Monday, August 29, 2011

HARI RAYA IDUL FITRI 1432 Hijrah

Kuala Lumpur - Hari yang ditunggu oleh seluruh warga AIM
khususnya dan umat islam amnya tiba jua pada esok hari
Selasa 30hb Ogos 2011 bersamaan 1 Syawal 1432 Hijrah.
Alhamdulillah segala puji bagi ALLAH kerana menganugerahkan
kita usia dan kesihatan yang baik untuk mengharungi hari yang
sangat mulia ini.

Kalangan warga AIM khususnya amat bertuah dapat menyambut
hari lebaran ini apatah lagi setelah menerima bonus KPI, Bonus
Syawal dan juga tunggakan gaji untuk 2011. Namun jangan kita
melupakan di sana ada insan-insan yang ALLAH uji dengan
kehilangan ahli keluarga, kehilangan harta benda, kehilangan
pekerjaan dan pelbagai ujian lagi sebagai Hamba ALLAH di atas
muka bumi ini. Perjuangan untuk membela golongan "mustadaffin"
ini adalah satu tuntutan dan memerlukan roh yang kuat.
InsyaALLAH tarbiah madrasah ramadhan akan memudahkan kepaim
melalui pahit maung dan mehnah dalam berjuang.

Sebagai orang yang beriman, ujian dan diuji adalah lumrah dan
ketetapan sebagai seorang muslim. Sebagaimana ayat AlQuran
mafhumnya yang berbunyi" Dan tanda aku sayang kepada hambaku itu,
maka akan ku uji dan terus mengujinya". Ujian akan mematangkan,
mengangkat darjat iman dan tahap tawakalnya pada ALLAH dan apa
yang lebih penting ianya akan mendekatkan lagi kita hamba
dengan penciptanya.

1 Syawal disambut meriah diseluruh negara menandakan kemenangan
umat islam mengekang nafsu dan mengabdikan diri pada pencipta.
Ianya juga adalah bulan penting dalam sejarah umat islam, jangan
sama sekali lupa apalagi tak tahu apa yang berlaku dalam bulan
ramadhan dan syawal antaranya:

1.Peristiwa peperangan badar alkubra.
2.Peristiwa peperangan Ahzab.
3.Pembukaan dan merdekanya Kota Mekah.
4.Turunnya ALQuran.

Akhir kata marilah sama-sama kita bersyukur dan sujud pada
pencipta pada hari lebaran ini. Sesungguhnya tidak akan mampu
kita hitung nikmat-nikmat yang ALLAH kurniakan ke pada kita
sebagai hambanya, apa lagi hendak kita membalasnya.

Sebagaimana kalimah AlRahman yakni pemurah ALLAH pada hambanya.
Paling penting janji ALLAH pada kalimah AlRahim yang bermakna
pengasihani yang akan terus-terusan mencurahkan rahmatnya
kepada kita orang yang beriman di akhirat kelak. Pastikan kita
tergolong di dalam golongan tersebut.

No comments:

Post a Comment