Ruj. Kami : KEPAIM / SuratDalaman /2011 / 27
Ruj. Tuan :
Tarikh : 13hb. Oktober, 2011
Kepada:
Ahli-Ahli KEPAIM
Melalui :
Pengerusi Perhubungan Wilayah KEPAIM
Saudara/i,
MAKLUMAT AHLI KEPAIM DI CAWANGAN
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. KEPAIM melalui Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat Kali 1 Sessi 2011/2013 pada 08/10/2011 telah memutuskan bagi mengumpul maklumat Ahli Semenanjung Malaysia.
3. KEPAIM memerlukan maklumat kakitangan yang diklasfikasikan Layak Menjadi Ahli KEPAIM iaitu berjawatan Penolong Pengurus Cawangan dan ke bawah.
Tindakan bagi Perundingan Bersama KEPAIM 2011/2013.
daripada Pelarasan Gaji AIM Ogos 2011.
4. Saudara/i diminta memberikan maklumat tersebut dengan menggunakan format yang dilampirkan dan dihantar kepada KEPAIM melalui email : kepaim@yahoo.com
sebelum 30/10/2011
5. Segala bentuk kerjasama dan keperihatinan pihak saudara
Sekian terima kasih.
Monday, October 31, 2011
Sunday, October 30, 2011
Borang Analisa Pelarasan Gaji 2011
Kuala Lumpur - Kepaim sedang mengedarkan Borang Analisa
Pelarasan Gaji 2011 kepada Ahli. Sila isikan borang tersebut
dan hantarkan ke pihak-pihak yang berkenaan.
Analisa ini penting dalam meneruskan kerja-kerja CA baru
dan rundingan antara Kepaim dan Majikan nanti. Harap ambil
tindakan yang sewajarnya.
Terima Kasih

Solat Dalam Kenderaan
Solat Dalam Kenderaan
Hadith:
DIRIWAYATKAN daripada Jabir r.a: "Nabi Muhammad SAW pernah mengerjakan solat (sunat) sambil menunggang haiwan tunggangannya (rahilah) ke mana pun baginda menghadap dan ketika Nabi SAW hendak mengerjakan solat wajib Nabi SAW turun dari tunggangannya dan solat menghadap kiblat (Kaabah di Mekah)."
Riwayat: Al-Bukhari
Huraian Hadith:
Islam mewajibkan kita melakukan solat malah haram ke atas kita meninggalkannya tanpa sebarang keuzuran yang dibenarkan syarak.
Sekiranya kita berada dalam musafir sekalipun kita juga diwajibkan solat. Terdapat berbagai-bagai kaedah dan pilihan yang telah digariskan termasuklah tata cara solat di dalam kenderaan sama ada kereta, perahu, kapal selam, kapal terbang mahupun dalam kapal angkasa.
Dalil yang membolehkannya selain daripada hadis di atas ialah hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah ibnu Umar r.a.
Seorang sahabat telah bertanya kepada Nabi SAW :"Bagaimanakah cara untuk saya bersolat dalam perahu ? Nabi SAW menjawab: Solatlah di dalamnya dengan berdiri kecuali jika engkau takut tenggelam.
"Hadith di atas adalah sebagai dalil keharusan bersolat di atas kenderaan tanpa mengira apa jua jenis tersebut kerana ia bukanlah berkenaan hukum perahu tetapi ialah keharusan melaksanakan solat di atas kenderaan seperti mana Nabi SAW dan para sahabat yang pernah bersolat secara duduk di atas binatang tunggangan mereka. Baginda memberi isyarat yang sujud lebih rendah daripada rukuk. Solat sebegini adalah sah jikalau benar-benar menghadapi kesukaran."
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Saturday, October 22, 2011
Khasiat Kurma Yang Perlu Kita Ketahui
Khasiat Kurma
Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah SAW kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0%, serat 2.0 hingga 4.0% manakala kandungan gulanya 50 hingga 57% glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi.
Diserap Serta-merta
Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.
Tenaga Serta-merta
Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang Maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk.
Kulit Mengandungi Serat, Sumber Utama Potassium
Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi pada peringkat khalal atau rotab dan menurun sedikit pada peringkat tamar. Selain itu ia mengandungi pelbagai zat galian dan yang paling banyak ialah potassium. Potassium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf. Kurma adalah sumber terbaik potassium. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potassium tetapi jumlahnya sedikit.
Menguatkan Ingatan
Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga setanding. Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur telah menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya.
Penawar Racun
Diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. "Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan."
Meredakan Tekanan Darah
Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.
Menambah Tenaga Seksual
Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin. Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.
Kandungan Kurma
Kurma sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A dan C dan juga niasin. Ia lazimnya dimakan semasa bulan Ramadhan dan mempunyai khasiat serta nilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional.
Dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus yang kronik, dimana ketidakserasian dengan gluten, menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna.
Kurma mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil. Tindakbalas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan.
Jus Kurma
Selain daripada gangguan usus, jus kurma berkesan untuk mengatasi masalah sembelit. Bagaimanapun minuman ini tidak sesuai di amalkan oleh mereka yang mengidap penyakit diabetes, kerana ia boleh mendatangkan kesan yang lebih serius.
Jus kurma juga merupakan penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia. Bagi mereka yang mengalami masalah batuk, jus kurma sesuai untuk diamalkan kerana kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong sekaligus menghentikan batuk.
Kurma Dalam al-Qur'an
Kurma dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang banyak kerana telah terbukti, dalam al-Qur'an terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma.
Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium yang sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan selepas bersalin. Hal ini berasaskan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.

Tuesday, October 11, 2011
Bantah Akta Pekerjaan: MTUC piket lagi - 3 Nov
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) akan berpiket di seluruh negara pada 3 Nov untuk membantah cadangan pindaan Akta Pekerjaan yang diluluskan Dewan Rakyat minggu lalu, kata presidennya Mohd Khalid Atan.
Beliau berkata keputusan untuk berpiket di seluruh negara diputuskan malam semalam pada mesyuarat yang dihadiri wakil-wakil dari lebih 100 kesatuan.
"Kita putuskan untuk berpiket di seluruh negara kerana Kementerian Sumber Manusia berkeras untuk meneruskan pindaan itu walaupun kita minta ditangguhkan agar lebih banyak perbincangan boleh dibuat mengenai perkara itu," katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya MTUC membantah dengan kerasnya pindaan itu dan telah menghantar surat meminta menangguhkan pindaan tersebut kepada Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam pada mesyuarat Majlis Penasihat Buruh Negara (NLAC) 3 Okt sebelum kira-kira 200 anggota MTUC berpiket di luar Parlimen hari itu.
"Ramai pekerja dan pemimpin kesatuan tidak berpuas hati dengan kementerian itu yang tidak menghiraukan bantahan kita terhadap cadangan pindaan tersebut dan meneruskan pembentangan. Sehubungan itu, kita putuskan untuk mengadakan piket bagi menunjukkan betapa kita tidak puas hati," tambah beliau.
Mohd Khalid berkata MTUC akan juga menulis surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menyatakan alasan mereka menolak pindaan itu.
Antara bantahan ialah kesatuan sekerja mendakwa pindaan itu membenarkan penggunaan syarikat menyumberan.
Selain itu, MTUC juga mahu cuti bersalin dinaikkan dari 60 hari ke 90 hari dan peraturan mengenai gangguan seksual tidak terdapat dalam pindaan terkini.
Bagaimanapun, Dr Subramanian ketika membentangkan pindaan itu minggu lalu, menerangkan pendirian kerajaan dalam memasukkan peruntukan yang menghendaki pendaftaran kontraktor buruh.
Beliau berkata memasukkannya bukan untuk menggalakkan penyumberan buruh seperti yang dikhuatiri MTUC, tetapi bagi memastikan perlindungan bagi hak-hak pekerja yang dibekalkan oleh kontraktor khasnya dalam sektor perladangan.
Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang Pekerjaan (Pindaan), yang mengandungi 22 pindaan dan 17 peruntukan baru dengan dua seksyen dimansuhkan pada 6 Okt. Rang Undang-undang itu dijadual dibentangkan di Dewan Negara pada persidangan Disember ini.
Kali terakhir MTUC berpiket ialah pada 2007 mengenai isi gaji minimum di sektor swasta.
- Bernama

Saturday, October 8, 2011
Mesyuarat kali Pertama Exco Kepaim Selepas AGM
Seremban - Bertempat di Pejabat Kepaim di Seremban. 12 Exco
yang dipilih semula di dalam AGM tempohari telah bersidang
buat kali pertama untuk meneruskan kelangsungan perjuangan
kakitangan ini.
Mesyuarat juga telah memperincikan semua usul yang diterima
dari AGM yang berlangsung baru-baru ini dan akan meneruskan
CA yang telah terlewat.
Mesyuarat juga bersetuju untuk melantik AJK tambahan dan AJK
peringkat negeri untuk membuat pelarasan kerja-kerja Kesatuan
dan juga memperkasakan lagi Kepaim di kalangan ahli dan
Kakitangan AIM.
InsyaALLAH surat akan diedar kepada AJK Tambahan dalam masa
terdekat ini dan marilah sama-sama kita memperkasakan lagi
kepaim demi kelangsungan perjuangan kakitangan untuk
kakitangan dan juga memacu kejayaan yang gemilang buat AIM.

INFO - Tanda-Tanda Awal Kanser
Tanda-tanda Awal Kanser
(1) Kanser pangkal rahim - sebarang lelehan atau pendarahan yang luarbiasa, sakit selepas bersama dengan pasangan dan turun berat badan.
(2) Kanser payudara - bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.
(3) Kanser usus besar - perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.
(4) Kanser paru-paru - batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.
(5) Kanser perut - hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yang tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.
(6) Kanser limpa - sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.
(7) Kanser ovari - haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yang melampau, suara menjadi lebih mendalam.
(8) Kanser otak - sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.
(9) Kanser prostat - sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.
(10) Kanser darah (leukimia) -letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).
(11) Kanser tekak - suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.
10 Penyebab Utama Kanser
1. Makanan.
2. Tembakau.
3. Alkohol.
4. Radiasi.
5. Sinaran cahaya matahari.
6. Pekerjaan.
7. Pengambilan ubat.
8. Pencemaran air dan udara.
9. Perokok yang tidak aktif.
10. Keturunan

Monday, October 3, 2011
Mesyuarat Kali Pertama AJK Kepaim Seisi 2011/2012
Kuala Lumpur - Kepaim akan mengadakan mesyuarat pertama
selepas pemilihan Agong Kepaim baru-baru. Mesyuarat
akan di adakan di Pejabat Kepaim, Seremban, Negeri Sembilan.
InsyaALLAH mesyuarat akan berlangsung pada 22hb Oktober.
Bagi Kakitangan yang mempunyai sebarang persoalan, isu
mahupun hal-hal yang berkaitan dengan Kesatuan bolehlah
menghubungi AJK Kepaim untuk mengutarakan sebarang
persoalan tadi di dalam mesyuarat Kepaim Kali ini.

MTUC bantah pinda Akta Pekerjaan 1955
Hampir 200 aktivis buruh hari ini mengadakan piket di hadapan parlimen membantah pindaan undang-undang terhadap Akta Pekerjaan 1955.
Mereka mendakwa pindaan akta tersebut "tidak menyebelahi pekerja", "menghakis" hak mereka dan dibuat tanpa rundingan dengan kesatuan sekerja, seperti Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).
Piket tersebut bermula jam 10.55 pagi dengan pesertanya mempamerkan beberapa kain rentang mendesak Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam supya menarik balik pindaan itu.
Mereka berbaris di luar pintu parlimen sambil melaung "tarik balik undang-undang buruh", "lawan tetap lawan" dan "hidup MTUC".
Laungan tersebut diselang seli dengan nyanyian lagu yang sinomin dengan perjuangan buruh, antaranya "Barisan Union" dan "The Voice of Unity, Strenght and Justice".
Selain aktivis MTUC, wakil kesatuan sekerja lain, seperti Kesatuan sekerja Perusahaan Otomobil Dua (Perodua) dan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (Nube) turut hadir.
Bercakap kepada pemberita sewaktu piket tersebut, Presiden MTUC Khalid Atan (bawah) berkata beliau juga menyerahkan surat bantahan kepada Subramaniam dalam pertemuan melibatkan beberapa majikan di Kampung Baru, Kuala Lumpur awal pagi ini.
"Kita juga mahu rundingan diadakan seterusnya," katanya sambil merayu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak campurtangan dalam isu itu.
Khalid berkata, buat masa ini pihaknya mengambil sikap "tunggu dan lihat" dan enggan membuat sebarang spekulasi atau memutuskan tindakan lanjutnya jika pindaan itu terus dibentangkan.
Khalid berharap menteri berkenaan memberi maklum balas berhubung tuntutan mereka secepat mungkin.
Piket tersebut berakhir kira-kira setengah jam kemudian tanpa sebarang kekecohan. Kelihatan kira-kira 50 anggota polis mengawal keselamatan sewaktu piket berlangsung.
Sumber http://www.malaysiakini.com/bm
Subscribe to:
Posts (Atom)