Wednesday, September 16, 2009

PERUTUSAN HARI RAYA DARI PRESIDEN KEPAIM

PERUTUSAN HARI RAYA DARI PRESIDEN KEPAIM

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua ahli-ahli KEPAIM khususnya dan warga kerja AIM amnya dengan harapan agar ibadah puasa pada kali ini akan lebih memberi keberkatan kepada kita semua.

Saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidil Fitri yang akan kita sambut tidak berapa hari lagi. Saya berharap agar kepada semua ahli KEPAIM khususnya dan juga semua warga kerja AIM dapat meneruskan tanggungjawab seharian kita sebagai kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia walaupun suasana hari raya makin terasa. Kerjalah dengan lebih bertanggungjawab kerana dalam kita merasa bahang perayaan kita kena ingat bahawa kerja yang telah diamanahkan wajib kita dahulukan.

Sempena hari raya yang akan kita sambut tidak berapa hari lagi,saya berharap agar semua ahli KEPAIM khususnya serta semua warga kerja AIM dapat menjaga keselamatan dan kesihatan diri dan keluarga terutama sekarang ini negara sedang dilanda wabak H1N1.

Saya juga mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan AIM kerana memahami situasi kakitangan sekarang ini untuk menyambut hari raya dengan memberi bonus kepada semua kakitangan. Sehubungan dengan itu saya berharap kepada semua ahli KEPAIM dan juga semua kakitangan AIM agar dapar membelanjakan pemberian bonus ini dengan perbelanjaan yang berhemah.

Akhir sekali saya mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat menyambut hari raya aidil fitri dan juga memohon kemaafan kepada semua ahli KEPAIM khususnya dan juga warga kerja AIM. Saya doakan semoga semua selamat sampai ke destinasi masing-masing dan dapat menyambut aidil fitri bersama-sama dengan keluarga di kampung halaman masing-masing. Dalam keghairahan untuk menyambut aidil fitri saya berharap agar semua dapat memandu dengan lebih berhati-hati di jalan raya.

Selamat menyambut hari raya aidil fitri maaf zahir batin dari saya untuk semua ahli KEPAIM khususnya dan juga warga AIM amnya.

SELAMAT HARI RAYA - MAAF ZAHIR DAN BATIN

No comments:

Post a Comment