"Ya ALLAH Kami Memohon Padamu Ya ALLAH, Kurniakan kami kakitangan AIM yang
lemah ini Pengurusan yang Adil, Warak,Berlaku Ehsan, Memberikan Hak kepada
yang sepatutnya dan Bertaqwa Kepadamu Ya ALLAH" Hanya Kepadamu Ya ALLAH
Kami Bermunajat dan bermohon" Amin Ya Rabbil Alamin.
Marilah Sama-Sama kita bermunajat sempena di 10 akhir Ramadhan ini untuk
memohon kebaikan dari ALLAH terhadap organisasi yang kita dukungi ini.
Mutakhir ini semakin banyak kecelaruan dan kepelikan yang berlaku, yang
mengimbau kembali kenangan dan mungkinkah mengulangi sejarah lama.
Beratus-ratus Pegawai Eksekutif baru boleh di ambil untuk mengisi
kekosongan atas nama Transformasi AIM namun tergamak mengabaikan hanya
sedikit bilangan kakitangan sedia ada yang telah pun mempunyai kelayakan
dan ijazah namun amat menyedihkan tidak pernah di pandang dan langsung
tiada nilai disisi pengurusan yang bahagia ini. Itu lah kera dihutan
disusukan namun anak sendiri mati kelaparan.
Terlalu ramai kakitangan yang mempunyai iltizam yang tinggi yang terus-
terusan belajar untuk mengapai impian dan segenggam ijazah namun tepaksa
lari ke SKIMSEL, BSN, Bank Rakyat dan banyak lagi ke sektor-sektor lain
demi mencapai pengiktirafan yang tidak pernah diberi oleh organisasi
sendiri.
Itu baru satu kes pengiktirafan dan banyak lagi kes lain yang pihak
pengurusan semakin terlepas pandang. Semoga Ramadhan ini menginsafkan
manusia-manusia yang mengabaikan hak orang lain dan melakukan kezaliman.
Bertaubatlah pada ALLAH sementara masih diberi kesempatan masa oleh ALLAH.
Masih banyak ruang perbetulkan kesilapan sebelum tubuh kita di tutupi kain
kafan.
Ingatlah kata-kata Saidina Abu Bakar AlSiddiq ketika beliau mula- mula di
angkat menjadi khalifah yang pertama selepas Rasulullah s.a.w.:
“ Wahai semua orang yang hadir, saya dilantik menjadi pemimpin kamu, pada
hal saya bukannya orang yang terbaik dikalangan kamu. Sekiranya saya seorang
yang berlaku baik, tolonglah saya. Sekiranya saya berlaku buruk, perbetulkan
saya. Benar itu amanah dan bohong itu khianat. Orang yang lemah kalangan kamu
menjadi kuat disisku sehingga aku mengembalikan haknya. Orang yang kuat pula
menjadi lemah disisiku sehingga aku bertindak keatasnya dengan cara yang
benar ( adil )"
No comments:
Post a Comment