Monday, March 8, 2010

STATISTIK GEMPA BUMI

Nie angka Gempa Bumi yang Berlaku Di Seluruh Dunia.



Benarlah Sabda Rasulullah S.A.W

Tanda-Tanda Dekatnya Kiamat, "Banyaknya
Kejadian Gempa Bumi"..

STATISTIK GEMPA BUMI

Statistik Gempa Bumi Di Seluruh Dunia,
Mengikut Bulan, Tahun 2000 - 2010 Punca: USGS.GOV

Tahun Jumlah Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sept Oct Nov Dis
2010 4 3 1
2009 66 10 3 3 6 3 3 3 11 6 11 5 2
2008 41 1 11 3 6 4 3 4 0 3 3 2 1
2007 55 4 0 3 1 2 2 6 9 12 4 7 5
2006 33 5 3 3 1 4 1 2 2 3 5 2 2
2005 49 2 6 4 2 4 6 7 2 4 3 4 5
2004 48 2 4 0 2 4 4 3 3 5 6 11 4
2003 69 6 4 3 2 13 6 4 9 8 5 3 6
2002 44 1 2 5 2 3 7 0 2 5 6 7 4
2001 7 3 2 0 0 0 1 1 0 0 0 0 0
2000 7 0 0 0 0 0 2 0 0 1 1 3 0

15 Maksiat Yang Mengundang Bala'

15 Maksiat Yang Mengundang Bala'

Hadith ini pun ada kaitan juga dengan post saya sebelum ini. Semoga petikan yang sedikit ini memberikan kita keinsafan. Kita sama-sama berdoa supaya dijauhkan Allah s.w.t. dari menimpa kita semua.

Dari Ali bin Abi Thalib r.a., Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Apabila umatku telah membuat 15 perkara ini, maka bala pasti akan turun kepada mereka. Iaitu:

1...Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
2...Apabila amanah itu dijadikan suatu sumber keuntungan.
3...Zakat dijadikan hutang.

4...Suami memperturutkan kehendak isteri.
5...Anak derhaka kepada ibunya.
6...Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
7...Suka menjauh dirikan dari ayahnya.

8...Suara sudah ditinggikan dalam masjid.
9...Yang menjadi ketua suatu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10..Seseorang yang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

11..Khamar (Arak) sudah diminum di merata tempat.
12..Kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki.

13..Para artis disanjung-sanjung.
14..Muzik banyak dimainkan.
15..Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) genarasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu, hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau mereka akan dirobohkan menjadi makhluk lain".

Hadith Riwayat : Termizi

Kesemua 15 perkara yang disenaraikan di atas telah berlaku dalam masyarakat kita. Apakah kita masih leka diulit-ulit, sehinggakan kita lalai dengan AMARAN Rasulullah s.a.w. tentang kedatangan "Angin Merah". Marilah sama-sama kita bermuhasabah diri dan berdoa supaya ia dijauhi daripada kita semua. Amin.

Hak Pengguna

Hak untuk mendapatkan keperluan asas
Pengguna berhak mendapatkan barang dan perkhidmatan asas bagi menjamin kehidupan yang memuaskan di dunia moden ini. Keperluan asas ini termasuk makanan yang mencukupi dan selamat, pakaian, perumahan, kemudahan kesihatan dan pendidikan, dan sebagainya

Hak untuk mendapatkan keselamatan
Pengguna dilindungi daripada pemerosesan dan pemasaran barang serta perkhidmatan yang boleh membahayakan pengguna.

Hak untuk mendapatkan maklumat
Pengguna mesti diberi maklumat yang mencukupi dan tepat untuk memudahkannya membuat keputusan yang bijak. Pengguna hendaklah dilindungi juga daripada dakyah pengiklanan, pelabelan dan amalan lain yang palsu, penipuan dan penyelewengan.

Hak untuk membuat pilihan
Pengguna dipastikan mendapat maklumat langsung mengenai pelbagai keluaran dan perkhidmatan. Pengguna perlu diberikan penerangan yang dapat memberi pilihan dalam membuat keputusan. Perlu ada jaminan bagi menentukan mutu dan perkhidmatan memuaskan dengan harga yang berpatutan.

Hak untuk bersuara
Ini bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat pertimbangan yang sewajarnya dalam penggubalan dasar kerajaan dan tindakan yang cepat serta saksama daripada pentadbiran pengadilan.

Hak untuk mendapatkan ganti rugi
Pengguna berhak mendapat penyelesaian untuk pembelian keluaran yang cacat atau berbahaya ataupun perihal dagangannya yang `mengelirukan' serta pampasan bagi perkhidmatan yang menyeleweng atau tidak menepati perjanjian.

Ganti rugi harus diberi bagi keluaran atau perkhidmatan yang mengakibatkan kecederaan kepada penggunanya yang menggunakan keluaran atau perkhidmatan itu mengikut arahan pengeluar. Ganti rugi juga wajib diberikan kepada pengguna yang menjadi mangsa akibat kecuaian majikan.

Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna
Pengguna berhak mendapat pendidikan pengguna yang mencukupi dan berterusan. Ini kerana sistem pendidikan lazimnya tidak memberi perhatian yang sewajarnya kepada pendidikan pengguna. Falsafah pendidikan pengguna masa ini lebih cenderung melatih pelajar menjadi pekerja atau majikan yang berkesan dan kurang melatih bagaimana hendak menjadi pengguna yang bijak.

Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat
Pengguna berhak hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih dan sihat serta bebas daripada sebarang keadaan yang berbahaya. Hak ini diperjuangkan oleh pengguna kerana kadar pencemaran kian meningkat dan adanya unsur alam semula jadi yang semakin pupus atau dimusnahkan.

HAK ANDA SEBAGAI PENGGUNA

Link-Link Pengguna:


http://www.smartconsumer.my/index.php?option=com_content&view=article&id=53 (Persatuan-Persatuan Pengguna )

http://www.muslimconsumer.org/ ( Persatuan Pengguna Islam)

http://www.mypengguna.com/mypengguna/


Mari Kita Belajar Hak Kita Sebagai Pengguna Yang Bijak.

Cuepacs minta boikot kenaikan harga barang melampau

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu semua pengguna bersama-sama memboikot barangan yang harganya naik melampau sebagai tanda bantahan terhadap peniaga.

Presidennya Omar Osman berkata, badan itu bersama Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) akan berkumpul di Plaza Tol Sungai Besi pada petang Ahad bagi melahirkan rasa tidak puas hati dengan kenaikan harga begitu drastik.

“Cuepacs juga akan mengedarkan 30,000 risalah berkenaan kenaikan harga barang terutamanya 17 barang kawalan, dan risalah itu akan menyenaraikan jenis barang yang mengalami kenaikan harga melampau dan perlu diboikot,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Biro Pengguna di Wisma Cuepacs di sini hari ini.

Omar berkata pengguna mempunyai kuasa amat besar dalam dunia perniagaan, sekiranya semua pengguna bersatu hati dan bersama-sama memboikot kenaikan harga barang ini akan memberikan kesan kepada peniaga.

“Bila kita bersatu hati boikot kenaikan harga ini, peniaga akan rasa tergugat dan mereka akan sedar kuasa pengguna, perkara ini pernah dilakukan dulu dan ada kesannya,” katanya.

Omar berkata usaha memboikot kenaikan harga barang ini akan berterusan sehingga berakhirnya musim perayaan dan bukan sahaja terhad untuk pengguna di kawasan Lembah Kelang tetapi turut meliputi seluruh pengguna di negara ini.

Beliau turut menggesa supaya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna meningkatkan lagi aktiviti pemantauan supaya lebih agresif bagi memastikan tiada peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barang.

“Daripada aduan yang diterima terdapat juga barang kawalan dinaikkan harga, jadi pemantauan perlu lebih kerap dijalankan,” katanya.

Tuesday, February 23, 2010

Hukuman penjara bekas pengarah urusan AIM diketepikan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini melepaskan dan membebaskan bekas pengarah Urusan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Mukhtar Ramli daripada hukuman penjara lima tahun berhubung tuduhan pecah amanah membabitkan RM3.8 juta selepas membenarkan rayuannya terhadap sabitan dan hukuman penjara yang dikenakan oleh Mahkamah Sesyen pada 2007.

Hakim Datuk Ghazali Cha, dalam penghakimannya berkata, selepas meneliti rekod rayuan, mahkamah mendapati hakim Mahkamah Sesyen tersalah arah dalam keputusannya dan memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap kelima-lima pertuduhan yang dihadapi Muktar.

Beliau berkata, elemen penting dalam kes pendakwaan ialah untuk membuktikan wujudnya elemen curang seperti mana dikehendaki dalam kertas pertuduhan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan

"Walaupun AIM telah mengalami kerugian dalam kes ini tetapi pihak pendakwaan perlu membuktikan satu kes prima facie melampaui keraguan munasabah di mana perayu (Mukhtar) tidak mempunyai kuasa mutlak dalam semua urusan kewangan dan pembelian-pembelian saham," kata hakim Ghazali.

Katanya, kegagalan pihak pendakwaan untuk memanggil Pengarah Kewangan AIM turut melemahkan kes pendakwaan.

Mukhtar, 57, yang juga bekas Pengarah Arkib Negara selama 20 tahun, didakwa melakukan pecah amanah wang AIM sebanyak RM375,000 dengan membeli saham Malaysia Airports Bhd pada 5 dan 11 November 1999 manakala kesalahan kedua membabitkan pembelian saham Asnita sebanyak RM500,000 pada 1 dan 7 Ogos 2000.


(Kelihatan dalam Gambar Tuan Haji Mokhtar bersama barisan
peguamnya di mahkamah )

Bagi kesalahan ketiga, Mukhtar melakukan pecah amanah itu dengan membeli saham Tabung Ittikal berjumlah RM1.5 juta dan kesalahan keempat membeli saham Dali Al Ihsan berjumlah RM999,000 pada 13 dan 22 Mac 2001.

Tuduhan kelima pula membabitkan pembelian saham Dali Al Mizan berjumlah RM500,000 pada 20 dan 29 Mac 2001.

Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di pejabat AIM di Lot JKR 3179 & 3185, Jalan Ledang Off Jalan Duta di sini.

Ghazali dalam penghakimannya juga berkata, kes terhadap Mukhtar seharusnya tidak dibawa ke mahkamah sebaliknya pihak AIM boleh menyelesaikannya secara dalaman seperti merujuk kepada tribunal.

Sebaik saja penghakiman, Mukhtar yang berpakaian kemeja lengan panjang dan bersongkok memeluk kedua-dua anak perempuannya serta rakan dan saudara yang hadir di mahkamah.

Di luar mahkamah, Mukhtar berkata, beliau tidak pernah risau menghadapi tuduhan terhadapnya kerana dari awal memang tahu beliau tidak bersalah.

"Saya akan meneruskan kerja-kerja dakwah bersama Abim serta Wadah (Wadah Pencerdasan Umat Malaysia), selain menguruskan perniagaan sendiri," katanya.

Mukhtar diwakili oleh peguam Mohd Yaacob Bakar Ali dan Azmir Saad, manakala pendakwaan dijalankan oleh Ahmad Kamal Ariffin Ismail daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. - Bernama

Sumber : http://www.bharian.com.my/