Thursday, June 9, 2011

PENCALONAN AHLI JAWATANKUASA PUSAT SESSI 2011-2013

KESATUAN PEKERJA-PEKERJA AMANAH IKHTIAR MALAYSIA
SEMENANJUNG MALAYSIA ( KEPAIM )
20-3A-11 Dahlia F, Jalan S2 G5
Garden Avenue, Seremban 2,
70300 Seremban, Negeri Sembilan.
Tel : 013 – 2515860 ( Setiausaha )
013 - 4239260 ( Presiden )

Ruj. Kami : KEPAIM / SuratDalaman / 2011 / 15
Ruj. Tuan :
Tarikh : 09hb. June, 2011

Kepada:-

AJK KEPAIM PUSAT
AHLI – AHLI KEPAIM

Saudara/Saudari ,

PENCALONAN AHLI JAWATANKUASA PUSAT SESSI 2011-2013 DAN USUL-USUL DALAM MESYUARAT AGUNG DWITAHUNAN KALI KE 6

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa KEPAIM telah menerima beberapa pencalonan daripada ahli-ahli bagi pemilihan Jawatankuasa KEPAIM sessi 2011/2013 sehingga tarikh akhir pencalonan iaitu 03/06/2011. Beberapa Jawatan tidak ditandingi berikut tiada pencalonan lain yang diterima. Antara Jawatan yang tidak ditandingi ialah :-

(i) Presiden
(ii) Setiausaha Agung
(iii) Penolong Setiausaha Agung
(iv) Bendahari

3. Sehubungan dengan itu KEPAIM akan mula mengedarkan borang-borang undi kepada setiap ahli bermula 15/06/2011 dan tarikh akhir bagi ahli-ahli memulangkan semula kertas undi tersebut ialah sebelum atau pada 15/07/2011.

4. Bersama ini disertakan senarai calon-calon dalam Pemilihan Jawatankuasa KEPAIM Sessi 2011/2013. Segala bentuk kerjasama dan keperihatinan pihak saudara/saudari didahului dengan jutaan terima kasih.


Sekian terima kasih.


Yang diamanahkan,

……………………………….
( FAKURURRAZI B. IDRIS )
Setiausaha Agung KEPAIM


s.k : Presiden KEPAIM

No comments:

Post a Comment