Thursday, January 21, 2010

GST: MTUC bantah cadangan kerajaan

KUALA LUMPUR, 21 Jan: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) semalam membantah cadangan kerajaan untuk memperkenalkan sistem percukaian yang baru, iaitu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kerana dianggap merugikan kaum pekerja.

Bercakap pada suatu 'Forum GST', Timbalan Presiden MTUC, A. Balasubramaniam menegaskan bahawa perlaksanaan GST tidak mampu membaiki taraf kehidupan kaum pekerja yang berpendapatan rendah.“Jika GST wujud, kaum pekerja tidak akan boleh membaiki hidupnya...kedudukan MTUC dalam GST adalah membantah (dan) tidak setuju sama sekali,” tegasnya.

Beliau turut menganggap penetapan cukai GST serendah 4 peratus sebagaimana yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan II Datuk Ahmad Husni Mohd Hanadzlah dalam sidang parlimen lepas sebagai suatu langkah permulaan untuk meluluskan rang undang-undang tersebut.Jelasnya lagi, sekiranya akta berkaitan GST tersebut diluluskan, bermakna menteri berkaitan boleh sewenang-wenangnya menaikkan kadar peratusan GST tanpa mengambil kira realiti beban inflasi yang ditanggung oleh pekerja yang berpendapatan rendah.

Tambahnya lagi, dengan melaksanakan GST, kerajaan seolah-olah cuba memindahkan beban yang selama ini diperoleh hasil cukai pendapatan dari pekerja yang berpendapatan tinggi kepada mereka yang berpendapatan rendah.Forum anjuran Parti Sosialis Malaysia (PSM) turut membariskan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua (DAP), Exco Aliran Subramaniam Pillay dan Jurucakap PSM Dr. Jeyakumar Devaraj.Lebih 300 hadirin menyertai forum tersebut di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH).

PINDAAN SKIM PERKHIDMATAN KAKITANGAN AIM

Nota : Semua Pindaan Skim Perkhidmatan AIM ini adalah
selaras dengan Skim Saraan Malaysia oleh JPA.

----------------------------------------------------------------------
Skim Rawatan Kesihatan dan Perubatan Kakitangan AIM

1.Peruntukan rawatan klinik swasta/ klinik panel di tingkatkan
daripada RM750 kepada RM1000 Setahun.

2. Pemeriksaan Kesihatan Wajib untuk semua kakitangan.

3.Peruntukan rawatan di hospital kerajaan atau swasta di tingkatkan
kepada RM20,000 Setahun dan tertakluk kepada jumlah maksimun
RM60,000 sepanjang perkhidmatan.

Pelaksanaan hadiah Kecemerlangan Prestasi Berdasarkan
Penilaian Prestasi Tahunan


Mulai 2010, Pelaksanaan kenaikan tahunan yang berbeza
dimansuhkan dan dipinda kepada pelaksanaan kenaikan tahunan
sekata mengikut jawatan masing-masing bagi semua kakitangan
yang mencapai markah prestasi sekurang-kurangnya 61%.
Penerima Anugerah Khidmat Cemerlang akan diberi hadiah
Kecemerlangan berbentuk wang tunai sebanyak RM1000.00.

PINDAAN SKIM PERKHIDMATAN KAKITANGAN AIM

KADAR SUMBANGAN KWSP MAJIKAN BARU 2010
ELAUN IKRAM DAN RUMAH BARU 2010
ELAUN MAKAN, ELAUN LOJING DAN HOTEL BARU 2010
(Klik Imej Untuk besar)
Semua Pindaan di atas adalah selaras dengan Skim Saraan Malaysia
(SSM) yang digunapakai buat masa ini oleh
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Kerajaan Malaysia.
Harap Maklum.

Memo
1. Semua Di atas adalah Skim baru 2010
2. Pegawai lama dan Pegawai Eksekutif baru adalah sama.

Sunday, January 17, 2010

Sucikan Harta Pendapatan Anda

Assalamualaikum... Info

Sucikan harta dan sumber pendapatan anda.

http://zakat.com.my/zakat-pendapatan
INFO Tentang Zakat Pendapatan

http://www.e-zakat.com.my/baru/k-zakat/kalkulator_pendapatan.asp
Kira Pendapatan Tahunan Anda dan Pastikan anda wajib
mengeluarkan zakat atau tidak....

Pastikan Harta anda itu Bersih, Berkat dan Halal.
Pada harta anda ada hak bagi zakat, derma dan infaq

Wallahuaklam.... Sebelum Terlewat, Sucikan Ianya...

Saturday, January 16, 2010

BERWASPADALAH

Assalamualaikum ...

Bersyukurlah kita kehadrat ilahi diatas segala anugerahnya
yang dikurniakan kepada kita. Paling bersyukur kerana
masih mempunyai kesempatan untuk bernafas di atas dunia ini.
Jangan sia-siakan usia yang ALLAH berikan diatas muka bumi ini
dan bawalah bekalan yang secukupnya.

Mari kita melihat apa yang telah terjadi pada akhir-akhir ini.
Gempa Bumi yang memusnahkan hampir keseluruhan Bumi Haiti.
kekerapan gerhana dan juga banjir besar disana dan juga sini.
Dunia telah menyaksikan bagaimana kekerapan tragedi berlaku
diluar kemampuan manusia fikirkan. Pembunuhan sudah menjadi
perkara biasa dan berlaku dimana-mana.

Benarlah sabda Rasulullah S.A.W yang penulis mampu mengambil
singkatannya kerana Hadis ini panjang.

Antara Tanda-Tanda hampir Kiamat.

- Kerap berlakunya gempa Bumi.

- Berlaku gerhana di barat dan timur.

- Setiap Hari Pembunuhan terjadi di mana-mana.

Astagfirullalazim.... Marilah kita mengambil iktibar dan
kembali kepada pencipta kita.

Darinya kita datang dan padanya juga kita akan dikembalikan.

Jangan Sama Sekali Terlewat untuk Kembali Padanya"............

HAK ANDA SEBAGAI AHLI

Bicara Hak Anda Sebagai Ahli

Kepaim ditubuhkan khusus untuk menjadi pembela, juga
mempertahankan hak-hak pekerja dan juga mengambil-berat
soal kebajikan. Ianya penting demi melangsungkan hubungan
dua hala antara pekerja dan majikan terus berjalan seiring
dan menguntungkan kedua belah pihak.

Namun begitu tahap kesedaran tentang hak-hak sebagai Pekerja
dan juga pengguna di negara kita masih terlalu rendah.
Sememangnya tahap kesedaran itu amat jauh sekali jika hendak
dibandingkan dinegara-negara maju. Masaalah ini mungkin
adalah kerana tahap kesedaran dan juga maklumat yang mungkin
tidak sampai ke bawah.

KEPAIM amat berharap agar semua Ahli-ahlinya mengetahui
dan juga menyedari hak-hak mereka sebagai ahli dan juga
pekerja. Anda boleh terus berhubung dengan setiap Pengerusi
Perhubungan Wilayah yang telah dilantik. Setiap
permasaalahan sebagai pekerja boleh di bawa terus ke
saluran ini. Anda juga berhak untuk membuat aduan ke
Pengerusi Perhubungan Negeri ataupun SU Agong Kepaim.
Begitu juga masih ramai ahli yang tidak mengetahui
anda juga boleh membuat tuntutan bagi Tabung Kebajikan yang telah
pihak Kepaim wujudkan. Antara perlindungan yang anda dapat
adalah :

1 KEMATIAN
2 SAKIT
3 KEMALANGAN
4 KEHILANGAN KENDERAAN
5 BENCANA ALAM
6 KES RAGUT

Justeru itu anda semua diminta lebih prihatin hak-hak anda.

Friday, January 1, 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010

Harga gula naik 20 sen sekilogram

Harga runcit gula dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram kepada RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak mulai 12 tengah malam ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Mohd Zain Mohd Dom berkata, ia berikutan kenaikan harga gula mentah dunia.

Beliau mengumumkan kenaikan tersebut di di Putrajaya hari ini.

Menurutnya, kerajaan turut membuat keputusan tidak akan memberi subsidi bagi roti putih mulai esok dan barangan tersebut akan ditarik keluar dari skim kawalan harga.

Menurut laporan Bernama, Mohd Zain berkata kenaikan harga gula sebanyak 20 sen itu perlu berikutan kenaikan harga gula mentah dunia dan kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak RM1.008 bilion setahun dengan kadar subsidi sebanyak 80
sen sekilogram.

"Subsidi bagi gula masih dikekalkan dan jumlah itu adalah lebih tinggi berbanding tanggungan subsidi pada 2009 iaitu sebanyak RM720 juta setahun.

"Tetapi memandangkan harga gula mentah dunia telah naik dengan tinggi khususnya mulai bulan Ogos hingga hari ini, sebelum ini 14-16 sen US bagi satu satu paun, telah naik hingga 27 sen US, kerajaan perlu menaikkan harga gula, " katanya kepada pemberita hari ini.

Mohd Zain berkata jika tidak, tanggungan subsidi gula yang perlu ditampung oleh kerajaan akan meningkat kepada RM1.26 bilion bagi tahun 2010.

Beliau berkata jumlah itu adalah berdasarkan anggaran penggunaan gula dalam negara pada tahun depan sebanyak 1.26 juta tan metrik.

Katanya, kenaikan harga runcit gula sebanyak 20 sen sekilogram itu secara relatifnya masih rendah berbanding negara-negara Asean yang lain iaitu Thailand RM2.50 sekilogram, Singapura (3.05), Indonesia (3.40) dan Filipina (3.62).

Katanya berdasarkan analisis kementerian, kesan kenaikan harga ke atas produk berasaskan gula adalah sangat minimum iaitu kira-kira 1 sen seperti bagi minuman dalam tin dan secawan teh tarik.

"Bagi minuman dalam tin, jika beratnya 325ml dengan anggaran kandungan gula 39 gram dan secawan teh tarik dengan anggaran kandungan gula 40 gram, kesan kepada kos kepada kedua-kedua barangan itu ialah 0.8 sen.

Memo- Kuasa Rakyat Kuasa Keramat..