Kuala Terengganu - Seorang Kakitangan AIM Cawangan Kuala Terengganu,
PA Nik Zulkifli yang berkhidmat sebgai Pembantu Amanah Pengurusan
kini terlantar sakit di rumah beliau di Kampung Batu Tumbuh, Besut.
Penyakit Kulit yang beliau alami semakin bertambah kronik dan
memaksa beliau bercuti tanpa gaji selama 2 bulan untuk mencuba
perubatan alternatif dan kampung.
Kepada sesiapa yang ingin menziarahi beliau boleh lah mengunjungi
rumah beliau di Besut. Pihak Kepaim juga menghargai
dan amat mengharapkan sumbangan ikhlas dari tuan-tuan dan puan-
puan demi mengurangkan penderitaan beliau untuk menyambut Syawal
yang akan datang tidak lama lagi.
Sesungguhnya balasan yang tidak ternilai yang ALLAH janjikan akan
diberi kepada mereka yang ikhlas menyumbangkan derma dan infaq
kepada mereka yang amat memerlukan lagi mustadafin.
Monday, August 16, 2010
Gaji minimum sepatutnya sudah dilaksanakan: MTUC
SHAH ALAM – Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyifatkan usaha isu gaji minimum sepatutnya sudah dilaksanakan dan bukan di peringkat kajian memandangkan ia sudah lama diperdebatkan.
Presidennya, Syed Shahir Syed Mohamud berkata, peruntukan RM900 sebagai gaji dan RM300 adalah elaun Kos Sara Hidup (Cola) sebagai gaji minimum kepada pekerja dianggap munasabah memandangkan kos sara hidup yang semakin meningkat.
“Jumlah ini juga perlu diselaraskan bagi semua pekerja di seluruh negara dan mencakupi semua sektor pekerjaan, jangan mewujudkan perbezaan jumlah gaji seperti di negara-negara luar,” katanya, semalam.
Beliau yakin tidak semua majikan menentang pelaksanaan gaji minimum berkenaan yang membela nasib pekerja di negara ini.
“Semua pekerja tidak kira warganegara atau pun tidak yang bekerja di Malaysia mesti mendapat gaji sebagaimana yang diperuntukkan,” katanya.
Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan sedang mengkaji kaedah terbaik dalam menangani isu gaji minimum.
Kementerian Sumber Manusia bakal membentangkan kes ini di Kabinet, Oktober ini

Subscribe to:
Posts (Atom)