Monday, June 29, 2009

BERAKHIRNYA MAJLIS AKC

Port Dickson, Negeri Sembilan - AIM mengadakan satu majli Anugerah Khidmat Cemerlang Kakitangan yang berlangsung di dalam suasana meriah lagi harmoni di kawasan Pelancongan terkenal Port Dickson pada 27hb Jun 2009. Seluruh kakitangan yang telah berkhidmat selama 10 tahun dan 20 tahun diberikan ganjaran setimpal dengan kesetian dan sumbangan mereka kepada Organisasi.

Begitu juga kakitangan yang mendapat Prestasi Cemerlang di raikan juga di dalam majlis ini. Tahniah kepada mereka yang mendapat Anugerah-Anugerah yang diberikan terutama kepada cawangan Full Cap dan Juga cawangan Zero Par. Pihak kepaim amat mengalu-alukan majlis sebegini yang mengiktiraf kakitangan dan dapat memotivasikan lagi diri mereka untuk memberikan sumbangan yang lebih baik kepada AIM.

Kategori baru Anugerah tahun ini menyaksikan pencapaian yang lebih besar telah di capai oleh 2 Wilayah yang telah Wilayah Full Cap. Iaitu Wilayah Terengganu dan Wilayah Kedah. Namun malangnya hanya pengurus wilayah dan pengurus rancangan sahaja yang di raikan dan diberikan anugerah. Sungguh menyedihkan apabila komitmen dan kerjasama yang hebat di gembelingkan oleh pihak kakitangan di peringkat wilayah tidak di pandang dan dihargai sama. Mereka juga mempunyai saham dan sumbangan terhadap pencapaian yang di raih oleh Wilayah.

Tahniah kepada semua yang mendapat pengiktirafan. Jalan kejayaan terbentang di hadapan dan apa yang lebih penting kejayaan kekal di Akhirat.

2 comments:

  1. "Bukan senang untuk memuaskan hati semua pihak". Tapi kalaulah pendapat setiap orang diambil kira, insyaAllah kita dapat hampir memuaskan hati banyak pihak.

    ... kalaulah peranan dan tanggungjawab pemandu wilayah yang bawa PW/PR ke kawasan ataupun PA wilayah yang angkat telefon dan aturkan "booking" PK untuk PW/PR dari cawangan tidak diambilkira... belum tentu juga wilayah boleh FC.. betoi kannnnn!!!

    ReplyDelete
  2. Sistem dan data yang depa tengok tu?

    ReplyDelete