Tuesday, July 26, 2011

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

Kuala Lumpur - Mesyuarat Agong Kepaim Ke 6 Berlabuh
tirainya membawa harapan menggunung tinggi dan Amanah
yang semakin besar demi kakitangan. Minat kakitangan
dan sikap "cakna" kepada kesatuan kini semakin tinggi
dan berkembang pesat.

Semua keputusan telah pun diketahui dari pemilihan
Jawatankuasa 2011/2013 ini. Ini lah kehendak dari ahli
dan amanah ahli kepada Jawatankuasa yang baru ini.
Walaupun apa hakikat dan cakap di belakang ini lah
keputusan terbaik yang telah dijelmakan oleh ahli demi
melihat kelangsungan perjuangan dari kakitangan untuk
kakitangan ini.

Selamat Berkhidmat untuk Jawatankuasa Kepaim seisi baru
2011/2013. Tahniah kerana terpilih untuk memikul Amanah
yang berat ini yang bukan sedikit pengorbanan yang akan
terus-terusan di tagih dari kalian semua.

No comments:

Post a Comment