Sunday, August 30, 2009

Tiga jenis puasa (kitab Sirrul Asror oleh As syaikh abd al Qadir al Jilani rah)

Puasa syar’iat adalah menahan diri daripada makan, minum dan bersetubuh daripada terbit fajar hingga terbenam matahari.

Puasa rohani ditambah lagi dengan memelihara pancaindera dan fikiran daripada perkara-perkara yang dikeji. Ia adalah melepaskan segala yang tidak sesuai, zahir atau batin. Rosak sedikit sahaja niat mengenainya, rosaklah puasa rohaniah.

Puasa syari'at terikat pada masa, sementara puasa rohani akan kekal di akhirat. Inilah puasa yang sebenar. Nabi saw bersabda,
"Ramai yang berpuasa tetapi tidak mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali lapar dan dahaga."

Puasa syari'at ada waktu berbuka tetapi puasa rohani terus berkekalan walaupun mulut sudah merasakan makanan. Mereka adalah yang menjaga pancaindera dan pemikiran bebas daripada kejahatan dan yang menyakitkan orang lain.

Untuk itu, Allah telah berjanji, "Puasa adalah untuk-KU dan Aku yang membalasnya."

Mengenai dua jenis puasa ini, Nabi saw bersabda,

"Orang yang berpuasa mendapat dua kesukaan. Pertama bila dia berbuka dan kedua bila dia melihat."

Orang yang hanya kenal zahir agama mengatakan kesukaan pada yang pertama, itu apabila berbuka puasa dan kedua itu, apabila tibanya anak bulan Syawwal menandakan Hari Raya.

Orang yang mengenal arti batin bagi puasa mengatakan kesukaan yang pertama itu adalah apabila orang beriman berjaya memasuki dan meni'mati syurga, sementara yang kedua adalah ketika orang beriman melihat wajah Allah di syurga.

Lebih berharga daripada kedua-dua puasa adalah puasa yang sebenarnya (puasa hakikat), iaitu mengelakkan hati daripada melihat daripada sesuatu yang lain daripada Zat Allah. Ia dilakukan dengan membutakan diri terhadap segala kewujudan, sama ada di alam rahsia luar atau di dalam dunia ini, melainkan kecintaan kepada Allah.

Walaupun Allah menjadikan segala-galanya untuk manusia, Dia jadikan manusia untukNya, sebagaimana Dia berfirman,

"Insan adalah rahsia-Ku dan Akulah rahsianya."

Rahsia itu adalah cahaya daripada cahaya Allah yang qudus. Ia adalah pusat atau jantung hati yang dijadikan daripada jisim yang amat seni.

Ia adalah ruh yang mengetahui segala rahsia-rahsia yang hak. Ia adalah hubungan yang rahsia di antara yang dicipta dengan Pencipta.

Rahsia itu tidak cenderung dan tidak mencintai sesuatu yang selain daripada Allah. Tiada perkara yang berharga untuk diingini, tiada yang dikasihi di dalam dunia dan akhirat, melainkan Allah.

Jika satu zarrah sahaja daripada sesuatu memasuki hati selain kecintaan kepada Allah, maka batallah puasa hakikat.

Seseorang perlu memperbaharuinya, mengadapkan segala kehendak dan niat kembali kepada kecintaanNya, di sini dan di akhirat.

Firman Allah,

"Puasa adalah untuk-Ku dan hanya Aku yang membalasnya."

Friday, August 28, 2009

BERDOALAH DI BULAN MULIA INI

Kuala Lumpur - Kami warga exco Kepaim dengan merendah diri dan tawadhuk memohon semua ahli dan kakitangan dapat menggunakan peluang terhidang di bulan penuh kemulian Ramadhan AlMubarak ini untuk bermunajat serta berdoa kepada ALLAH Subhanahuwataala agar segala urusan kita dipermudahkan.

Ingatlah Pesan Rasulullah s.a.w

"DOA Adalah Senjata Orang Mukmin" AlHadis

Semoga semua kakitangan dapat berdoa dengan ikhlas dan khusyuk agar segala tuntutan kita (CA) di luluskan oleh Pengurusan tertinggi AIM, Semua kakitangan selamat dari Wabak dan penyakit, Keselamatan yang berpanjangan dan Sentiasa bekerja di dalam Iman.

BAGAIMANA NASIB KITA?

BAGAIMANA NASIB KITA KETIKA JASAD KITA DI TANAM DI DALAM
LIANG KUBUR DAN DI TINGGALKAN SORANG-SORANG DI DALAMNYA???

BAGAIMANA NASIB KITA?

APA YANG DAPAT MENOLONG KITA?

HARTA BENDA KITA?,
ANAK-ANAK KITA?,
DUIT KITA?
PANGKAT BESAR KITA?
KELULUSAN IJAZAH KITA?,
EGO KITA?
SOMBONG KITA?,
KUASA KITA?
RAKAN-RAKAN KITA?
SAUDARA MARA KITA?

BERFIKIRLAH !!!
SELAGI MASIH ADA KESEMPATAN YANG ALLAH BERIKAN

KERANA KITA SEMUA WAJIB MENGHUNI LIANG LAHAT
DAN KUBUR TERSEBUT.

Wednesday, August 26, 2009

SELAMAT MENJALANI KURSUS SAHSIAH

Kuala Lumpur - AIM Akan mengadakan kursus Sahsiah Kakitangan pada 10,11 dan 12 September bagi Semua kakitangan AIM. Kursus tersebut akan dikendalikan oleh Pejabat Wilayah Masing-masing dan juga Ibupejabat serta PKMB Induk.

Kursus ini penting dalam mengajak kakitangan menghayati sebenar-benarnya Bulan penuh kemulian Ramadhan yang telah didatangkan khusus untuk umat islam. Pada bulan ini AL Quran diturunkan, terjadinya Perang Pertama dalam Islam yakni perang badar dan juga peritiwa penting Malam lailatul Qadar. Satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan.

Sayugia kami warga kepaim mengucapkan selamat berkursus kepada semua ahli dan juga kakitangan AIM. Ikhlaskan hati bertaut pada ALLAH dalam peluang kursus penghayatan Ramadhan yang terhidang dan bukan sekadar paksaan dan mencari nama dimata manusia. Rebutlah ganjaran yang ALLAH sediakan dalam bulan ini. Jangan sama-sekali melepaskan peluang yang terhidang ini. Kerana tiada jaminan untuk kita berjumpa lagi dengan Ramadhan pada tahun hadapan.

Kami Warga Kepaim juga mengharapkan Ramadhan ini menginsafkan kita sebagai insan yang amat kerdil di dunia yang teramat sementara ini. Disisi ALLAH kita adalah sama sahaja tanpa pangkat dan kedudukan kecuali TAQWA. Ingatlah dan bawalah bekalan TAQWA sebanyak-banyaknya untuk menuju negeri kekal AKHIRAT.

KURSUS KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA

SP INN,SG.PETANI,22-23 JUL 09,Satu kursus keselamatan pekerja telah di anjurkan oleh pihak MTUC. Pihak KEPAIM telah menghantar 2 wakil iaitu En.Fadzani Fadzil dan En.Shafiron G.Haidar bagi mewakilinya.Sebanyak 15 kesatuan gabungan yang terdiri dari 30 perwakilan menghadiri kursus tersebut.
Kursus selama 2 hari itu banyak menyentuh isu berkaitan Akta 514 keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Selain itu pihak perkeso juga telah dijemput bagi memberi penerangan berkaitan soal-soal caruman dan tuntutan.Selain itu pihak JPJ juga dijemput memberi penerangan berkaitan keselamatan jalanraya

A(H1N1): Wanita korban terbaru, angka kematian kini 71

PUTRAJAYA: Seorang wanita obes berusia 24 tahun menjadi mangsa ke-71 akibat wabak berkenaan setelah punca kematian disahkan adalah disebabkan oleh Influenza A (H1N1) dengan Sindrom Pernafasan Teruk Sistem Respiratori Strok (ARDS).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Mercian, seramai 1,446 pesakit ILI sedang menerima rawatan di 98 buah hospital termasuk dua hospital swasta di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, hanya 217 pesakit (15 peratus) yang disahkan positif H1N1.
"Dari 217 kes yang disahkan H1N1, 51 kes berada di ICU (Unit Rawatan Rapi) di mana sembilan kes merupakan kemasukan baru, sementara dua lagi kes dipindah keluar dari ICU," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Dr Mohd Ismail berkata, daripada 51 kes yang sedang dirawat di ICU, 39 kes (76 peratus) mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (21), obesiti (sembilan), kanakkanak/bayi (enam), selepas bersalin (satu) dan Sindrom Down (dua).

Mengenai situasi global, Dr Mohd Ismail berkata, laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan jumlah kes sehingga 26 Ogos adalah 239,985 dengan 2,601 kematian dan ini menunjukkan penularan pandemik H1N1 di dunia masih lagi aktif dengan jumlah negara sebanyak 182. WHO dalam laporannya juga mengingatkan bahawa angkaangka yang ditunjukkan tidak menunjukkan gambaran situasi sebenar memandangkan WHO kini tidak lagi mewajibkan kes dilaporkan, katanya.

Sementara itu, Dr Mohd Ismail berkata dialog antara Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan pengamal perubatan swasta mengenai pengendalian kes influenza A(H1N1) akan diadakan esok di kementerian berkenaan. Menurutnya, semua pengamal perubatan swasta amat digalakkan untuk hadir ke taklimat bagi memperjelas mengenai pengendalian kes penyakit serupa influenza (ILI) yang disyaki influenza A(H1N1).

Dialog berkenaan dijadual diadakan pada pukul 3 petang di Bilik Gerakan Kementerian Kesihatan, Aras 4, Blok E7, Parcel E, Putrajaya, katanya dalam kenyataan media mengenai situasi semasa H1N1 di negara ini. BERNAMA

Tuesday, August 25, 2009

HADIS RENUNGAN AKHIR ZAMAN

Sabda Nabi s.a.w. :
“Akan berlaku selepasku pemimpin yang mengeluarkan kenyataan dan tiada seorang pun yang akan membantahnya , mereka itu akan dihalau di dalam neraka seperti dihalaunya kera “,
-Riwayat hadith-

PENERANGAN HADIS

Hadith ini menerangkan bagaimana keaadaanya di akhir zaman di mana Allah swt akan hina sesuatu kaum itu dengan muncul di kalangan mereka pemimpin yang zalim(Menggunakan Kekuasaan sesuka hati). Rasullullah saw juga telah meletakkan tanggungjawab terhadap kemungkaran yang berlaku di atas para pemerintah yang zalim lagi kejam yang mengimami manusia dengan tongkat kekerasan. Apabila meraka mengeluarkan kata-kata maka tiadalah yang berani membantah. Inilah suasana yang Rasullullah saw gambarkan terhadap apa yang berlaku pada umatnya di akhir zaman. Para pemimpin inilah yang akan jatuh ke dalam api neraka seperti gugurnya kalakatu .