Sunday, July 31, 2011

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN

Kami Jawatankuasa Kepaim mengucapkan Selamat Menempuh
Ramadhan Al Mubarak kepada semua Kakitangan AIM amnya
dan Ahli Kesatuan Khususnya.

Semoga Ramadhan Tahun ini akan :

1. Bertambah-tambah amalan kita.
2. Diterima Taubat dan Bersihkan Dosa-Dosa Kita.
3. Dihidupkan Hati Kita sebagai hamba ALLAH yang sebenar.
4. Mematikan Sifat Riak, Ujud dan Takabur Kita.
5. Dapat Khatam Seisi AlQuran.
6. Diterima Amalan-Amalan dan Puasa Kita

Dan akhirnya paling penting mencapai darjat TAQWA. Sasaran
sebenar setiap Puasa yang ALLAH fardhukan ke atas setiap muslim.

Amin Ya Rabbil Alamin.

Wednesday, July 27, 2011

TAWARAN PERLINDUNGAN ETIKA



PALING MURAH DAN PERLINDUNGAN MACAM-MACAM..
JANGAN LEPASKAN PELUANG... MURAH SANGAT-SANGAT
SEGALANYA DEMI MU KAKITANGAN

KOLEKSI AGM KEPAIM 2011 (4)





KOLEKSI AGM KEPAIM 2011 (3)





KOLEKSI AGM KEPAIM 2011 (2)





KOLEKSI AGM KEPAIM 2011 (1)





Tuesday, July 26, 2011

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

Kuala Lumpur - Mesyuarat Agong Kepaim Ke 6 Berlabuh
tirainya membawa harapan menggunung tinggi dan Amanah
yang semakin besar demi kakitangan. Minat kakitangan
dan sikap "cakna" kepada kesatuan kini semakin tinggi
dan berkembang pesat.

Semua keputusan telah pun diketahui dari pemilihan
Jawatankuasa 2011/2013 ini. Ini lah kehendak dari ahli
dan amanah ahli kepada Jawatankuasa yang baru ini.
Walaupun apa hakikat dan cakap di belakang ini lah
keputusan terbaik yang telah dijelmakan oleh ahli demi
melihat kelangsungan perjuangan dari kakitangan untuk
kakitangan ini.

Selamat Berkhidmat untuk Jawatankuasa Kepaim seisi baru
2011/2013. Tahniah kerana terpilih untuk memikul Amanah
yang berat ini yang bukan sedikit pengorbanan yang akan
terus-terusan di tagih dari kalian semua.

Saturday, July 23, 2011

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PERWAKILAN

Kota Bharu - Mesyuarat Agong KEPAIM Ke 6 telah berlangsung
dengan harmoni dan berakhir petang tadi dengan penuh jayanya.
Mesyurat tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah
Perjawatan AIM Puan Rozita dan telah menjelaskan tentang
perkembangan semasa berkenaan Skim Gaji AIM kini dan
yang dalam proses pengubahsuaian.

Kepaim mengucapkan ribuan Terima Kasih Kepada Semua
Perwakilan.Kepaim juga memohon ribuan kemaafan Atas
Serba Kekurangan dan banyak kelemahan sepanjang
mengendalikan program ini.

Akhir kata Kepaim mengucapkan jutaan terima kasih tak
terhingga Kepada Semua yang terlibat dan
menjayakan Program AGM Kepaim 2011.

Sehingga berjumpa lagi.

KEPUTUSAN TERKINI PEMILIHAN AGM KEPAIM 2011

PRESIDEN - En ISMAIL B. YAHYA (Kekal)

TIMB PRESIDEN - En MUHAMMAD NOHI B. OMAR (Baru)

SU AGONG - En FAKURURRAZI B. IDRIS (Kekal)

PEN SU AGONG - En MD. RADZHI B. MAHAMUD (Baru)

BENDAHARI - En APZANIZAN ABU BAKAR(Kekal)

AHLI JAWATANKUASA

MOHD ZAKRI B. ABD HALIM (Kekal)
MUHAMAD AZHAN B. RAMLI (Kekal)
MOHD YUSOFF B. SEMAN (Kekal)
BURHAN B. MAHAMUD (Kekal)
WAN SUHAIMY B. WAN HARUN (Kekal)
AHMAD FAUZI BIN ABDULLAH (Kekal)
MOHD RIZAL B. ABDULLAH (Baru)

Terima Kasih Kepada Semua Pengundi.

Thursday, July 21, 2011

SELAMAT DATANG KE MESYUARAT AGONG KEPAIM

SELAMAT DATANG KE MESYUARAT AGONG KEPAIM
Kedatangan Anda Semua Kami Nanti-Nantikan...

Berhati-Hati Di Jalanraya..
Semoga Sampai dan Pulang Dengan Selamat

KEADAAN SEMASA PA AZIAN TUMPAT

Kota Bharu - Puan Azian PA AIM Caw Tumpat dilaporkan
bertambah baik dan tidak lagi bernafas menggunakan mesin
bantuan.

InsyaALLAH kalau tidak apa-apa masalah, beliau akan
dipindahkan ke wad biasa dalam sehari dua lagi...

Sama-Sama kita doakan. Amin Ya Rabbil Alamin

Mantan PA PKMB KB Meninggalkan Kita Untuk Selama-lamanya

Kota Bharu - Saudari Suriati bekas kakitangan
Pkmb Cawangan Kota Bharu telah kembali kerahmatullah
pagi ni dan akan dikebumikan jam 3 petang nanti..

semoga Allah tempatkan roh beliau di tempat org yg
beriman amin....

marilah kita sedekahkan al-fatihah kepada arwah....

Monday, July 18, 2011

KEPAIM TETAP RELEVAN UNTUK KAKITANGAN

Kuala Lumpur - Kepaim adalah sebuah kesatuan yang sah
disisi undang-undang negara yang ditubuhkan untuk
mengambil berat tentang kebajikan dan membela kakitangan
yang menghadapi masaalah. Sememangnya mana-mana kesatuan
atau badan yang ditubuhkan untuk membela nasib kakitangan
adalah mereka yang tidak disukai kehadirannya apatah lagi
peranan utamanya yang berjuang untuk menjaga kakitangan.

Sesetengah organisasi menjadikan penubuhan kesatuan sebagai
wadah untuk menyatukan kakitangan dan menggalakkan kakitangan
dan juga warga negara berada di dalam satu kelompak yang
mungkin dikenali oleh persatuan ataupun kesatuan.Kadangkala
ada organisasi yang menyediakan platform yang hebat kepada
kesatuan sekerja mereka namun tak kurang juga yang endah tak
endah terhadap kehadirannya malah menganggapnya musuh.

Berbalik kepada isu terkini Skim Perkhidmatan baru AIM 2011
hangat diperkatakan dan menjadi isu yang mulanya suam-suam
kuku kini semakin panas dan menjadi topik perbualan utama
kakitangan. Kepaim mengharapkan sebagai warga negara yang
berilmu dan kakitangan yang bijak gunakan saluran yang
disediakan untuk menyalurkan sebarang rungutan, ketidak-
puasan mahupun tahniah.

Nasihat Kepaim gunakan saluran yang betul dan sah yang tidak
menyalahi peraturan dan memalukan organisasi yang sama-sama
kita sayangi dan dokongi ini.

Saturday, July 16, 2011

Pekerja dibayar bonus RM208,079 seorang

LONDON – Seramai 2,000 kakitangan sebuah rangkaian kedai menjual pelbagai barang sukan, Sports Direct bakal mendapat bonus berjumlah AS$70,643 (RM212,458.83) setiap seorang dalam bentuk saham, lapor sebuah akhbar semalam. Bonus tersebut diberikan selepas kedai rangkaian barangan sukan terbesar Britain itu mencatat keuntungan besar selama dua tahun berturut-turut, Kedai itu, Sports Direct diasaskan oleh bekas jurulatih skuasy, Mike Ashley 29 tahun lalu.

Ia berjaya mencapai sasaran jualannya dengan keuntungan meningkat sebanyak 25 peratus pada tahun ini. Jumlah itu dipercayai saham terbesar yang pernah diberikan kepada pekerja kedai di Britain. Purata gaji tahunan kakitangan di kedai tersebut cuma AS$32,219 (RM96,898.65). Ashley mula membuka kedai itu di Maidenhead, Berkshire pada 1982.

Kira-kira 29 tahun kemudian, dia menguasai perniagaan runcit sukan di United Kingdom. Bonus itu layak diterima oleh pekerja yang sudah bekerja sekurang-kurangnya selama dua tahun. Namun, kakitangan kedai itu perlu menunggu sehingga Julai tahun depan jika mahu menebus saham tersebut. Kedai peruncitan Sports Direct kini merupakan syarikat senaraian awam di bursa saham dengan pendapatan tahunan AS$2.41 bilion (RM6.31 bilion) manakala Ashley memegang 71 peratus saham menjadikannya salah seorang lelaki paling kaya di Britain. Ashley juga pemilik kelab bola sepak Newcastle United. – Agensi

Thursday, July 14, 2011

PEKELILING SKIM PERKHIDMATAN BARU KAKITANGAN AIM 2011

Kuala Lumpur - IbuPejabat AIM telah mengeluarkan
Pekeliling Skim Perkhidmatan Baru Kakitangan AIM
2011 tempohari dan telah di edarkan ke semua
pejabat-pejabat AIM di seluruh negara.

Pihak kakitangan seharusnya membaca pekeliling
tersebut dan memahami segala yang terkandung di
dalamnya.

Terima Kasih juga kepada pihak pengurusan yang telah
mengeluarkan Pekeliling tersebut dan menamatkan segala
teka-teki selama ini.

Pihak Kepaim juga mengucapkan ribuan terima kasih
di atas kenaikan baru tersebut.

Tuesday, July 12, 2011

Kelonggaran Perwakilan Kepaim

Kuala Lumpur - Pihak Pengurusan, IbuPejabat AIM Memberikan kelonggaran untuk kakitangan yang akan menjadi perwakilan ke mesyuarat Agong kepaim 2011 di Kota bharu. Kelonggaran tersebut keluar lebih awal (1/2 hari) untuk perjalanan ke kota bharu terutama bagi perjalanan dari Wilayah Selatan, Tengah, PKMB, Perak dan Kedah. Kelantan dan Terengganu tidak terlibat kerana memang bercuti pada hari tersbut. Berhati-hati di Jalanraya dan semoga selamat sampai ke Kota Bharu.

PEKELILING BERKENAAN GAJI TERBARU

Kuala Lumpur - Unit perjawatan akan mengeluarkan
pekeliling berkenaan gaji baru dalam masa terdekat.
Di harap semua kakitangan terutama ahli menunggu
pekeliling tersebut dan jangan membuat spekulasi
mahupun provokasi.

Terima Kasih

BERITA TERKINI KAKITANGAN

Kota Bharu - Puan Azian Ismail PA AIM Cawangan Tumpat,
Wilayah Kelantan Sedang di rawat Di ICU, Hospital Kota Bharu.
(Sumber- Ada Masaalah Kompilasi untuk bersalin)
Diharapkan semua kakitangan terutama Ahli Kepaim dapat
berdoa untuk keselamatan dan kesihatan beliau. Amin

Monday, July 11, 2011

PERWAKILAN KE MESYUARAT AGONG

Kuala Lumpur - Sila serahkan nama-nama perwakilan
Wilayah anda ke mesyuarat Agong kepaim dengan kadar segera
ke SU Agong kepaim untuk memudahkan urusan tempahan di
Kota Bharu.

PANDUAN SIZE BAJU WANITA



Klik Imej Untuk Besarkan gambar: tQ

PANDUAN SIZE BAJU LELAKI

TAWARAN BAJU KORPERAT KEPAIM



HARGA BAJU LELAKI RM60.00 BAJU WANITA RM65.00

Sila Berhubung dengan En Radzi (BLS) untuk pertanyaan
dan tempahan. Selagi Stok Masih Ada.

PERLINDUNGAN TAKAFUL KHUSUS UNTUK AHLI KEPAIM




Sila Hubungi SU Agong untuk keterangan lanjut: