Friday, April 30, 2010

HARGAI LAH KAKITANGAN SEBAGAI AMANAH ALLAH

Kuala Lumpur - Kerajaan dan kementerian yang diketuai
oleh Dato Shahrizat Jalil menyarankan agar kakitangan OKU dan
Kakitangan yang sakit mendapat pembelaan sewajarnya oleh
mana-mana majikan mahupun kakitangan kerajaan. 1 Malaysia
adalah keselurahan Rakyat tanpa mengira sesiapa sahaja.
Kerajaan sebagai Majikan terbesar dan amat sedar bahawa
kakitangan bukanlah bebanan tapi adalah tanggungjawab
mereka sebagai Ayah keatas seluruh ahli keluarga.

Kakitangan yang mengalami permasaalah, terutama yang
mengalami permasaalahan sakit dan sebagainya adalah golongan
yang sangat istimewa yang menjadi rahmat kepada organisasi.
Banyak hadis yang menyatakan berbuat baik kepada orang
sebegini akan menyebabnya limpahan rahmat dan barakah dari
ALLAH.

Malangnya masih ada yang bersikap primitif yang menidakkan
nasib golongan ini dan dinafikan haknya. Setelah sekian lama
mereka menyumbangkan keringat, jasa dan kepatuhan kepada
organisasi. Apakah patut mereka dinafikan hak mereka untuk
bersama-sama kakitangan lain merasai sedikit ganjaran sementara
masih bernyawa di atas muka bumi ALLAH ini.

Semua manusia tidak memohon sakit. Ianya adalah ujian
dari ALLAH ke atas mereka. Apakah kita merasakan sakit yang
ALLAH ujikan keatas hamba-hambanya itu adalah bebanan bagi
kita? Apakah kita yakin kita akan sentiasa sihat dek kerana kita
banyak harta dan wang? Ingatlah ... Doa orang yang teraniaya itu
tidak ada hijab di sisi ALLAH... Sepatutnya sebagai orang beriman
kita menyokong mereka dan meringakan penderitaan yang mereka
alami. Bukan menambahkan lagi derita dan ujian yang telah mereka
terima dari ALLAH.

*/Artikel ini di terima dari seorang kakitangan yang merasa prihatin
dengan nasib kawan-kawannya dan sebagai seorang yang beriman
sememangnya merasai apa yang saudaranya rasakan. Airmata beliau
amat berkesan untuk kita renungi selagi kita juga mampu sihat..
Tapi apa daya kita sebagai hamba?

---------------------------------------------------------------------
ALHADIS SOHEH

" Perumpamaan seorang muslim itu umpama satu jasad, apabila sakit
anggota yang lain maka akan merasainya oleh seluruh anggotanya.

INSAF LAH.....

KEPAIM PERLUKAN REFORMASI DAN ANJAKAN PARADIGMA UNTUK LEBIH JITU BERJUANG

Kuala Lumpur - KEPAIM ataupun kesatuan pekerja Amanah Ikhtiar
Malaysia yang ditubuhkan atas dasar menjadi medium untuk
kakitangan memperjuangkan nasib mereka. Cita-cita dan hasrat
murni yang diperjuangkan oleh KEPAIM ini selalunya dipandang
negetif oleh kalangan tertentu yang mereka sendiri terlupa bahawa
mereka juga adalah kakitangan AIM. Ssegala yang diperjuangkan
oleh KEPAIM ini semua pihak akan merasainya. Tiada istilah
kepentingan perbadi yang diperjuangkan oleh KEPAIM.

Imgatlah hanya Barat menciptakan jurang dikala Islam menetapkan
semua manusia adalah sama dan hanya berstatus Hamba ALLAH.
Tiada langsung nilai bagi ulat dan malaikat di dalam alam baqa dan
kubur nanti.

Dikala perubahan dan globalisasi yang berlaku di keselurahan dunia
kini. KEPAIM juga perlukan satu lonjakan paradigma dan juga
benar-benar menjadi kesatuan yang profesional dan berani.
Pelbagai rungutan kakitangan kini seakan-akan benar dan terkena
pada batang tubuh KEPAIM. Namun umum mengetahui semua
exco kepaim adalah manusia biasa bahkan juga kakitangan biasa
yang mempunyai kelemahan dan juga banyak komitmennya.

Sudah tibanya masanya KEPAIM menyediakan seorang petugas
profesional yang dapat bertindak sebagai wakil kepaim yang tidak
terikat dengan AIM dan juga tiada tekanan untuk menjadi juara
memperjuangkan nasib ahli dan juga bebas tanpa langsung ada
tekanan dari mana-mana pihak.

Ini adalah suara bawahan yang sayangkan KEPAIM dan mahu
KEPAIM menjadi wadah yang benar-benar berani
memperjuangkan Hak dan nasib Pekerja. Sudah sampai masanya
KEPAIM Mengambil serius pandangan ini dan melantik seorang
petugas profesional bagi menjadi jurucakap KEPAIM. Apatah lagi
dikala kewangan Kepaim kini semakin teguh dan mampu
berdiri di atas kaki sendiri.

Satu Analisa keputusan Pretasi 2009

Kuala Lumpur - Kepaim sedang mengumpul data tentang rungutan
dan ketidak-puashatian kakitangan tentang keputusan pretasi yang
diterima dalam bentuk gaji pada 22 hb April baru-baru ini. Namun
keputusan penuh dan terperinci tentang keputusan baru-baru ini
masih belum diterima dan masih ditunggu oleh pihak kepaim.

Pelbagai rungutan, rasa terkejut dan kesedihan melanda kakitangan
disebalik keputusan tersebut. Ada yang gembira namun itu hanya 5%
dari kalangan kakitangan keselurahan dan angka 5% dari jumlah ini
makin mengecil jika diambil dari keseluruhan kakitangan Wilayah.

Mengapa 5%? ? Satu Persoalan?
Tak mampu Kakitangan fikirkan?

Apatah lagi komitmen yang diberikan oleh kakitangan untuk
menjulang organisasi terutama di Wilayah Terengganu, Kelantan
dan Kedah namun masih mengguna-pakai angka 5%? Ianya
adalah tidak munasabah dikala kita mengharapkan kakitangan
memberikan komitmen tinggi namun ganjarannya adalah
menyedihkan.

Apa yang Kepaim sedang kumpulkan dari keputusan prestasi
tersebut masih dalam peringkat pengumpulannya. Namun
ianya mungkin akan menjadi bebanan kepada Kepaim. Yang
menjadi tempat melepas geram kakitangan, dikala kepaim
masih di pinggirkan dalam semua AIM.

Nota - Artikel di atas adalah rungutan kakitangan bawahan
yang bekerja dilapangan dan mencapai 100% item namun
mendapat pulangan lumayan Memuaskan kerana dasar
5% setiap Wilayah.

Friday, April 23, 2010

Gaji minimum jaga RM1,100 mulai Julai

2010/04/23 Berita Harian Online

KUALA LUMPUR: Kira-kira 190,000 pengawal keselamatan akan menikmati kenaikan gaji pokok antara 67 peratus hingga 75 peratus kepada RM1,100 hingga RM1,450, mulai 1 Julai depan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam, berkata pekerja sektor keselamatan ketika ini menerima gaji pokok antara RM300 hingga RM400.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen semalam, beliau berkata keputusan menaikkan gaji itu dilakukan mengikut Akta Majlis Penetapan Gaji 1947. “Saya mengharapkan dengan kenaikan gaji pokok itu, dapat menarik lebih ramai warga tempatan menyertai sektor keselamatan, sekali gus mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing,” katanya.

Ketika ini ada antara 30,000 hingga 40,000 pengawal keselamatan warga asing.

Subramaniam berkata, Majlis Penetapan Gaji juga sedang menyediakan kertas kerja bagi pekerja di sektor perkhidmatan, elektronik dan tekstil.

"Kita berharap dapat mengumumkan gaji pokok minimum dalam sektor hospitaliti sebaik saja kajian mengenainya selesai dalam tempoh dua hingga tiga bulan lagi. Kita memerlukan lebih masa mengkaji gaji minimum untuk pekerja industri lain," katanya.
Sementara itu, katanya, kementerian dalam proses mengkaji semua undang-undang buruh untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi selaras dengan Model Ekonomi Baru (MEB) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

ISU SEMASA KEPAIM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Bersyukur ke hadrat ALLAH S.W.T kerana dengan limpah dan
kasih-sayangnya masih memberikan kita merasai kehidupan
diatas dunia yang sementara ini. Sesungguhnya Akhiratlah
tempat yang kekal lagi bernilai untuk orang beriman.

Penulis ingin membicarakan tentang sungutan dan rungutan
orang ramai yakni kakitangan kini terhadap KEPAIM. Kepaim
dilihat kini oleh kakitangan bawahan sebagai Suam-Suam
Kuku ataupun terus Beku dan Sunyi dari arus perdana
kakitangan. Mereka mula melihat kepaim tidak sehebat dulu.
Apakah ianya benar atau tidak? Wallahuaklam.

Banyak isu-isu yang patut dijuarai dan menjadi tanggungjawab
dan dibebankan ke KEPAIM kini. Alang-alang melepas perasaan
tak pasal-pasal kepaim pulak menjadi mangsa. Sudah lah segala
perundingan berkenaan perkara-perkara tertentu tidak pernah
di ajak KEPAIM berunding bersama. Bukan setakat berundung,
maklumat semasa pun tidak penah di maklumkan.

Justeru itu menjadi tanggungjawab bersama Exco tertinggi
KEPAIM untuk menjuarai hal-hal begini demi kakitangan dan
ahli yang membayar yuran. Terutamanya Isu-Isu Begini:

1. Penilaian Prestasi.

2. Bonus KPI.

3. Isu Tribunal Kakitangan

4. Dan banyak lagi.

Semoga KEPAIM dapat berada di tempatnya dan dilandasan terbaik
untuk membantu dan membela kakitangan. Ingatlah Kakitangan tidak
kira serendah-rendahnya dari Pemandu sehinggalah setinggi-
tingginya Pengarah urusan dan mahupun Pengarah akan datang dan
pergi namun organisasi ini tetap kita pertahankan demi
kelangsungan misi membantu orang miskin sebagaimana yang
dihasratkan oleh mereka yang menubuhkan AIM dulu Prof. Dr S.
Gibbon dan Prof. Syukur Kassim.

Thursday, April 22, 2010

Keputusan Prestasi 2009

Kuala Lumpur - Hari ini 22 hb April 2010 adalah hari
Gaji dan juga keputusan Penilaian Prestasi Kakitangan 2009
diketahui keputusannya. Walaupun ianya hanyalah anggaran
dan juga congakan dari gaji yang di terima namun sudah
cukup menggembirakan bagi yang gembira dan sudah cukup
untuk menyedihkan bagi mereka yang memang akan bersedih.
Adat Dunia Gembira dan Sedih adalah lumrah alam.

Kepaim mengucapkan tahniah kepada merekza yang dapat
keputusan Cemerlang dan Baik. Ini adalah pengiraan prestasi
terakhir yang melibatkan kenaikan gaji dan akan menjadi
sejarah yang tak mampu diulangi.

Apa-apa pun tahniah kepada semua. Berikan yang terbaik untuk
kecemerlangan Organisasi. Manusia datang dan pergi namun
Organisasi ini semestinya dikekalkan peranan dan momentum
kehebatan prestasinya.

Tuesday, April 20, 2010

SUAMI KAKITANGAN TERLANTAR SAKIT

Selayang, Kuala Lumpur - Suami Kakitangan PA Pengurusan AIM
Wilayah Terengganu Puan Norazlinda Shaari sedang terlantar
di Hospital Selayang. Menurut Sumber yang rapat, suami beliau
mengalami permasaalahan Hati iaitu penyakit Hipetitis.

Kami dari kepaim amat mengharapkan semua kakitangan dapat
emngadakan solat hajat mendoakan suami beliau sembuh dari
penyakit tersebut dan juga menghulurkan sumbangan serta
menziarahi beliau di sana.

Sesungguhnya setiap yang bernyawa itu pasti akan mengalami
saat-saat dan detik kematian. Wallahuaklam

Monday, April 12, 2010

DURIAN BELANDA ADALAH PENAWAR SEBENAR KANSER

Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia , dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis , dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.

Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :

i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.
ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.
iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika . Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar , Payu Dara , Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.

2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!

3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !

Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?

Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.

Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.

Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.

Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.
The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.

Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan. Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi.