Thursday, December 31, 2009
1430H dan 2009M Berlalu Pergi
pergimeninggalkan kita. Saat-saat yang pergi ini tak akan
mampu kita kembalikan lagi. Semoga ALLAH memberikan kita
kesihatan yang baik, umur yang panjang dalam taat padanya
dan memberikan kekuatan berdiri di atas muka bumi ini
sebagai seorang hamba ALLAH. Tahun yang pergi menandakan
makin dekatnya kita ke tempat abadi kita nanti dan semakin
jauhnya masa dunia yang akan kita tinggalkan.
Kami AJK Kepaim juga berharap 2010 membawa sinar yang baik
untuk kita semua. Sebagai kakitangan buat dan curahkanlah
yang terbaikuntuk organisasi yang kita sayangi ini. Sebagai
anak, bapa, ibu dan apa sahaja status kita? Jadi lah yang
terbaik dimana sahaja anda berada.
Dengan ini kami AJK Kepaim mengucapkan Selamat Tahun Baru
2010 kepada semua kakitangan AIM dan Ahli kepaim.
Semoga 2010 membawa sinar yang lebih gemilang untuk anda
dan menjanjikan kejayaan dan kebahagian yang lebih terbilang
buat kita semua. "Amin"
Sunday, December 27, 2009
2009 Semakin Menghampiri Penghujung
penghujungnya. Maka 2010 akan datang pula menggantikannya.
Maka bertambahlah usia kita menghitung tahun, bertambah tahun
kita didalam perkhidmatan dan semakin matang kita di dalam dunia
ini.
Kami AJK Kepaim amat berharap semoga 2010 memberikan sinar yang
amat bererti untuk kita semua warga AIM. Semoga apa yang di
perjuangkan dan dicita-citakan oleh kita semua dapat direalisasikan
pada tahun 2010.
Pengarah Urusan semasa merasmikan Program Anugerah
Kecemerlangan AIM Wilayah Terengganu telah mengumumkan
bahawa Ada berita gembira dan yang dinanti-natikan oleh semua
kakitangan pada 2010 ini. Pihak Ahli lembaga AIM telah meluluskan
perlbagai perkara yang akan dilaksanakan. Namun butirannya tidak
dapat lagi diumumkan oleh pihak kami kerana masih menunggu
pihak pengurusan AIM mengumumkan butiran tersebut.
Terima Kasih kepada Pengurusan AIM dan Lembaga AIM kerana
begitu mengambil berat dan cakna terhadap kakitangan semua.
Semoga AIM terus berkembang dan menjadi no 1 Mikrokredit
terunggul di dunia dan Malaysia amnya.
SALAM MAAL HIJRAH DARI KAMI WARGA KEPAIM
Wednesday, December 2, 2009
SUKAIM 2009 di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan
Koperasi AIM akan berlangsung di Maktab Perguruan Pengkalan
Chepa, Kota Bharu, Kelantan dari 4hb Dec sehingga 6hb Dec 2009.
Buat julung kalinya ianya akan dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga
Pengarah AIM, Dato Ami Hamzah.
Kepada semua kontijen wilayah diminta dapat mempamerkan
semangat muhibbah dan berdaya saing yang penuh positif. Semoga
Sukan ini dapat menyemarakkan lagi ikatan ukhuwwah antara
kakitangan, pengurusan dan lebih penting sebagai hamba ALLAH
di atas muka bumi ini.
Kontijen juga di minta berhati-hati dijalanraya disepanjang
perjalanan kerana musim ini pantai timur masih dibelenggu dengan
musim tengkujuh yakni hujan yang berterusan.
Kami warga kepaim amat mengalu-alukan program yang baik ini
untuk kakitangan AIM dan akan sentiasa menyokongnya.
Tuesday, November 24, 2009
Banjir Besar di Terengganu dan Pantai Timur
Terutama negeri Terengganu. Ramai kakitangan dan lebih-
lebih lagi sahabat yang terlibat dengan banjir dan terpaksa
berpindah ke tempat yang selamat. Banyak jalan utama ke
negeri ini juga ditutup dan menyukarkan
kakitangan.
Kepada semua kakitangan diharapa bersabar dengan ujian ini.
Jangan mengharungi banjir dan selalulah menerima dan akur
dengan arahan pihak berkuasa untuk berpindah dan sebagainya.
Kepada semua Pengerusi Negeri bolehlah mengambil tindakan
kepada ahli yang sedang dirundung musibah dan ujian ini.
BERITA TERKINI EX PRESIDEN KEPAIM
Saudara Nohi kini berada Hospital Serdang menjalani pembedahan
kecil dan sedang di rawat di sana kerana masaalah jantung.
Kami mendoakan beliau di lindungi oleh ALLAH dan diberikan
kesihatan yang baik dan keluar dari sehala masaalah dan kesulitan
Amin Ya Rabbil Alamin..
Kami juga berharap semua kakitangan yang dapat menziarahi beliau
disana dan paling penting berdoa untuk kesejahteraan beliau.
Tuesday, October 27, 2009
NOTIS MESYUARAT AJK KEPAIM
Ruj. Tuan :
Tarikh : 25hb.Oktober,2009
Kepada :
ISMAIL BIN YAHYA
MOHD FADZANI BIN FADZIL
FAKURRAZI BIN IDRIS
MOHAMAD AZHAN BIN RAMLI
APZANIZAM BIN ABU BAKAR
BURHAN BIN MAHMUD
MOHD YUSOF BIN SEMAN
MOHD ZAKRI BIN ABD HALIM
TUAN PEDUKA BIN TUAN SULONG
AHMAD FAUZI BIN ABDULLAH
WAN SUHAIMY BIN WAN HARUN
MOHD RADZHI BIN MAHMUD
Saudara ,
NOTIS MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA PUSAT KALI KE 1 SESSI
2009/2011
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat akan diadakan pada
ketetapan seperti berikut :-
Tarikh : 05/11/2009 ( Khamis ) & 06/11/2009 ( Jumaat )
Masa : 08.00 Malam Himgga 12.00 Malam ( Khamis )
09.00 Pagi Hingga 12.00 Tengahari ( Jumaat )
Tempat: Bilik Mesyuarat Pusat Latihan AIM, Taipng, Perak
3. Mesyuarat tersebut diadakan bagi tujuan membincangkan
beberapa perkara utama berkaitan kesimpulan kepada
Perundingan Bersama KEPAIM/AIM Sessi 2008/2010 serta
tuntutan KEPAIM yang masih belum selesai untuk dipanjangkan
dalam Perjanjian Bersama Sessi 2011/2013.
4. Saudara yang terlibat dengan hari bekerja pada tarikh
berkenaan dinasihatkan memohon cuti kerana KEPAIM tidak
mendapat pelepasan tugas daripada pihak majikan bagi tujuan
mesyuarat AJK KEPAIM.
Segala bentuk kerjasama dan keperihatinan saudara / saudari
didahului dengan jutaan terima kasih.
Sekian, Terima Kasih.
Yang diamanahkan,
………………………………….
( FAKURURRAZI BIN IDRIS )
Setiausaha Agung KEPAIM
Sunday, October 18, 2009
Berakhirnya Syawal 1430H
kita berjumpa dengannya semula Tahun depan.
Seperti mana Syawal 2009 juga tak lama lagi makin melabuhkan
tirainya. Tinggal 2 bulan lagi untuk 2009. Apakah 2010 akan
tiba? Setelah Dunia digegarkan dengan Gempa Bumi di padang,
indonesia. Tsunami di Amerika Syarikat. Taufan di Filifina
dan Vietnam. Sedikit Ribut juga melanda malaysia.
Dunia semakin menuju ke penghujungnya. Menuju ke Endingnya.
----------------------------------------------------------
Begitu juga staff semakin membuat pecutan terakhir pencapaian
kerja masing-masing. 2 bulan terakhir ini menandakan kayu ukur
dan penanda aras prestasi yang diidamkan oleh kakitangan.
Semoga yang berhak dan memang cemerlang akan mendapat
pulangannya dan tak di abaikan dengan Kuota dan apa nama yang
diberikan.
Ianya penting demi menyemat rasa bersaing tahap tinggi di kalangan
kakitangan dan juga semangat memberikan yang terbaik dikalangan
kakitangan kepada Organisasi.
Jangan kerana kesilapan dasar pada penilaian prestasi menyebabkan
mutu kerja kakitangan dan prestasi Organisasi juga akan merundum.
Berbaloi hanya dengan sedikit pengiktirafan kepada kakitangan
Organisasi akan meningkat dan maju jaya.
Jangan seperti pepatah melayu yang berkata
" Yang dikejar tak dapat, Yang dibawa berciciran"
-----------------------------------------------------------
Meeting JKE AIM Telah berlalu. Dengar-dengar cerita ada berita
menarik untuk kakitangan. Blogger belum dapat berita dan info
terkini. So tak mampu nak ulas....
Sabar ye.... " Sabar Separuh Dari Iman"
Monday, October 12, 2009
Cubaan Pecah Masuk Pejabat Urusan Kepaim
urusan Kepaim telah disedari oleh Setiausaha Agong Kepaim yang
pergi ke Pejabat Kepaim pada hari cuti tempohari. Pejabat telah
dikopakkan dan mangga juga telah dipecahkan.
Namun anehnya dan Alhamdulillah segala syukur pada ALLAH, tiada
kehilangan yang telah berlaku di Pejabat tersebut. Komputer masih
ada dan tersimpan rapi dan segala aset dan dokumen lain juga tidak
dicuri.
Bersyukur diatas segala-galanya.
Sunday, October 11, 2009
Saudara Nohi telah keluar dari Hospital
telah keluar dari Hospital Sungai Buloh. Alhamdulillah kesihatan beliau
semakin baik dan telah mendapat cuti rehat selama 3 minggu untuk
membolehkan beliau mendapat rawatan selanjutnya dari Hospital
Serdang. Rawatan susulan itu penting untuk mengaktifkan jantung
beliau. Semoga beliau tabah dan sabar dengan ujian ke atsnya.
Kepaim mengucapkan ribuan terima kasih kepada kakitangan dan ahli
yang telah mendoakan kesihatan dan menziarahi dan prihatin dengan
nasib mantan presiden kepaim ini.
Wednesday, October 7, 2009
EX PRESIDEN EN NOHI MASUK HOSPITAL
ke Wad 4A Hospital Sungai Buloh kerana disahkan mengalami
komplikasi Sakit Jantung.Keadaan beliau dilaporkan stabil.
Kepaim amat mengharapkan semua ahli dan kakitangan dapat
bersama-sama mendoakan kesejahteraan dan semoga beliau cepat sembuh.
Kepada mana-mana kakitangan yang mempunyai kelapangan masa,
bolehlah menjenguk dan menziarahi beliau di Hospital Sg Buloh.
Berita selanjutnya perkembangan mantan presiden Kepaim ini
akan kami paparkan dari masa ke semasa.
Tuesday, October 6, 2009
9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA
1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.
2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana IA memiliki sifat ketuhanan.
4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat DLL. Dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan IA tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia
5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut…walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak….lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! Yang dikatakan harta atau rezeki Kita bila IA dipakai atau digunakan oleh Kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki Kita. (mungkin Ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)
7. Ego - ibu segala mazmummah jadi IA membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.
8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika IA dipuji, IA akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, IA akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau Kita riak..takabbur dgn aper yg Kita Ada..
9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, …dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. Biler mati cuma bawa amalan Dan DOA anak yg soleh/solehah… Cinta dunia merupakan “neraka dunia” kerana dunia itu “panas” akibat IA merupakan barang buruan Dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati Dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi Dan akhirat dibawa mati.
Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. Tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin IA tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah Kita akan dibantu Allah Dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain…andai Kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.
Wallahualam”
MUNAJAT C.A BARU
untuk memohon dimudahkan segala urusan tentang permohonan
C.A baru yang dibentangkan oleh KEPAIM serta mohon dielakkan
bencana dan kemalangan kepada kakitangan.
Ianya penting untuk kebaikan semua kakitangan dari pihak yang
bawah sekali sehinggalah paling atas akan merasai kebaikan
dan nikmat dari permohonan Kepaim ini.
Semua ketua Perhubungan Negeri, AJK Pusat dan negeri
dminita mengambil peranan masing-masing.
-------------------------------------------------------------
MUNAJAT dan SOLAT HAJAT ini khusus menjelang mesyuarat JKE
yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Ya ALLAH Ya Tuhan Kami , Kami bermohon padamu ya ALLAH.
Permudahkan segala urusan dan rezeki Kami
Maqbulkan segala perancangan dan permohonan Kami
Satukanlah hati-Hati kami,
Limpahkan Cahaya Ilmu dan Iman kepada Kami,
Hancurkan Sifat Sombong, Riak dan Mazmumah di Hati Kami
dan Bukakanlah jalan keluar bagi setiap permasaalahan kami.
" Amin Ya Rabbil Alamin"
MOHON DERMA KAKITANGAN
mengambil sikap peka dan "cakna" dengan apa yang berlaku
sesama kakitangan. Apatah lagi setelah mengharungi bulan
latihan Ramadhan menjadikan kita seorang hamba yang
sebenar-benar hamba ALLAH sesama manusia. Itu lah antara
kejayaan tarbiah Sebulan Ramadhan kepada manusia.
Justeru itu marilah kita bersama-sama mengembeling tenaga
dan sedikit wang ringgut untuk memberikan sumbangan kepada
Kakitangan PKMB Ipoh Nor Zuraidah Ahmad yang telah mengalami
kemalangan semasa hendak pulang berhari raya di kampungnya
di Baling Kedah.Kemalangan berlaku di Jalan Serdang - Kulim
pada jam 5:00 petang
Segala Sumbangan boleh diberikan kepada
Ketua Perhubungan Kepaim negeri atau terus kepada Bendahari
ataupun SetiaUsaha Agong Kepaim Pusat.
Sumbangan anda amat besar maknanya bagi keluarga kakitangan
dan lagi besar fadhilatnya diakhirat kelak.
Thursday, October 1, 2009
PA NorZuraidah Ahmad PKMB Ipoh Kemalangan Jalan Raya
Sehingga kini beliau masih koma dan dirawat di ICU Hospital Taiping,Perak.Pihak blogger dan PKMB Induk ingin mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga beliau diatas musibah yg melanda Nor Zuraidah.Didoakan agar cepat sembuh.Kepada kakitangan yang ingin menghulurkan derma sila berhubung terus dengan PKMB Induk.
Marilah kita kakitangan AIM bersama-sama Mendoakan kesihatan dan kesejahteraan untuknya. Semoga beliau sihat kembali dan dapat bertugas dengan AIM. Amin
Wednesday, September 16, 2009
SeLaMaT HaRi RaYa DaRi KaMi
Assalamualaikum !!
Bersempena Ramadhan yang Semakin Berlalu
Dan Syawal yang Bakal Menggamit
MAKA Kami
Dengan Ikhlas dan Penuh Merendah Diri
Mewakili Semua
Blogger-Blogger Kepaim
&
SU Agong Kepaim
- MaaF ZaHiR & BaTiN -
BuaT BeRhiBuR Di MaLaM RaYa.
HaRaPaN KaMi SeLePaS RaYa iNi,
SkiM perKhiDmaTaN BaRu SiAp SeaDanYa.
PERUTUSAN HARI RAYA DARI PRESIDEN KEPAIM
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.
Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua ahli-ahli KEPAIM khususnya dan warga kerja AIM amnya dengan harapan agar ibadah puasa pada kali ini akan lebih memberi keberkatan kepada kita semua.
Saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidil Fitri yang akan kita sambut tidak berapa hari lagi. Saya berharap agar kepada semua ahli KEPAIM khususnya dan juga semua warga kerja AIM dapat meneruskan tanggungjawab seharian kita sebagai kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia walaupun suasana hari raya makin terasa. Kerjalah dengan lebih bertanggungjawab kerana dalam kita merasa bahang perayaan kita kena ingat bahawa kerja yang telah diamanahkan wajib kita dahulukan.
Sempena hari raya yang akan kita sambut tidak berapa hari lagi,saya berharap agar semua ahli KEPAIM khususnya serta semua warga kerja AIM dapat menjaga keselamatan dan kesihatan diri dan keluarga terutama sekarang ini negara sedang dilanda wabak H1N1.
Saya juga mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan AIM kerana memahami situasi kakitangan sekarang ini untuk menyambut hari raya dengan memberi bonus kepada semua kakitangan. Sehubungan dengan itu saya berharap kepada semua ahli KEPAIM dan juga semua kakitangan AIM agar dapar membelanjakan pemberian bonus ini dengan perbelanjaan yang berhemah.
Akhir sekali saya mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat menyambut hari raya aidil fitri dan juga memohon kemaafan kepada semua ahli KEPAIM khususnya dan juga warga kerja AIM. Saya doakan semoga semua selamat sampai ke destinasi masing-masing dan dapat menyambut aidil fitri bersama-sama dengan keluarga di kampung halaman masing-masing. Dalam keghairahan untuk menyambut aidil fitri saya berharap agar semua dapat memandu dengan lebih berhati-hati di jalan raya.
Selamat menyambut hari raya aidil fitri maaf zahir batin dari saya untuk semua ahli KEPAIM khususnya dan juga warga AIM amnya.
SELAMAT HARI RAYA - MAAF ZAHIR DAN BATIN
UCAPAN HARI RAYA TIM.PRESIDEN KEPAIM
Alhamdulillah. Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan keizinanNya jua maka pada 1 syawal yg tinggal tidak beberapa hari lagi dapat kita bersama-sama menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Hari kebesaran yang kita raikan bersama-sama dengan keluarga selepas menyempurnakan kewajipan puasa Ramadhan.
Bersyukurlah juga kerana kita dapat menyempurnakan ibadat puasa dalam suasana yang cukup selesa.Marilah kita menanamkan rasa insaf dan simpati terhadap saudara-saudara kita di mana jua mereka berada. Bukankah pada Ramadhan lalu, kita telah dididik supaya merasai penderitaan golongan fakir miskin, maka dengan tibanya Syawal ini atas rasa insaf dan simpati kita mengamalkan budaya bantu-membantu sesama Islam. Melaluinya maka dapatlah kita menyemai perasaan persaudaraan sesama Islam dan itulah antara perkara yang dituntut dalam Islam.
Syawal adalah satu mekanisme yang baik untuk kita kembali mengeratkan silaturrahim. Lihatlah sahaja contoh oleh Nabi Muhamad S.A.W. apabila baginda melalui dua jalan yang berbeza untuk pergi ke tempat solah sunat Idul Fitri dan pulang ke rumah dengan tujuansupaya dapat menemui lebih ramai lagi kaum Muslimin dan Muslimat. Bersyukur juga saya kepada Allah kerana sepanjang berada di barisan kepimpinan tertinggi di dalam KEPAIM saya dapat merasa dan melihat sentuhan hubungan yang begitu luar biasa di kalangan ahli. Alhamdulillah saya melihat ini sebagai satu petanda yang amat baik untuk perjuangan kita.
Bersama-samalah kita berdoa agar hubungan kita ini dapat kekalkan selama-lamanyanya.Akhir sekali saya serta keluarga dengan rasa rendah diri ingin mengucapkan ‘SELAMAT HARI RAYA SERTA MAAF ZAHIR DAN BATIN” kepada Seluruh ahli Kepaim serta warga kerja AIM. Semoga pada hari raya ini kita semua mendapat rahmat dan petunjuk dari ALLAH .
Allahuakhbar , Allahuakbar, Allahuakbar Walillahilham.
Daripada .
Mohd Fadzani Bin Fazil,
SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA AHLI KEPAIM
hari raya kepada semua warga kerja AIM dan terutama kepada
ahli kepaim. Semoga Hari Raya yang bakal menjelang ini akan
menguatkan lagi keTAQWAan kita kepada yang maha esa dan
menjadikan kita sebaik-baik hamba setelah sebulan bertarung
dan menjadi tetamu Ramadhan AlMubarak.
Kepada semua kakitangan berhati-hatilah di Jalanraya. Anda
mampu mengubahnya dengan izin ALLAH. Elakkan tragedi dan
jadikan Hari Raya hari yang menggembirakan semua dan
bukannya menyedihhkan semua. Memandulah mengikut iman
dan jangan sesekali menurut perasaan.
Terima Kasih kepada Majikan kerana memberikan cuti Raya
yang amat menggembirakan dan juga Bonus Separuh Gaji. Jangan
pula komitmen kerja pun di berikan separuh mengikut bonus.
Manfaatkanlah dan Gunakanlah ianya untuk menyambung talian
hayat anda sehingga ke Akhirat.
Kami juga amat mengharapkan Skim Perkhidmatan kakitangan
yang baru dan tuntutan CA kami dipercepatkan. Semoga ianya
menjadi kenyataan dan menggembirakan semua pihak.
benarlah pepatah arab ada berkata :
"Masa itu umpama pedang"
Sedar tak sedar semakin lama jarak masa yang berlalu dan terabai
tentang Skim Perkhidmatan Baru kakitangan yang dikemaskini ini.
Akhir kalam. Minta Ampun dan Selamat Hari Raya. 2 kegembiraan
manusia yang berpuasa di dunia adalah ketika berbuka puasa dan
ketika Aidil Fitri dan pasti lebih menggembirakan kegembiraannya
di akhirat yakni dapat menatap dan bertemu ALLAH azza wajalla.
SELAMAT HARI RAYA DARI KAMI WARGA KEPAIM
" MAAF ZAHIR DAN BATHIN"
Perjuangan untuk Kakitangan tetap kami teruskan
Thursday, September 10, 2009
TAKZIAH KEPADA ROSAIDI
kepada Encik Rosaidi Bin Nayan, Pen. Peg Jabatan Odit
Dalaman AIM di atas kehilangan bapanya Encik Nayan pada
hari ini. Di kala Allahyarham menghembuskan nafasnya yang
terakhir Encik Rosaidi sedang bertugas di Bumi Sabah.
Encik Rosaidi Nayan merupakan salah satu pengasas
penubuhan kepaim dan sangat bertanggungjawab menyemarakkan
rasa perjuangan di kalangan kakitangan AIM.
Semoga beliau tabah dan redha dengan pemergian Allayarham.
Kami juga warga kepaim mendoakan roh bapa beliau di cucuri
rahmat oleh yang maha kuasa dan di tempatkan di kalangan
mereka-mereka yang soleh. Apatah lagi meninggal di bulan
yang penuh kemulian ini.
Amin Ya Rabbil Alamin
Wednesday, September 2, 2009
Kerajaan Setuju Bayar Bonus Kakitangan Awam
``Bagaimanapun nilai bonus masih belum ditetapkan dan akan diselesaikan dalam tempoh terdekat ini. ``Pengumuman mengenainya pula akan dibuat sama ada pada minggu ini atau selewat-lewatnya pada minggu depan,'' kata sumber tersebut.
Pada tahun lalu kerajaan membayar bonus sebulan gaji kepada kakitangan kerajaan atau minimum RM1,000. Pembayaran bonus itu pula dibuat sebanyak dua kali iaitu sebahagiannya sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri manakala bakinya pada hujung tahun bagi membolehkan kakitangan kerajaan membelanjakan wang tersebut untuk tujuan membeli persiapan persekolahan anak-anak.
Bagaimanapun, pada tahun ini timbul kebimbangan kerajaan tidak akan membayar bonus berikutan prestasi ekonomi dunia dan negara yang mengalami kemuncupan. Lebih merisaukan apabila terdapat pandangan pihak tertentu bahawa bonus tidak boleh dibayar sebelum Hari Raya berikutan Bajet 2010 hanya akan dibentang di Parlimen oleh Najib yang juga Menteri Kewangan pada 23 Oktober ini. Pada tahun-tahun sebelum ini, pengumuman mengenai bonus hanya dibuat ketika pembentangan bajet dan pembayarannya dibuat selepas itu.
Pembayaran bonus sebelum bajet pada kali ini bakal mencatat sejarah baru dan menepati gagasan Najib yang mahu kebajikan rakyat diberi keutamaan seperti yang digariskan dalam konsep 1 Malaysia. Sumber itu menambah, Perdana Menteri amat mengambil berat tentang kesusahan kakitangan rendah yang perlu berbelanja lebih untuk persiapan menyambut Syawal.
``Beliau prihatin dalam hal tersebut walaupun ramai yang meramalkan tiada bonus akan dibayar pada tahun ini. ``Tunggulah, berita gembira akan menyusul,'' katanya tanpa mahu mengulas dengan lebih lanjut.
http://www.malaysia-instinct.com/english/index.php?0ption=com_content&view=article&id=9981:kerajaan-setuju-bayar-bonus-kakitangan-awam&catid=51:berita-tempatan&Itemid=83
Sunday, August 30, 2009
Tiga jenis puasa (kitab Sirrul Asror oleh As syaikh abd al Qadir al Jilani rah)
Puasa rohani ditambah lagi dengan memelihara pancaindera dan fikiran daripada perkara-perkara yang dikeji. Ia adalah melepaskan segala yang tidak sesuai, zahir atau batin. Rosak sedikit sahaja niat mengenainya, rosaklah puasa rohaniah.
Puasa syari'at terikat pada masa, sementara puasa rohani akan kekal di akhirat. Inilah puasa yang sebenar. Nabi saw bersabda,
"Ramai yang berpuasa tetapi tidak mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali lapar dan dahaga."
Puasa syari'at ada waktu berbuka tetapi puasa rohani terus berkekalan walaupun mulut sudah merasakan makanan. Mereka adalah yang menjaga pancaindera dan pemikiran bebas daripada kejahatan dan yang menyakitkan orang lain.
Untuk itu, Allah telah berjanji, "Puasa adalah untuk-KU dan Aku yang membalasnya."
Mengenai dua jenis puasa ini, Nabi saw bersabda,
"Orang yang berpuasa mendapat dua kesukaan. Pertama bila dia berbuka dan kedua bila dia melihat."
Orang yang hanya kenal zahir agama mengatakan kesukaan pada yang pertama, itu apabila berbuka puasa dan kedua itu, apabila tibanya anak bulan Syawwal menandakan Hari Raya.
Orang yang mengenal arti batin bagi puasa mengatakan kesukaan yang pertama itu adalah apabila orang beriman berjaya memasuki dan meni'mati syurga, sementara yang kedua adalah ketika orang beriman melihat wajah Allah di syurga.
Lebih berharga daripada kedua-dua puasa adalah puasa yang sebenarnya (puasa hakikat), iaitu mengelakkan hati daripada melihat daripada sesuatu yang lain daripada Zat Allah. Ia dilakukan dengan membutakan diri terhadap segala kewujudan, sama ada di alam rahsia luar atau di dalam dunia ini, melainkan kecintaan kepada Allah.
Walaupun Allah menjadikan segala-galanya untuk manusia, Dia jadikan manusia untukNya, sebagaimana Dia berfirman,
"Insan adalah rahsia-Ku dan Akulah rahsianya."
Rahsia itu adalah cahaya daripada cahaya Allah yang qudus. Ia adalah pusat atau jantung hati yang dijadikan daripada jisim yang amat seni.
Ia adalah ruh yang mengetahui segala rahsia-rahsia yang hak. Ia adalah hubungan yang rahsia di antara yang dicipta dengan Pencipta.
Rahsia itu tidak cenderung dan tidak mencintai sesuatu yang selain daripada Allah. Tiada perkara yang berharga untuk diingini, tiada yang dikasihi di dalam dunia dan akhirat, melainkan Allah.
Jika satu zarrah sahaja daripada sesuatu memasuki hati selain kecintaan kepada Allah, maka batallah puasa hakikat.
Seseorang perlu memperbaharuinya, mengadapkan segala kehendak dan niat kembali kepada kecintaanNya, di sini dan di akhirat.
Firman Allah,
"Puasa adalah untuk-Ku dan hanya Aku yang membalasnya."
Friday, August 28, 2009
BERDOALAH DI BULAN MULIA INI
Ingatlah Pesan Rasulullah s.a.w
"DOA Adalah Senjata Orang Mukmin" AlHadis
Semoga semua kakitangan dapat berdoa dengan ikhlas dan khusyuk agar segala tuntutan kita (CA) di luluskan oleh Pengurusan tertinggi AIM, Semua kakitangan selamat dari Wabak dan penyakit, Keselamatan yang berpanjangan dan Sentiasa bekerja di dalam Iman.
BAGAIMANA NASIB KITA?
LIANG KUBUR DAN DI TINGGALKAN SORANG-SORANG DI DALAMNYA???
BAGAIMANA NASIB KITA?
APA YANG DAPAT MENOLONG KITA?
HARTA BENDA KITA?,
ANAK-ANAK KITA?,
DUIT KITA?
PANGKAT BESAR KITA?
KELULUSAN IJAZAH KITA?,
EGO KITA?
SOMBONG KITA?,
KUASA KITA?
RAKAN-RAKAN KITA?
SAUDARA MARA KITA?
BERFIKIRLAH !!!
SELAGI MASIH ADA KESEMPATAN YANG ALLAH BERIKAN
KERANA KITA SEMUA WAJIB MENGHUNI LIANG LAHAT
DAN KUBUR TERSEBUT.
Wednesday, August 26, 2009
SELAMAT MENJALANI KURSUS SAHSIAH
Kursus ini penting dalam mengajak kakitangan menghayati sebenar-benarnya Bulan penuh kemulian Ramadhan yang telah didatangkan khusus untuk umat islam. Pada bulan ini AL Quran diturunkan, terjadinya Perang Pertama dalam Islam yakni perang badar dan juga peritiwa penting Malam lailatul Qadar. Satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan.
Sayugia kami warga kepaim mengucapkan selamat berkursus kepada semua ahli dan juga kakitangan AIM. Ikhlaskan hati bertaut pada ALLAH dalam peluang kursus penghayatan Ramadhan yang terhidang dan bukan sekadar paksaan dan mencari nama dimata manusia. Rebutlah ganjaran yang ALLAH sediakan dalam bulan ini. Jangan sama-sekali melepaskan peluang yang terhidang ini. Kerana tiada jaminan untuk kita berjumpa lagi dengan Ramadhan pada tahun hadapan.
Kami Warga Kepaim juga mengharapkan Ramadhan ini menginsafkan kita sebagai insan yang amat kerdil di dunia yang teramat sementara ini. Disisi ALLAH kita adalah sama sahaja tanpa pangkat dan kedudukan kecuali TAQWA. Ingatlah dan bawalah bekalan TAQWA sebanyak-banyaknya untuk menuju negeri kekal AKHIRAT.
KURSUS KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA
Kursus selama 2 hari itu banyak menyentuh isu berkaitan Akta 514 keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Selain itu pihak perkeso juga telah dijemput bagi memberi penerangan berkaitan soal-soal caruman dan tuntutan.Selain itu pihak JPJ juga dijemput memberi penerangan berkaitan keselamatan jalanraya
A(H1N1): Wanita korban terbaru, angka kematian kini 71
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Mercian, seramai 1,446 pesakit ILI sedang menerima rawatan di 98 buah hospital termasuk dua hospital swasta di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, hanya 217 pesakit (15 peratus) yang disahkan positif H1N1.
"Dari 217 kes yang disahkan H1N1, 51 kes berada di ICU (Unit Rawatan Rapi) di mana sembilan kes merupakan kemasukan baru, sementara dua lagi kes dipindah keluar dari ICU," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.
Dr Mohd Ismail berkata, daripada 51 kes yang sedang dirawat di ICU, 39 kes (76 peratus) mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (21), obesiti (sembilan), kanakkanak/bayi (enam), selepas bersalin (satu) dan Sindrom Down (dua).
Mengenai situasi global, Dr Mohd Ismail berkata, laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan jumlah kes sehingga 26 Ogos adalah 239,985 dengan 2,601 kematian dan ini menunjukkan penularan pandemik H1N1 di dunia masih lagi aktif dengan jumlah negara sebanyak 182. WHO dalam laporannya juga mengingatkan bahawa angkaangka yang ditunjukkan tidak menunjukkan gambaran situasi sebenar memandangkan WHO kini tidak lagi mewajibkan kes dilaporkan, katanya.
Sementara itu, Dr Mohd Ismail berkata dialog antara Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan pengamal perubatan swasta mengenai pengendalian kes influenza A(H1N1) akan diadakan esok di kementerian berkenaan. Menurutnya, semua pengamal perubatan swasta amat digalakkan untuk hadir ke taklimat bagi memperjelas mengenai pengendalian kes penyakit serupa influenza (ILI) yang disyaki influenza A(H1N1).
Dialog berkenaan dijadual diadakan pada pukul 3 petang di Bilik Gerakan Kementerian Kesihatan, Aras 4, Blok E7, Parcel E, Putrajaya, katanya dalam kenyataan media mengenai situasi semasa H1N1 di negara ini. BERNAMA
Tuesday, August 25, 2009
HADIS RENUNGAN AKHIR ZAMAN
“Akan berlaku selepasku pemimpin yang mengeluarkan kenyataan dan tiada seorang pun yang akan membantahnya , mereka itu akan dihalau di dalam neraka seperti dihalaunya kera “,
-Riwayat hadith-
PENERANGAN HADIS
Hadith ini menerangkan bagaimana keaadaanya di akhir zaman di mana Allah swt akan hina sesuatu kaum itu dengan muncul di kalangan mereka pemimpin yang zalim(Menggunakan Kekuasaan sesuka hati). Rasullullah saw juga telah meletakkan tanggungjawab terhadap kemungkaran yang berlaku di atas para pemerintah yang zalim lagi kejam yang mengimami manusia dengan tongkat kekerasan. Apabila meraka mengeluarkan kata-kata maka tiadalah yang berani membantah. Inilah suasana yang Rasullullah saw gambarkan terhadap apa yang berlaku pada umatnya di akhir zaman. Para pemimpin inilah yang akan jatuh ke dalam api neraka seperti gugurnya kalakatu .
Sunday, August 23, 2009
MARI MENGEJAR FADHILAT RAMADHAN
Jangan Lepaskan Peluang Ramadhan yang datang ini
KERANA
Tiada ketentuan untuk kita berjumpa lagi dengan
Ramadhan pada tahun Hadapan.
Saturday, August 22, 2009
RAMADHAN - BONUS HEBAT TERBENTANG
1 Jauhilah Dosa. Tinggalkan perkataan dan perbuatan buruk –jika tidak pahala puasa terhapus. (Rujuk- Riwayat Al-Bukhari, 4/1903 – Fath al-Bari).
2 Berniat dalam hati untuk berpuasa di malam hari.
3 Sahur adalah penting. Malaikat sentiasa meminta ampun bagi orang yang bersahur.Besahur di akhir malam (yang terbaik adalah jaraknya dengan azan subuh selama bacaan 50 ayat al-Quran secara sederhana). (Rujuk- Muslim, 2/770, Al-Bukhari, 4/1923 ; Muslim , Riwayat Ahmad, 3/12 ; Hadith Hasan).).
4 Tahajud. Sekurang-kurangnya bangun lebih awal sebelum Sahur untuk mendirikan solat sunat tahajjud, witr dan beristifghar dan lain-lain amalan sebelum menunaikan solat subuh berjemaah(bagi lelaki).
5 Solat. Berjemaah khususnya solat subuh
6 Al-Quran. Memperbanyakkan bacaan Al-Quran dengan tenang
7 Doa Sebelum dan hingga Semasa Berbuka. Banyakkan & panjangkan.
(Rujuk Riwayat Ibn Majah; Sohih)
8 Doa sepanjang waktu berpuasa.
(Rujuk- Riwayat At-Tirmizi, Ibn Majah dll)
9 Segera Berbuka. Bila masuk waktunya.
(Rujuk- Riwayat Al-Bukhari, 4/1957).
10 Berbuka dahulu sebelum solat . (Rujuk- Abu Ya’la dan al-Bazzar : hadith Hasan).
11 Berbuka cara terbaik. (1) beberapa biji Kurma Rutab (Basah), jika tiada, beberapa biji Tamar (Kurma Kering), jika tiada, Air (air kosong ).
( Riwayat Abu Daud, Ahmad & At-Tirmidzi)
12 Sediakan Juadah Berbuka Untuk Orang Lain. Khususnya orang miskin. (Barangsiapa yang memberikan juadah berbuka buat orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa kurang sedikit pun” ( Riwayat At-Tirmidzi, 3/807; Hadith Hasan menurut Imam At-Tirmidzi).
13 Solat Terawih. (1) berjemaah (2) sendirian (3) masjid atau rumah.
14 Siwak-Sugi. Perbanyakkan bersiwak. (Menggunakan kayu sugi tanpa air dan ubat gigi). (Hadis Sohih –riwayat al-Bukhari).
15 Amaran bagi berbuka di siang ramadhan tanpa uzur (Nabi SAW bersabda dalam hadith sohih ancaman berat dengan digantung di dagunya dengan terbalik hingga darah mengalir bagi individu cuai).
16 Solat witir. Waktu terbaik ditunaikan adalah bagi menutup segala solat sunat. Lebih baik dilewatkan diakhir malam, jika mampu.
17 Menjaga Aurat Sentiasa. Termasuk Semasa Solat Terawih, Isyak dan Subuh. Khusus untuk kaum wanita kerana didapati ramai yang terdedah aurat dan kakinya seperti semasa menaiki tangga masjid dll.
18 Mandi atau Menjirus Air Kepada Kepala dan Badan. Tidak dilarang, bahkan Nabi ada menjirus air keatas kepala baginda disebabkan dahaga dan panas.
19 Alakadar. Makan dan minum dengan kadar yang tidak berlebihan.
(Rujuk Surah al-Araf :31)
20 Doakan Juga Orang Yang Menjamu Kita Berbuka.
(Riwayat Abu Daud)
21 Sunat dhuha. Jgn dilupa.
22 Batalkan Pahala Puasa. Jauhi daripada perkara yang membatalkan atau menjejaskan pahala puasa seperti mengumpat, berbohong, menghasut, menjaga syahwat, jaga pandangan, dan lain-lain.
23 Jgn Banyak Tidur Siang Hari. Imam Assayuti menegaskan bahawa hadis –tidur orang berpuasa adalah ibadah adalah lemah.
(al Jami-as Soghir, Faidul Qadir-al Munawi)
24 Halalan & Toyyiban. Jika terpaksa dan nak juga beli, pastikan makanan dibeli daripada syarikat bukan muslim, halal dan baik.Rujuk http://www.halal.gov.my/maklumat_persijilan.php.
25 Mohon Ampun Sentiasa. Bertaubat dan mohon ampun kepada Allah sesungguh-sungguhnya kerana terdapat riwayat Hadis di mana Malaikat jibril mendoakan kecelakaan kepada orang yang, Ramadannya berlalu tanpa mendapatkan keampunan daripada Allah.
Ihsan Info Dari Laman Web Ustaz Zaharuddin dan Dr Asri dll. Sila kunjungi untuk pendetailan dan maklumat lebih tepat serta rujukan nas. Abu-dubeishttp://abu-dubeis.blogspot.com/
Thursday, August 20, 2009
Ubat H1N1 maksimum RM80
Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata setakat ini, sebanyak 85 klinik dan hospital swasta di seluruh negara telah mengesahkan penyertaan mereka dalam kempen berkenaan.Beliau berkata di bawah kempen itu, klinik atau hospital swasta yang
menyertainya akan diberikan harga istimewa bagi membeli ubat antivirus FluHalt (Oseltamivir Phospate) keluaran Syarikat Ranbaxy (Malaysia) Sdn Bhd.
"Apabila kita beri kata putus, iaitu klinik jangan jual harga antivirus
ini lebih tinggi daripada RM80. "Saya rasa dengan jelas orang ramai
boleh mendapat antivirus ini dengan lebih murah. Satu ketika dulu
harganya meningkat sehingga RM180.
"Kita rasa ini adalah musim pandemik dan dengan sokongan pembekal ubatan farmasi, kita dapat mengurangkan harga ini. "Saya harap klinik-klinik mendapatkan bekalan dan memberi rawatan dengan cepat kepada pesakit H1N1," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen klinik cegah dan rawat influenza A (H1N1) di Kuala Lumpur hari ini.
Selain itu tawaran harga rendah, klinik atau hospital swasta di bawah kempen ini juga digalakkan untuk mengenakan caj yang minimum bagi konsultasi kes-kes penyakit seakan-akan influenza (ILI) bagi membantu mengurangkan bebanan kewangan kepada pesakit.
Liow turut menegaskan bahawa tindakan akan dikenakan terhadap mana-mana klinik atau hospital swasta yang enggan memberikan rawatan kepada pesakit H1N1 sebaliknya meminta pesakit dirujuk di klinik atau hospital kerajaan.
"Sebelum ini, ramai pesakit yang pergi ke klinik dan hospital swasta diminta merujuk kepada hospital kerajaan. "Saya harap ini tidak berlaku lagi. Sudah tiba masanya semua klinik dan hospital swasta memainkan peranan masing-masing untuk membantu kerajaan dalam menangani wabak H1N1," katanya.
Alriz, sebuah syarikat bumiputera, dan Ranbaxy (Malaysia) Sdn Bhd melancarkan kempen bagi membantu rakyat Malaysia mendapatkan rawatan bagi influenza A(H1N1) dengan lebih mudah dan pada bayaran lebih rendah, di klinik-klinik peserta swasta di seluruh negara.
Sebuah laman web pelbagai bahasa www.h1n1.net.my telah disediakan bagi memberi maklumat kepada orang ramai mengenai H1N1 serta membolehkan mereka mengesan klinik peserta yang terdekat dengan kawasan mereka.
Liow berkata Malaysia telah pun membuat tempahan awal bagi vaksin H1N1 dan bekalan pertama 400,000 dos akan tiba pada Oktober sementara yang kedua pada Januari.
Terdahulu, di Hospital Ampang, Liow menggesa syarikat insurans menawarkan perlindungan untuk mangsa influenza A (H1N1) yang membeli insurans dengan mereka terutamanya jika pelanggan meninggal dunia akibat wabak itu.
"Ia adalah tanggungjawab sosial yang perlu mereka jalankan memandangkan ketika ini tidak semua syarikat insurans menawarkan perlindungan untuk mangsa H1N1," katanya. BERNAMA
Umat Islam berpuasa mulai Sabtu ini
kata Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia
Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah melalui siaran langsung
di TV1 malam ini.
Ibadat Puasa dan Fadhilat Besar Ramdhan
Sedang menanti kita semua.
Jangan lepaskan Peluang
Yang Terhidang ini
INFO Tentang Tabung Kebajikan KEPAIM
Tabung ini dikenali sebagai Tabung Kebajikan Kesatuan Pekerja-Pekerja Amanah Ikhtiar Malaysia ( Tabung Kebajikan KEPAIM). Tabung Kebajikan ini hendaklah disebut sebagai “Tabung” dan Kesatuan Pekerja-Pekerja Amanah Ikhtiar Malaysia sebagai “Kesatuan” sahaja.
TUJUAN
Tabung ini ditubuhkan adalah bagi tujuan-tujuan berikut :-
(i) Untuk membolehkan penama ahli atau waris ahli yang sah mendapat bantuan apabila berlaku kematian ahli itu ;
(ii) Untuk memberikan bantuan kepada ahli-ahli semasa ahli-ahli ditimpa musibbah, kemalangan, bencana, sakit ; dan
(iii) Untuk memberikan bantuan kepada ahli-ahli yang diberhentikan kerja dengan sebab kesihatan.
Bagi kes-kes yang tidak disenaraikan (rujuk peraturan tabung kumpulan). Keputusan sumbangan akan dibuat oleh Mesyuarat Majlis Jawatankuasa Kerja Pusat
Sunday, August 16, 2009
Kematian H1N1 meningkat kepada 62
Tiga lagi kematian dicatatkan akibat influenza A(H1N1) - termasuk dua kanak-kanak - menjadikan jumlah korban penyakit tersebut meningkatkan kepada 62 orang.Dua kanak-kanak lelaki itu berusia enam dan tiga tahun. Manakala seorang lagi korban ialah seorang lelaki berusia 50 tahun.Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata 283 lagi kes baru dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan sehingga ini sebanyak 3,857 kes.
Tuesday, August 11, 2009
SOLAWAT SYIFAT HINDAR H1N1
Terjemahan:
Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkatbaginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan jugamemberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda.Wahai sahabat sekalian di waktu kita di serang penyakit yang berwabak pada ketika ini….
Sebab itu selawat ada dlm doa
BONUS UNTUK KAKITANGAN
-alukan langkah pihak Cuepacs yang akan Memohon 2 Bulan
Bonus ataupun Saguhati Kepada semua Kakitangan Kerajaan.
Sejajar dengan itu pihak Kepaim juga akan memohon
Saguhati Penghargaan 2 Bulan gaji ataupun minima RM2000
kepada pihak Pengurusan AIM.
Semoga kakitangan dan ahli kepaim dapat bersama-sama kepaim
agar hasrat ini dipermudahkan dan dimakbulkan oleh ALLAH.
Amin Ya Rabbil Alamin
DOA DARI H1N1
Amalkan doa ini yang menghindar dari sebarang penyakit
Termasuklah H1N1..
http://www.muftins.gov.my/files/doa.jpg
HATI-HATI DARI H1N1
mengambil langkah-langkah wajar dari terkena wabak dan BALA
H1N1 yang sedang melanda dunia kini.
Langkah-langkah pencegahan penting apatah lagi semua
kakitangan terlibat dengan urusan kerja luar dan selalu terdedah
dengan ancaman wabak ini.
Semua negeri telah merebaknya wabak ini dan marilah kita berdoa
agar kita semua sihat dan bebas dari ancaman H1N1.
Amin Ya Rabbil Alamin
Friday, August 7, 2009
H1N1 dan bahaya menanti kakitangan
Jumlah Kes di Malaysia: 1,492 dengan jumlah kematian 14 orang.
574 (38%) merupakan kes import dan 918 (62%) kes jangkitan tempatan. Daripada jumlah ini, 1,421 kes (95%) telah sembuh. Bilangan kes jangkitan influenza A(H1N1) yang masih berada di Unit Rawatan Rapi adalah 11 orang. Manakala 43 kes sedang menerima rawatan antiviral di wad isolasi.
Daripada 11 kes yang berada di Unit Rawatan Rapi, 5 daripada mereka mempunyai faktor risiko iaitu obesiti (2), post -delivery (1) dan bayi (2).
Daripada 16 kes baru yang dilaporkan, sembilan (9) kes dirawat di wad dan 7 orang menerima rawatan pesakit luar.
---------------------------------------------------------------------------
Kami pihak Jawatankuasa Kepaim amat memohon kepada Pengurusan mengambil langkah-langkah pencegahan kepada kakitangan dari wabak H1N1 ini. Apatah lagi kakitangan semua terdedah dalam kerjanya hari-hari berurusan dengan orang ramai. Pihak pengurusan kena mengambil langkah sesuatu.
Sekurang-kurangnya pihak pengurusan boleh menyediakan dan membekalkan topeng pencegahan H1N1 kepada kakitangan yang berhadapan situasi kerjanya dengan orang ramai serta boleh mengedarkan maklumat tentang H1N1 dan juga memberikan taklimat H1N1 dari semasa ke semasa kepada kakitangan.
BONUS Awal ???
Jawatankuasa Kepaim juga telah memohon bonus ini diberikan sebulan gaji ataupun minimanya RM1000 bagi setiap pekerja. Pemberian bonus ini penting, apatah lagi boleh dikatakan keseluruhan kakitangan AIM berkhidmat di luar negeri masing-masing. Di zaman yang serba memerlukan duit ini kos untuk balik kampung (Service Kereta, Minyak Kenderaan, TOL dan banyak lagi) maka pihak Jawatankuasa merasakan amat penting bagi semua kakitangan dibayar bonus sebelum Hari Raya Aidilfitri ini. Ini tidak termasuk lagi soal menyediakan peralatan Hari Raya untuk anak-anak dan keluarga dan juga sambutan pada hari Raya itu lagi sendiri.
Umum mengetahui dan memang di sahkan oleh semua pihak, kakitangan bawahan tidak mampu untuk menabung dek kerana desakan hidup kini yang amat tinggi kini. Semua kakitangan tidak terlepas dari berhutang untuk meneruskan kehidupan yang semakin mendesak di alaf ini. Sayugia itu pemberian bonus ini sangat penting kepada kakitangan dan semoga pengurusan tertinggi AIM dapat menyelami hati kakitangan.
MAKLUMAT TERKINI C.A KEPAIM
Kepada semua kakitangan AIM dan juga sebagai ahli kepaim di minta bermunajatlah berdoa pada ALLAH semoga kita semua kakitangan semoga proses ini dan segala urusannya di permudahkan oleh ALLAH. Apatah lagi di bulan yang berkat nanti RAMADHAN insyaALLAH segala-galanya ALLAH mudahkan setiap urusan apatah lagi ianya membawa kebaikan untuk semua pihak.
Klik Web Site ini untuk melihat C.A Kepaim yang dibawa ke pengurusan AIM.
http://kepaimselatan.blogspot.com
KARNIVAL USAHAWAN IKHTIAR 2009
Karnival kali ini menampakkan kemeriahan pengunjung yang berkunjung ke tapak karnival dan juga kecerian wajah bagi para peniaga yang berniaga di tapak Karnival Usahawan Ikhtiar 2009. Alhamdulillah berkat kesabaran dan komitmen yang tidak berbelah bagi kakitangan, Karnival Usahawan Ikhtiar 2009 boleh di anggap sesuatu yang membanggakan bagi penganjurnya.
Tahniah kepada Kakitangan AIM Wilayah Terengganu yang menunjukkan sikap kerja keras dan amanah yang tinggi walaupun tanpa penyelian yang minima. Kakitangan memberikan komitmen tahap tertinggi dan pengurusan meraih hasil dan yang mendapat pujiannya. Kecemerlangan tetap mampu diteruskan walaupun sesiapa sahaja yang menerajui pengurusannya. Ini lah gambaran kakitangan yang dikehendaki di alaf ini. Keredhaan ALLAH dan Amanah yang di galas lebih di cari dari mencari keredhaan manusia.
Kesatuan amat berbangga dan berterimakasih kepada kalian semua.
Friday, July 24, 2009
DOWNLOAD KULIAH AGAMA
Al Hadis
Jangan Biarkan Hidup Anda diselubungi Kegelapan.
Menuntut ilmu adalah wajib bagi kita semua.
Ianya adalah penting dan amat besar fadhilatnya.
Duit dan Harta hanyalah alat bukan matlamat
ILMU MENJAGA KITA
SEDANGKAN
HARTA TERPAKSA KITA MENJAGANYA
layari link berikut untuk kuliah2 agama
Boleh download untuk kegunaan sendiri sahaja
Saturday, July 18, 2009
PETUA IMAM SYAFIE
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam
Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama
4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.
Monday, July 6, 2009
GAMBAR EXCO BARU DAN EX-EXCO KEPAIM
Terima Kasih Kepada Ex Exco kepaim
Jasa Anda tetap dikenang
Sunday, July 5, 2009
TAHNIAH KEPADA JAWATANKUASA BARU KEPAIM
Perwakilan masih menaruh harapan dan memberikan kepercayaan
berjaya untuk membawa aspirasi kakitangan. Semoga AMANAH yang
"Dari Kakitangan Kepada Kakitangan"
KEPUTUSAN MUKTAMAD PERWAKILAN
DIPUTUSKAN OLEH UNDI ANGGOTA KEPAIM:
PRESIDEN
En Ismail Bin Yahya
Undi 239
TIMBALAN PRESIDEN
En Mohd Fadzani Bin Fazil
Undi 239
SETIAUSAHA AGONG
En Fakururrazi Bin Idris
Undi 494
PENOLONG SETIAUSAHA AGONG
En Muhamad Azhan Bin Ramli
Undi 375
BENDAHARI
En Apzanizan Bin Abu Bakar
Undi 341
AHLI JAWATANKUASA
1. En Mohd Yusof Seman 317 Undi
2. En Mohd Zakri B Abd Halim 301 Undi
3. En Burhan B Mahmud 251 Undi
4. Tuan Peduka Tuan Sulong 198 Undi
5. En Ahmad Fauzi b Abdullah 192 Undi
6. En Wan Suhaimy B Wan Harun 162 Undi
7. En Md Radzhi Bin Mahmud 156 Undi
PERJALANAN PROGRAM DI TAIPING
jawatankuasa kepaim bagi penggal 2007 - 2009 berlangsung,
Kepaim beruntung kerana dapat mengundang seorang aktivis
kesatuan yang hebat dan mempunyai pengalaman yang berharga
untuk di kongis bersama dengan ahli kepaim.
Beliau ialah Encik Zainal Bin Ismail selaku Naib Presiden MTUC
Kebangsaan dan merangkap juga Presiden Kesatuan Syarikat
Air Perak. Beliau telah berkongsi pengalaman berharga beliau
dan banyak nasihat serta tunjuk ajar beliau dapat memberikan
ilmu yang berguna untuk semua anggota kepaim.
Seterusnya En Ismail Yahya Membubarkan Jawatankuasa kepaim
bagi penggal 2007 - 2009 dan menyerahkan kepada Ketua SPR
Kepaim Encik Abdullah mengumumkan jawatankuasa baru yang
telah di undi oleh anggota kepaim.
Majlis Perasmian Mesyuarat Agung DwiTahunan Kepaim Keli Ke 5
AIM Semenanjung Malaysia telah berlangsung dengan meriahnya di
bangunan PLAT di Taiping Perak. Mesyuarat Agong Dwitahunan ini
telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato Ami Hamzah Selaku
Pengerusi Lembaga AIM.
Dato Pengerusi telah menyakinkan para pekerja AIM yang juga ahli
kesatuan bahawa pihaknya akan sentiasa memantau perkembangan
AIM dan menjaga kebajikan pekerjanya. Dato Pengerusi juga telah
berjanji dan berikrar bahawa kakitanagan AIM akan mendapat lebih
dari apa yang di perolehi oleh kakitangan Kerajaan.
Seterusnya Dato Pengerusi meminta agar semua kakitangan dapat
mengembeling tenaga dan memberikan komitmen yang jitu tanpa
berbelah bagi demi kejayaan Organisasi.Selaras slogan kakitangan
diutamakan, Organisasi Gemilang.
Pihak kepaim mengalu-alukan dan mengucapkan jutaan terima
kasih kepada Dato Pengerusi AIM kerana sudi merasmikan majlis
kami ini. Terimakasih juga diucapkan kepada semua kakitangan
yang hadir dengan komitmen amat membanggakan ini dan juga
mereka yang telah bertungkus-lumus menjayakan mesyuarat
Agong Dwitahunan ini.
Wednesday, July 1, 2009
Monday, June 29, 2009
PESANAN PENTING
KE MESYUARAT AGONG KEPAIM KALI KE5.
BERHATI-HATILAH DI JALANRAYA,
SEMOGA PERJALANAN ANDA SELAMAT PERGI DAN BALIK
ANDA MAMPU MENGUBAHNYA DENGAN IZIN ALLAH
PENGUMUMAN PERWAKILAN NEGERI
Kepada semua perwakilan dan Ketua Perhubungan Negeri KEPAIM.
SILA AMBIL PERHATIAN PENTING INI
Penginapan bagi perwakilan dari wilayah Kedah, kelantan dan
Terengganu akan menginap di PUSPANITA, Depan Padang ESPLANET.
Perwakilan dari selatan dan PKMB Kuala Lumpur akan menginap
di CMC (Pusat Latihan AIM)
DATO Pengerusi akan merasmikan Mesyuarat Agong Kepaim ini.
BERAKHIRNYA MAJLIS AKC
Begitu juga kakitangan yang mendapat Prestasi Cemerlang di raikan juga di dalam majlis ini. Tahniah kepada mereka yang mendapat Anugerah-Anugerah yang diberikan terutama kepada cawangan Full Cap dan Juga cawangan Zero Par. Pihak kepaim amat mengalu-alukan majlis sebegini yang mengiktiraf kakitangan dan dapat memotivasikan lagi diri mereka untuk memberikan sumbangan yang lebih baik kepada AIM.
Kategori baru Anugerah tahun ini menyaksikan pencapaian yang lebih besar telah di capai oleh 2 Wilayah yang telah Wilayah Full Cap. Iaitu Wilayah Terengganu dan Wilayah Kedah. Namun malangnya hanya pengurus wilayah dan pengurus rancangan sahaja yang di raikan dan diberikan anugerah. Sungguh menyedihkan apabila komitmen dan kerjasama yang hebat di gembelingkan oleh pihak kakitangan di peringkat wilayah tidak di pandang dan dihargai sama. Mereka juga mempunyai saham dan sumbangan terhadap pencapaian yang di raih oleh Wilayah.
Tahniah kepada semua yang mendapat pengiktirafan. Jalan kejayaan terbentang di hadapan dan apa yang lebih penting kejayaan kekal di Akhirat.
DEFINASI ADIL PADA ISLAM
"Meletakkan Sesuatu Pada Tempatnya"
-------------------------------------------------------------
Sila layari http://www.kuliyah.net
"Menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap muslim" AlHadis
"Ilmu Menjaga diri Kamu Sedangkan Harta terpaksa kamu yang menjaganya"
Tuesday, June 23, 2009
MAKLUMAT PENTING AHLI KEPAIM
(1) Tuan berhak menanda satu undi bagi tiap-tiap seorang Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari dan 7 undi bagi Ahli-ahli Jawatankuasa.
(2) Undi tuan adalah SULIT dan tuan hendaklah mencatatkan tanda pangkah seperti ini “X” di dalam ruangan yang disediakan bertentangan dengan nama calon yang tuan suka mengundi. JANGAN DITULIS LAIN DARI TANDA “X” dalam kertas undi ini dan janganlah mengundi lebih dari angka yang telah ditetapkan dan jika dibuat demikian kertas undi ini akan ditolak sebagai rosak dan tidak akan dikira.
(3) Sesudah undian itu, lipatkan kertas undi ini sekurang-kurangnya sekali, masukan ke dalam sampul surat dan masukkan ke dalam peti undi yang telah disediakan di dalam bilik mengundi. Jika tuan mengundi dengan pos, lipatkan kertas undi ini sekurang-kurangnya sekali, masukkan ke dalam sampul surat yang telah disediakan dan hantarkan kepada Setiausaha supaya sampai kepadanya tidak lewat dari 29hb. June 2009.
CALON-CALON PEMILIHAN JK KEPAIM
CALON-CALON PEMILIHAN JK KEPAIM
PA CAW KERIAN
PPC AIM CAW TUMPAT
PEN PEG KERJA SISTEM WIL SELATAN
Monday, June 22, 2009
13 HARI LAGI
akan di adakan pada ketetapan berikut:
Tarikh : 4hb.Julai 2009(Sabtu)
Masa : 8.00 am hingga 3.00 pm
Tempat : PLAT AIM, Taiping, Perak
SELAMAT BERSIDANG & MENGUNDI
PROGRAM KAKITANGAN WILAYAH SELATAN
20hb. June, 2009 Selatan Kelab Rekreasi Pejabat Wilayah Selatan telah menganjurkan Program Rekreasi bersama cawangan-cawangan berhampiran di Hutan Lipur Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.Program tersebut telah disertai kira-kira 60 kakitangan bersama keluarga masing-masing. Cawangan-cawangan berhampiran turut terlibat antaranya ialah Cawangan Kuala Langat,Cawangan Seremban, Cawangan PKMB Seremban dan Cawangan Kuala Pilah.
Pengarah Program tersebut yang juga merupakan Setiausaha Agung KEPAIM, Saudara Fakururrazi Idris, dalam maklumannya kepada blogger KEPAIM , menyatakan program tersebut selain dapat mengeratkan sillaturrahim ianya dapat memupuk semangat kerjasama berkumpulan dalam menjayakannya. Program tersebut dapat memupuk semangat muhibbah dikalangan kakitangan dan membolehkan saling mengenali sesama kakitangan dan keluarga di samping dapat bertukar-tukar fikiran. Program tersebut juga yang berbentuk santai memberikan lebih keselesaan kepada peserta program.
Setiausaha Agung KEPAIM selaku Pengarah Program tersebut berharap agar program seumpama itu dapat diteruskan dari semasa ke semasa dan berharap Jawatankuasa KEPAIM Pusat di Wilayah-Wilayah yang lain turut menjayakannya.
Program tersebut telah dirasmikan oleh Pengurus Wilayah Selatan En. Zubairi Mohd Fadzil yang juga merupakan Penasihat Program tersebut. Dalam ucapannya beliau berharap agar program seumpama itu dapat melahirkan semangat muhibbah sesama kakitangan dan saling mengenali. Dalam ucapannya juga beliau berharap setiap cawangan dapat membentuk kelab Rekreasi dan menganjurkan program rekreasi secara berkala dan tidak perlu memikirkan untuk melaksanakan program yang terlalu besar dan cukup sebagai permulaannya aktiviti riadah. Program tersebut yang bermula pada jam 08.00 pagi berakhir pada 02.00 petang.
Friday, June 19, 2009
PENCALONAN PEGAWAI KEPAIM SESSI 2009/2011
PERJUANGAN BELUM SELESAI
Thursday, June 18, 2009
TAHNIAH ATAS MAJLIS WALIMATUL URUS
Wednesday, June 17, 2009
MESYUARAT AGONG KEPAIM KALI KE 5
-------------------------------------------------------------------------------------------------
(Sila Hantar Nama Perwakilan untuk urusan penginapan dan Makan)
Kunjungan Muhibbah EXCO Kepaim terhadap Pengarah Urusan AIM
Exco-exco tertinggi kepaim telah menjelaskan tentang pelbagai isu semasa yang berlaku di lapangan dan menjadi rungutan serta permasaalahan kepada kakitangan secara terus kepada Pengarah urusan AIM. Terima Kasih kepada pihak Pengarah Urusan yang bersikap terbuka menerima rombongan KEPAIM dan amat memahami hasrat dan tujuan KEPAIM.
Pengarah Urusan berjanji akan mengambil kira semua hal yang di sampaikan kepada beliau dan memastikan kebajikan kakitangan diutamakan dalam semua segi kerana kakitangan adalah aset utama AIM yang paling bernilai. Segala kemajuan yang dicapai kini adalah dari pengorbanan kakitangan. Justeru itu Pengurusan AIM InysALLAH akan menghadiahkan sebuah Skim Perkhidmatan dan juga penghargaan lain kepada Kakitangan diatas apa yang AIM telah capai selama ini adalah kejayaan semua pihak.
Pengarah Urusan juga telah menjelaskan situasi semasa AIM dan halatuju AIM akan datang yang amat memerlukan komitmen dan kerjasama yang erat di antara KEPAIM yang mewakili golongan pekerja dan juga Pengurusan AIM.
Akhir kata, Pertemuan ini berjaya menemui satu titik ukhuwwah yang lebih erat antara KEPAIM dan Pengarah Urusan. Semoga Semua apa yang kita capai bersama ini di kira sebagai amalan mulia disisi ALLAH dan ada ganjaran di Akhirat kelak.
Pertemuan selesai 6.01 pm.
Pertemuan KEPAIM dan Pengurusan AIM
Rombongan Exco Kepaim Di ketuai oleh Presiden En Ismail Yahya, Tim.Presiden En Fadzani Fadzil, SetiaUsaha Agong En Fakhrulrazzi bersama mantan presiden En Nohi bersama AJK En Yusof Seman, En Zakri, En Mohd fauzi Abdul Rahman dan En Ahmad Fauzi Abdullah.
Manakala di pihak pengurusan di ketuai oleh Pengarah kewangan Puan Hajjah Zalmah Mahusin di temani oleh Timb Pengarah HR AIM Puan Rozita Muhammad, Pen Pengarah Perancangan Haji Ramdani dan Encik Yakob Omar selaku Pengurus Unit HR AIM.
Majlis yang berlangsung di dalam keadaan harmoni dan amat memberangsangkan. Alhamdulillah semoga ada lagi perjumpaan dan majlis ramah mesra begini dapat di adakan dalam menjalinkan hubungan ukhuwwah yang baik serta dapat sama-sama mencari keredhaan ALLAH di dalam kehidupan yang amat sementara ini.
Pihak pengurusan telah menjelaskan beberapa kekeliruan tentang isu-isu yang diutarakan terutama Bonus KPI dan juga CA baru kesatuan yang telah menjangkau setahun lebih yang belum dapat diterjemahkan ke sebuah realiti dan masih dalam impian semua kakitangan.
Rumusan dari Perjumpaan tersebut:
1. Pihak Pengurusan telah menjelaskan pengiraan bonus kpi di buat mengikut 2 teknik:
1.1 Kakitangan cawangan dan wilayah mengikut pencapaian kerja semasa di lapangan.
1.2 Kakitangan dalaman Ibupejabat dikira mengikut prestasi kerja kakitangan.
Ianya memang menguntungkan kakitangan di lapangan yang mencapai target yang diberikan Pengurusan. Begitu juga kakitangan di Ibupejabat paling bertuah dengan pengiraan bonus kpi yang menyaksikan Kakitangan dalaman di Cawangan (Pem Amanah Sistem ) dan Kakitangan Dalaman di pejabat wilayah terus tertinggal dan amat terkesan dengan cara pengiraan tersebut. Namun pihak pengurusan berjanji dari semasa ke semasa akan mengkaji kesesuaian pemberian bonus KPI ini dan teknik pengiraan yang terbaik akan di fikirkan bersama.
2. Pihak Pengurusan juga telah menjelaskan tentang CA Kepaim dan juga secara dasarnya telah menerima pakai kertas kerja CA Kepaim tersebut untuk di satukan ke dalam satu Skim perkhidmatan Kakitangan AIM yang baru yang lebih menyeluruh dan juga mengambil kira halatuju dan misi AIM untuk menjadi peneraju mikrokredit terulung di negara ini. Semua aspek yang di bawa oleh KEPAIM akan di ambil kira dan Pengurusan menjanjikan Aspek yang lebih menyeluruh juga akan di ambil kira dalam membawa AIM ke matlamat sebagaimana yang dikehendaki oleh Pihak Ahli lembaga AIM dan Kerajaan.
2.1 Pihak pengurusan telah berjanji akan menyiapkan draf tersebut yang akan melalui proses-proses tertentu dan penuh prosedur. ianya akan dibentangkan ke dalam JKE dan mungkin akan melalu proses pengulangan jika JKE merasai ianya tidak memenuhi spesifikasi yang diharapkan. Justeru itu proses-proses pembaikian akan terus dilaksanakan sehinggalah akhirnya pengurusan dan Kepaim akan bersama-sama bersetuju terhadap Skim ini.
2.2 pelbagai isu lain juga telah diutarakan terutama isu perpindahan kakitangan dan juga isu
paling sensasi isu keselamatan Kakitangan. InsyaALLAH dari semasa ke semasa KEPAIM dan Pengurusan akan sentiasa berganding bahu dan menjalinkan kerjasama yang paling mantap demi kakitangan.
Majlis bersurai pada jam 5.05pm dengan penuh muhibbah dan Alhamdulillah titik pertemuan ini akan membawa kebaikan yang lebih besar untuk semua kakitangan tidak kira pangkat dan tahap jawatan kerana kita adalah sama, manusia yang di amanahkan oleh ALLAH untuk memastikan golongan miskin terus diberikan perhatian dan pembelaan sewajarnya.
Monday, June 8, 2009
MOHON MUNAJAT DAN DOA DARI SEMUA AHLI KEPAIM
Kepada Semua Ahli Kepaim. AJK Kepaim amat bermohon dan mengharapkan semua dapat solat hajat dan mendoakan kesejahteraan AIM dan Kita Kakitangannya. Juga doakan rundingan yang bakal di adakan antara AJK Kepaim dan Pengurusan tertingi akan mencapai matlamat dan berjaya. Kita Merancang tuhan yang menentukan.
Ingat lah segala ketentuan ALLAH yang menentukan. Kita hanya mampu berusaha dan merancang namun segala-galanya tuhan yang menentukan akhirnya. Dan Perancangan ALLAH itulah yang terbaik.
Ingatlah DOA Kita adalah senjata. Gunakan ia untuk melembutkan hati manusia dan memudahkan segala urusan yang payah. Maka amat dipinta semua ahli kepaim berdoa di mudahkan urusan CA kita dan semua urusan AIM dan Kita Kakitangannya.
Doa adalah senjata Mukmin. (AlHadis) - GUNAKANLAH IYA
Sekian Terima Kasih...Wallahuaklam
BAJU KORPERAT KEPAIM
Wednesday, June 3, 2009
Tazkirah
Bersyukur kehadrat Ilahi di atas limpahan kurniaannya dan rahmat yang mencurah2. Alhamdulillah
Ringkas Mafhum AlQuran Minggu Ini
" Dan Tidaklah aku ciptakan jin dan manusia itu KECUALI untuk beribadat ( Mengabdikan Diri) kepadaku" ALFURQAN
Ingat lah asal kejadian kita sebagai manusia yang di cipta oleh ALLAH untuk menghiasi muka bumi ALLAH ini dengan menjadi hamba yang Bertaqwa.
Justeru itu siapkan diri kita untuk menjadi hamba ALLAH yang sebenar2nya bukan hamba duit, bukan hamba pangkat bukan hamba dunia apatah lagi hamba nafsu.
Untuk mencipta ke makam TAQWA maka seharusnya kita mempersiapkan dulu jalan-jalannya yakni ILMU, AMAL dan IMAN. Jika Tiada ketiga-tiga elemen ini Makam TAQWA Sukar Di Capai...
" Menuntut Ilmu adalah wajib bagi setiap Mukmin" - AlHadis
Maka jangan sama-sekali dalam hidup anda sesibuk-mana pun anda sampai tiada ruang untuk menuntut ilmu . Jangan sama sekali. jangan dunia yang sementara ini menyebabkan anda susah dan terhina di akhirat yang kekal itu. Amal Tanpa ilmu adalah sesat dan tidak diterima oleh ALLAH. Tidak akan menjadi Iman seandainya Ilmu Tiada. Maka sayugialah kita sama-sama menuntut ilmu. Mari kita berlumba-lumba paksa diri kita menghadiri majlis ilmu, menyanyangi majlis ilmu, merindui majlis ilmu dan menyanyangi ilmuan2 serta pengajar ilmu.
Sesungguhnya besar fadhilatlah bagi mereka yang berada di dalam majlis ilmu yang rasulullah bandingkan sebagai Taman-Taman Syurga. Malaikat akan sentiasa mencatat nama penghuni Taman-taman Syurga ini (Majlis ilmu) untuk di serahkan kepada ALLAH.
Buat Sesuatu untuk Kehidupan Kekal anda.Menyesal disana sudah terlambat.
Renunglah wahai diriku dan semua insan
Hingga berjumpa lagi.............................Wallahuaklam
NOTIS MESYUARAT AGUNG DWITAHUNAN KALI KE 5
20-3A-11 Dahlia F, Jalan S2 G5
Garden Avenue, Seremban 2,
70300 Seremban, Negeri Sembilan.
Tel: 013-2515860 (s/u) 013-4239260 (P’den)
------------------------------------------------------------------------------------------------
Ruj. Kami : MESY.AGUNG-05/2009(2)
Ruj. Tuan :
Tarikh : 01hb. June, 2009
Kepada :
Ahli-ahli KEPAIM
Saudara / saudari
NOTIS MESYUARAT AGUNG DWITAHUNAN KALI KE 5
- Pindaan Tarikh Mesyuarat & Senarai Calon-calon serta Usul
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat KEPAIM pada 22hb. May, 2009 telah membuat
pindaan mengenai tarikh Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Kali Ke 5 disebabkan terdapat beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, Majlis Jawatankuasa Kerja Pusat telah menetapkan bahawa Mesyuarat Agung Kali Ke 5 akan diadakan pada ketetapan seperti berikut :-
Tarikh : 04hb.Julai 2009 ( Sabtu )
Masa : 8.00 pagi hingga 03.00 petang
Tempat : Taiping, Perak
3. Pada Mesyuarat Agung tersebut akan diadakan pemilihan Pegawai-Pegawai Kesatuan yang
baru, iaitu bagi sessi 2009 hingga 2011. Jawatan yang terlibat untuk pemilihan ialah Presiden ( 1 ) , Timbalan Presiden (1) , Setiausaha Agung (1) , Penolong Setiausaha Agung (1), Bendahari (1) dan Ahli Jawatan Kuasa ( 7 ). Kesemua Pegawai Kesatuan yang dipilih ialah 12 ( dua belas )
sahaja.
4. Bersama surat ini disertakan senarai calon-calon dan usul yang telah diterima oleh KEPAIM
sehingga 20hb. May, 2009 dan telah disahkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat pada 22hb. May, 2009. Senarai ini diedarkan bagi memudahkan saudara saudari mengenali calon-calon yang bertanding sebelum membuat pemilihan dalam kertas undian yang akan diedarkan kelak. Susunan Senarai Calon tersebut dibuat berdasarkan jumlah pencalonan yang diterima dalam setiap jawatan. Susunan tersebut juga akan digunapakai dalam Kertas Undian kelak.
5. Kertas undian akan dikeluarkan selewat-lewatnya 14 hari ( empat belas hari ) sebelum
Mesyuarat Agung. Saudara/I dinasihatkan memastikan menerima kertas undian dalam masa
tersebut. Sekiranya tidak menerima, hendaklah dengan segera memaklumkan kepada Setiausaha Agung.
6. Bagi tujuan kehadiran ke Mesyuarat Agung, saudara/I perlu menyertakan nama, no. k/p
serta cawangan kepada Pengerusi Perhubungan Wilayah masing-masing sebelum 10hb. June, 2009 untuk tujuan tempahan pengankutan dan penginapan .
Berikut disertakan senarai Pengerusi Perhubungan Wilayah, Merangkap Jawatankuasa
Pengangkutan ke Mesyuarat Agung KEPAIM kali ke 5 :-
(i) Wilayah Kedah / PKMB : Mohd Fadzani bin Fazil ( Caw. Kubang Pasu )
(ii) Wilayah Perak / PKMB : Md. Radzhi bin Mahamud ( Caw. BLS )
(iii) Wilayah Selatan : Abidah binti Ali ( Caw. Kuala Langat )
PKMB Selatan : Mohd Said bin Abd Rahman ( Caw. PKMB Johor Bahru )
(iv) PKMB Kuala Lumpur : Muhamad Azhan bin Ramli ( Pej. Wil. PKMB KL )
(v) Wilayah Terengganu / PKMB : Ahmad Fauzi bin Abdullah ( Pej. Wil. Terengganu )
(vi) Wilayah Kelantan / PKMB : Mohd Yusoff bin Seman ( Caw. Tumpat )
7. KEPAIM amat berharap agar saudara/I dapat bersama-sama dalam Mesyuarat Agung pada
kali ini. Segala bentuk kerjasama dan keperihatinan saudara / saudari didahului dengan jutaan
terima kasih.
Sekian, Terima Kasih.
Yang diamanahkan,
………………………………….
( FAKURURRAZI BIN IDRIS )
Setiausaha Agung KEPAIM
SOLAT HAJAT MENDOAKAN KEJAYAAN AIM DAN KEPAIM
20-3A-11 Dahlia F, Jalan S2 G5
Garden Avenue, Seremban 2,
70300 Seremban, Negeri Sembilan.
Tel : 013 – 2515860 ( s/u ) / 013-4239260 (pres )
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ruj. Kami : KEPAIM/Dalaman/2009/3
Ruj. Tuan :
Tarikh : 01hb. June, 2009
Kepada:-
Ahli-Ahli KEPAIM
Saudara/i,
SOLAT HAJAT MENDOAKAN KEJAYAAN AIM DAN KEPAIM
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pusat KEPAIM pada 22hb. May, 2009, telah
memutuskan untuk mengadakan Solat Hajat secara serentak diseluruh warga AIM. Solat hajat
tersebut diadakan bagi tujuan :-
(i) Mendoakan Agar Pencapaian AIM Lebih Cemerlang dari masa ke semasa
(ii) Mendoakan Kejayaan AIM Dalam Usaha Mendapatkan Peingiktirafan ISO
(iii)Mendoakan Keselamatan kepada kakitangan AIM memandangkan terlalu
banyak kes ragut dan kemalangan yang menimpa kakitangan AIM
(iv) Mendoakan Keselamatan Pejabat-pejabat AIM
(v) Mendoakan Kejayaan Rundingan KEPAIM dan AIM pada 16hb. June, 2009
yang membincangkan isu Bonus KPI dan Perjanjian Bersama 2008/2010.
Perlaksanaan Skim Perkhidmatan dalam Perjanjian Bersama 2008/2010
sepatutnya telah dilaksanakan pada 01hb. Januari, 2008.
(vi) Mendoakan agar kakitangan AIM dijauhi dari sebarang bentuk kezaliman dan
penganiayaan
3. Majlis Solat Hajat tersebut disarankan diadakan secara berjemaah di setiap cawangan-cawangan AIM. Berikut ketetapan mengenai Majlis Solat Hajat tersebut:-
Tarikh : 11hb. June, 2009 ( Khamis )
Masa : Selepas Solat Dzohor
Tempat: Cawangan-cawangan / Wilayah / Ibupejabat AIM
4. KEPAIM berharap majlis tersebut akan turut disertai oleh semua kakitangan tanpa
mengira ahli KEPAIM atau bukan ahli memandangkan ianya untuk kepentingan bersama
dalam organisasi. Segala bentuk kerjasama , sokongan dan keperihatinan saudara/i didahului
dengan jutaan terima kasih.
Sekian terima kasih.
Yang diamanahkan,
……………………………….
( FAKURURRAZI B. IDRIS )
Setiausaha Agung KEPAIM
s.k. Pengarah Urusan AIM