Thursday, June 30, 2011

Saudara Nohi Di HKL

Kuala Lumpur - Saudara Nohi Mantan Presiden Kita sedang berada di HKL. Beliau sedang menunggu giliran ke 2 untuk menjadi penerima buah pinggang dari seorang penderma yang budiman. Sekiranya penerima pertama tidak sesuai maka saudara nohi akan menerima buah pinggang tersebut. Mari lah sama-sama kita berdoa semoga buah pinggang tersebut menjadi hak nya dan menjalani pembedahan dengan selamat dan jayanya.
Amin Ya Rabbil Alamin.

NOTIS PENGUNDIAN JAWATANKUASA KEPAIM 2011/2013

Kuala Lumpur - Setiausaha Kepaim mengumumkan telah
menghantar borang-borang dan kertas undi pemilihan
Jawatankuasa Kepaim 2011/2013 ke cawangan-cawangan
serta Pejabat-Pejabat AIM.

Ada Cawangan yang telah menerima Surat Undian tersebut
dan mungkin ada yang terlewat sampai. Maka Jawatankuasa
kepaim mengharapkan semua kakitangan dapat menggunakan
Undia anda dalam pemilihan ini.

Semua kertas undian yang telah siap di undi hendaklah
dihantar ke alamat pejabat Kepaim yang telah
disertakan bersama Surat tersebut.

Sekian. Terima Kasih

Tuesday, June 28, 2011

SEMINAR PEMANTAPAN SIRI Ke 5

Kuala Lumpur - KEPAIM telah mengadakan Seminar
Pemantapan Siri ke 5 di Kuala Lumpur pada 26/06/2011
di Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara.

Seminar ini penting dalam memberikan ilmu pengetahuan
dan perkembangan terkini Kepaim kepada ahli. Seminar
tersebut telah dihadiri seramai lebih kurang
50 ahli sekitar Kuala Lumpur yang hadir.

Kepaim mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli yang
telah hadir ke seminar tersebut.

Tuesday, June 21, 2011

PEMILIHAN JAWATANKUASA KEPAIM 2011/2012

Kuala Lumpur - Setelah semua pencalonan Jawatankuasa Kepaim
2011/2013 telah ditutup. Maka Pihak urusetia sedang meneliti
pencalonan-pencalonan yang diterima dan akan membuat hebahan
serta menghantar senarai calon dan undian kepada ahli.

Ahli berhak menentukan siapakah peneraju yang di inginkan
untuk membawa Kepaim ke mercu Kejayaan.. Ini bukan gelanggang
membina kehebatan diri tetapi ini adalah wadah perjuangan
untuk semua ahli dan kakitangan AIM. Di sana banyak
cabaran, dugaan dan onak duri yang menanti.

Pastikan Undi anda penentu Masa depan dan kehebatan Kepaim.
Berjumpa di Kota Bharu tanggal Julai 2011 ini. InsyaALLAH

INFO TERKINI PERPINDAHAN SU AGONG

Kuala Lumpur - Isu arahan perpindahan tempat bertugas
Setiausaha Agong Kepaim dari tempat bertugas di pejabat
Wilayah Selatan ( Kini Wilayah Tengah) Ke Unit Teknologi
Maklumat Ibupejabat AIM kini masih belum selesai.
Terkini Setiausaha Agong Kepaim telah menerima surat
dari Pihak Perjawatan, IbuPejabat AIM yang meminta
beliau melaporkan diri sebelum 27hb Jun 2011 ataupun
??? Wallahuaklam

Semoga Semua Warga Kepaim yakni ahli dan kakitangan AIM
sama-sama berdoa semoga Setiausaha Agong kita dapat keluar
dari permasaalahan tersebut. Semoga pihak Pengurusan juga
dapat mempertimbangkan tindakan terkini yang di ambil dengan
penuh rasional dan profesional.

FACEBOOK KEPAIM MUNCUL KINI

Terkini Facebook KEPAIM Telah Muncul
Sila Buat Carian infokepaim dan ADD

Facebook ini bertujuan untuk menyemarakkan silatulrahim
, memperkasakan perbincangan dan juga memaparkan info-
info terkini KEPAIM.

Sebarang provokasi, Fitnah dan Kata - Kata kesat didalam
Facebook Kepaim adalah dilarang sama sekali dan pihak
Admin berhak memadamnya...

Terima Kasih.