Friday, July 23, 2010

RUNDINGAN CA BARU 2011

Pihak Kepaim mengalu-alukan dan amat mengharapkan
Setiap Ahli dan kakitangan AIM dapat memberikan idea baru,
cadangan dan pandangan terhadap CA baru untuk dibawa
perbincangan diantara pihak kepaim dan majikan.

Setiap pandangan, idea dan cadangan bolehlah di ajukan
terus ke wakil kepaim Wilayah-Wilayah dan Pusat.

Thursday, July 1, 2010

MAJLIS MENANDATANGANI CA KEPAIM-AIM

MAJLIS MENANDATANGANI CA : AIM & KEPAIM

Hari : Sabtu ( Hari Ke 2 AKC)
Tarikh : 10hb Julai 2010
Tempat : A'Famosa Resort, Alor Gajah, Melaka

Tuesday, June 22, 2010

RAYUAN DERMA KEPADA SAUDARI NURSURIATY BINTI HASHIM

Setiausaha Agung
20-3A-11 Dahlia F, Jalan S2 G5
Garden Avenue, Seremban 2,
70300 Seremban, Negeri Sembilan.
Tel: 013-2515860 (s/u) 012-6944560 (P’den)
--------------------------------------------------------------------------------
Ruj. Kami : KEPAIM/DALAMAN/2010/01
Ruj. Tuan :
Tarikh : 21hb. June, 2010
Kepada :
Pengerusi Perhubungan Wilayah /
Wakil KEPAIM Cawangan /
Ahli-ahli KEPAIM
Saudara/i

RAYUAN DERMA KEPADA SAUDARI NURSURIATY BINTI HASHIM

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Saudari Nursuriaty binti Hashim
No. K/p : 861004-02-5884 yang beralamat di Kg. Panchur, 06400
Pokok Sena, Alor Setar, Kedah, yang juga merupakan kakitangan
AIM di Cawangan PKMB Kota Bharu kini terlantar sakit misteri dan
mendapat rawatan di kampung halaman beliau.

3. Sebelum ini beliau mendapat rawatan di hospital namun
setelah tidak dapat dipulihkan kerana tidak dapat mengenalpasti
penyakit yang dialami beliau, keluarga beliau telah membawa
pulang ke rumah bagi mendapatkan rawatan secara tradisional.
Melalaui rawatan tradisional keadaannya beransur pulih namun
masih memerlukan rawatan lanjut. Pengerusi Perhubungan KEPAIM
Wilayah Kedah, Saudara Mohd Fadzani Fazil telah mengadakan
lawatan ke rumah beliau dan mendapati keadaan beliau amat
menyedihkan walaupun dikhabarkan telah beransur pulih.
Buat masa ini bantuan kewangan amat diperlukan untuk
perbelanjaan mengurus diri memandangkan Saudari Nursuriaty
tidak dapat berfikir dengan baik bagi mengurus diri sendiri.
Keluarga beliau juga sentiasa mendapatkan rawatan susulan
secara tradisional dan ini juga memerlukan perbelanjaan.

4. Sumbangan saudara saudari bolehlah dikumpulkan mengikut
cawangan, seterusnya menyerahkan kepada Pengerusi Perhubungan
Wilayah masing-masing sebelum diserahkan kepada Bendahari
KEPAIM Pusat.

5. Segala bentuk kerjasama dan keperihatinan saudara /
saudari didahului dengan jutaan terima kasih. Bersama ini
disertakan senarai Pengerusi Perhubungan Wilayah KEPAIM.

Sekian, Terima Kasih.
Yang diamanahkan,
………………………………….
( FAKURURRAZI BIN IDRIS )
Setiausaha Agung KEPAIM


SENARAI PENGERUSI PERHUBUNGAN WILAYAH

KEDAH - MOHD FADZANI BIN FADZIL
PERAK - MD. RADZHI BIN MAHAMUD
SELATAN - MOHD SAID BIN ABD RAHMAN
KELANTAN - MOHD YUSOF BIN SEMAN
TERENGGANU - AHMAD FAUZI BIN ABDULLAH

Monday, June 21, 2010

MAKLUMAN CA BARU 2011/2013

SEMUA KAKITANGAN ADALAH DI PELAWA UNTUK MEMBERIKAN IDEA
DAN CADANGAN TERHADAP CA BARU YANG AKAN DI BAWA KE
PERUNDINGAN BARU KEPAIM DAN MAJIKAN KELAK.

SETIAP CADANGAN DAN PANDANGAN ITU BOLEH LAH DI AJUKAN
KEPADA PENGERUSI WILAYAH KEPAIM SETIAP WILAYAH.

CADANGAN ANDA AMAT DI ALU-ALUKAN.

TERIMA KASIH

Monday, June 7, 2010

Kesatuan Pekerja Dan Perkhidmatan Awam Sokong Kerajaan Kecam Kekejaman Israel

PETALING JAYA: Kesatuan pekerja dan perkhidmatan awam di negara ini yang merangkumi keanggotaan 1.8 juta orang menyuarakan sokongan padu terhadap tindakan kerajaan mengecam serangan Israel ke atas flotila bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Masing-masing menyambut baik usul yang dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat hari ini yang mengutuk serangan itu serta mendesak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu agar merujuk Israel kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), G. Rajasegaran berkata Amerika Syarikat (AS) harus campur tangan dan memaksa Israel membenarkan bantuan kemanusiaan dihantar kepada penduduk Gaza.

"MTUC sangat kecewa dengan pentadbiran (Presiden AS Barack) Obama kerana tidak dapat mengawal Israel yang terkenal sebagai negara pengganas dunia.

"Amerika Syarikat sibuk mengawal Korea Utara dan Iran tetapi tidak mengendahkan Israel yang merupakan negara penyangak paling teruk di dunia," katanya kepada Bernama.

Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-Pekerja Pengangkutan Kebangsaan, Datuk Zainal Rampak pula menyeru anggotanya agar memboikot barangan Amerika sebagai bantahan dan juga desakan kepada AS untuk mendisiplinkan Israel.

Sementara Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Pekerja-Pekreja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Ahmad Shah Mohd Zin pula menggesa masyarakat dunia agar segera mengenakan sekatan terhadap Israel dan AS bagi menghalang rejim Zionis daripada terus menyeksa rakyat Palestin.

Beliau juga melahirkan rasa kecewa kerana Pertubuhan Persidangan Islam tidak mengambil pendirian tegas bagi menekan AS agar bertindak terhadap sekutunya itu.- BERNAMA

Saturday, May 29, 2010

MUNAJAT MUSTADAFIN

Ya ALLAH
Kami yang kerdil lagi hina ini ya ALLAH
Bermohon padamu ya ALLAH
Ampunilah Dosa-Dosa Kami
Ampunilah Keterlanjuran Kami
Ampunilah Salah dan Silap Kami
Ya ALLAH

Ya ALLAH Ya Rabbi
Selamatkan Organisasi Kami
Dan Tambahkan Barakahmu
Pada Organisasi Tercinta ini

Ya ALLAH Ya Rabbi
Kurniakan Kepada Kami
Kesihatan Yang Berkekalan
Dan Rahmat Iman Mu Ya ALLAH
Gerakkan Hati Kami
Mencintai Akhiratmu Ya ALLAH

Ya ALLAH Ya Ilahi
Bukalah Pintu Hati Kami Semua Ya ALLAH
Engkau Yang Mempunyai Kuasa
Menggerakkan hati-hati manusia
Menghidupkan Hati Yang Mati
Mematikan Lagi Hati Yang Berpenyakit
Bukalah Ya ALLAH
Hidayah mu

Ya ALLAH Ya Rabbi
Andainya Ujian Kesihatan Yang Kau Berikan Pada Kami
Moga ianya Tidak menjadi beban Pada Yang Lain
Kerana Hidup Dan Mati itu Adalah Dari Mu
Sihat dan Sakit Jua adalah ujianmu Ya ALLAH
Bukalah Pintu Hati mereka yang lupa
Qadha dan Qadarmu Ya ALLAH
Masukkan rasa IHSAN di hati mereka
Kerana mereka jua akan mati ya ALLAH

Ya ALLAH Ya Rabbi
Kurniakan Kami Pemimpin Yang ADIL
yang Adil kepada semua
Kurniakan Kami Pemimpin Yang Zuhud
Yang Tidak tamak dan inginkan lebih
Kurniakan kami Pemimpin Yang Warak
Yang Takut Dosa dan Azab nerakamu Ya ALLAH
Kurniakan Kami Pemimpin Yang Faqqih
Yang tahu dan merasa denyut nadi kaum Mustadafin Ini.

Amin Ya Rabbil Alamin Ya ALLAH
Kami Bermohon Sungguh-Sungguh Padamu Ya ALLAH
Dan Hanya Padamu sebaik-baik tempat bergantung

YA ALLAH YA RABBI

(Ya Allah Ya Rabbi Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya RabbiYa Allah) 2X

Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku
Ya Allah bila memang Kau coba
Aku percaya Kau sayang padaku

Ya Allah Ya Rabbi Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi Ya Allah

Ya Allah lindungilah diriku
Dari yang menjahati menzhalimiku
Ya Allah Kaulah Maha Segala
Engkaulah pelindung hidup dan matiku

Ya Allah Ya Rabbi Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi Ya Allah
Ya Allah Ya Rabbi Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi Ya Allah
Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku

((WALI BAND - Ya ALLAH))