Saturday, August 22, 2009

RAMADHAN - BONUS HEBAT TERBENTANG

1 Jauhilah Dosa. Tinggalkan perkataan dan perbuatan buruk –jika tidak pahala puasa terhapus. (Rujuk- Riwayat Al-Bukhari, 4/1903 – Fath al-Bari).
2 Berniat dalam hati untuk berpuasa di malam hari.
3 Sahur adalah penting. Malaikat sentiasa meminta ampun bagi orang yang bersahur.Besahur di akhir malam (yang terbaik adalah jaraknya dengan azan subuh selama bacaan 50 ayat al-Quran secara sederhana). (Rujuk- Muslim, 2/770, Al-Bukhari, 4/1923 ; Muslim , Riwayat Ahmad, 3/12 ; Hadith Hasan).).
4 Tahajud. Sekurang-kurangnya bangun lebih awal sebelum Sahur untuk mendirikan solat sunat tahajjud, witr dan beristifghar dan lain-lain amalan sebelum menunaikan solat subuh berjemaah(bagi lelaki).
5 Solat. Berjemaah khususnya solat subuh
6 Al-Quran. Memperbanyakkan bacaan Al-Quran dengan tenang
7 Doa Sebelum dan hingga Semasa Berbuka. Banyakkan & panjangkan.
(Rujuk Riwayat Ibn Majah; Sohih)
8 Doa sepanjang waktu berpuasa.
(Rujuk- Riwayat At-Tirmizi, Ibn Majah dll)
9 Segera Berbuka. Bila masuk waktunya.
(Rujuk- Riwayat Al-Bukhari, 4/1957).
10 Berbuka dahulu sebelum solat . (Rujuk- Abu Ya’la dan al-Bazzar : hadith Hasan).
11 Berbuka cara terbaik. (1) beberapa biji Kurma Rutab (Basah), jika tiada, beberapa biji Tamar (Kurma Kering), jika tiada, Air (air kosong ).
( Riwayat Abu Daud, Ahmad & At-Tirmidzi)
12 Sediakan Juadah Berbuka Untuk Orang Lain. Khususnya orang miskin. (Barangsiapa yang memberikan juadah berbuka buat orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa kurang sedikit pun” ( Riwayat At-Tirmidzi, 3/807; Hadith Hasan menurut Imam At-Tirmidzi).
13 Solat Terawih. (1) berjemaah (2) sendirian (3) masjid atau rumah.
14 Siwak-Sugi. Perbanyakkan bersiwak. (Menggunakan kayu sugi tanpa air dan ubat gigi). (Hadis Sohih –riwayat al-Bukhari).
15 Amaran bagi berbuka di siang ramadhan tanpa uzur (Nabi SAW bersabda dalam hadith sohih ancaman berat dengan digantung di dagunya dengan terbalik hingga darah mengalir bagi individu cuai).
16 Solat witir. Waktu terbaik ditunaikan adalah bagi menutup segala solat sunat. Lebih baik dilewatkan diakhir malam, jika mampu.
17 Menjaga Aurat Sentiasa. Termasuk Semasa Solat Terawih, Isyak dan Subuh. Khusus untuk kaum wanita kerana didapati ramai yang terdedah aurat dan kakinya seperti semasa menaiki tangga masjid dll.
18 Mandi atau Menjirus Air Kepada Kepala dan Badan. Tidak dilarang, bahkan Nabi ada menjirus air keatas kepala baginda disebabkan dahaga dan panas.
19 Alakadar. Makan dan minum dengan kadar yang tidak berlebihan.
(Rujuk Surah al-Araf :31)
20 Doakan Juga Orang Yang Menjamu Kita Berbuka.
(Riwayat Abu Daud)
21 Sunat dhuha. Jgn dilupa.
22 Batalkan Pahala Puasa. Jauhi daripada perkara yang membatalkan atau menjejaskan pahala puasa seperti mengumpat, berbohong, menghasut, menjaga syahwat, jaga pandangan, dan lain-lain.
23 Jgn Banyak Tidur Siang Hari. Imam Assayuti menegaskan bahawa hadis –tidur orang berpuasa adalah ibadah adalah lemah.
(al Jami-as Soghir, Faidul Qadir-al Munawi)
24 Halalan & Toyyiban. Jika terpaksa dan nak juga beli, pastikan makanan dibeli daripada syarikat bukan muslim, halal dan baik.Rujuk http://www.halal.gov.my/maklumat_persijilan.php.
25 Mohon Ampun Sentiasa. Bertaubat dan mohon ampun kepada Allah sesungguh-sungguhnya kerana terdapat riwayat Hadis di mana Malaikat jibril mendoakan kecelakaan kepada orang yang, Ramadannya berlalu tanpa mendapatkan keampunan daripada Allah.

Ihsan Info Dari Laman Web Ustaz Zaharuddin dan Dr Asri dll. Sila kunjungi untuk pendetailan dan maklumat lebih tepat serta rujukan nas. Abu-dubeishttp://abu-dubeis.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment