Kuala Lumpur (21/02/2011) - Pengurus Cawangan Kuala Pilah
Encik Mohd Fauzi Abdul Rahman kini terlantar di Hospital
Sultan Ismail, Johor Baharu, Johor Darul Takzim.
Menurut Jurucakap kesatuan yang mengadakan lawatan ke sana,
keadaan beliau di laporkan dalam keadaan tidak stabil,
menggunakan alat pernafasan dan masih tidak sedarkan diri.
Oleh itu kami amat memohon keprihatinan dan tanggungjawab
semua kakitangan selaku Saudara Seagama untuk mendoakan serta
mengadakan solat hajat semoga beliau cepat sembuh dan boleh bekerja
semula seperti biasa. Amin Ya Rabbil Alamin.
No comments:
Post a Comment