Tuesday, May 11, 2010

PA DI SAMUN KETIKA BERTUGAS

Kota Bharu 10hb Mei 2010 - Seorang kakitangan AIM Kuala Krai
mengalami musibah semasa bertugas semalam. Beliau kini
dikatakan berada di Wad Hospital Kuala Krai. Sumber-sumber
tertentu mengatakan beliau telah di samun ketika sedang
bertugas mengendalikan mesyuarat pusat disana.

Kepaim mengucapkan takziah kepada beliau dan keluarga beliau
serta AIM Kuala Krai khususnya. Semoga beliau cepat sembuh dan
dapat bertugas seperti sediakala dan juga tidak mengalami
trauma dengan kejadian tersebut.

Kepaim juga berharap semoga kes ini menjadi iktibar kepada
semua pihak betapa keselamatan Kakitangan perlu di tekankan
dan menjadi agenda utama. Marilah sama-sama kita berdoa
semoga semua kakitangan dipelihara oleh ALLAH sentiasa dan
juga semoga pihak pengurusan sentiasa mengadakan program-
program keagamaan yang mengundang rahmat dan hidayat
ALLAH untuk semua.

No comments:

Post a Comment