Bicara Hak Anda Sebagai Ahli
Kepaim ditubuhkan khusus untuk menjadi pembela, juga
mempertahankan hak-hak pekerja dan juga mengambil-berat
soal kebajikan. Ianya penting demi melangsungkan hubungan
dua hala antara pekerja dan majikan terus berjalan seiring
dan menguntungkan kedua belah pihak.
Namun begitu tahap kesedaran tentang hak-hak sebagai Pekerja
dan juga pengguna di negara kita masih terlalu rendah.
Sememangnya tahap kesedaran itu amat jauh sekali jika hendak
dibandingkan dinegara-negara maju. Masaalah ini mungkin
adalah kerana tahap kesedaran dan juga maklumat yang mungkin
tidak sampai ke bawah.
KEPAIM amat berharap agar semua Ahli-ahlinya mengetahui
dan juga menyedari hak-hak mereka sebagai ahli dan juga
pekerja. Anda boleh terus berhubung dengan setiap Pengerusi
Perhubungan Wilayah yang telah dilantik. Setiap
permasaalahan sebagai pekerja boleh di bawa terus ke
saluran ini. Anda juga berhak untuk membuat aduan ke
Pengerusi Perhubungan Negeri ataupun SU Agong Kepaim.
Begitu juga masih ramai ahli yang tidak mengetahui
anda juga boleh membuat tuntutan bagi Tabung Kebajikan yang telah
pihak Kepaim wujudkan. Antara perlindungan yang anda dapat
adalah :
1 KEMATIAN
2 SAKIT
3 KEMALANGAN
4 KEHILANGAN KENDERAAN
5 BENCANA ALAM
6 KES RAGUT
Justeru itu anda semua diminta lebih prihatin hak-hak anda.
No comments:
Post a Comment