Thursday, March 25, 2010

Selangor lancar Amanah Ikhtiar Selangor April Ini

SHAH ALAM 25 MAC: Kerajaan Selangor bakal melancarkan Amanah Ikhtiar Selangor pada bulan depan.

Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam, dan Pembangunan Usahawan Negeri Selangor, Yaakob Sapari berkata demikian pada program kursus Training of Trainers Pembangunan Usahawan di Hotel De Palma Inn, Shah Alam hari ini.

"Ini merupakan projek pertama Pakatan Rakyat yang menelan belanja RM50 juta," tegas beliau.

Beliau berkata, projek berkonsep 'kohlun Hassan' itu dikendalikan oleh Exco Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Hasan Ali manakala beliau menyelia pembangunan usahawan.

Projek perintis ini akan diadakan di Sabak Bernam selewat-lewatnya April depan.

Sumber http://tvselangor.com/v2/

TERKINI - RUNDINGAN IR KES AMRAN

Kuala Lumpur - KEPAIM telah mendapatkan khidmat dari MTUC, memandangkan KEPAIM merupakan Gabungan Dengan MTUC bagi membantu ahli KEPAIM yang telah ditamatkan perkhidmatan pada 7hb. DIsember, 2009. KEPAIM sebagai penaung kepada ahli-ahli dan sentiasa membantu ahli-ahli dalam Perhubungan Perusahaan. Bagi ahli2 yang ditamatkan perkhidmatan dan memfailkan kes ke IR dikira masih lagi ahli menurut peruntukan dalam Akta Perhubungan Perusahaan.

Kes Amran bin Semaun merupakan kes di mana menurut undang-undang, adalah pekerja yang terkilan dengan keputusan Majikan menamatkan Perkhidmatan. Sehubungan dengan itu beliau telah memfailkan kerana terkilan tersebut. Kes beliau diklasfikasikan menurut Seksyen 20 akta Perhubungan Perusahaan di mana, pekerja terbabit merasakan terkilan dengan keputusan Majikan Menamatkan Perkhidmatan beliau. Menurut seksyen ini beliau berhak menuntut Mohon Mengembalikan Kerja. Kes beliau masih diperingkat Runding Damai dimana Pihak Majikan, Perayu dan KEPAIM serta dinilai oleh Pengarah IR Muar.

Keputusan Runding Damai tersebut, Pihak IR telah mengeluarkan notis dalam 14 hari supaya Pihak AIM menjelaskan keputusan samada menerima balik kerja atau sebaliknya. Selepas tempoh tersebut, sekiranya perayu( Amran ) masih tidak puashati dengan keputusan Majikan, beliau boleh mengemukan rasa terkilan kepada IR bagi merujuk kes beliau ke Mahkamah Perusahaan.

Monday, March 22, 2010

SKIM PERKHIDMATAN BARU AIM 2011

Kuala Lumpur - Satu Mesyuarat Kerangka Dasar Skim Gaji 2011
akan di adakan berkemungkinan pada bulan Mei ini. Mesyuarat
ini penting dalam merangka Skim Perkhidmatan Baru Amanah
Ikhtiar Malaysia yang akan berkuatkuasa Tahun 2011.

Semoga Mesyuarat ini akan berjaya melangsungkan Skim
Perkhidmatan Baru yang akan memberikan manfaat kepada semua
kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia.

Kepaim amat mengharapkan semua kakitangan berdoa semoga
urusan ini dipermudahkan ALLAH dan akan menyebabkan semua
pihak berpuashati dengan Skim Perkhidmatan Baru Kakitangan
Amanah Ikhtiar Malaysia 2011.

TRIBUNAL KAKITANGAN DI GUA MUSANG

Gua Musang - Pada 23 dan 24 hb mac 2010 ini satu Tribunal
Kes Salah Laku kakitangan akan di adakan di pejabat AIM
Cawangan Gua Musang. Ianya berikutan Kes penggantungan
dua orang kakitangan AIM Cawangan Gua Musang yang terlibat
dengan kes salah laku yang telah disabitkan oleh Jawatankuasa
Tatatertib AIM.

Tribunal di Gua Musang ini akan melibatkan dua orang tertuduh
, Wakil Kesatuan (Kepaim) dan juga Pengurusan tertinggi AIM
yang akan menjadi Panel Pendakwa Tribunal.

Pihak Kepaim akan memantau perkembangan tribunal tersebut.

TERKINI - RUNDINGAN IR (KEPAIM, AIM DAN PEKERJA)

Kuala Lumpur - Esok satu rundingan damai di Jabatan Perhubungan
Perusahaan Muar, Johor yang diwakili oleh Setiausaha Agung
Kepaim berikutan kes Pembantu Amanah Encik Amran Semaon yang
kali terakhir bertugas di AIM Caw Muar. Beliau telah ditamatkan
perkhidmatannya ekoran disabitkan dengan kes salah laku oleh
Jawatankuasa Tatatertib AIM.

Encik Amran Semaon telah di beri notis penamatan dan
memanjangkan rasa tidak puashati beliau ke pejabat Jabatan
Perusahaan Perusahaan di Muar Johor Berikutan itu Jabatan
Perusahaan Perusahaan telah memanggil Majikan, wakil Kesatuan
Sekerja dan juga bekas kakitangan berikut berunding secara damai.
Jika perundingan ini masih gagal dan pekerja tersebut tidak
berpuashati maka Jabatan Perusahaan Perusahaan berhak
memanjangkan kes tersebut ke mahkamah perusahaan.

Pihak kepaim akan meneliti perkembangan berikut dari semasa
ke semasa.

Dari Kakitangan Untuk Kakitangan.

PC FAIR LOCATION 2010

Saturday, March 20, 2010

Cuepacs minta boikot kenaikan harga barang melampau

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu semua pengguna bersama-sama memboikot barangan yang harganya naik melampau sebagai tanda bantahan terhadap peniaga.

Presidennya Omar Osman berkata, badan itu bersama Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) akan berkumpul di Plaza Tol Sungai Besi pada petang Ahad bagi melahirkan rasa tidak puas hati dengan kenaikan harga begitu drastik.

“Cuepacs juga akan mengedarkan 30,000 risalah berkenaan kenaikan harga barang terutamanya 17 barang kawalan, dan risalah itu akan menyenaraikan jenis barang yang mengalami kenaikan harga melampau dan perlu diboikot,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Biro Pengguna di Wisma Cuepacs di sini hari ini.

Omar berkata pengguna mempunyai kuasa amat besar dalam dunia perniagaan, sekiranya semua pengguna bersatu hati dan bersama-sama memboikot kenaikan harga barang ini akan memberikan kesan kepada peniaga.

“Bila kita bersatu hati boikot kenaikan harga ini, peniaga akan rasa tergugat dan mereka akan sedar kuasa pengguna, perkara ini pernah dilakukan dulu dan ada kesannya,” katanya.

Omar berkata usaha memboikot kenaikan harga barang ini akan berterusan sehingga berakhirnya musim perayaan dan bukan sahaja terhad untuk pengguna di kawasan Lembah Kelang tetapi turut meliputi seluruh pengguna di negara ini.

Beliau turut menggesa supaya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna meningkatkan lagi aktiviti pemantauan supaya lebih agresif bagi memastikan tiada peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barang.

“Daripada aduan yang diterima terdapat juga barang kawalan dinaikkan harga, jadi pemantauan perlu lebih kerap dijalankan,” katanya.

— BERNAMA