Wednesday, March 23, 2011

BORANG ADUAN DAN RUNGUTAN SETIAUSAHA AGUNG KEPAIM

>Kuala Lumpur - Encik Fakururrazi bin Idris selaku Setiausaha Agong Kepaim telah menghantar Borang Aduan dan Rungutan kepada Pihak Majikan berhubung Pertukaran tempat bertugas dari Pejabat Wilayah Selatan Ke Unit Teknologi Maklumat, IbuPejabat AIM.

Sebagai Langkah 1, beliau telah menyerahkan Borang Rungutan dan Aduan kepada Pihak Pengurus Wilayah bertarikh 14/02/2011 dan Pengurus Wilayah telah membalas aduan beliau bertarikh 14/02/2011 dengan menyatakan bahawa :

“ Pertukaran anda ke Unit Teknologi Maklumat (UTM), IbuPejabat AIM adalah dibuat oleh Unit Perjawatan, Bahagian Sumber Manusia, ianya tiada kena mengena dengan tugas saya sebagai penyelia anda.

“ Menurut polisi Majikan mengenai Tatacara Rungutan, anda berhak merayu kepada ketua seperingkat lebih atas lagi jika keputusan di atas tidak memuaskan anda.

Sebagai Langkah ke 2, beliau menyerahkan Rungutan dan Aduan saya kepada Pihak Unit Teknologi Maklumat, Ibuepejabat AIM pada 14/02/2011. Jawapan yang diterima pada 22/02/2011 masih tidak memuaskan saya.

Sebagai Langkah ke 3, saya telah menyerahkan Rungutan dan Aduan saya kepada Pihak Perjawatan HQ bertarikh 23/02/2011. Jawapan yang saya terima pada 04/03/2011 masih tidak memuaskan saya.

Sebagai Langkah ke 4, saya telah menyerahkan Rungutan dan Aduan saya kepada Pengarah Urusan bertarikh 07/03/2011. Sehingga tarikh aduan ini masih belum menerima jawapan balas dari pihak Pengarah Urusan.

Dalam Borang Rungutan dan Aduan saya ada menyebutkan bahawa :

“Oleh itu, pertukaran ini hendaklah ditangguhkan ( On Hold ) sehingga satu penyelesaian dibuat oleh Pihak AIM dengan Kesatuan saya.”

walaupun bagaimana pun untuk pengetahuan semua Pihak majikan telah membuat beberapa tindakan antaranya.................

a)Pihak Wilayah telah meminta mengosongkan meja untuk penganti

b)Mengadakan Jamuan Perpisahan dengan maksud secara rasminya telah berpindah.

No comments:

Post a Comment