Kuala Lumpur - Kepaim adalah sebuah kesatuan yang sah
disisi undang-undang negara yang ditubuhkan untuk
mengambil berat tentang kebajikan dan membela kakitangan
yang menghadapi masaalah. Sememangnya mana-mana kesatuan
atau badan yang ditubuhkan untuk membela nasib kakitangan
adalah mereka yang tidak disukai kehadirannya apatah lagi
peranan utamanya yang berjuang untuk menjaga kakitangan.
Sesetengah organisasi menjadikan penubuhan kesatuan sebagai
wadah untuk menyatukan kakitangan dan menggalakkan kakitangan
dan juga warga negara berada di dalam satu kelompak yang
mungkin dikenali oleh persatuan ataupun kesatuan.Kadangkala
ada organisasi yang menyediakan platform yang hebat kepada
kesatuan sekerja mereka namun tak kurang juga yang endah tak
endah terhadap kehadirannya malah menganggapnya musuh.
Berbalik kepada isu terkini Skim Perkhidmatan baru AIM 2011
hangat diperkatakan dan menjadi isu yang mulanya suam-suam
kuku kini semakin panas dan menjadi topik perbualan utama
kakitangan. Kepaim mengharapkan sebagai warga negara yang
berilmu dan kakitangan yang bijak gunakan saluran yang
disediakan untuk menyalurkan sebarang rungutan, ketidak-
puasan mahupun tahniah.
Nasihat Kepaim gunakan saluran yang betul dan sah yang tidak
menyalahi peraturan dan memalukan organisasi yang sama-sama
kita sayangi dan dokongi ini.
No comments:
Post a Comment