Wednesday, August 26, 2009

SELAMAT MENJALANI KURSUS SAHSIAH

Kuala Lumpur - AIM Akan mengadakan kursus Sahsiah Kakitangan pada 10,11 dan 12 September bagi Semua kakitangan AIM. Kursus tersebut akan dikendalikan oleh Pejabat Wilayah Masing-masing dan juga Ibupejabat serta PKMB Induk.

Kursus ini penting dalam mengajak kakitangan menghayati sebenar-benarnya Bulan penuh kemulian Ramadhan yang telah didatangkan khusus untuk umat islam. Pada bulan ini AL Quran diturunkan, terjadinya Perang Pertama dalam Islam yakni perang badar dan juga peritiwa penting Malam lailatul Qadar. Satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan.

Sayugia kami warga kepaim mengucapkan selamat berkursus kepada semua ahli dan juga kakitangan AIM. Ikhlaskan hati bertaut pada ALLAH dalam peluang kursus penghayatan Ramadhan yang terhidang dan bukan sekadar paksaan dan mencari nama dimata manusia. Rebutlah ganjaran yang ALLAH sediakan dalam bulan ini. Jangan sama-sekali melepaskan peluang yang terhidang ini. Kerana tiada jaminan untuk kita berjumpa lagi dengan Ramadhan pada tahun hadapan.

Kami Warga Kepaim juga mengharapkan Ramadhan ini menginsafkan kita sebagai insan yang amat kerdil di dunia yang teramat sementara ini. Disisi ALLAH kita adalah sama sahaja tanpa pangkat dan kedudukan kecuali TAQWA. Ingatlah dan bawalah bekalan TAQWA sebanyak-banyaknya untuk menuju negeri kekal AKHIRAT.