Monday, June 22, 2009
PROGRAM KAKITANGAN WILAYAH SELATAN
20hb. June, 2009 Selatan Kelab Rekreasi Pejabat Wilayah Selatan telah menganjurkan Program Rekreasi bersama cawangan-cawangan berhampiran di Hutan Lipur Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.Program tersebut telah disertai kira-kira 60 kakitangan bersama keluarga masing-masing. Cawangan-cawangan berhampiran turut terlibat antaranya ialah Cawangan Kuala Langat,Cawangan Seremban, Cawangan PKMB Seremban dan Cawangan Kuala Pilah.
Pengarah Program tersebut yang juga merupakan Setiausaha Agung KEPAIM, Saudara Fakururrazi Idris, dalam maklumannya kepada blogger KEPAIM , menyatakan program tersebut selain dapat mengeratkan sillaturrahim ianya dapat memupuk semangat kerjasama berkumpulan dalam menjayakannya. Program tersebut dapat memupuk semangat muhibbah dikalangan kakitangan dan membolehkan saling mengenali sesama kakitangan dan keluarga di samping dapat bertukar-tukar fikiran. Program tersebut juga yang berbentuk santai memberikan lebih keselesaan kepada peserta program.
Setiausaha Agung KEPAIM selaku Pengarah Program tersebut berharap agar program seumpama itu dapat diteruskan dari semasa ke semasa dan berharap Jawatankuasa KEPAIM Pusat di Wilayah-Wilayah yang lain turut menjayakannya.
Program tersebut telah dirasmikan oleh Pengurus Wilayah Selatan En. Zubairi Mohd Fadzil yang juga merupakan Penasihat Program tersebut. Dalam ucapannya beliau berharap agar program seumpama itu dapat melahirkan semangat muhibbah sesama kakitangan dan saling mengenali. Dalam ucapannya juga beliau berharap setiap cawangan dapat membentuk kelab Rekreasi dan menganjurkan program rekreasi secara berkala dan tidak perlu memikirkan untuk melaksanakan program yang terlalu besar dan cukup sebagai permulaannya aktiviti riadah. Program tersebut yang bermula pada jam 08.00 pagi berakhir pada 02.00 petang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment