Wednesday, March 23, 2011

MAKLUMAN STATUS CA TERKINI KEPAIM

Adalah dimaklumkan bahawa Kesatuan Pekerja-Pekerja Amanah Ikhtiar Malaysia Semenanjung Malaysia (KEPAIM) telah menghantar Notis bagi mengadakan Perundingan Bersama dengan Pihak Majikan iaitu Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). KEPAIM telah menghantar notis sebanyak 3 (tiga) kali namun sehingga tarikh surat ini pada 21hb. Mac 2011, tiada surat jawapan yang diterima daripada Pihak Majikan.

Berikut dinyatakan tarikh-tarikh notis yang telah dihantar oleh KEPAIM kepada AIM : -

(i) Tarikh : 12/11/2010 ( Ruj. Surat : KEPAIM/AIM/2010/04 )
(ii) Tarikh : 12/01/2011 ( Ruj. Surat : KEPAIM/AIM/2011/01 )
(iii) Tarikh : 25/02/2011 ( Ruj. Surat : KEPAIM/AIM/2011/03 )

Sehubungan dengan itu MJK Pusat KEPAIM telah mengambil ketetapan untuk meminta kerjasama Jabatan Perhubungan Perusahaan mengaturkan Perundingan tersebut.

No comments:

Post a Comment