Monday, June 29, 2009

PESANAN PENTING

KEPADA SEMUA PERWAKILAN NEGERI/WILAYAH
KE MESYUARAT AGONG KEPAIM KALI KE5.

BERHATI-HATILAH DI JALANRAYA,

SEMOGA PERJALANAN ANDA SELAMAT PERGI DAN BALIK

ANDA MAMPU MENGUBAHNYA DENGAN IZIN ALLAH

PENGUMUMAN PERWAKILAN NEGERI

Assalamualaikum !!

Kepada semua perwakilan dan Ketua Perhubungan Negeri KEPAIM.

SILA AMBIL PERHATIAN PENTING INI

Penginapan bagi perwakilan dari wilayah Kedah, kelantan dan
Terengganu akan menginap di PUSPANITA, Depan Padang ESPLANET.

Perwakilan dari selatan dan PKMB Kuala Lumpur akan menginap
di CMC (Pusat Latihan AIM)

DATO Pengerusi akan merasmikan Mesyuarat Agong Kepaim ini.

BERAKHIRNYA MAJLIS AKC

Port Dickson, Negeri Sembilan - AIM mengadakan satu majli Anugerah Khidmat Cemerlang Kakitangan yang berlangsung di dalam suasana meriah lagi harmoni di kawasan Pelancongan terkenal Port Dickson pada 27hb Jun 2009. Seluruh kakitangan yang telah berkhidmat selama 10 tahun dan 20 tahun diberikan ganjaran setimpal dengan kesetian dan sumbangan mereka kepada Organisasi.

Begitu juga kakitangan yang mendapat Prestasi Cemerlang di raikan juga di dalam majlis ini. Tahniah kepada mereka yang mendapat Anugerah-Anugerah yang diberikan terutama kepada cawangan Full Cap dan Juga cawangan Zero Par. Pihak kepaim amat mengalu-alukan majlis sebegini yang mengiktiraf kakitangan dan dapat memotivasikan lagi diri mereka untuk memberikan sumbangan yang lebih baik kepada AIM.

Kategori baru Anugerah tahun ini menyaksikan pencapaian yang lebih besar telah di capai oleh 2 Wilayah yang telah Wilayah Full Cap. Iaitu Wilayah Terengganu dan Wilayah Kedah. Namun malangnya hanya pengurus wilayah dan pengurus rancangan sahaja yang di raikan dan diberikan anugerah. Sungguh menyedihkan apabila komitmen dan kerjasama yang hebat di gembelingkan oleh pihak kakitangan di peringkat wilayah tidak di pandang dan dihargai sama. Mereka juga mempunyai saham dan sumbangan terhadap pencapaian yang di raih oleh Wilayah.

Tahniah kepada semua yang mendapat pengiktirafan. Jalan kejayaan terbentang di hadapan dan apa yang lebih penting kejayaan kekal di Akhirat.

DEFINASI ADIL PADA ISLAM

Takrif ADIL Pada Islam adalah

"Meletakkan Sesuatu Pada Tempatnya"

-------------------------------------------------------------
Sila layari http://www.kuliyah.net

"Menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap muslim" AlHadis

"Ilmu Menjaga diri Kamu Sedangkan Harta terpaksa kamu yang menjaganya"

Tuesday, June 23, 2009

MAKLUMAT PENTING AHLI KEPAIM

Cara mengundi

(1) Tuan berhak menanda satu undi bagi tiap-tiap seorang Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari dan 7 undi bagi Ahli-ahli Jawatankuasa.

(2) Undi tuan adalah SULIT dan tuan hendaklah mencatatkan tanda pangkah seperti ini “X” di dalam ruangan yang disediakan bertentangan dengan nama calon yang tuan suka mengundi. JANGAN DITULIS LAIN DARI TANDA “X” dalam kertas undi ini dan janganlah mengundi lebih dari angka yang telah ditetapkan dan jika dibuat demikian kertas undi ini akan ditolak sebagai rosak dan tidak akan dikira.

(3) Sesudah undian itu, lipatkan kertas undi ini sekurang-kurangnya sekali, masukan ke dalam sampul surat dan masukkan ke dalam peti undi yang telah disediakan di dalam bilik mengundi. Jika tuan mengundi dengan pos, lipatkan kertas undi ini sekurang-kurangnya sekali, masukkan ke dalam sampul surat yang telah disediakan dan hantarkan kepada Setiausaha supaya sampai kepadanya tidak lewat dari 29hb. June 2009.

CALON-CALON PEMILIHAN JK KEPAIM





Siapa AJK Kepaim yang terpilih?

Hanya Anda Ahli yang menentukan....


(Sila Klik Gambar untuk Imej yang lebih jelas)



CALON-CALON PEMILIHAN JK KEPAIM

CALON-CALON JAWATAN TIMB PRESIDEN
EN.MOHAMAD FAZLI SULAIMAN
CAW MANJUNG

EN.FADZANI FAZIL
CAW KUBANG PASU

MOHD FAUZI ABDUL RAHMAN
CAW KUALA PILAH

TUAN PEDUKA TUAN SULONG
PEJABAT WILAYAH TERENGGANU

EN.ISMAIL YAHYA
CAW KERIAN

CALON-CALON PEMILIHAN JK KEPAIM

CALON-CALON JAWATAN PRESIDEN


ENCIK FAUZI ABD RAHMAN
PC(M) KUALA PILAH

MOHD FADZANI FAZIL
PAS CAW KUBANG PASU
ISMAIL YAHYA
PA CAW KERIAN

MOHD YUSOF SEMAN
PPC AIM CAW TUMPAT

EN. FAKURURRAZI IDRIS
PEN PEG KERJA SISTEM WIL SELATAN

Monday, June 22, 2009

13 HARI LAGI

Dimaklumkan Mesyuarat Agong KEPAIM
akan di adakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 4hb.Julai 2009(Sabtu)
Masa : 8.00 am hingga 3.00 pm
Tempat : PLAT AIM, Taiping, Perak

SELAMAT BERSIDANG & MENGUNDI

SALAM Dari PKMB Kuala Trg


Gambar Staff AIM PKMB Kuala Trg

PROGRAM KAKITANGAN WILAYAH SELATAN



20hb. June, 2009 Selatan Kelab Rekreasi Pejabat Wilayah Selatan telah menganjurkan Program Rekreasi bersama cawangan-cawangan berhampiran di Hutan Lipur Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.Program tersebut telah disertai kira-kira 60 kakitangan bersama keluarga masing-masing. Cawangan-cawangan berhampiran turut terlibat antaranya ialah Cawangan Kuala Langat,Cawangan Seremban, Cawangan PKMB Seremban dan Cawangan Kuala Pilah.
Pengarah Program tersebut yang juga merupakan Setiausaha Agung KEPAIM, Saudara Fakururrazi Idris, dalam maklumannya kepada blogger KEPAIM , menyatakan program tersebut selain dapat mengeratkan sillaturrahim ianya dapat memupuk semangat kerjasama berkumpulan dalam menjayakannya. Program tersebut dapat memupuk semangat muhibbah dikalangan kakitangan dan membolehkan saling mengenali sesama kakitangan dan keluarga di samping dapat bertukar-tukar fikiran. Program tersebut juga yang berbentuk santai memberikan lebih keselesaan kepada peserta program.
Setiausaha Agung KEPAIM selaku Pengarah Program tersebut berharap agar program seumpama itu dapat diteruskan dari semasa ke semasa dan berharap Jawatankuasa KEPAIM Pusat di Wilayah-Wilayah yang lain turut menjayakannya.
Program tersebut telah dirasmikan oleh Pengurus Wilayah Selatan En. Zubairi Mohd Fadzil yang juga merupakan Penasihat Program tersebut. Dalam ucapannya beliau berharap agar program seumpama itu dapat melahirkan semangat muhibbah sesama kakitangan dan saling mengenali. Dalam ucapannya juga beliau berharap setiap cawangan dapat membentuk kelab Rekreasi dan menganjurkan program rekreasi secara berkala dan tidak perlu memikirkan untuk melaksanakan program yang terlalu besar dan cukup sebagai permulaannya aktiviti riadah. Program tersebut yang bermula pada jam 08.00 pagi berakhir pada 02.00 petang.


Friday, June 19, 2009

PENCALONAN PEGAWAI KEPAIM SESSI 2009/2011

SELAMAT MENGUNDI CALON-CALON YANG BERWIBAWA DAN ANDA RASAKAN LAYAK UNTUK MEMBAWA ASPIRASI KAKITANGAN DAN MEMPUNYAI KREDIBILITI TINGGI.

PERJUANGAN BELUM SELESAI

Thursday, June 18, 2009

TAHNIAH ATAS MAJLIS WALIMATUL URUS



SELAMAT PENGANTIN BARU DARI KAMI WARGA KEPAIM

AJK Kepaim Siti Hajar telah melangsungkan perkahwinan beliau tempohari. DOA Kami Semoga Rumahtangga yang dibina mendapat Keredhaan ALLAH dan Berkekalan sampai ke Akhirat......

Semoga Menjadi isteri Yang Solehah...


Wednesday, June 17, 2009

MESYUARAT AGONG KEPAIM KALI KE 5

MESYUARAT AGONG AIM KALI KE 5 yang akan berlangsung di Taiping, Perak
Sukacita dimaklumkan Dato Pengerusi Lembaga AIM akan merasmikan majlis yang bersejarah itu. Terima Kasih dari kami warga kepaim kepada Dato Pengerusi.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

SELAMAT DATANG KE SEMUA PERWAKILAN WILAYAH
KE MESYUARAT AGONG KEPAIM KALI KE 5

(Sila Hantar Nama Perwakilan untuk urusan penginapan dan Makan)
Ketua Perhubungan Negeri Kepaim Sila Ambil Perhatian

Kunjungan Muhibbah EXCO Kepaim terhadap Pengarah Urusan AIM

Kuala Lumpur, 16 hb Jun 2009 - Exco tertinggi KEPAIM telah mengadakan kunjungan hormat terhadap Pengarah Urusan AIM Puan Hajjah Zabidah Ismail. Kunjungan tersebut di adakan di bilik Mesyuarat AIM Ibupejabat AIM. Pengarah urusan ditemani oleh Pen Pengarah HR AIM Encik Yaakob Omar berlangsung dalam suasana harmoni dan ceria. Kunjungan hormat ini berlangsung selepas Perundingan KEPAIM dan Pengurusan AIM selesai.

Exco-exco tertinggi kepaim telah menjelaskan tentang pelbagai isu semasa yang berlaku di lapangan dan menjadi rungutan serta permasaalahan kepada kakitangan secara terus kepada Pengarah urusan AIM. Terima Kasih kepada pihak Pengarah Urusan yang bersikap terbuka menerima rombongan KEPAIM dan amat memahami hasrat dan tujuan KEPAIM.

Pengarah Urusan berjanji akan mengambil kira semua hal yang di sampaikan kepada beliau dan memastikan kebajikan kakitangan diutamakan dalam semua segi kerana kakitangan adalah aset utama AIM yang paling bernilai. Segala kemajuan yang dicapai kini adalah dari pengorbanan kakitangan. Justeru itu Pengurusan AIM InysALLAH akan menghadiahkan sebuah Skim Perkhidmatan dan juga penghargaan lain kepada Kakitangan diatas apa yang AIM telah capai selama ini adalah kejayaan semua pihak.

Pengarah Urusan juga telah menjelaskan situasi semasa AIM dan halatuju AIM akan datang yang amat memerlukan komitmen dan kerjasama yang erat di antara KEPAIM yang mewakili golongan pekerja dan juga Pengurusan AIM.

Akhir kata, Pertemuan ini berjaya menemui satu titik ukhuwwah yang lebih erat antara KEPAIM dan Pengarah Urusan. Semoga Semua apa yang kita capai bersama ini di kira sebagai amalan mulia disisi ALLAH dan ada ganjaran di Akhirat kelak.

Pertemuan selesai 6.01 pm.

Pertemuan KEPAIM dan Pengurusan AIM

Kuala Lumpur 16 Jun 2009 - Seramai 8 orang Exco tertinggi Kepaim telah mengadakan kunjungan hormat terhadap pihak Pengurusan tertinggi AIM. Ianya bagi mendengar sendiri penjelasan pihak pengurusan terhadap beberapa isu yang timbul akhir-akhir ini terutama bagi Isu Bonus KPI dan Juga Cadangan Penambahbaikian Skim Perkhidmatan AIM.

Rombongan Exco Kepaim Di ketuai oleh Presiden En Ismail Yahya, Tim.Presiden En Fadzani Fadzil, SetiaUsaha Agong En Fakhrulrazzi bersama mantan presiden En Nohi bersama AJK En Yusof Seman, En Zakri, En Mohd fauzi Abdul Rahman dan En Ahmad Fauzi Abdullah.

Manakala di pihak pengurusan di ketuai oleh Pengarah kewangan Puan Hajjah Zalmah Mahusin di temani oleh Timb Pengarah HR AIM Puan Rozita Muhammad, Pen Pengarah Perancangan Haji Ramdani dan Encik Yakob Omar selaku Pengurus Unit HR AIM.

Majlis yang berlangsung di dalam keadaan harmoni dan amat memberangsangkan. Alhamdulillah semoga ada lagi perjumpaan dan majlis ramah mesra begini dapat di adakan dalam menjalinkan hubungan ukhuwwah yang baik serta dapat sama-sama mencari keredhaan ALLAH di dalam kehidupan yang amat sementara ini.

Pihak pengurusan telah menjelaskan beberapa kekeliruan tentang isu-isu yang diutarakan terutama Bonus KPI dan juga CA baru kesatuan yang telah menjangkau setahun lebih yang belum dapat diterjemahkan ke sebuah realiti dan masih dalam impian semua kakitangan.

Rumusan dari Perjumpaan tersebut:

1. Pihak Pengurusan telah menjelaskan pengiraan bonus kpi di buat mengikut 2 teknik:
1.1 Kakitangan cawangan dan wilayah mengikut pencapaian kerja semasa di lapangan.
1.2 Kakitangan dalaman Ibupejabat dikira mengikut prestasi kerja kakitangan.
Ianya memang menguntungkan kakitangan di lapangan yang mencapai target yang diberikan Pengurusan. Begitu juga kakitangan di Ibupejabat paling bertuah dengan pengiraan bonus kpi yang menyaksikan Kakitangan dalaman di Cawangan (Pem Amanah Sistem ) dan Kakitangan Dalaman di pejabat wilayah terus tertinggal dan amat terkesan dengan cara pengiraan tersebut. Namun pihak pengurusan berjanji dari semasa ke semasa akan mengkaji kesesuaian pemberian bonus KPI ini dan teknik pengiraan yang terbaik akan di fikirkan bersama.

2. Pihak Pengurusan juga telah menjelaskan tentang CA Kepaim dan juga secara dasarnya telah menerima pakai kertas kerja CA Kepaim tersebut untuk di satukan ke dalam satu Skim perkhidmatan Kakitangan AIM yang baru yang lebih menyeluruh dan juga mengambil kira halatuju dan misi AIM untuk menjadi peneraju mikrokredit terulung di negara ini. Semua aspek yang di bawa oleh KEPAIM akan di ambil kira dan Pengurusan menjanjikan Aspek yang lebih menyeluruh juga akan di ambil kira dalam membawa AIM ke matlamat sebagaimana yang dikehendaki oleh Pihak Ahli lembaga AIM dan Kerajaan.
2.1 Pihak pengurusan telah berjanji akan menyiapkan draf tersebut yang akan melalui proses-proses tertentu dan penuh prosedur. ianya akan dibentangkan ke dalam JKE dan mungkin akan melalu proses pengulangan jika JKE merasai ianya tidak memenuhi spesifikasi yang diharapkan. Justeru itu proses-proses pembaikian akan terus dilaksanakan sehinggalah akhirnya pengurusan dan Kepaim akan bersama-sama bersetuju terhadap Skim ini.
2.2 pelbagai isu lain juga telah diutarakan terutama isu perpindahan kakitangan dan juga isu
paling sensasi isu keselamatan Kakitangan. InsyaALLAH dari semasa ke semasa KEPAIM dan Pengurusan akan sentiasa berganding bahu dan menjalinkan kerjasama yang paling mantap demi kakitangan.

Majlis bersurai pada jam 5.05pm dengan penuh muhibbah dan Alhamdulillah titik pertemuan ini akan membawa kebaikan yang lebih besar untuk semua kakitangan tidak kira pangkat dan tahap jawatan kerana kita adalah sama, manusia yang di amanahkan oleh ALLAH untuk memastikan golongan miskin terus diberikan perhatian dan pembelaan sewajarnya.

Monday, June 8, 2009

MOHON MUNAJAT DAN DOA DARI SEMUA AHLI KEPAIM

Assalamualaikum...

Kepada Semua Ahli Kepaim. AJK Kepaim amat bermohon dan mengharapkan semua dapat solat hajat dan mendoakan kesejahteraan AIM dan Kita Kakitangannya. Juga doakan rundingan yang bakal di adakan antara AJK Kepaim dan Pengurusan tertingi akan mencapai matlamat dan berjaya. Kita Merancang tuhan yang menentukan.

Ingat lah segala ketentuan ALLAH yang menentukan. Kita hanya mampu berusaha dan merancang namun segala-galanya tuhan yang menentukan akhirnya. Dan Perancangan ALLAH itulah yang terbaik.

Ingatlah DOA Kita adalah senjata. Gunakan ia untuk melembutkan hati manusia dan memudahkan segala urusan yang payah. Maka amat dipinta semua ahli kepaim berdoa di mudahkan urusan CA kita dan semua urusan AIM dan Kita Kakitangannya.

Doa adalah senjata Mukmin. (AlHadis) - GUNAKANLAH IYA

Sekian Terima Kasih...Wallahuaklam

BAJU KORPERAT KEPAIM

SILA PILIH BAJU MANA SATU UNTUK AJK KEPAIM



Atau yang nie





Kepada Semua AJK Kepaim...
Sila Bagi Respon Anda Kepada Aji Atau radhi
Dengan Kadar Segera.....

tQ
webmaster

Wednesday, June 3, 2009

Tazkirah

Assalamualaikum Wr W.B.T

Bersyukur kehadrat Ilahi di atas limpahan kurniaannya dan rahmat yang mencurah2. Alhamdulillah

Ringkas Mafhum AlQuran Minggu Ini

" Dan Tidaklah aku ciptakan jin dan manusia itu KECUALI untuk beribadat ( Mengabdikan Diri) kepadaku" ALFURQAN

Ingat lah asal kejadian kita sebagai manusia yang di cipta oleh ALLAH untuk menghiasi muka bumi ALLAH ini dengan menjadi hamba yang Bertaqwa.

Justeru itu siapkan diri kita untuk menjadi hamba ALLAH yang sebenar2nya bukan hamba duit, bukan hamba pangkat bukan hamba dunia apatah lagi hamba nafsu.

Untuk mencipta ke makam TAQWA maka seharusnya kita mempersiapkan dulu jalan-jalannya yakni ILMU, AMAL dan IMAN. Jika Tiada ketiga-tiga elemen ini Makam TAQWA Sukar Di Capai...

" Menuntut Ilmu adalah wajib bagi setiap Mukmin" - AlHadis

Maka jangan sama-sekali dalam hidup anda sesibuk-mana pun anda sampai tiada ruang untuk menuntut ilmu . Jangan sama sekali. jangan dunia yang sementara ini menyebabkan anda susah dan terhina di akhirat yang kekal itu. Amal Tanpa ilmu adalah sesat dan tidak diterima oleh ALLAH. Tidak akan menjadi Iman seandainya Ilmu Tiada. Maka sayugialah kita sama-sama menuntut ilmu. Mari kita berlumba-lumba paksa diri kita menghadiri majlis ilmu, menyanyangi majlis ilmu, merindui majlis ilmu dan menyanyangi ilmuan2 serta pengajar ilmu.

Sesungguhnya besar fadhilatlah bagi mereka yang berada di dalam majlis ilmu yang rasulullah bandingkan sebagai Taman-Taman Syurga. Malaikat akan sentiasa mencatat nama penghuni Taman-taman Syurga ini (Majlis ilmu) untuk di serahkan kepada ALLAH.

Buat Sesuatu untuk Kehidupan Kekal anda.Menyesal disana sudah terlambat.

Renunglah wahai diriku dan semua insan

Hingga berjumpa lagi.............................Wallahuaklam

NOTIS MESYUARAT AGUNG DWITAHUNAN KALI KE 5

Setiausaha Agung
20-3A-11 Dahlia F, Jalan S2 G5
Garden Avenue, Seremban 2,
70300 Seremban, Negeri Sembilan.
Tel: 013-2515860 (s/u) 013-4239260 (P’den)
------------------------------------------------------------------------------------------------
Ruj. Kami : MESY.AGUNG-05/2009(2)
Ruj. Tuan :
Tarikh : 01hb. June, 2009

Kepada :
Ahli-ahli KEPAIM

Saudara / saudari

NOTIS MESYUARAT AGUNG DWITAHUNAN KALI KE 5

- Pindaan Tarikh Mesyuarat & Senarai Calon-calon serta Usul
Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat KEPAIM pada 22hb. May, 2009 telah membuat
pindaan mengenai tarikh Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Kali Ke 5 disebabkan terdapat beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, Majlis Jawatankuasa Kerja Pusat telah menetapkan bahawa Mesyuarat Agung Kali Ke 5 akan diadakan pada ketetapan seperti berikut :-

Tarikh : 04hb.Julai 2009 ( Sabtu )
Masa : 8.00 pagi hingga 03.00 petang
Tempat : Taiping, Perak

3. Pada Mesyuarat Agung tersebut akan diadakan pemilihan Pegawai-Pegawai Kesatuan yang
baru, iaitu bagi sessi 2009 hingga 2011. Jawatan yang terlibat untuk pemilihan ialah Presiden ( 1 ) , Timbalan Presiden (1) , Setiausaha Agung (1) , Penolong Setiausaha Agung (1), Bendahari (1) dan Ahli Jawatan Kuasa ( 7 ). Kesemua Pegawai Kesatuan yang dipilih ialah 12 ( dua belas )
sahaja.

4. Bersama surat ini disertakan senarai calon-calon dan usul yang telah diterima oleh KEPAIM
sehingga 20hb. May, 2009 dan telah disahkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat pada 22hb. May, 2009. Senarai ini diedarkan bagi memudahkan saudara saudari mengenali calon-calon yang bertanding sebelum membuat pemilihan dalam kertas undian yang akan diedarkan kelak. Susunan Senarai Calon tersebut dibuat berdasarkan jumlah pencalonan yang diterima dalam setiap jawatan. Susunan tersebut juga akan digunapakai dalam Kertas Undian kelak.

5. Kertas undian akan dikeluarkan selewat-lewatnya 14 hari ( empat belas hari ) sebelum
Mesyuarat Agung. Saudara/I dinasihatkan memastikan menerima kertas undian dalam masa
tersebut. Sekiranya tidak menerima, hendaklah dengan segera memaklumkan kepada Setiausaha Agung.

6. Bagi tujuan kehadiran ke Mesyuarat Agung, saudara/I perlu menyertakan nama, no. k/p
serta cawangan kepada Pengerusi Perhubungan Wilayah masing-masing sebelum 10hb. June, 2009 untuk tujuan tempahan pengankutan dan penginapan .

Berikut disertakan senarai Pengerusi Perhubungan Wilayah, Merangkap Jawatankuasa
Pengangkutan ke Mesyuarat Agung KEPAIM kali ke 5 :-

(i) Wilayah Kedah / PKMB : Mohd Fadzani bin Fazil ( Caw. Kubang Pasu )
(ii) Wilayah Perak / PKMB : Md. Radzhi bin Mahamud ( Caw. BLS )
(iii) Wilayah Selatan : Abidah binti Ali ( Caw. Kuala Langat )
PKMB Selatan : Mohd Said bin Abd Rahman ( Caw. PKMB Johor Bahru )
(iv) PKMB Kuala Lumpur : Muhamad Azhan bin Ramli ( Pej. Wil. PKMB KL )
(v) Wilayah Terengganu / PKMB : Ahmad Fauzi bin Abdullah ( Pej. Wil. Terengganu )
(vi) Wilayah Kelantan / PKMB : Mohd Yusoff bin Seman ( Caw. Tumpat )

7. KEPAIM amat berharap agar saudara/I dapat bersama-sama dalam Mesyuarat Agung pada
kali ini. Segala bentuk kerjasama dan keperihatinan saudara / saudari didahului dengan jutaan
terima kasih.

Sekian, Terima Kasih.

Yang diamanahkan,
………………………………….
( FAKURURRAZI BIN IDRIS )
Setiausaha Agung KEPAIM

SOLAT HAJAT MENDOAKAN KEJAYAAN AIM DAN KEPAIM

Setiausaha Agung
20-3A-11 Dahlia F, Jalan S2 G5
Garden Avenue, Seremban 2,
70300 Seremban, Negeri Sembilan.
Tel : 013 – 2515860 ( s/u ) / 013-4239260 (pres )
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ruj. Kami : KEPAIM/Dalaman/2009/3
Ruj. Tuan :

Tarikh : 01hb. June, 2009

Kepada:-
Ahli-Ahli KEPAIM
Saudara/i,

SOLAT HAJAT MENDOAKAN KEJAYAAN AIM DAN KEPAIM

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pusat KEPAIM pada 22hb. May, 2009, telah
memutuskan untuk mengadakan Solat Hajat secara serentak diseluruh warga AIM. Solat hajat
tersebut diadakan bagi tujuan :-

(i) Mendoakan Agar Pencapaian AIM Lebih Cemerlang dari masa ke semasa
(ii) Mendoakan Kejayaan AIM Dalam Usaha Mendapatkan Peingiktirafan ISO
(iii)Mendoakan Keselamatan kepada kakitangan AIM memandangkan terlalu
banyak kes ragut dan kemalangan yang menimpa kakitangan AIM
(iv) Mendoakan Keselamatan Pejabat-pejabat AIM
(v) Mendoakan Kejayaan Rundingan KEPAIM dan AIM pada 16hb. June, 2009
yang membincangkan isu Bonus KPI dan Perjanjian Bersama 2008/2010.
Perlaksanaan Skim Perkhidmatan dalam Perjanjian Bersama 2008/2010
sepatutnya telah dilaksanakan pada 01hb. Januari, 2008.
(vi) Mendoakan agar kakitangan AIM dijauhi dari sebarang bentuk kezaliman dan
penganiayaan

3. Majlis Solat Hajat tersebut disarankan diadakan secara berjemaah di setiap cawangan-cawangan AIM. Berikut ketetapan mengenai Majlis Solat Hajat tersebut:-

Tarikh : 11hb. June, 2009 ( Khamis )
Masa : Selepas Solat Dzohor
Tempat: Cawangan-cawangan / Wilayah / Ibupejabat AIM

4. KEPAIM berharap majlis tersebut akan turut disertai oleh semua kakitangan tanpa
mengira ahli KEPAIM atau bukan ahli memandangkan ianya untuk kepentingan bersama
dalam organisasi. Segala bentuk kerjasama , sokongan dan keperihatinan saudara/i didahului
dengan jutaan terima kasih.

Sekian terima kasih.
Yang diamanahkan,
……………………………….
( FAKURURRAZI B. IDRIS )
Setiausaha Agung KEPAIM

s.k. Pengarah Urusan AIM