Thursday, November 3, 2011

Piket seluruh negara bantah pindaan Akta Kerja bermula

Piket besar-besaran anjuran Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bagi membantah pindaan Akta Kerja 1955 bermula di seluruh negara bermula petang tadi.

Di Kuala Lumpur, kira-kira 150 pekerja daripada pelbagai kesatuan sekerja dan juga parti-parti politik berhimpun di hadapan bangunan KWSP di Jalan Raja Laut.

Sejak kira-kira jam 5 petang, ahli kesatuan mula berhimpun.

Turut hadir, adalah beberapa pemimpin Pakatan dan PSM. Antara mereka ialah ahli parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang, ahli parlimen Sibu Wong Ho Leng dan setiausaha agung PSM S Arutchelvan serta ahli parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Ramli.

Mereka membentangkan hampir 10 kain rentang membantah pindaan akta kerja itu.

Pekerja itu juga membawa plakad yang tertulis "Jangan Gadai Hak Pekerja" dan "Menteri Tipu Pekerja".

Mereka melaungkan "Henti Pindaan", "Turun Menteri", Tarik Balik Pindaan Akta" dan "Hidup MTUC" beberapa kali.

Tindakan itu menarik perhatian orang ramai yang memerhatikan piket itu dari kawasan yang berdekatan.

Sumber malaysiakini.com

No comments:

Post a Comment