Wednesday, May 19, 2010

TERIMAKASIH PEMBERIAN BONUS KPI

Kuala Lumpur - Kepaim hari ini berterima kasih kepada
Amanah Ikhtiar Malaysia kerana telah mengurniakan Bonus
KPI Kepada Kakitangan AIM. Semoga Bonus yang diberikan
ini dapat membangkitkan semangat dan motivasi kerja yang
tinggi untuk semua Kakitangan.

Kepaim juga mengucapkan sekalung penghargaan kepada
kakitangan, Cawangan dan Wilayah yang mendapatkan Bonus
KPI yang maksimun. Pihak Kepaim sendiri masih gagal
untuk mengesan apa formula pemberian Bonus KPI ini dan
masih tiada memo tentangnya.

Kepada mereka yang tidak berpuashati dengan Bonus KPI
ini dan tidak menerimanya, bolehlah menyalurkan
permasaalahan anda kepada wakil kepaim. Memang Kepaim
ditubuhkan untuk membantu dan memperjuangkan nasib
kakitangan. Harap semua pihak memahaminya dan menjadi
profesional.

Semoga Bonus KPI ini menyemarakkan lagi semangat untuk
memberikan yang terbaik untuk Organisasi. Semoga Isu
Keputusan Penilaian Prestasi tempohari yang mencalarkan
banyak pihak dengan Kuota 5% setiap Wilayah yang di
pertikaikan itu tidak mematikan terus mood kerja
kakitangan.

InsyaALLAH kita bekerja untuk mengukuhkan Organisasi.
Manusia samaada serendah-rendahnya mahupun setingginya
boleh datang dan pergi namun Organisasi ini mesti
dipertahankan untuk terus mengungguli Isu Kemiskinan
di negara ini.

No comments:

Post a Comment