Allahuakhbar , Allahuakbar, Allahuakbar Walillahilham.
Alhamdulillah. Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan keizinanNya jua maka pada 1 syawal yg tinggal tidak beberapa hari lagi dapat kita bersama-sama menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Hari kebesaran yang kita raikan bersama-sama dengan keluarga selepas menyempurnakan kewajipan puasa Ramadhan.
Bersyukurlah juga kerana kita dapat menyempurnakan ibadat puasa dalam suasana yang cukup selesa.Marilah kita menanamkan rasa insaf dan simpati terhadap saudara-saudara kita di mana jua mereka berada. Bukankah pada Ramadhan lalu, kita telah dididik supaya merasai penderitaan golongan fakir miskin, maka dengan tibanya Syawal ini atas rasa insaf dan simpati kita mengamalkan budaya bantu-membantu sesama Islam. Melaluinya maka dapatlah kita menyemai perasaan persaudaraan sesama Islam dan itulah antara perkara yang dituntut dalam Islam.
Syawal adalah satu mekanisme yang baik untuk kita kembali mengeratkan silaturrahim. Lihatlah sahaja contoh oleh Nabi Muhamad S.A.W. apabila baginda melalui dua jalan yang berbeza untuk pergi ke tempat solah sunat Idul Fitri dan pulang ke rumah dengan tujuansupaya dapat menemui lebih ramai lagi kaum Muslimin dan Muslimat. Bersyukur juga saya kepada Allah kerana sepanjang berada di barisan kepimpinan tertinggi di dalam KEPAIM saya dapat merasa dan melihat sentuhan hubungan yang begitu luar biasa di kalangan ahli. Alhamdulillah saya melihat ini sebagai satu petanda yang amat baik untuk perjuangan kita.
Bersama-samalah kita berdoa agar hubungan kita ini dapat kekalkan selama-lamanyanya.Akhir sekali saya serta keluarga dengan rasa rendah diri ingin mengucapkan ‘SELAMAT HARI RAYA SERTA MAAF ZAHIR DAN BATIN” kepada Seluruh ahli Kepaim serta warga kerja AIM. Semoga pada hari raya ini kita semua mendapat rahmat dan petunjuk dari ALLAH .
Allahuakhbar , Allahuakbar, Allahuakbar Walillahilham.
Daripada .
Mohd Fadzani Bin Fazil,
No comments:
Post a Comment