Kuala Lumpur 16 Jun 2009 - Seramai 8 orang Exco tertinggi Kepaim telah mengadakan kunjungan hormat terhadap pihak Pengurusan tertinggi AIM. Ianya bagi mendengar sendiri penjelasan pihak pengurusan terhadap beberapa isu yang timbul akhir-akhir ini terutama bagi Isu Bonus KPI dan Juga Cadangan Penambahbaikian Skim Perkhidmatan AIM.
Rombongan Exco Kepaim Di ketuai oleh Presiden En Ismail Yahya, Tim.Presiden En Fadzani Fadzil, SetiaUsaha Agong En Fakhrulrazzi bersama mantan presiden En Nohi bersama AJK En Yusof Seman, En Zakri, En Mohd fauzi Abdul Rahman dan En Ahmad Fauzi Abdullah.
Manakala di pihak pengurusan di ketuai oleh Pengarah kewangan Puan Hajjah Zalmah Mahusin di temani oleh Timb Pengarah HR AIM Puan Rozita Muhammad, Pen Pengarah Perancangan Haji Ramdani dan Encik Yakob Omar selaku Pengurus Unit HR AIM.
Majlis yang berlangsung di dalam keadaan harmoni dan amat memberangsangkan. Alhamdulillah semoga ada lagi perjumpaan dan majlis ramah mesra begini dapat di adakan dalam menjalinkan hubungan ukhuwwah yang baik serta dapat sama-sama mencari keredhaan ALLAH di dalam kehidupan yang amat sementara ini.
Pihak pengurusan telah menjelaskan beberapa kekeliruan tentang isu-isu yang diutarakan terutama Bonus KPI dan juga CA baru kesatuan yang telah menjangkau setahun lebih yang belum dapat diterjemahkan ke sebuah realiti dan masih dalam impian semua kakitangan.
Rumusan dari Perjumpaan tersebut:
1. Pihak Pengurusan telah menjelaskan pengiraan bonus kpi di buat mengikut 2 teknik:
1.1 Kakitangan cawangan dan wilayah mengikut pencapaian kerja semasa di lapangan.
1.2 Kakitangan dalaman Ibupejabat dikira mengikut prestasi kerja kakitangan.
Ianya memang menguntungkan kakitangan di lapangan yang mencapai target yang diberikan Pengurusan. Begitu juga kakitangan di Ibupejabat paling bertuah dengan pengiraan bonus kpi yang menyaksikan Kakitangan dalaman di Cawangan (Pem Amanah Sistem ) dan Kakitangan Dalaman di pejabat wilayah terus tertinggal dan amat terkesan dengan cara pengiraan tersebut. Namun pihak pengurusan berjanji dari semasa ke semasa akan mengkaji kesesuaian pemberian bonus KPI ini dan teknik pengiraan yang terbaik akan di fikirkan bersama.
2. Pihak Pengurusan juga telah menjelaskan tentang CA Kepaim dan juga secara dasarnya telah menerima pakai kertas kerja CA Kepaim tersebut untuk di satukan ke dalam satu Skim perkhidmatan Kakitangan AIM yang baru yang lebih menyeluruh dan juga mengambil kira halatuju dan misi AIM untuk menjadi peneraju mikrokredit terulung di negara ini. Semua aspek yang di bawa oleh KEPAIM akan di ambil kira dan Pengurusan menjanjikan Aspek yang lebih menyeluruh juga akan di ambil kira dalam membawa AIM ke matlamat sebagaimana yang dikehendaki oleh Pihak Ahli lembaga AIM dan Kerajaan.
2.1 Pihak pengurusan telah berjanji akan menyiapkan draf tersebut yang akan melalui proses-proses tertentu dan penuh prosedur. ianya akan dibentangkan ke dalam JKE dan mungkin akan melalu proses pengulangan jika JKE merasai ianya tidak memenuhi spesifikasi yang diharapkan. Justeru itu proses-proses pembaikian akan terus dilaksanakan sehinggalah akhirnya pengurusan dan Kepaim akan bersama-sama bersetuju terhadap Skim ini.
2.2 pelbagai isu lain juga telah diutarakan terutama isu perpindahan kakitangan dan juga isu
paling sensasi isu keselamatan Kakitangan. InsyaALLAH dari semasa ke semasa KEPAIM dan Pengurusan akan sentiasa berganding bahu dan menjalinkan kerjasama yang paling mantap demi kakitangan.
Majlis bersurai pada jam 5.05pm dengan penuh muhibbah dan Alhamdulillah titik pertemuan ini akan membawa kebaikan yang lebih besar untuk semua kakitangan tidak kira pangkat dan tahap jawatan kerana kita adalah sama, manusia yang di amanahkan oleh ALLAH untuk memastikan golongan miskin terus diberikan perhatian dan pembelaan sewajarnya.
No comments:
Post a Comment