa mengangkat kedua tangan, otot bahu meregang sehingga aliran darah yang banyak oksigen menjadi lancar. Kemudian kedua tangan didakapkan di depan perut atau dada bahagian bawah. Sikap ini menghindarkan dari pelbagai gangguan persendian, khasnya pada tubuh bahagian atas.

RUKUK

Rukuk yang sempurna ialah tulang belakang yang lurus sehingga bila diletakkan segelas air di atas punggung tersebut tidak akan tumpah. Posisi kepala lurus dengan tulang belakang.

Manfaat:

Gerakan ini menjaga kesempurnaan posisi dan fungsi tulang belakang (corpus vertebrae) sebagai penyangga tubuh dan pusat syaraf. Posisi jantung selari dengan otak, maka aliran darah maksima pada tubuh bahagian tengah. Tangan yang bertumpu di lutut berfungsi meregangkan otot-otot bahu hingga ke bawah. Selain itu, rukuk adalah latihan untuk mencegah gangguan prostat.

IKTIDAL

Bangun dari rukuk, tubuh kembali tegak setelah, mengangkat kedua tangan setinggi telinga.

Manfaat:

Iktidal adalah variasi setelah rukuk dan sebelum sujud. Gerak berdiri bongkok berdiri sujud merupakan latihan pencernaan yang baik. Organ-organ pencernaan di dalam perut mengalami kesempitan dan pelonggaran secara bergilir. Kesannya, pencernaan menjadi lebih lancar.

SUJUD

Meletakkan kedua tangan, lutut, ujung kaki dan dahi pada lantai.

Manfaat:

Aliran darah dipam ke bahagian leher dan ketiak. Posisi jantung di atas otak menyebabkan darah yang banyak oksigen boleh mengalir secara maksima ke otak. Aliran ini berpengaruh pada daya fikir seseorang. Oleh itu,semasa bersujud,jangan tergesa-gesa supaya darah mencukupi kapasitinya di otak. Gerakan ini juga menghindarkan gangguan buasir. Khas kepada wanita, rukuk dan sujud memiliki manfaat luar biasa bagi kesuburan dan kesihatan organ kewanitaan.

DUDUK

Duduk ada dua , iaitu iftirasy (tahiyyat awal) dan tawarruk (tahiyyat akhir). Perbezaan terletak pada posisi tapak kaki.

Manfaat:

Semasa tahiyat awal, kita bertumpu pada pangkal paha yang berhubung dengan syaraf nervus Ischiadius. Posisi ini menghindarkan sakit pada pangkal paha yang sering menyebabkan penderitanya tidak mampu berjalan. Duduk tawarruk sangat baik kepada lelaki kerana tumit menekan aliran pundi air kencing (urethra), kelenjar kelamin lelaki(prostat) dan saluran vas deferens. Jika dilakukan. dengan betul, Posisi ini mencegah mati pucuk. Variasi posisi telapak kaki pada iftirasy dan tawarruk menyebabkan seluruh otot kaki turut meregang dan kemudian relaks kembali. Gerak dan tekanan harmonis inilah yang menjaga kelenturan dan kekuatan organ-organ gerak kita.

SALAM

Pergerakan:
Memutar kepala ke kanan dan ke kiri secara maksima.

Manfaat:

Kelonggaran otot sekitar leher dan kepala menyempurnakan aliran darah di kepala. Pergerakan ini mencegah sakit kepala dan menjaga ketegangan kulit wajah.

Jadi selepas ini, jom kita sempurnakan solat kita jika sebelum ini kita sering melakukan gerakan solat dengan tergesa-gesa. Selain dari untuk mendapatkan khusyuk dalam solat, Insya Allah kita juga akan mendapatkan kesihatan & menambah kecerdasan

Semoga Bermanfaat.

Posted @ www.isuhangat.net.

Piket seluruh negara bantah pindaan Akta Kerja bermula

Piket besar-besaran anjuran Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bagi membantah pindaan Akta Kerja 1955 bermula di seluruh negara bermula petang tadi.

Di Kuala Lumpur, kira-kira 150 pekerja daripada pelbagai kesatuan sekerja dan juga parti-parti politik berhimpun di hadapan bangunan KWSP di Jalan Raja Laut.

Sejak kira-kira jam 5 petang, ahli kesatuan mula berhimpun.

Turut hadir, adalah beberapa pemimpin Pakatan dan PSM. Antara mereka ialah ahli parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang, ahli parlimen Sibu Wong Ho Leng dan setiausaha agung PSM S Arutchelvan serta ahli parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Ramli.

Mereka membentangkan hampir 10 kain rentang membantah pindaan akta kerja itu.

Pekerja itu juga membawa plakad yang tertulis "Jangan Gadai Hak Pekerja" dan "Menteri Tipu Pekerja".

Mereka melaungkan "Henti Pindaan", "Turun Menteri", Tarik Balik Pindaan Akta" dan "Hidup MTUC" beberapa kali.

Tindakan itu menarik perhatian orang ramai yang memerhatikan piket itu dari kawasan yang berdekatan.

Sumber malaysiakini.com

Tuesday, November 1, 2011

LOKASI-LOKASI PIKET 3 NOV 2011



Lokasi-Lokasi Piket Seluruh negara

Bil Bahagian/Tempat

1. Selangor - Shah Alam (Seksyen 15)
Teluk Panglima Garang
Lebuhraya Persekutuan
PJ, Jalan Barat
Bukit Rajah Industrial Area, Klang
Sg Choh, Rawang

2. Pulau Pinang -Depan Pearl View Hotel Prai

3. Melaka - Air Terjun, Air Keroh, Jalan Bukit Beruang (Dekat Majlis
Perbandaraan Melaka & Jusco)

4. Negeri Sembilan -Padang Majlis Perbandaraan Seremban

5. Perak - Depan Bangunan MTUC Negeri Perak

6. Pahang -Padang Masjid Negeri Kuantan

7. Kelantan - Depan Kota Bharu Trade Center (KTC)

8. Johor - Batu 5, Jalan Skudai Depan Masjid Jamek Kg. Pasir

9. WPKL - Jalan Raja Laut,(Berdekatan Bangunan KWSP)

10. Sabah - Di tepi jalan diantara lampu traffic depan Hotel Tang Dynasty dan
lampu traffic Centre Point (Jalan menuju ke Wisma Merdeka)

11. Kedah - Depan Sime Tyres International,Mergong, Kedah

MTUC piket di seluruh negara 3 November

Akta Kerja: MTUC piket di seluruh negara 3 November
Posted on Oktober 11, 2011 by wanazizah
The Malaysian Insider

SUBANG JAYA, 11 Okt — Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) sebulat suara memutuskan untuk mengadakan piket di seluruh negara pada 3 November ini bagi membantah tindakan Putrajaya meneruskan bacaan kali kedua Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2011 di Dewan Rakyat, Khamis lalu.
Ia akan diadakan serentak di seluruh negara.

Pendirian tegas ini, susulan piket di kawasan Parlimen pada 3 Oktober lalu, diputuskan oleh mesyuarat majlis am khas petang semalam. Lebih 100 kesatuan gabungan menghadiri mesyuarat semalam.

Kali terakhir MTUC mengadakan piket nasional adalah pada 2007 berkaitan dengan dasar minimum.

“Kami memutuskan untuk mengadakan piket bagi melahirkan pendirian tidak puas hati kami dengan tindakan kerajaan khususnya Kementerian Sumber Manusia meneruskan bacaan kali kedua rang undang-undang ini meskipun kami telah menghantar surat kepada Menteri Sumber Manusia (Datuk Dr S Subramaniam) agar ia ditangguhkan,” katanya.

Surat itu dipanjangkan kepada Subramaniam ketika mesyuarat Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan (NLAC) kira-kira sejam sebelum piket 3 Oktober lalu.

Perkembangan semasa dijangka membawa kesan dari segi sokongan pekerja kepada parti pemerintah pada pilihan raya umum ke-13.

Sejurus selepas mesyuarat majlis am berakhir beberapa pemimpin kesatuan gabungan meluahkan perasaan kecewa mereka dengan berkata jika kerajaan tidak mahu mendengar suara piket, para pekerja akan mengambil pendirian semasa pilihan raya — dilihat merujuk kepada pilihan raya umum ke-13 yang disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat ini.

“Kami ingin menyampaikan mesej bahawa MTUC tidak gembira dengan keputusan Kementerian Sumber Manusia,” kata Presiden MTUC Khalid Atan kepada The Malaysian Insider ketika ditemui selepas mesyuarat am khas yang berlangsung lebih dua jam di sini petang semalam.

Selain piket, kata beliau, MTUC akan menulis surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar mendengar alasan-alasan mengapa MTUC membantah Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2011.

“Surat ini akan dihantar dalam waktu terdekat,” kata Setiausaha Agung MTUC Abdul Halim Mansor yang mengiringi Khalid ketika ditemui The Malaysian Insider semalam.

Selain itu katanya, MTUC akan cuba mendapatkan sokongan ahli-ahli Dewan Negara, yang bakal membahaskan Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2011 dalam waktu terdekat ini, agar mendengar rintihan kongres.

“Jadi, kami akan meminta ahli-ahli Dewan Negara mendengar alasan kami, sebenarnya kami tidak membantah kesemua peruntukan Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2011 tetapi beberapa peruntukan sahaja… jadi, kami berharap akan mendapat sokongan Dewan Negara dan berharap mereka akan menghantar balik kepada Dewan Rakyat,” katanya.

Halim berkata ada juga cadangan agar MTUC menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong jika Dewan Negara meluluskan Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2011.

“Mereka mahu mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong juga,” kata beliau.

Mengulas lanjut, Khalid berkata, piket awal bulan depan akan diadakan di setiap ibu negeri di seluruh negara antara pukul 5 hingga 6.30 petang secara serentak.

“Mekanisme dan strategi berpiket akan diuruskan kemudian… kami berharap usaha ini akan disertai oleh kesemua pekerja dan juga orang ramai… kerana ia membabitkan setiap pekerja negara ini,” kata Khalid dengan merujuk kepada MTUC yang mempunyai bahagian di setiap negeri.

Mesyuarat Jawatankuasa kerja MTUC Jumaat lalu yang kecewa dengan pendirian kerajaan khususnya Kementerian Sumber Manusia yang enggan bertolak ansur, sebaliknya meneruskan bacaan kali kedua pindaan Akta Kerja, membawa usul mengadakan piket di seluruh negara ke pertemuan petang semalam.

Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2011 malam Khamis lalu setelah membahaskannya selama lima jam.

Perkembangan itu mencetuskan rasa tidak senang di kalangan sebahagian pemimpin MTUC.

MTUC telah meminta Kementerian Sumber Manusia agar Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2011 ditarik balik dan ditangguhkan, serta diadakan perbincangan susulan di peringkat NLAC.

Bagaimanapun kementerian bertegas mahu meneruskan bacaan kali kedua di Parlimen sehingga mengejutkan sebahagian besar kepimpinan MTUC.

Antara peruntukan yang dibantah MTUC ialah sistem kontraktor bagi tenaga kerja atas ia akan menjejaskan kebajikan pekerja dan kedudukan kesatuan sekerja dalam jangka panjang.

MTUC mendakwa sistem itu membawa negara kepada persekitaran perburuhan sebelum negara merdeka.

Di samping itu MTUC mahu cuti bersalin pekerja dinaikkan daripada 60 kepada 90 hari dan peruntukan perlindungan gangguan seksual tetapi ia tidak dimasukkan ke dalam pindaan semasa.

Kementerian Sumber Manusia mendakwa pindaan akta itu akan membolehkan pemantauan dan pengawalan agensi pembekal tenaga buruh yang lebih sistematik, terutama di kawasan terpencil.

Selain itu, kementerian juga akan mempunyai rekod komprehensif pekerja bagi memudahkan urusan pemantauan.

Rang undang-undang itu dibentangkan bagi bacaan kali pertama pada sesi Parlimen 8 Julai 2010, namun ditarik balik pada sesi Parlimen 12 Oktober 2010.

Subramaniam berkata, “kita dah bincang perkara ini sudah 18 kali, bukan sekali dua dan pandangan mereka diterima, sekarang di saat-saat akhir mereka membuat demikian (piket), tapi niat kita ialah untuk memberi perlindungan kepada pekerja bukan untuk buka ruang ‘outsourcing’ seperti yang dituduh mereka.”