Kuala Lumpur - Kami warga kerja Kepaim mengucapkan selamat
hari raya kepada semua warga kerja AIM dan terutama kepada
ahli kepaim. Semoga Hari Raya yang bakal menjelang ini akan
menguatkan lagi keTAQWAan kita kepada yang maha esa dan
menjadikan kita sebaik-baik hamba setelah sebulan bertarung
dan menjadi tetamu Ramadhan AlMubarak.
Kepada semua kakitangan berhati-hatilah di Jalanraya. Anda
mampu mengubahnya dengan izin ALLAH. Elakkan tragedi dan
jadikan Hari Raya hari yang menggembirakan semua dan
bukannya menyedihhkan semua. Memandulah mengikut iman
dan jangan sesekali menurut perasaan.
Terima Kasih kepada Majikan kerana memberikan cuti Raya
yang amat menggembirakan dan juga Bonus Separuh Gaji. Jangan
pula komitmen kerja pun di berikan separuh mengikut bonus.
Manfaatkanlah dan Gunakanlah ianya untuk menyambung talian
hayat anda sehingga ke Akhirat.
Kami juga amat mengharapkan Skim Perkhidmatan kakitangan
yang baru dan tuntutan CA kami dipercepatkan. Semoga ianya
menjadi kenyataan dan menggembirakan semua pihak.
benarlah pepatah arab ada berkata :
"Masa itu umpama pedang"
Sedar tak sedar semakin lama jarak masa yang berlalu dan terabai
tentang Skim Perkhidmatan Baru kakitangan yang dikemaskini ini.
Akhir kalam. Minta Ampun dan Selamat Hari Raya. 2 kegembiraan
manusia yang berpuasa di dunia adalah ketika berbuka puasa dan
ketika Aidil Fitri dan pasti lebih menggembirakan kegembiraannya
di akhirat yakni dapat menatap dan bertemu ALLAH azza wajalla.
SELAMAT HARI RAYA DARI KAMI WARGA KEPAIM
" MAAF ZAHIR DAN BATHIN"
Perjuangan untuk Kakitangan tetap kami teruskan