SHAH ALAM - Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr SSubramaniam semalam berkata, peranan warga kerja membudayakan kreativiti dan inovasi penting dalam usaha merealisasikan transformasi.
Beliau berkata, sehubungan itu ‘Pekerja Berinovasi Pemacu Transformasi’ dipilih sebagai tema bagi sambutan Hari Pekerja Tahun ini.
”Tema ini mencerminkan peranan warga kerja dalam usaha merealisasikan transformasi negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020,” katanya dalam perutusan Hari Pekerja 2010 yang disambut hari ini.
Menurutnya, melalui kempipinan Perdana Menteri, negara telah berjaya mengharungi kelembapan ekonomi global dan dapat mengekalkan suasana aman, makmur, harmoni serta meletakkan Malaysia di landasan yang betul untuk terus bersaing di persada dunia.
“Justeru, semua pihak wajar mengekalkan persefahaman pintar ini sebagai model terbaik negara untuk terus bergerak ke hadapan,” katanya.
Beliau juga berharap bagi merealisasikan matlamat tersebut, tenaga kerja Negara wajar menguasai kepakaran dan pengetahuan yang tinggi dalam pelbagai bidang agar lebih berdaya saing di peringkat global.
“Dalam konteks ini, Kementerian Sumber Manusia sebagai peneraju sentiasa aktif memainkan peranan dalam usaha membantu membangunkan tenaga mahir, mewujudkan peluang-peluang pekerjaan, menjamin kebajikan, keselamatan dan hak pekerja,” katanya.
No comments:
Post a Comment