Thursday, May 6, 2010
PERUTUSAN HARI PEKERJA
Perutusan Hari Pekerja 2011
Assalamualaikum!
Selamat menyambut Hari Pekerja 2011. Pada tahun ini semua ahli KEPAIM menyambut hari pekerja dengan penuh bermakna ekoran dari kejayaan KEPAIM memenangi anugerah Kesatuan Sekerja Contoh (Sektor Swasta) Peringkat Kebangsaan. Kemenangan ini bukan semudah yang disangka. KEPAIM telah dicalonkan oleh Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) Melaka/Negeri Sembilan ke Peringkat Kebangsaan bersama 10 kesatuan sekerja terbaik di bawah seliaan JHEKS Melaka/Negeri Sembilan. Di Peringkat Kebangsaan pula KEPAIM terpaksa bersaing dengan lebih 150 Kesatuan terbaik di Malaysia. Namun dengan berkat sokongan padu dan doa ahli-ahli serta komitmen AJK, KEPAIM dan dengan keizinan Allah s.w.t telah terpilih memenangi anugerah tersebut. Terima kasih tidak terhingga kepada aktivis-aktivis KEPAIM yang telah bekerja keras demi memastikan keupayaan dan kejayaan KEPAIM.
Tanggal 1 Mei atau dikenali sebagai ”Mayday” mungkin telah sinonim dengan kita, golongan pekerja samada sektor swasta atau awam. Namun dicelah pengertian itu masih terdapat golongan marhain ini yang tiada apa-apa makna pada hari tersebut walau dilintasi pada saban tahun. Lebih dimengertikan hanya cuti umum. Jauh untuk kita perhatikan dan mengertikan adalah tentang hari untuk kita mengimbau tentang perjuangan golongan pekerja pada masa lalu untuk kita menikmati keharmonian pekerjaan pada masa ini.
Revolusi Industri pada abad ke 19 dan 20 telah melahirkan golongan pekerja yang memahami hak tentang pekerjaan mereka. Apa yang dinikmati hari ini adalah dari apa yang telah diperjuangkan mereka pada masa-masa lalu. Kita mungkin tidak sedar bahawa kita bekerja selama 8 jam sehari pada hari ini adalah sememangnya apa yang telah diperjuangkan dari dahulu. Sebelum masa kerja yang dinikmati hari ini, tempoh masa bekerja pada masa lalu ada yang selama 24 jam tanpa henti, kemudiannya 20 jam sehari dan ada yang 16 jam sehari kemudiannya 12 jam sehari.
Perjuangan golongan pekerja sejak awal kurun ke 20 telah banyak merubah tempoh masa pekerja di mana kita berupaya bekerja dalam tempoh masa 8 jam sehari disamping kita dapat mewujudkan keharmonian perusahaan.Golongan kapitalis terus mengekploitasi golongan pekerja dengan tempoh masa kerja yang panjang tetapi dengan upah yang kecil. Gerakan-gerakan pekerja telah memperjuangkan masa depan golongan pekerja sejak dahulu sehingga ada yang terkorban dan ada yang dipenjarakan. Perjuangan untuk memastikan suasana kerja yang harmoni terus diperjuangkan kerana keadaan sesuatu pekerjaan dan keperluan semasa turut berubah dari masa ke semasa.
Soal keselamatan dan jaminan keluarga iaitu kebajikan anak, isteri atau suami turut diketengahkan oleh pejuang pekerja. Dalam kajian wang KWSP 2003 melibat golongan pekerja swasta berpendapatan sederhana yang dinyatakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Johori Abdul Muid, 70 % ahli KWSP akan menghabiskan caruman dalan tempoh 1 tahun hingga 10 tahun sahaja. Tahun lalu sahaja, 131,276 atau 53% daripada 248,298 pencarum mengeluarkan satu pertiga daripada caruman mereka pada usaha 50 hinggan 54. Semasa umur pencen para pekerja mesti mempunyai simpanan minima tidak kurang RM 173,000 dalam akaun satu . Ini baru menyamai pencen minima RM 720 sebulan bagi menjalani kehidupan sehingga umur jangka hayat penduduk Malaysia adalah 72 tahun lelaki dan 77 tahun perempuan. Jika keadaan ini berterusan pekerja bawahan AIM (Pemandu, PA dan PPK) akan mengalami masa depan yang gelap terutamanya selepas pencen nanti. Pekerja ini akan gagal dengan hasrat menjalani kehidupan selepas besara tanpa diganggu oleh isu kewangan.
Sesetengah golongan yang sememangnya berpendapatan ”tak habis nak makan” selalu mempertikaikan soal ini. Pada anggapan mereka ialah kena menabung. Biasanya orang sebegini tidak berada pada realiti yang sebenar. Bagaimana hendak menabung jika gaji rendah lebih kurang RM 1000 hingga RM 2000 sebulan iaitu sama dengan indek layak sahabat kita. Kajian MTUC (Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia) untuk hidup di bandar besar memerlukan RM 4000 sebulan serta kawasan separa bandar dan luar bandar adalah RM 3000 sebulan.
Menurut CIMB Research, pinjaman isi rumah di Malaysia meningkat dari 11.1% dalam tempoh lima tahun iaitu 2004-2009. Pinjaman isi rumah dalam tempoh 9 bulan dari 2009 ke Ogos 2010 telah meningkat sebanyak 8.4% iaitu dari RM 516.6 bilion ke RM560.1 bilion.Tambahan pula, pinjaman isi rumah berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK) telah melambung dari 66.7% pada tahun 2004 kepada RM 76% tahun 2009. Pinjaman adalah pinjaman kereta , rumah dan kad kredit. Keadaan ini menyebabkan golongan pekerja bawahan dan sederhana terpaksa berhutang untuk memperolehi kehidupan yang selesa.
Sejak beberapa bulan yang lalu khususnya bulan September dan Oktober 2010 sehingga Febuari 2011 harga barang asas dan keperluan harian seperti makanan , pengangkutan ,makanan bayi dan pakaian sekolah naik mendadak . Consumer Research and Resource Centre (CRRC) telah memantau dan membuat kajian tentang kenaikan harga barangan , mendapati kebanyakkan barangan mengalami peningkatan yang ketara , antaranya Bawang Putih 400% begitu dengan minyak , gas dan gula.Kedadaan sangat membebankan golongan yang pendapatan bawah RM3000 sebulan iaitu 100% pekerja bawahan(Pemandu ,PA dan PPK) terutamanya di bandar besar HQ, PKMB KL, Ipoh , Johor Bharu dan Pulau Pinang.
Fokus kita selepas ini, selain gaji kita perlu pertahankan jaminan pekerjaan iaitu kesihatan dan keselamatan serta pencen untuk mereka yang bersara atau dana yang mencukupi untuk hari bersara. Begitu juga imbuhan kepada mereka yang bersara awal kerana sakit serta imbuhan yang behenti sukarela setelah berkhidmat lebih 15 tahun .Begitu juga rawatan bagi mereka yang sakit yang meliputi keluarga iaitu anak , suami atau isteri. Kebajikan yang dinikmati oleh kakitangan Perkhidmatan Awam serta sektor swasta lain akan dijadikan rujukan dalam tuntutan KEPAIM.
Akhir sekali lagi tahniah kepada semua ahli-ahli KEPAIM yang setia yang sentiasa mendoakan kejayaan KEPAIM sehingga terbukti peranan yang telah dimainkan oleh KEPAIM samada saudara/saudari sedar atau tidak. Sehingga kini KEPAIM telah diiktiraf peranannya sehingga dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Kesatuan Sekerja Swasta Contoh oleh Perdana Menteri Malaysia di Stadium Putra Bukit Jalil pada Sabtu 7 Mei 2011. Terima Kasih juga kepada Pihak Pengurusan AIM yang mengitiraf KEPAIM dan sentiasa terbuka untuk KEPAIM dan mengiktiraf KEPAIM sebagai Perunding Tunggal dalam menyampaikan tuntutan. Anugerah ini menaikan imej pekerja serta organisasi AIM . Moga hubungan yang hormoni antara pekerja (KEPAIM) dengan majikan (AIM) akan terus terjalin.
Semoga kita marayakan sambutan Hari Pekerja ini dengan tekad untuk terus berusaha memajukan organisasi dan diri dengan penuh keredhaan ALLAH. Tekad bekerja dengan jujur tanpa mengharap anugerah supaya kita tidak kecewa kerana mengharap dan memastikan tekad kita bekerja untuk mendapat keredhaan ALLAH.
”Dari Pekerja Untuk Pekerja”
”Kebajikan Cemerlang, Gagasan Malaysia Terbilang”
”Pekerja Merealisasikan Transformasi Negara:”
Sekian.
Ikhlas dari,
Mantan Presiden KEPAIM
Setiausaha Agung KEPAIM
Presiden KEPAIM
No comments:
Post a Comment