Tuesday, April 26, 2011

KEPAIM MEMENANGI ANUGERAH KESATUAN TERBAIK

Kuala Lumpur - Kesatuan Pekerja-Pekerja AIM (Kepaim) Semenanjung
telah berjaya memenangi anugerah kesatuan contoh kategori swasta
peringkat kebangsaan untuk anugerah hari pekerja 2011.

InsyaALLAH anugerah itu akan di sampaikan sendiri oleh Perdana
menteri malaysia Dato Seri Najib Tun Razak pada hari Sambutan
Hari Pekerja peringkat Kebangsaan 2011.

Anugerah ini penting dalam memberikan signal kepada semua pekerja
betapa kesatuan yang kita dokongi ini telah berjaya mengangkat
martabat kakitangan AIM. Kesatuan yang kadangkala dilihat ianya
begitu naif dan kerdil insyaALLAH akan menjadi sebuah kesatuan
yang hebat tika dan masanya nanti.

Tujuan kami satu membela kakitangan. Itu sahaja tujuan dan hasrat
kepaim ini ditubuhkan. Kerna di dalam mana-mana Organisasi Baik
peringkat paling atasan sampailah ke peringkat paling bawah, anda
hanya lah pekerja yang sementara di dalam Organisasi. Tiada
yang kekal dan pasti akan pergi jua suatu hari nanti.

Sementara kita bergelar pekerja dan manusia, berlaku ehsan lah
sesama manusia. Berikan hak kepada yang berhak dan kembalikan hak
kepada mereka yang di nafikan haknya. Jangan menjadi kacang yang
lupakan kulitnya. Jangan mendongak terlalu ke atas hingga terlupa
bumi yang dipijak di bawah. Jangan!!

Apa apa pun TAHNIAH Kepada KEPAIM. Anda Kebanggaan Kami dan
anda patut dicemburui serta digeruni.

MANTAN PC BESUT DAN TUMPAT MENINGGALKAN KITA

Kota Bharu - Mantan pengurus AIM Cawangan Tumpat yang di pindahkan
ke AIM Caw Besut meninggalkan kita buat selama-lamanya. Berita
di khabarkan dari kawan2 dari Wilayah Kelantan Sofian meninggal
di Hospital Pakar Perdana.

Beliau yang mengalami masaalah jantung terutama ketika bertugas di
AIM Caw Besut yang memaksa beliau mengambil Cuti Tanpa Gaji namun
rayuan beliau untuk berpindah ke Sekitar Wilayah Kelantan tidak
diendahkan.

Beliau dikhabarkan akan disemadikan di Kampung Isterinya di
Pasir Puteh pada keesokan harinya dan di sembahyangkan pada jam 10
pagi. Semoga semua yang kawan-kawan dapat menziarahi beliau
dan keluarga beliau di sana.

Semoga ALLAH mencucuri rahmat dan mengampunkan Segala Dosa
beliau serta menempatkan beliau di tempat mereka-mereka yang
di rahmati oleh ALLAH. Amin Ya Rabbil Alamin.


AL FATIHAH dari kepaim untuk beliau.

Sesungguhnya Setiap yang bernyawa itu pasti
akan merasai Kematian...

Tuesday, April 5, 2011

Sunday, April 3, 2011

Bahayanya botol dan botol susu

Sebenarnya perkara mengenai bahayanya botol susu yang diperbuat dari bahan BPA ini sudah lama diperkatakan namun masih ada lagi antara kita tidak berapa kisah + endah dengan perkara ini. Jadi perkara ini pun dah dihebahkan maka aku pun nak share jugalah kepada semua agar kita berhati2 dengan pemilihan botol susu untuk putera puteri kesayangan kita... Ok jom kita skodeng apa bahan2 pembuatan BOTOL SUSU..

* Polypropylene (#5/PP) adalah pilihan terbaik untuk bahan plastik, terutama berkaitan dengan makanan dan minuman seperti tempat menyimpan makanan, botol minum dan yang terpenting botol susu untuk bayi. Biasanya pembuatan dari bahan ini akan membuatkan botol susu tidak berwarna jernih dan sedikit gelap. Bahan ini lebih kuat dan ringan dengan daya tembus wap yang rendah, ketahanan yang baik terhadap lemak, stabil terhadap suhu tinggi.

* Polycarbonate (#7-OTHER) Dapat mengeluarkan bahan utamanya iaitu Bisphenol-A (BPA) ke dalam makanan dan minuman yang berpotensi boleh merosakkan sistem hormon, kromosom pada ovari, penurunan sistem sperma dan mengubah fungsi imunitasi. Disarankan buatan dari bahan ini tidak dipergunakan untuk tempat makanan ataupun minuman kerana BPA dapat berpindah ke dalam minuman atau makanan jika suhunya panas.
Pemilihan botol dengan kod huruf PETE (Polyethylene#1) atau PP (polypropylene#5) yang menjadi alternatif plastik yang cukup selamat. Botol-botol ini bebas dari bahan polycarbonate dan biasanya terbuat dari plastik yang tidak kaku dan mempunyai warna yang agak sedikit gelap.
Pemilihan botol kaca adalah yang terbaik dan dapat mengelakkan dari bahan BPA yang merbahaya.
Pemilihan botol susu plastik ada bahayanya. Jika botol itu tercalar + retak maka ia akan menjadi tempat pembiakan bakteria dan memiliki potensi besar mendapat bahan kimia yang merbahaya. Jangan pernah mencuci botol plastik dalam mesin dishwasher atau merebus botol tersebut kerana ia dapat mengakibatkan tersebarnya bahan kimia. Lebih baik jika botol plastik dicuci dengan tangan pada air yang suam.
Pemilihan botol dari buatan silicon atau latex mempunyai warna yang lebih terang dan selamat kerana latex berpotensi melepaskan zat racun karsinogenik (zat penyebab kanser)



Peringatan :1) Jangan sesekali diminum air dalam botol plastik yang ditinggalkan di dalam kereta lebih 2 atau 3 hari kerana suhu yang panas dan berwap kerana boleh menyebabkan BPA berlaku. 2) Elakkan dari membungkus makanan yang panas dengan pembungkusan polystyrene seperti yang ada di kedai2 makanan sekarang sebaliknya gunakan mangkuk aluminium lebih terjamin. 3) Jangan sesekali menyimpan air minum dengan botol plastik seperti bekas air soda kedalam fridge sebaliknya guna botol kaca atau jag plastik yang tebal. 4) Cuba elakkan dari mengisi air kedalam bekas mangkuk plastik seperti ice krim atau mangkuk tahan ketuhar gelombang untuk membuat bekuan ketulan ais atau air batu. 5) Mangkuk yang tahan ketuhar gelombang juga mempunyai tarikh luput selepas digunakan. Jadi perhatikan pada label tersebut. 6) Dengarnya microwavable container yang digunakan untuk memasak nasi ke dalam ketuhar gelombang juga tidak berapa selamat. Itu yang aku dengar. Tetapi terpulang kepada hak individu masing2.

P.S. Sekarang banyak sangat benda dan makanan yang boleh membawa kepada penyakit kanser. Tetapi untuk ibu2 dan bapa2 semua, jika mahu membuat susu putera puteri kita janganlah sesekali mengisi air panas yang mendidih terus ke dalam botol sebaliknya gunakan air suam untuk mengelak bahan BPA ini boleh bercampur dengan susu yang di bancuh tadi. Hmmmm.... makanan2 dari Jepun pula boleh membawa bahaya kerana kesan dari letupan kebocoran radiasi di loji janakuasa nuklear Fukushima Daiichi di Jepun. Jadi berhati2 juga ya guys. Yang sedia ada sekarang di Malaysia insyaAllah tiada bahayanya cuma korang hati2 jer

SEMINAR PEMANTAPAN DALAM PERHUBUNGAN PERUSAHAAN

Kampung Raja, Besut (1 April 2011)- Kepaim telah berjaya
menganjurkan satu seminar yang bertajuk
" SEMINAR PEMANTAPAN DALAM PERHUBUNGAN PERUSAHAAN "
bertempat di Kompleks Rakan Muda Daerah Besut.
Seminar ini adalah penting dalam menyalurkan ilmu dan pengetahuan
Kepada Ahli-Ahli Kepaim.

Alhamdulillah lebih 60 Peserta telah berjaya di himpunkan
dari 2 Negeri iaitu Wilayah Terengganu dan Wilayah Kelantan.
Seminar telah disampaikan oleh Yang berbahagia Encik Mohamed
Dauzkaply Nor bin Ghazali selaku Setiausaha MTUC Bahagian
Negeri Sembilan. Kepetahan, kelantangan dan semangat beliau
menceriakan Seminar tersebut dan memberikan banyak
imput dan maklumat penting untuk semua.

Terima Kasih kepada semua pihak yang menjayakan seminar di atas.
Terutama ahli-ahli yang sanggup mengorbankan masa dan tenaga
untuk Seminar tersebut. Semoga semua pihak yang terlibat dapat
mengambil manfaat dari seminar tersebut dan peka dengan hak-hak
kita sebagai pekerja dan juga warganegara yang di lindungi
oleh undang-undang.