Saturday, October 8, 2011

Mesyuarat kali Pertama Exco Kepaim Selepas AGM

Seremban - Bertempat di Pejabat Kepaim di Seremban. 12 Exco
yang dipilih semula di dalam AGM tempohari telah bersidang
buat kali pertama untuk meneruskan kelangsungan perjuangan
kakitangan ini.

Mesyuarat juga telah memperincikan semua usul yang diterima
dari AGM yang berlangsung baru-baru ini dan akan meneruskan
CA yang telah terlewat.

Mesyuarat juga bersetuju untuk melantik AJK tambahan dan AJK
peringkat negeri untuk membuat pelarasan kerja-kerja Kesatuan
dan juga memperkasakan lagi Kepaim di kalangan ahli dan
Kakitangan AIM.

InsyaALLAH surat akan diedar kepada AJK Tambahan dalam masa
terdekat ini dan marilah sama-sama kita memperkasakan lagi
kepaim demi kelangsungan perjuangan kakitangan untuk
kakitangan dan juga memacu kejayaan yang gemilang buat AIM.

No comments:

Post a Comment