Wednesday, August 10, 2011

Keperluan Menyertai Koperasi AIM Bagi Ahli Kepaim

Kuala Lumpur - Kepaim amat mengalu-alukan serta
mengesyorkan semua ahli kepaim menyertai dan menjadi
ahli kepada Koperasi AIM Berhad. Ini penting di mana
anda semua menyediakan tabungan bagi pendapatan anda
setiap bulan dan tabungan itu amat besar ertinya di
masa depan anda kelak. Ianya bukan sahaja tabungan
bahkan anda mendapat banyak peluang dan insentif dari
Saham simpanan anda tersebut.

Bayangkan dari sekadar simpanan biasa anda, tiba-tiba
anda mendapat peluang membuat Pinjaman peribadi,
diberi pula ganjaran Perkahwinan Ahli, Kemalangan,
a.Insentif Kecemerlangan Pelajaran Anak Ahli,
Kelahiran Anak dan macam-macam lagi. Apa yang penting
kadar bagi pembiayaan peribadi adalah terendah dan
keuntungan yang diberikan oleh Koperasi AIM berhad
antara yang tertinggi di dalam negara.

Apa yang lebih penting sebagai ahli kepaim kita mesti
berusaha memperteguhkan bilangan ahli di dalam Koperasi
AIM dan bisa menentukan hala tuju Koperasi AIM di masa
hadapan. Zaman mengangkat "Boss", mencadang nama "Boss",
mengundi "Boss" dan membodek "Boss" sudah berlalu kerana
bodek untuk "Boss" pun kenaikan gaji tahunan kini di dalam
AIM adalah sama sahaja. Apa yang lebih penting semua kita
mesti menanamkan didalam diri masing-masing bahawa
Koperasi AIM Berhad adalah satu entiti lain dari
Amanah Ikhtiar Malaysia.

Zaman kini sudah jauh berubah. Dulu kapitalisma dan
Komunisma menguasai keseluruhan sistem dunia dengan orang
atasan sentiasa memandu dan sentiasa di pandang betul.
Zaman batu itu semakin ketinggalan zaman. Ke seluruhan
dunia kini makin akur dan menerima konsep suara ramai,
suara majoriti dan suara rakyat, suara keramat.

Kini zaman alaf baru, pengguna dan hak orang bawahan
lebih diiktiraf dan di takuti dalam menentukan dasar
sesuatu Organisasi. Begitu juga iklim politik di Tanahair
menyaksikan akan berlakunya suatu perubahan ketara politik
tanahair, apabila kuasa rakyat kuasa keramat ini akan
menentukan dasar kepimpinan yang rakyat mahukan.

Berbalik kepada persoalan kaimb memerlukan tenaga kerja
yang istiqamah dan ikhlas didalam memperjuangankan nasib
koperasi dan ahli. Bukan membiarkan koperasi menjadi hak
mana-mana individu yang mempunyai saham besar untuk mengaut
keuntungan peribadi.

Apa guna menjadi orang yang bijak pandai namun akhirnya
merugikan koperasi berjuta-juta RM setiap tahun. Apa yang
lebih menyedihkan ada kalangan yang hanya menjadi
"sleeping partner" koperasi hanya kerana mengharapkan
Honorium yang lumayan. Itulah kesilapan dan padah perwakilan
yang mengundi manusia hanya kerana malu dan terlalu takjub
dengan Pangkat dan Kuasa yang sementara waktu didunia ini.

Kita tahu ramai di kalangan kakitangan, yang adakalanya lebih
layak untuk mengisi jawatan tersebut. Ramai usahawan di
kalangan kakitangan yang berdaya saing, ada juga yang mempunyai
rangkaian ahli perniagaan yang hebat di sekeliling
mereka, ada juga yang berkebolehan di dalam membuat pelaburan,
adanya ramai aktivis sukarela yang aktif di dalam masyarakat
dan pelbagai bidang kemahiran yang mampu meningkatkan tarafkan
koperasi AIM dari hanya bergantung sepenuhnya urusan Takaful AIM.

langit tak selalunya cerah. AIM pun begitu. Tiada kerajaan dan
organisasi yang selama-lamanya akan kekal dan stabil. Akan tibanya
hari ujian, kejatuhan dan tenggelamnya sesebuah kerajaan tersebut.

Ayuh semua ahli kepaim dan semua kakitangan kita bersama-sama
menyertai Koperasi AIM dan berganding bahu bersama-sama
membangunkan Koperasi demi masa depan kita dan generasi akan datang.
Koperasi bukannya benda yang asing bagi kita semua kerana dari zaman
sekolah lagi kita sudah dibiasakan dengan koperasi dan orang tua kita
di kampung pun hebat membangunkan koperasi baik di kampung, Daerah dan
Negeri yang lagi luas sumber pelaburannya dan lagi tinggi cabaran untuk
bersaing di peringkat global tanpa ada talian tetap untuk mengaut
keuntungan dan projek tetap.

No comments:

Post a Comment