Assalamualaikum warahmatullah…
Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah berpuasa kepada semua ahli-ahli KEPAIM. Dalam menjalani kehidupan seharian disamping meneruskan kerja-kerja hakiki sebagai kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia. Saya juga berharap dan sentiasa mendoakan semoga semua ahli-ahli KEPAIM akan sentiasa beroleh kesihatan yang berkekalan hendaknya.
Kepada mereka yang ditimpa musibah marilah kita sama-sama mendoakan agar kesihatan rakan-rakan kita akan cepat sembuh agar dapat meneruskan kehidupan seharian bersama keluarga.
Dalam menjalani kehidupan seharian sebagai kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia, saya berharap kepada semua ahli KEPAIM marilah kita sama-sama memastikan tugas seharian dapat dijalankan dengan sempurna disamping menjalani ibadah berpuasa. Jangan jadikan berpuasa sebagai alasan untuk mengabaikan tugas sebagai kakitangan seharian.
Saya berharap semua ahli KEPAIM dapat memanfaat di dalam bulan yang mulia ini dengan menambahkan lagi ibadah seharian yang mana bulan yang mulia ini segala amal ibadat berlipat kali ganda pahala yang dijanjikan oleh Allah SWT. Sama-samalah kita doakan semoga kita semua akan dapat menemui lagi Ramadhan yang akan datang.
Sempena hari raya yang akan menjelma saya mengambil kesempatan ini untuk memohon kemaafan kepada semua ahli-ahli KEPAIM andai terdapat sebarang kesilapan. Dalam kita bergembira menyambut hari raya jangan kita lupa kepada mereka yang memerlukan. Saya juga berharap kepada semua yang akan pulang ke kampung masing-masing, berhati-hatilah semasa memandu di jalan raya.
Akhir sekali, saya mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua ahli-ahli KEPAIM khasnya dan juga semua kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia. Sama-samalah kita bermaafan semoga segala salah dan silap kita yang lalu dapat diampunkan. Semoga hari raya kali ini akan menambahkan lagi keberkatan kita semua dan akan lebih bekerja dengan lebih gigih lagi.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin.
Ikhlas dari saya,
ISMAIL YAHYA
Presiden KEPAIM
No comments:
Post a Comment