Kuala Terengganu - Seorang Kakitangan AIM Cawangan Kuala Terengganu,
PA Nik Zulkifli yang berkhidmat sebgai Pembantu Amanah Pengurusan
kini terlantar sakit di rumah beliau di Kampung Batu Tumbuh, Besut.
Penyakit Kulit yang beliau alami semakin bertambah kronik dan
memaksa beliau bercuti tanpa gaji selama 2 bulan untuk mencuba
perubatan alternatif dan kampung.
Kepada sesiapa yang ingin menziarahi beliau boleh lah mengunjungi
rumah beliau di Besut. Pihak Kepaim juga menghargai
dan amat mengharapkan sumbangan ikhlas dari tuan-tuan dan puan-
puan demi mengurangkan penderitaan beliau untuk menyambut Syawal
yang akan datang tidak lama lagi.
Sesungguhnya balasan yang tidak ternilai yang ALLAH janjikan akan
diberi kepada mereka yang ikhlas menyumbangkan derma dan infaq
kepada mereka yang amat memerlukan lagi mustadafin.
No comments:
Post a Comment